“17–23 Februari. 2 Nefi 11–25: ‘Kita Berbahagia Dalam Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“17–23 Februari. 2 Nefi 11–25,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
17–23 Februari
2 Nefi 11–25
“Kita Berbahagia Dalam Kristus”
Sebagai tambahan untuk menyamakan 2 Nefi 11–25 kepada diri anda, pertimbangkan bagaimana anda boleh membantu orang yang anda ajari untuk menyamakan bab-bab ini kepada diri mereka sendiri (lihat 2 Nefi 11:8). Semasa Roh mengilhami anda dengan fikiran dan idea-idea, catatkan ia.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Sebelum membincangkan ayat-ayat tertentu dari 2 Nefi 11–25, akan membantu untuk menanyakan ahli-ahli kelas untuk membayangkan mereka mempunyai seorang kawan yang sukar untuk mencari sebarang penulisan Yesaya yang bermakna atau mengilhamkan. Apakah ayat-ayat yang mereka akan berkongsi dengan kawan ini?
Mengajar Ajaran
Yesaya bersaksi tentang Yesus Kristus.
-
Akan lebih mudah untuk memahami nubuat Yesaya ketika kita mengetahui mengapa mereka ditulis. Untuk memulakan perbincangan nubuat Yesaya di 2 Nefi, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk menyelidiki bab 11 dan mencatatkan beberapa tujuan Nefi memetik dari Yesaya. Mereka boleh berkongsi ayat-ayat yang mereka temui dalam pengkajian peribadi atau keluarga mereka dalam 2 Nefi 12–24 yang mereka rasa mencapai tujuan-tujuan tersebut. Bagaimanakah memahami tujuan Nefi membantu ahli-ahli kelas memperoleh lebih banyak dari penulisan Yesaya? Galakkan mereka untuk mengingati tujuan ini di minda semasa mereka membincangkan penulisan Yesaya di dalam kelas.
-
Oleh kerana Yesaya menggunakan banyak bahasa perlambangan, sangat mudah untuk lalai akan kesaksiannya yang sangat berkuasa tentang Yesus Kristus. Di sini adalah sebuah aktiviti yang dapat membantu kelas anda menumpukan pada kesaksian ini. Anda boleh menyediakan beberapa keping kertas dengan rujukan tulisan suci dari tertulis padanya dari 2 Nefi 12–24 yang mengajar tentang Juruselamat (sebagai contoh, 2 Nefi 13:13; 14:4–6; 15:1–7; 16:1–7; 17:14; 18:14–15; 19:6–7; 21:1–5; 22:2). Setiap ahli-ahli kelas boleh memilih satu dari kertas ini, mengkaji ayat yang tertulis padanya, dan menulis pada kertas tersebut apa yang dia telah pelajari tentang Yesus Kristus. Kemudian ahli-ahli kelas boleh bertukar kertas dengan seseorang yang lain dan menambah fikiran atau pandangan yang mereka pelajari tentang Juruselamat dari ayat yang sama. Anda boleh kemudian memberi ahli-ahli kelas kesempatan untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dari Yesaya dan dari sesama yang mendalamkan penghargaan mereka terhadap Yesus Kristus.
-
Nubuat di dalam 2 Nefi 19:6 menyenaraikan beberapa gelaran Yesus Kristus. Pertimbangkan untuk meminta seseorang untuk menyenaraikannya di papan tulis dan menjemput ahli-ahli kelas untuk membincangkan mengapa setiap gelaran ini sesuai menggambarkan tentang Juruselamat. Bagaimanakah Dia telah memenuhi peranan-peranan ini dalam kehidupan kita? Untuk mempelajari lebih tentang beberapa gelaran ini, akan membantu dengan melihat kepada rujukan nota kaki bagi 2 Nefi 19:6.
Pada zaman akhir, umat Tuhan akan dikumpulkan dan menikmati kedamaian.
-
Bahagian khusus dalam nubuat Yesaya adalah terutamanya bersesuaian untuk kita kerana ia menggambarkan aspek pekerjaan Tuhan di zaman akhir. Sebagai contoh, anda boleh menyemak 2 Nefi 21:10–12, yang menggambarkan “panji” (standard atau bendera) yang akan dibangkitkan untuk mengumpulkan umat Tuhan. Bagaimanakah kita telah melihat Tuhan mengumpulkan umat-Nya secara rohani? Mungkin beberapa ahli-ahli kelas boleh berbicara tentang apa yang membuat mereka ingin berkumpul atau bersatu dengan umat Tuhan di dalam Gereja. Mereka mungkin akan menikmati membuat panji mereka sendiri yang menyenaraikan atau menggambarkan beberapa kebenaran injil yang mereka rasa orang ramai “mencari” dan akan membantu “pengumpulan” dan “berkumpul bersama” (ayat 10 dan 12) anak-anak Tuhan di masa kita. Bagaimanakah kita membantu tentang pengumpulan?
-
Cara lain untuk membincangkan ajaran ini adalah untuk menulis tema berikut di papan tulis: Cerai-berai bangsa Israel, Pengumpulan Israel, dan Nubuat-nubuat Kristus. Anda boleh menugaskan bab-bab dari 2 Nefi 12–24 kepada kumpulan ahli-ahli kelas dan menjemput mereka untuk mencari ayat-ayat yang mengajar tentang hal-hal ini dan menulis ayat-ayat ini di bawah tajuk yang bersesuaian di papan tulis. Apakah pesanan-pesanan dalam ayat ini untuk kita? (Akan membantu untuk memberitahu ahli-ahli kelas bahawa Ajaran dan Perjanjian 113:1–6 dapat membantu mereka memahami 2 Nefi 21:1–5, 10.)
-
Lagu rohani seperti “Di Gunung Nan Tinggi” (Nyanyian Rohani, no. 4) atau “Tuhan Terangku” (Nyanyian Rohani, no. 30), yang berdasarkan nubuat di 2 Nefi 12:2–5 dan 2 Nefi 22, dapat menekankan pesanan dan semangat penulisan Yesaya.
Rumah kita dan “pertemuan-pertemuan” Sion boleh menjadi tempat yang selamat dan pelindungan.
-
Dalam 2 Nefi 14:4–6 Yesaya bernubuat bahawa keselamatan dan kedamaian yang orang soleh akan nikmati selepas Tuhan “membersihkan” dan memurnikan” dosa-dosa mereka. Walaupun ayat-ayat ini menggambarkan keadaan yang akan wujud di Zaman Seribu Tahun, ia boleh membantu ahli-ahli kelas semasa mereka mencari keselamatan rohani di tengah kejahatan zaman akhir. Jemputlah mereka untuk merenung dan membincangkan apakah maknanya mempunyai “awan dan asap” dan “api bernyala-nyala” di “tempat kediaman” dan pertemuan-pertemuan” (ayat 5; lihat juga Keluaran 13:21–22). Apakah beberapa hal yang mungkin dapat dibandingkan kepada panas, ribut, dan hujan yang dinyatakan di ayat 6? Bagaimana kita boleh mencari perlindungan? (lihat juga A&P 115:6). Mungkin ahli-ahli kelas boleh mencadangkan cara-cara untuk memastikan rumah dan Gereja kita berkumpul adalah tempat perlindungan rohani.
“Cara benar adalah untuk mempercayai Kristus.”
-
Ahli-ahli kelas anda boleh kaitkan hasrat Nefi ‘untuk memujuk anak-anak kita, dan juga saudara-saudara kita, untuk percaya kepada Kristus.” Bagaimanakah Nefi “bekerja dengan tekun” untuk melaksanakan matlamat ini? (2 Nefi 25:23). Ahli-ahli kelas boleh menyelidiki 2 Nefi 25:19–29 untuk mencari kebenaran-kebenaran tentang Juruselamat dan injil-Nya yang Nefi ingin orangnya untuk ketahui. Mereka boleh berkongsi apa yang mereka telah lakukan untuk mengajar kebenaran-kebenaran ini kepada keluarga atau kawan-kawan mereka. Sebagai contoh, bagaimanakah mereka mengajar bahawa kebenaran adalah “bahawa melalui rahmat kita diselamatkan, setelah kita melaksanakan sebaik yang mampu”? (Penyataan oleh Presiden Dieter F. dalam “Sumber-sumber Tambahan” dapat menyediakan beberapa pandangan tentang kebenaran ini.) Bagaimanakah mereka membantu orang lain “berbahagia dalam Kristus”?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Ahli-ahli kelas mungkin berminat untuk mengetahui bahawa 2 Nefi 26–30 dapat membantu mereka menjawab kepada orang-orang yang berkata, “Kami tidak memerlukan Kitab Mormon.”
Sumber-sumber Tambahan
“Adalah melalui rahmat kita diselamatkan, setelah kita melaksanakan sebaik mampu.”
Bercakap tentang perkataan Nefi di 2 Nefi 25:23, Presiden Dieter F. Uchtdorf berkata:
“Kadangkala saya tertanya jika kita menyalahtafsirkan ungkapan ‘setelah kita melaksanakan sebaik yang mampu.’ Kita mesti faham bahawa ‘setelah’ tidak sama dengan ‘kerana.’
Kita tidak diselamatkan ‘kerana’ kita melaksanakan sebaik yang mampu. Ada siapa daripada kita melakukan semua sebaik yang kita mampu? Adakah Tuhan menunggu sehingga kita telah menggunakan segala usaha sebelum Dia campur tangan dalam kehidupan kita dengan rahmat penyelamatan-Nya? …
“Saya yakin Nefi tahu bahawa rahmat Juruselamat membenarkan dan membolehkan kita untuk mengatasi dosa [lihat 2 Nefi 4:19–35; Alma 34:31]. Inilah sebab Nefi bekerja dengan tekun untuk memujuk anak-anak dan saudaranya ‘untuk percaya kepada Kristus, dan diperdamaikan dengan Tuhan’ [2 Nefi 25:23].
“Lagipun, itu adalah apa yang kita mampu lakukan! Dan itu adalah tugas kita dalam kefanaan!” (“Kurnia Rahmat,” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 110).