Ikutlah Aku
25–31 Mei. Mosia 29–Alma 4: “Mereka Tabah dan Tak Tergoyah”


“25–31 Mei. Mosia 29–Alma 4: ‘Mereka Tabah dan Tak Tergoyah,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“25–31 Mei. Mosia 29–Alma 4,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Imej
Alma yang Muda berkhutbah

Alma the Younger Preaching, oleh Gary L. Kapp

25–31 Mei

Mosia 29–Alma 4

“Mereka Tabah dan Tak Tergoyah”

Kanak-kanak yang anda ajar dapat belajar banyak di kelas anda, tetapi mereka akan belajar lebih banyak jika mereka mengembangkan tabiat mengkaji tulisan suci di rumah. Pertimbangkan bagaimana anda boleh menggalakkan dan menyokong pembelajaran injil di rumah.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput kanak-kanak duduk di lantai dalam bulatan, dan golek bola ke salah seorang daripada mereka. Mintalah kanak-kanak itu untuk berkongsi sesuatu yang dia baru pelajari tentang injil di rumah atau di Sekolah Primer. Kemudian jemput kanak-kanak itu untuk golek bola kepada orang lain. Ulang balik sehingga setiap kanak-kanak mempunyai peluang untuk berkongsi sesuatu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Alma 1:2–9, 26–30

Sebagai ahli Gereja, saya harus mengasihi dan melayani orang lain.

Anda boleh memilih untuk tidak memberitahu kanak-kanak banyak tentang ajaran Nehor, tetapi mereka mungkin mendapat manfaat dari mengetahui bahawa dalam Gereja yang kita layani kerana kita mengasihi orang lain, bukan kerana kita ingin menjadi kaya atau popular.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berkongsi dengan kanak-kanak, secara ringkas, cerita Alma dan Nehor (lihat Alma 1; “Bab 20: Alma dan Nehor,” Cerita-cerita Kitab Mormon, 54–55, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Tekankan bahawa walaupun pengikut Nehor jahat kepada ahli Gereja, ramai ahli Gereja tetap menjadi baik dan penyayang.

  • Baca Alma 1:30 kepada kanak-kanak, dan bantu mereka memahami bahawa orang-orang Gereja berkongsi apa yang mereka ada dengan orang yang memerlukan bantuan. Bantu kanak-kanak memikirkan perkara yang mereka boleh kongsi dan orang yang mereka dapat berkongsi bersama. Galakkan kanak-kanak untuk melukis gambar rancangan mereka.

  • Nyanyi bersama lagu tentang kasih dan pelayanan, seperti “Kebaikan Mulai Dari Aku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 83), dan bantu kanak-kanak memikirkan tindakan yang boleh dilakukan dengan lagu tersebut.

Alma 2:28–30

Tuhan akan menjawab doa saya.

Ketika Alma dan Nefi merasa “banyak ketakutan” (Alma 2:23), mereka berdoa untuk mendapatkan bantuan dan diperkuatkan. Bantu kanak-kanak belajar dari contoh mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Guna gambar dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga atau dalam “Bab 21: Bangsa Amlisi” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 56–57, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org), beritahu kanak-kanak bagaimana bangsa Nefi memperoleh kekuatan untuk mengalahkan bangsa Amlisi. Tanya kanak-kanak mengenai perkara-perkara yang menakutkan atau sukar bagi mereka, dan bersaksi bahawa mereka boleh berdoa kepada Bapa Syurgawi untuk bantuan dengan perkara-perkara ini.

  • Kongsi pengalaman apabila Tuhan membantu anda selepas anda berdoa kepada-Nya. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka dengan doa.

Alma 4:19

Kesaksian saya dapat menguatkan orang lain.

Selalunya “kesaksian” (Alma 4:19) daripada seorang kanak-kanak boleh mempunyai pengaruh yang kuat terhadap orang lain. Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak mencari cara untuk berkongsi kesaksian mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Buka tulisan suci kepada Alma 4:19, dan jelaskan bahawa ketika Alma melihat bagaimana jahat orang itu, dia memutuskan cara terbaik untuk membantu mereka adalah untuk membawa “kesaksian” kepada mereka. Gunakan halaman aktiviti minggu ini untuk mengajar kanak-kanak apakah kesaksian dan apa yang termasuknya. Galakkan mereka untuk berkongsi kesaksian mereka.

  • Tuang air bersih ke dalam cawan kaca yang jelas, dan jelaskan bahawa air itu adalah seperti kesaksian kita kerana kita boleh berkongsi dengan orang lain. Tuangkan segelas air ke dalam cawan kecil untuk setiap kanak-kanak, dan beritahu kanak-kanak bahawa apabila kita berkongsi kesaksian kita, kita membantu orang lain mempunyai kesaksian yang lebih kuat juga.

  • Sekiranya kanak-kanak mahu, biarkan mereka berlatih memberi kesaksian mereka. Cadangkan beberapa cara yang mereka dapat tunjukkan bahawa mereka mengetahui injil adalah benar, termasuk melalui tindakan mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Alma 1:2–9

Saya boleh belajar untuk mengenali ajaran palsu.

Pada satu ketika dalam kehidupan kita, kita semua harus menghadapi orang-orang seperti Nehor—mereka yang cuba menipu kita dengan pesanan yang menarik tetapi memang palsu dan berbahaya. Kongsi laporan dalam Alma 1:2–9 boleh membantu kanak-kanak mempersiapkan diri untuk pertemuan tersebut dalam kehidupan mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak membaca Alma 1:2–4 untuk mengkaji semula beberapa perkara yang diajar oleh Nehor, seorang pengajar palsu. Bantu mereka membuat kuiz benar atau palsu menggunakan kenyataan dari ayat-ayat ini. Mengapakah Setan kadang-kadang menggabungkan kebenaran dengan kepalsuan? Bantu kanak-kanak memikirkan beberapa contoh

  • Selepas mengkaji semula Alma 1:2–9 bersama, minta setiap kanak-kanak membaca salah satu tulisan suci berikut: Matius 7:21–23; 2 Nefi 26:29–31; Mosia 18:24–26; dan Helaman 12:23–26. Bagaimanakah tulisan suci ini menyangkal ajaran Nehor? Bagaimanakah kita dapat menggunakan tulisan suci untuk memperkukuhkan kesaksian kita tentang injil?

Alma 1:26–30; 4:6–13

Sebagai ahli Gereja, saya harus mengasihi dan melayani orang lain.

Kadang-kadang ahli-ahli Gereja di zaman Alma adalah murah hati dan selalu memberi, dan kadang-kadang mereka tidak baik dan angkuh. Bantu kanak-kanak yang anda ajar belajar dari pengalaman mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak membaca Alma 4:6–13, dan mendefinisikan perkataan seperti “mencemuh,” “menganiaya,” dan “meremehkan” (gunakan kamus jika perlu). Bagaimana perasaan kita apabila orang memperlakukan kita dengan cara ini? Jemput kanak-kanak untuk mencari perkataan dalam Alma 1:26–30 yang menggambarkan bagaimana Bapa Syurgawi mahu kita memperlakukan satu sama lain.

  • Minta kanak-kanak membaca Alma 1:27, 30 dan membuat senarai jenis orang yang ahli Gereja bantu. Jemput kanak-kanak untuk memikirkan orang di kawasan kejiranan atau sekolah mereka yang mungkin “memerlukan” (Alma 1:30) kasih dan bantuan mereka. Untuk mengukuhkan asas ini, nyanyi bersama lagu tentang kebaikan, seperti “Aku Akan Menolongmu” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 78).

Alma 4:8–20

Kesaksian saya dapat menguatkan orang lain.

Alma melepaskan jawatannya sebagai hakim utama supaya dia dapat menghabiskan lebih banyak masa berkongsi kesaksiannya dan membantu orang-orang bertaubat. Contoh dia boleh mengilhami kanak-kanak untuk berkongsi kesaksian mereka dengan lebih kerap.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Alma 4:8–12, 15 dengan kanak-kanak, dan minta mereka untuk mengenal pasti masalah-masalah yang sedang berlaku di Gereja, seperti yang dijelaskan dalam ayat-ayat ini. Jemput kanak-kanak mencadangkan beberapa hal yang boleh dilakukan oleh Alma untuk menyelesaikan masalah ini. Bantu mereka mengetahui, dalam Alma 4:16–20, apa yang Alma lakukan. Mengapakah kesaksian sangat berkuasa?

  • Untuk membantu kanak-kanak memahami apakah kesaksian dan apa yang termasuk, nyanyi bersama suatu lagu mengenai topik, seperti “Kesaksian” (Nyanyian Rohani, no. 54); atau gunakan halaman aktiviti minggu ini. Minta kanak-kanak untuk berkongsi apa yang mereka pelajari mengenai kesaksian dari sumber-sumber ini.

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Bantu kanak-kanak memikirkan seseorang yang mereka boleh berkongsi kesaksian bersama minggu depan. Galakkan mereka menulis rancangan untuk membantu mereka mencapai matlamat mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tanya soalan yang menjemput kesaksian. “Tanya soalan yang menggalakkan pelajar untuk memberi kesaksian tentang asas-asas yang diajar boleh menjadi cara yang kuat untuk menjemput Roh” (Teaching in the Savior’s Way, 32). Untuk menjemput kanak-kanak untuk memberi kesaksian, tanya soalan yang mendorong mereka untuk memikirkan dan berkongsi bagaimana perasaan mereka tentang Juruselamat atau injil-Nya. Anda juga boleh bertanya mengenai pengalaman yang mereka miliki dengan doa, pelayanan, tatacara seperti pembaptisan, atau merasakan pengaruh Roh Kudus.

Cetak