Ikutlah Aku
4–10 Mei. Mosia 11–17: “Cahaya … Yang Tidak Akan Dapat Digelapkan”


“4–10 Mei. Mosia 11–17: ‘Cahaya … Yang Tidak Akan Dapat Digelapkan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Kitab Mormon 2020 (2020)

“4–10 Mei. Mosia 11–17,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: 2020

Abinadi bersaksi kepada Raja Nuh

Abinadi Before King Noah, oleh Andrew Bosley

4–10 Mei

Mosia 11–17

“Cahaya … Yang Tidak Akan Dapat Digelapkan”

Renungkan dan berdoa untuk mengetahui bagaimana anda dapat menggunakan cerita Abinadi dan ajarannya dalam Mosia 11–17 untuk membantu kanak-kanak yang anda ajar. Catatkan tanggapan yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Biarkan kanak-kanak berkongsi apa yang mereka tahu mengenai cerita Abinadi dan Raja Nuh. Gambar dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Mosia 11–1317

Saya boleh berdiri untuk kebenaran, walaupun saya berdiri sendiri.

Kedua-dua Abinadi dan Alma berani mempertahankan kebenaran. Bagaimanakah anda dapat menggunakan cerita ini untuk membina keberanian kanak-kanak untuk saat-saat ketika mereka mungkin perlu mempertahankan kepercayaan mereka?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Ringkaskan cerita Abinadi, Raja Nuh, dan Alma dalam Mosia 11–13 dan 17. Anda boleh menggunakan “Bab 14: Abinadi dan Raja Nuh” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 38–42, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Jemput kanak-kanak untuk berlakon laporan itu, memberi mereka giliran untuk memainkan peranan yang berbeza.

  • Berkawat bersama kanak-kanak sambil menyanyikan lagu yang mengilhami keberanian, seperti “Aku Akan Jadi Pemberani” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 85). Baca kata-kata lagu bersama-sama, dan bantu kanak-kanak mengenal pasti orang yang berani. Pilih beberapa ayat dari Mosia 11–13 dan 17 untuk baca kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bagaimana Abinadi dan Alma berani (contohnya, lihat Mosia 13:1–4, 9).

Mosia 12:33–36; 13:11–24

Saya harus mematuhi Sepuluh Perintah.

Para imam Raja Nuh tahu perintah tetapi tidak mengikutinya. Perkataan Abinadi dapat membantu kanak-kanak memahami kepentingan mematuhi perintah.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk mengira hingga 10. Atau beri mereka 10 keping kertas bernombor dan biarkan mereka meletakkan kertas itu dalam susunan. Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi memberi kita Sepuluh Perintah untuk membantu kita kembali hidup bersama-Nya. Bantu kanak-kanak membaca dengan anda beberapa Sepuluh Perintah dari Mosia 12:33–36 dan 13:11–24.

  • Tunjukkan gambar Musa dengan Sepuluh Perintah (seperti Buku Seni Injil, no. 14), dan secara ringkas jelaskan bagaimana Musa menerima perintah-perintah daripada Tuhan (lihat Keluaran 19–20). Kemudian tunjukkan gambar Abinadi (lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga), dan ceritakan kepada kanak-kanak bahawa Abinadi mengingatkan Raja Nuh dan para imamnya tentang Sepuluh Perintah. Pilih beberapa perintah dari Mosia 12:33–36 dan 13:11–24 yang anda rasa sangat penting untuk kanak-kanak yang anda ajar, dan berbincang dengan mereka berkat-berkat yang datang dari mematuhi perintah-perintah itu.

  • Nyanyi bersama lagu mengenai perintah, seperti “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 68). Mengapa kita mematuhi perintah-perintah itu?

Mosia 14:5; 15:7–9

Para nabi bersaksi tentang Yesus Kristus dengan berani.

Abinadi mengajar Raja Nuh dan orang lain tentang Yesus Kristus, walaupun ia berbahaya. Bagaimanakah cerita Abinadi dapat memperkuatkan kesaksian kanak-kanak tentang para nabi?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Berkongsi dengan kanak-kanak beberapa perkara yang diajar Abinadi tentang Yesus Kristus Mosia 14:5 dan 15:7–9. Bantu kanak-kanak memahami bahawa Abinadi ingin Raja Nuh dan rakyatnya untuk mengikuti Yesus supaya mereka dapat menjadi gembira. Pada zaman kita, para nabi yang hidup mengajar kita tentang Juruselamat. Bacalah petikan dari persidangan umum, atau kongsi klip video salah satu nabi hidup yang berkongsi kesaksiannya tentang Yesus Kristus.

  • Tunjukkan atau lukis gambar rantai, penjara, dan api. Ajar kanak-kanak bahawa Abinadi sanggup diikat, dipenjarakan, dan bahkan dibakar oleh api untuk berkongsi kesaksiannya tentang Yesus Kristus. Walaupun kita mungkin tidak akan menghadapi bahaya ini, bagaimana kita boleh menjadi berani seperti Abinadi dalam berkongsi kesaksian kita dengan perkataan dan pilihan kita?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran: Kanak-kanak yang Lebih Besar

Mosia 11–1317

Saya boleh berdiri untuk yang betul, walaupun saya berdiri sendiri.

Bagaimanakah anda dapat menyediakan kanak-kanak yang anda ajar berani untuk berdiri untuk yang betul, walaupun mereka mesti melakukannya sendiri?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak melukis gambar dari bahagian-bahagian yang berlainan dari laporan Abinadi, Raja Nuh, dan Alma dalam Mosia 11–13 dan 17. Bantu mereka menggunakan gambar mereka untuk mengulangi cerita, atau gunakan “Bab 14: Abinadi dan Raja Nuh” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 38–42, atau video berkaitan di ChurchofJesusChrist.org). Bagaimanakah Abinadi dan Alma masing-masing berdiri untuk yang betul? Mengapa Raja Nuh tidak berdiri untuk yang betul? (lihat Mosia 17:11–12). Bantu kanak-kanak memikirkan masa ketika mereka berdiri untuk apa yang betul.

  • Bantu kanak-kanak memikirkan senario di mana mereka boleh berdiri untuk yang betul, dan menjemput mereka untuk lakon peranan beberapa situasi ini. Sebagai contoh, apa yang mereka boleh lakukan apabila seseorang cuba menyuruh mereka untuk menonton filem yang tidak sesuai atau apabila kawan mereka tidak mahu memasukkan seseorang dalam permainan yang mereka mainkan?

  •    

Mosia 12:33–36; 13:11–24

Saya harus mematuhi Sepuluh Perintah.

Abinadi mengajarkan Raja Nuh dan imam-imam jahatnya tentang Sepuluh Perintah. Adakah kanak-kanak yang anda ajar memahami mengapa kita harus mengasihi dan mematuhi perintah-perintah Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tugaskan setiap kanak-kanak untuk membaca salah satu perintah di dalam Mosia 12:35 dan 13:11–24. Bantu kanak-kanak memikirkan cara kreatif untuk membantu satu sama lain mengingati setiap perintah (seperti frasa berima, tindakan, atau akronim).   Beri kanak-kanak potongan kertas berbentuk hati, dan jemput mereka menulis satu atau lebih dari Sepuluh Perintah di hati mereka (lihat Mosia 13:11)—atau mungkin perintah yang mereka rasa mereka harus berusaha lebih keras untuk patuh.

  • Nyanyi bersama lagu tentang perintah-perintah, seperti “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 68). Apakah berkat yang datang dari mematuhi perintah-perintah itu?

bapa dan anak lelaki membaca tulisan suci

Tulisan suci mengajar kita perintah Tuhan.

Mosia 14:6; 16:4–9

Apabila saya berdosa, saya menjadi sesat; kerana Yesus Kristus, saya boleh dijumpai.

Untuk mengajar tentang Yesus Kristus, Abinadi memetik nabi Yesaya, yang membandingkan kita dengan domba yang hilang. Bagaimanakah anda boleh menggunakan perbandingan ini untuk mengajar kanak-kanak tentang Juruselamat?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman apabila mereka kehilangan sesuatu atau mereka sesat sendiri. Bagaimana perasaan mereka? Apakah yang mereka lakukan? Baca bersama Mosia 14:6 dan 16:4–9. Bagaimanakah kita kadang-kadang “tersesat” daripada Tuhan? Bagaimanakah Yesus Kristus membantu kita kembali?

  • Jemput kanak-kanak membayangkan sekumpulan domba. Apakah sebabnya salah satu dari domba itu mungkin sesat? Senaraikan jawapan mereka di papan tulis. Bagaimanakah kita seperti domba yang merayau? Bagaimanakah perasaan Bapa Syurgawi apabila kita “dijumpai” melalui pertaubatan dan Korban tebusan Juruselamat? (lihat A&P 18:10–13). Berikan kesaksian anda tentang Juruselamat dan pertaubatan.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Jemput kanak-kanak untuk minta ahli keluarga mereka untuk berkongsi pengalaman di mana mereka berdiri untuk kebenaran, atau menggalakkan kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka sendiri.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Pengulangan ialah kunci pembelajaran. Kanak-kanak mendapat manfaat dari mendengar satu asas injil atau melakukan suatu aktiviti lebih dari satu kali. Cuba ulangi aktiviti dalam pelbagai cara.