“18–24 Mei. Mosia 25–28: ‘Mereka Dipanggil Umat Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)
“18–24 Mei. Mosia 25–28,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020
18–24 Mei
Mosia 25–28
“Mereka Dipanggil Umat Tuhan”
Bapa Syurgawi tahu apa yang kanak-kanak di kelas anda perlu belajar dan bagaimana untuk mencapai mereka. Cari bimbingan-Nya apabila anda membaca Mosia 25–28 dan kaji semula rangka panduan ini.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Tunjukkan gambar dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan minta kanak-kanak untuk menggambarkan apa yang sedang berlaku dalam gambar. Jika kanak-kanak sudah biasa dengan cerita Alma yang Muda dan putera-putera Mosia, biarkan mereka berkongsi apa yang mereka tahu.
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil
Tuhan mahu saya memaafkan.
Tuhan mengajar Alma bahawa Dia secara bebas mengampuni mereka yang bertaubat. Kita harus mengikuti teladan-Nya dengan memaafkan mereka yang berdosa terhadap kita.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca kepada kanak-kanak frasa ini dari Mosia 26:31: “Kamu juga akan saling mengampuni” Biar kanak-kanak berlatih berkata “Saya memaafkan kamu” beberapa kali, dan cari tahu jika mereka tahu apakah maksudnya untuk memaafkan. Kongsi satu pengalaman dari hidup anda ketika anda memaafkan seseorang atau seseorang memaafkan anda.
-
Bantu kanak-kanak lakon peranan saling memaafkan satu sama lain. Minta seorang kanak-kanak untuk berpura-pura yang dia telah melakukan sesuatu yang menyakitkan hati seorang kanak-kanak yang lain. Apakah yang kanak-kanak yang satu itu boleh katakan atau lakukan untuk menunjukkan keampunan?
-
Jemput kanak-kanak untuk melukis wajah sedih pada satu halaman kertas dan wajah gembira pada halaman sebelah. Minta mereka untuk menunjukkan wajah sedih semasa mereka menceritakan pengalaman ketika seorang adik beradik atau kawan membuat mereka marah. Minta mereka menunjukkan wajah gembira semasa mereka menceritakan bagaimana mereka memaafkan atau akan memaafkan orang tersebut.
Injil boleh membantu orang untuk berubah dan menjadi lebih seperti Yesus.
Penukaran Hati Alma yang Muda dan putera-putera Mosia menunjukkan bahawa disebabkan Yesus Kristus dan injil-Nya, sesiapa saja boleh berubah dan menjadi lebih seperti Yesus.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Secara ringkas ceritakan penukaran Hati Alma yang Muda dan putera-penukaran hati Mosia, seperti yang digambarkan dalam Mosia 27:8–37. Untuk bantuan, lihat “Bab 18: Alma yang Muda Bertaubat” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 49–52, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Kemudian ceritakan sekali lagi, membenarkan kanak-kanak untuk berkongsi butiran yang mereka ingat. Biarkan mereka melakonkan cerita, dan bantu mereka melihat perbezaan di antara Alma dan putera-putera Mosia sebelum mereka bertaubat dan selepas itu.
-
Bantu kanak-kanak menggunakan halaman aktiviti minggu ini untuk ceritakan cerita Alma dan putera-putera Mosia. Baca Mosia 27:24, dan bantu kanak-kanak memahami Alma dan putera-putera Mosia berubah kerana mereka bertaubat akan dosa-dosa mereka dan menerima injil Yesus Kristus.
Saya boleh berkongsi injil.
Selepas penukaran hati mereka, putera-putera Mosia mahu berkongsi injil dengan semua orang, termasuk musuh mereka, bangsa Laman.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Guna Mosia 28:1–8 untuk menceritakan kepada kanak-kanak tentang putera-putera Mosia membuat keputusan untuk mengkhutbahkan injil kepada bangsa Laman. Untuk bantuan, lihat “Bab 19: Putera-putera Mosia Menjadi Penginjil” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 53, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Megapakah mereka mahu berkongsi injil? (lihat ayat 3).
-
Bantu setiap kanak-kanak memikirkan seseorang yang perlu tahu lebih mengenai injil. Bantu kanak-kanak merancang apa yang mereka akan katakan kepada orang yang mereka fikirkan.
-
Nyanyi bersama lagu tentang berkongsi injil, seperti “Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 90). Tunjukkan frasa dalam lagu yang mencadangkan bagaimana kita boleh berkongsi injil dengan orang lain
Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar
Mosia 26:22–23, 29–30; 27:8–37
Tuhan mengampuni dengan bebas sesiapa yang bertaubat.
Jika sesiapa dalam kelas anda terfikir-fikir jika dia boleh benar-benar diampuni, firman Tuhan kepada Alma yang Tua dan pengalaman Alma yang Muda boleh membantu.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Minta kanak-kanak untuk berpura-pura yang mereka sedang bercakap dengan seseorang yang tidak fikir Tuhan akan mengampuni dia. Jemput mereka untuk kaji semula firman Tuhan kepada Alma yang Tua dalam Mosia 26:22–23, 29–30. Apakah yang mereka cari yang dapat membantu orang tersebut?
-
Sebelum kelas, minta salah seorang kanak-kanak membaca tentang penukaran hati Alma yang Muda, yang terdapat dalam Mosia 27:8–37, dan bersedia untuk menceritakan kepada kelas seolah-olah dia adalah Alma yang Muda. (Jika perlu, cadangkan bahawa dia meminta ibu bapa untuk membantu.) Semasa kanak-kanak menceritakan kisahnya, tanyakan soalan seperti “Bagaimana perasaan anda ketika … ?” atau “Apakah yang berlaku seterusnya?”
-
Jemput kanak-kanak untuk membuat senarai perkataan dari Mosia 27:8–10 yang menggambarkan sifat Alma dan putera-putera Mosia sebelum penukaran hati mereka. Kemudian minta mereka membuat senarai lain dari Mosia 27:32–37 yang menggambarkan sifat mereka selepas itu. Menurut ayat 24–29, apa yang menyebabkan perubahan hebat ini dalam Alma?
Untuk diampuni, saya mesti memaafkan.
Bantu kanak-kanak melihat hubungan antara keampunan yang diberikan kepada orang lain dan keampunan yang mereka harapkan untuk diri mereka sendiri.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Jemput kanak-kanak untuk membaca Mosia 26:29–31 dan mengira berapa kali perkataan “ampuni” muncul. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan kita tentang mengampuni orang lain? Bagaimanakah keampunan membantu orang yang melakukan sesuatu yang salah dan orang yang mengampuni?
-
Minta seorang kanak-kanak melukis jambatan di papan tulis, dan kongsi kenyataan ini yang dipetik oleh Presiden Thomas S. Monson: “Dia yang tidak dapat memaafkan orang lain merosakkan jambatan di mana dia sendiri mesti lulus jika dia perlu sampai ke syurga, kerana setiap orang memerlukan keampunan” (George Herbert, dipetik dalam “Hidden Wedges,” Ensign, Mei 2002, 19). Padamkan sebahagian jambatan, dan minta kanak-kanak membantu anda membina semula, sedikit demi sedikit, apabila mereka berkongsi cara mereka dapat memaafkan orang lain. Jemput mereka untuk memikirkan seseorang yang mereka perlu untuk memaafkan.
Saya boleh berdoa dan berpuasa untuk Tuhan memberkati mereka yang saya kasihi.
Pertimbangkan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak memahami bahawa puasa dapat menguatkan iman mereka ketika mereka berdoa untuk orang yang mereka kasihi.
Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian
-
Baca bersama Mosia 27:8–24, dan minta kanak-kanak untuk mengenal pasti apa yang dilakukan oleh Alma dan orangnya untuk membantu Alma yang Muda. Berkongsi pengalaman di mana anda berpuasa dan berdoa untuk seseorang, dan menggalakkan kanak-kanak berkongsi pengalaman mereka sendiri.
-
Jemput kanak-kanak untuk memikirkan seseorang yang mereka kenali yang memerlukan bantuan Tuhan dalam hidupnya. Berikan kesaksian anda bahawa kanak-kanak boleh berdoa dan berpuasa dengan iman untuk Tuhan memberkati orang ini. Jemput kanak-kanak untuk berdoa untuk orang yang mereka fikirkan dan, jika mereka mampu, berpuasa untuk mereka juga.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Minta kanak-kanak memilih satu perkara yang mereka pelajari dari pengalaman Alma yang Muda dan putera-putera Mosia yang mereka ingin berkongsi dengan keluarga mereka.