Ikutlah Aku
18–24 Mei. Mosia 25–28: “Dan Mereka Dipanggil Umat Tuhan”


“18–24 Mei. Mosia 25–28: ‘Mereka Dipanggil Umat Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Kitab Mormon 2020 (2020)

“18–24 Mei. Mosia 25–28,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2020

malaikat muncul kepada Alma dan putera-putera Mosia

Conversion of Alma the Younger, oleh Gary L. Kapp Kapp

18–24 Mei

Mosia 25–28

“Mereka Dipanggil Umat Tuhan”

Selepas “suara Tuhan datang kepada [Alma],” dia tuliskan perkara-perkara yang Tuhan beritahu dia “agar dia boleh memilikinya” (Mosia 26:13, 33). Macam mana akan anda ikut teladan Alma?

Mencatat Tanggapan Anda

Selepas hampir tiga generasi di tanah yang berasingan, bangsa Nefi bersatu lagi. Orang Limhi, orang Alma, dan orang Mosia—mahupun orang Zarahemla, yang bukan keturunan Nefi—semua “terbilang bersama bangsa Nefi” (Mosia 25:13). Ramai mereka juga hendak menjadi ahli Gereja yang ditubuhkan oleh Alma. Jadi, mereka yang “berhasrat mengambil ke atas diri mereka nama Kristus” dibaptiskan, “dan mereka dipanggil umat Tuhan” (Mosia 25:23–24). Setelah tentangan dan penawanan yang bertahun-tahun, nampaknya bangsa Nefi dapat menikmati satu masa kedamaian.

Tetapi tidak lama kemudian, orang yang tidak percaya mula menganiaya para Orang Suci. Yang terutamanya sakit hati adalah bahawa banyak orang yang tidak percaya ini ialah anak-anak orang yang percaya—“generasi muda” (Mosia 26:1), termasuk putera-putera lelaki Mosia dan seorang anak lelaki Alma. Kemudian satu mukjizat berlaku, dan laporan mukjizat itu berikan harapan kepada ibu bapa yang sakit hati buat banyak generasi. Tetapi cerita penukaran hati Alma bukan hanya untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sesat. Penukaran hati yang benar ialah satu mukjizat, dan perlu berlaku kepada kita semua.

ikon pengkajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Mosia 26:1–6

Saya bertanggungjawab ke atas iman dan kesaksian diri sendiri.

Mereka yang mendengar khutbah Raja Benyamin mengalami satu penukaran hati yang hebat (lihat Mosia 5:1–7), tetapi penukaran hati ialah satu pengalaman peribadi yang tidak boleh diberikan kepada anak-anak seperti satu harta warisan. Kita semua mesti mengalami penukaran hati kepada injil Yesus Kristus secara diri sendiri. Semasa anda kaji Mosia 26:1–6 tentang “generasi muda” bangsa Nefi yang tidak percaya, perhatikan akibat-akibat ketidakpercayaan mereka. Anda mungkin boleh fikir tentang orang yang anda hendak bawa kepada Kristus. Walaupun anda tidak boleh berikan penukaran hati anda, Roh boleh bisikkan perkara yang anda boleh lakukan untuk menolong mereka mencari iman. Semasa anda kaji Mosia 25–28 tentang bagaimana Alma dan ahli-ahli Gereja lain menolong generasi muda, fikiran tambahan mungkin akan datang kepada anda.

Juga lihat Ajaran dan Perjanjian 68:25–29.

Mosia 26:6–39

Hamba-hamba Tuhan yang beriman cari peluang untuk melaksanakan kehendak-Nya.

Kadangkala kita mungkin fikir bahawa seorang pemimpin Gereja seperti Alma selalu tahu apa yang harus dilakukan. Dalam Mosia 26 kita baca tentang satu masalah dalam Gereja yang tidak pernah Alma hadapi, dan “dia takut bahawa dia akan melakukan ketidakadilan dalam pandangan Tuhan” (Mosia 26:13). Apakah Alma lakukan dalam situasi ini? (lihat Mosia 26:13–14, 33–34, 38–39). Apakah yang dicadangkan oleh pengalaman Alma tentang bagaimana anda boleh menghadapi masalah yang susah dalam keluarga atau pelayanan Gereja anda?

Anda juga boleh buat senarai tentang kebenaran-kebenaran yang Tuhan ungkapkan kepada Alma, terdapat dalam Mosia 26:15–32. Perhatikan bahawa beberapa kebenaran bukan balasan terus kepada soalan Alma. Apakah yang dicadangkan kepada anda mengenai doa dan menerima wahyu peribadi?

Mosia 27:8–37

Semua lelaki dan wanita mesti dilahirkan semula.

Adalah jelasnya Alma Yang Muda perlukan satu kelahiran semula rohani, kerana dia dan anak-anak Mosia ialah “yang paling keji di antara para pendosa,” yang berkelana “untuk menghancurkan gereja Tuhan” (Mosia 28:4; 27:10). Tetapi selepas penukaran hatinya, Alma bersaksi bahawa penukaran hati adalah sedia ada—dan penting—untuk setiap orang: “Janganlah takjub,” dia kata, “bahawa seluruh umat manusia … mesti dilahirkan kembali” (Mosia 27:25; italik ditambahkan). Dan, itu termasuk anda.

Semasa anda kaji pengalaman Alma, terdapat dalam Mosia 27:8–37, anda boleh cuba gambarkan diri sendiri dalam keadaannya. Anda tidak cuba menghancurkan Gereja, tetapi anda tentu boleh fikirkan perkara mengenai diri sendiri yang perlu ubah. Siapa menyokong anda dan berdoa bagi anda “dengan banyak iman”, seperti bapa Alma? Pengalaman apakah sudah menolong “meyakinkan [anda] tentang kuasa dan wewenang Tuhan”? (Mosia 27:14). Apakah yang “betapa besar hal-hal” sudah Tuhan lakukan untuk anda atau keluarga yang anda harus “ingat”? (Mosia 27:16). Apakah yang anda belajar dari kata-kata dan tindakan Alma Yang Muda mengenai erti untuk dilahirkan semula? Soalan-soalan seperti ini boleh bantu anda menilaikan perkembangan anda dalam proses untuk dilahirkan semula.

Juga lihat Mosia 5:6–9; Alma 36.

Alma yang Muda diangkat ke rumah bapanya

His Father Rejoiced, oleh Walter Rane

Mosia 27:14, 19–24

Tuhan dengar doa-doa saya dan akan jawab mereka mengikut kehendak-Nya.

Mungkin anda mengetahui seorang ibu atau bapa dalam situasi Alma yang Tua, anak mereka sedang membuat pilihan yang memusnahkan. Atau mungkin anda ibu atau bapa itu. Apakah yang dapat anda cari dalam Mosia 27:14, 19–24 yang berikan anda harapan? Bagaimana ayat-ayat ini mempengaruhi doa-doa anda bagi pihak orang lain?

ikon pengkajian keluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Apabila anda membaca tulisan suci dengan keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas apa yang perlu ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa idea.

Mosia 25:5–11

Bagaimana orang Mosia rasa selepas dia baca kepada mereka catatan orang Zenif dan orang Alma? Adakah keluarga anda menyimpan catatan yang boleh anda baca? Mungkin anda boleh tambahkan catatan sendiri atau mulakan catatan anda. Apa akan anda catatkan yang boleh menolong keluarga anda (termasuk generasi masa depan) “dipenuhi dengan kebahagiaan yang amat besar” dan belajar tentang “kebaikan Tuhan yang langsung”? (Mosia 25:8, 10).

Mosia 25:16

Mengapa adalah penting bagi orang Limhi untuk mengingat bahawa Tuhan sudah membebaskan mereka dari penawanan? Apakah sudah Tuhan lakukan untuk kita yang harus kita ingat?

Mosia 26:29–31; 27:35

Menurut ayat-ayat ini, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang untuk menerima keampunan?

Mosia 27:21–24

Semasa anda baca ayat-ayat ini, bertimbang tentang seorang yang perlukan doa dan puasa keluarga anda.

Mosia 27–28

Untuk menolong keluarga anda menggambarkan laporan-laporan dalam bab-bab ini, anda boleh jemput mereka untuk melukis gambar orang yang terlibat dan gunakan gambar-gambar itu untuk mengisahkan cerita itu. Atau mungkin mereka suka melakonkan cerita itu; bagaimana mereka lakonkan perubahan Alma dan anak-anak Mosia?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan seni. Buku Seni Injil dan LDS Media Library di ChurchofJesusChrist.org mengandungi banyak imej dan video yang boleh menolong [keluarga anda] untuk menggambarkan konsep atau kejadian” (Teaching in the Savior’s Way, 22).

malaikat muncul kepada Alma yang Muda

Ilustrasi seorang malaikat muncul kepada Alma yang Muda oleh Kevin Keele