Ikutlah Aku
11–17 Mei. Mosia 18–24: “Kita Telah Masuk ke dalam sebuah Perjanjian dengan-Nya”


“11–17 Mei. Mosia 18–24: ‘Kita Telah Masuk ke Dalam suatu Perjanjian dengan Dia,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“11–17 Mei. Mosia 18–24,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Rakyat Limhi melarikan diri

Minerva K. Teichert (1888-1976), Escape of King Limhi and His People, 1949-1951, oil on masonite, 35 7/8 x 48 inches. Muzium Kesenian Brigham Young University, 1969.

11–17 Mei

Mosia 18–24

Kita Telah Masuk ke Dalam suatu Perjanjian dengan Dia

Apabila anda membaca Mosia 18–24, fikirkan tentang kanak-kanak yang anda ajar. Roh Kudus dapat membantu anda mengenali kebenaran yang berkaitan dengan mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tunjukkan gambar seseorang dibaptiskan, dan jemput kanak-kanak untuk berkongsi sesuatu yang mereka tahu mengenai pembaptisan. Mereka boleh berkongsi sesuatu yang mereka pelajari semasa membaca Mosia 18–24 dengan keluarga mereka, semasa menghadiri pembaptisan, atau dalam suasana lain.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Mosia 18:7–16

Apabila saya dibaptiskan, saya membuat perjanjian dengan Tuhan.

Salah satu cara yang paling penting untuk membantu kanak-kanak mempersiapkan diri untuk dibaptiskan adalah untuk mengajar mereka tentang perjanjian yang mereka akan buat ketika mereka dibaptiskan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Kaji semula cerita Alma dan orang-orangnya di Perairan Mormon menggunakan Mosia 18:7–16 atau “Bab 15: Alma Mengajar dan Membaptis” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 43–44, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Tunjukkan gambar dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga, dan biarkan kanak-kanak memberitahu anda apa yang mereka tahu mengenai cerita itu.

  • Menggunakan Mosia 18:8–10 sebagai panduan, ajar kanak-kanak dengan kata-kata anda sendiri beberapa perkara yang akan dijanjikan kepada mereka apabila mereka dibaptiskan. Sebagai contoh, mereka akan berjanji untuk mengikuti Bapa Syurgawi dan Yesus dengan menghiburkan orang yang sedih. Kongsi cerita tentang bagaimana anda atau seseorang yang anda tahu telah mentaati janji-janji ini. (Lihat juga A&P 20:77, 79; Carole M. Stephens, “We Have Great Reason to Rejoice,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 115–17.)

  • Jelaskan bahawa apabila kita dibaptiskan, Bapa Syurgawi juga membuat janji kepada kita. Kongsi janji-janji ini, seperti yang diterangkan di dalam Mosia 18:9–10.

Mosia 18:17–28

Apabila saya dibaptiskan, saya menjadi ahli Gereja Yesus Kristus.

Bantu kanak-kanak memahami apa maksudnya menjadi ahli Gereja melalui pembaptisan dan penetapan.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seseorang yang baru-baru ini dibaptiskan untuk berkongsi pengalamannya. Baca Mosia 18:17, dan jelaskan bahawa apabila kita dibaptiskan, kita menjadi ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir dan berjanji untuk mengikuti Yesus.

  • Tunjukkan gambar kanak-kanak yang mewakili perkara yang dijelaskan dalam Mosia 18:17–28. Contohnya, gambar Pentahbisan Imamat (Buku Seni Injil, no. 106) boleh mewakili ayat 18, dan gambar Pembayaran Persepuluhan (Buku Seni Injil, no. 113) boleh mewakili ayat 27–28. Biarkan kanak-kanak menggambarkan apa yang mereka lihat dalam gambar-gambar, dan gunakan gambar-gambar dan ayat-ayat untuk membantu mereka melihat apa yang dimaksudkan dengan menjadi ahli Gereja.

pembaptisan di laut

Kita membuat perjanjian dengan Tuhan apabila kita dibaptiskan.

Mosia 24:8–17

Tuhan boleh meringankan beban saya.

Bilakah Tuhan telah meringankan beban anda? Fikirkan cara-cara anda boleh berkongsi pengalaman dan kesaksian anda dengan kanak-kanak.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak untuk memikirkan tindakan mudah yang mereka boleh lakukan ketika anda menceritakan apa yang berlaku kepada orang-orang Alma dalam Mosia 24:8–17. Tunjukkan bahawa disebabkan Alma memilih untuk mengikuti ajaran-ajaran Abinadi tentang Yesus, dia dan orang-orang-nya dilayan dengan tidak baik, tetapi mereka tidak pernah berhenti percaya kepada Yesus.

  • Baca Mosia 24:14–15 kepada kanak-kanak. Isi satu beg dengan objek berat (untuk mewakili beban), dan jemput seorang kanak-kanak untuk memikul beg tersebut. Jelaskan bahawa ketika kita sedih, sakit, atau mempunyai masalah lain, ia boleh dirasakan seperti memikul sesuatu yang berat. Jemput kanak-kanak bergilir untuk membantu seorang kanak-kanak untuk memikul beg tersebut supaya ia jadi lebih ringan. Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi boleh menjadikan beban kita lebih ringan apabila kita mencari bantuan Dia melalui doa, melayani orang lain, dan sebagainya.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Mosia 18:7–16

Apabila saya dibaptiskan, saya membuat perjanjian dengan Tuhan.

Bagaimanakah anda dapat membantu kanak-kanak yang anda ajar memahami perjanjian yang kita buat pada pembaptisan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berikan setiap kanak-kanak satu keping kertas. Baca bersama Mosia 18:8–10, dan jemput kanak-kanak untuk menulis atau melukis pada halaman sebelah kertas perjanjian yang kita buat pada pembaptisan dan, pada halaman sebelah lagi, berkat-berkat yang Bapa Syurgawi janjikan pada kita. Biarkan mereka berkongsi dengan kelas apa yang mereka temui. Apabila mereka berkongsi, tanya soalan berikut: Bagaimana kita boleh “berduka nestapa bersama mereka yang berduka nestapa”? Apakah maksudnya untuk menjadi saksi Tuhan “di segala tempat”? (ayat 9). Apakah yang kita boleh lakukan untuk memelihara perjanjian kita?

  • Jemput beberapa kanak-kanak yang telah dibaptiskan untuk berkongsi apa yang mereka ingat tentang pengalaman mereka. Apakah yang membuat hari itu istimewa? Bagaimana perasaan mereka? Jelaskan bahawa setiap hari Ahad mereka memperbaharui perjanjian pembaptisan mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam sakramen. Bantu kanak-kanak membandingkan perjanjian pembaptisan yang dijelaskan dalam Mosia 18:8–10 dengan doa sakramen (lihat A&P 20:77, 79). Bagaimanakah kita dapat membuat sakramen sebagai masa yang istimewa dan ketakziman, sama seperti pembaptisan kita?

  • Mintalah seorang penganut baru untuk berkongsi bagaimana dia belajar tentang Gereja dan bagaimana perasaannya ketika dibaptiskan. Biarkan kanak-kanak bertanya, seperti apa yang membantu orang itu membuat janji-janji dalam Mosia 18:7–16.

Mosia 18:17–28

Saya tergolong dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir.

Bagaimanakah anda dapat mengilhami kanak-kanak untuk bersyukur atas berkat menjadi ahli Gereja?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Mosia 18:17–28, mencari ajaran Gereja Kristus di zaman Alma yang sama di zaman kita. Tulis jawapan mereka pada blok atau cawan, dan biarkan kanak-kanak menggunakannya untuk membina struktur yang mewakili Gereja Yesus Kristus.

  • Bercakap dengan kanak-kanak atau baca perkataan tersebut “Gereja Yesus Kristus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 48), dan jemput mereka untuk mendengar perkara yang kita janji untuk lakukan sebagai ahli Gereja. Bantu mereka memikirkan cara mereka boleh memeilhara janji-janji ini.

Mosia 21:1–5, 13–16; 22:1–11; 24:8–22

Tuhan boleh meringankan beban saya.

Cerita tentang orang Alma dapat menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa kadang-kadang Tuhan membantu dengan menguatkan kita untuk bertahan percubaan kita dan bukannya menghapuskannya. Bagaimana anda boleh membantu mereka belajar dari cerita ini?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak mengenal pasti peristiwa utama dari laporan rakyat Limhi dalam Mosia 21:1–5, 13–16; dan 22:1–11 dan orang Alma dalam Mosia 24:8–22. Kemudian minta setiap kanak-kanak melukis salah satu peristiwa ini. Jemput kanak-kanak meletakkan lukisan mereka dalam susunan yang betul untuk memberitahu cerita. Apabila mereka melakukan ini, tekankan bahawa Tuhan membantu orang-orang menanggung beban mereka.

  • Jemput kanak-kanak untuk membaca Mosia 21:14–15 dan 24:13–14. Bagaimanakah Tuhan bertindak balas terhadap doa rakyat Limhi dan orang-orang Alma? Minta kanak-kanak berkongsi masa apabila mereka berdoa untuk bantuan dengan percubaan dan Bapa Syurgawi membantu mereka, atau berkongsi pengalaman anda sendiri.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk menerangkan kepada orang lain apa yang mereka akan janjikan atau telah janjikan sebagai sebahagian dari perjanjian pembaptisan mereka.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Beri perhatian kepada kanak-kanak. Jika kanak-kanak kelihatan penat, mungkin ia masa untuk mencuba aktiviti lain atau pergi bersiar-siar dengan sekejap dan penuh hormat. Sebaliknya, jika mereka terlibat dan belajar, jangan rasa tertekan untuk mengajar selanjutnya hanya untuk menghabiskan bahan pelajaran.