Ikutlah Aku
10–16 Februari. 2 Nefi 6–10: “Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita!”


“10–16 Februari. 2 Nefi 6–10: ‘Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita!’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“10–16 Februari. 2 Nefi 6–10,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Yesus berdoa di Getsemani

Not My Will, But Thine, Be Done, oleh Harry Anderson

10–16 Februari

2 Nefi 6–10

“Ya, Betapa Agungnya Rancangan Tuhan Kita!”

Cara yang baik untuk menyediakan diri anda untuk mengajar adalah anda terlebih dahulu membaca 2 Nefi 6–10. Catatkan sebarang tanggapan yang anda terima, dan gunakan rangka panduan ini untuk mencari pandangan tambahan dan idea pengajaran.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Yakub mengajar bangsanya bahawa ajaran-ajaran Yesaya “ia disamakan denganmu” (2 Nefi 6:5). Anda boleh mulakan dengan meminta ahli-ahli kelas untuk berkongsi ajaran-ajaran Yakub di dalam 2 Nefi 6–10 yang mereka boleh samakan ia dengan kehidupan mereka. Mereka boleh menjelaskan mengapa mereka merasa ajaran tersebut bermakna.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

2 Nefi 6–8

Tuhan berbelas kasihan terhadap umat-Nya dan akan menggenapi janji-janji-Nya.

  • Untuk memberi beberapa isi kepada pesanan di 2 Nefi 6–8, akan lebih membantu sekiranya kelas anda membuat garis masa yang mudah tentang peristiwa-peristiwa yang digambarkan di 2 Nefi 6:8–15. Apakah peristiwa-peristiwa ini nyatakan tentang Tuhan dan perasaan-Nya terhadap umat-Nya? (lihat juga 2 Nefi 7:1–3; 8:3). Anda boleh menjelaskan bahawa sebagai ahli-ahli Gereja, kita adalah umat perjanjian Tuhan pada masa kini, dan kita telah dikumpulkan dari seluruh dunia kepada keselamatan injil. Apakah pesanan-pesanan yang terdapat di dalam bab-bab ini untuk kita sekarang?

2 Nefi 9

Melalui Korban Tebusan-Nya, Yesus Kristus membebaskan semua orang dari kematian jasmani dan kematian rohani.

  • Salah satu cara untuk mendalamkan penghargaan kita tentang Korban Tebusan Yesus Kristus adalah memikirkan apa yang akan terjadi kepada kita tanpa Korban Tebusan. Ahli-ahli kelas boleh merenungkan hal-hal ini semasa mereka mengkaji 2 Nefi 9. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk mulakan dengan mengkaji ayat 4–9 dan kemudian senaraikan di papan tulis apa yang akan terjadi tanpa Korban Tebusan Kristus. Mengikut ayat 10–14, bagaimanakah Juruselamat menyelamatkan kita dari takdir ini? Pesanan Elder Jeffrey R. Holland’s di “Sumber-sumber Tambahan” dapat membantu kelas anda memahami keperluan kita akan Korban Tebusan Yesus Kristus.   Ahli-ahli kelas boleh berkongsi sebarang buah fikiran atau perasaan yang pesanan Elder Holland ilhamkan tentang Juruselamat.

  • Mintalah ahli-ahli kelas untuk mempertimbangkan bagaimana mereka akan menjelaskan Korban Tebusan Yesus Kristus kepada seseorang yang tidak mengetahui apakah itu atau mengapa ia penting. Kebenaran-kebenaran yang terdapat di 2 Nefi 9 dapat membantu menyediakan ahli-ahli kelas untuk perbincangan sedemikian. Malah mereka boleh mencari di ayat 4–12, mencari bagaimana Korban Tebusan Juruselamat mengatasi kematian jasmani dan kematian rohani. Berdasarkan apa yang kita pelajari dari tulisan suci ini, mengapakah pengorbanan Juruselamat digelar “suatu korban tebusan yang tidak terhingga”? (2 Nefi 9:7).

  • Yakub sungguh kagum oleh rancangan penebusan Tuhan sehingga dia tersentuh untuk menyatakan “Ya, betapa agungnya” dan Ya, keagungan” semasa dia menggambarkan rancangan tersebut. Untuk membantu ahli-ahli kelas lebih memahami tentang perasaan ini terhadapt Juruselamat dan korban tebusan-Nya, pertimbangkan untuk menjemput mereka untuk mencari 2 Nefi 9 untuk penyataan Yakub (kebanyakan terdapat di ayat 8–20). Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang Tuhan dan rancangan-Nya? Apakah pengalaman-pengalaman yang membantu kita merasakan apa yang Yakub rasakan tentang rancangan Tuhan terhadap anak-anak-Nya? Anda juga boleh menyanyi lagu tentang kebesaran Tuhan, seperti “Betapa Agung Nama-Mu” (Nyanyian Rohani, no. 29), untuk menekankan perbincangan ini.

2 Nefi 9:27–54

Kita dapat datang kepada Kristus dan menerima berkat-berkat agung Korban Tebusan-Nya.

  • Anda boleh memulakan perbincangan tentang ajaran-ajaran Yakub di dalam ayat-ayat ini dengan meminta ahli-ahli kelas untuk membayangkan bagaimana mereka akan menjemput seseorang untuk bertaubat dan datang kepada Kristus. Bagaimanakah Yakub melakukan ini di 2 Nefi 9:50–53? Apakah berkat-berkat yang dia katakan akan datang ke dalam kehidupan kita semasa kita menerima jemputan-jemputan ini?

  • Di dalam 2 Nefi 9, Yakub menggunakan dua ayat berkuasa dan bertentangan: “rancangan yang penuh belas kasihan daripada Pencipta agung” dan “rancangan yang licik dari yang jahat itu” (2 Nefi 9:6, 28). Untuk membantu ahli-ahli kelas mempelajari pertentangan ini, anda boleh melukis sebuah jalan di papan tulis dan tandakan ia sebagai Rancangan Bapa Syurgawi. Jemputlah ahli-ahli kelas untuk melihat, 2 Nefi 9:27–52, mencari nasihat yang Yakub berikan untuk membantu kita mengikuti rancangan Bapa Syurgawi. Mintalah mereka untuk menulis apa yang mereka temui di tepi jalan tersebut. Apakah yang Yakub ajarkan tentang bagaimana Setan mengumpan kita menyimpang dari rancangan Bapa Syurgawi kita? Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang ke mana mengikuti rancangan Bapa Syurgawi akan membawa kita dan ke mana mengikuti Setan akan membawa kita? (lihat 2 Nefi 9:9, 18). Mengikut ayat-ayat ini, apakah yang kita boleh lakukan untuk lebih mengikuti rancangan Bapa Syurgawi kita?

  • Di 2 Nefi 9:28–38, Yakub memberi amaran tentang beberapa sikap atau kelakuan yang menjauhkan kita dari mengikuti rancangan Tuhan untuk kita. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk mencarinya. Apakah sikap-sikap dan kelakuan ini yang terutamanya meluas pada masa kini? Apakah yang menjadikannya sungguh bahaya? Apakah yang kita pelajari dari 2 Nefi 9:50–53 tentang bagaimana untuk mengelak bahaya-bahaya ini?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk membantu ahli-ahli kelas merasa yakin tentang penulisan Yesaya yang dipetik oleh Nefi di dalam 2 Nefi 11–24, anda dapat menjelaskan bahawa Nefi memasukkan penulisan ini untuk menguatkan iman orang-orangnya di dalam Yesus Kristus. Jemputlah ahli-ahli kelas untuk melihat pembacaan minggu hadapan sebagai peluang untuk membina iman mereka di dalam-Nya.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Keperluan Kita akan seorang Juruselamat

Elder Jeffrey R. Holland menceritakan sebuah cerita tentang seorang pendaki yang bergegas dari tebing jurang yang curam, dengan tiada apa-apa untuk menghalangnya daripada jatuh mati. Ketika genggamannya mula mengundur di atas permukaan berpasir itu, dia merasakan tangan adiknya mencekup pergelangan tangannya dan menariknya sehingga selamat. Elder Holland membandingkan pengalaman pendaki tersebut dengan keadaan terjatuh kita di dunia ini.

“Terdapat Adam dan Hawa yang telah terjatuh dari Taman Eden sebenar, dengan segala kesan-kesan kejatuhan dibawa bersama. … Oleh kerana kita kemudiannya dilahirkan dalam dunia yang telah jatuh dan kerana kita juga akan melanggar perintah Tuhan, kita dijatuhkan hukuman yang sama seperti Adam dan Hawa.

“Betapa mendukakan! Seluruh kaum manusia jatuh dengan bebas—setiap lelaki, perempuan, dan kanak-kanak bergolek secara jasmani ke arah kematian kekal, semakin mendekati penderitaan abadi rohani. Adakah ini maksud kehidupan? Adakah ini hasil terakhir pengalaman manusia? Adakah kita hanya tergantung di gaung yang sejuk di alam semesta yang tidak endah, setiap kita mencari-cari sokongan untuk menggenggam—dengan hanya merasai pasir menggelongsor di bawah jari, tiada untuk menyelamatkan kita, tiada untuk dipegang, dan tiada untuk memegang kita? …

“Jawapan untuk soalan-soalan tersebut ialah dengan jelas dan abadi tidak! … Korban Tebusan boleh mencapai kejayaan penuh dalam kematian jasmani kerana ia membolehkan kebangkitan semua yang telah atau yang akan dilahirkan di dunia ini. Belas kasihan juga menyediakan pengampunan untuk dosa-dosa peribadi dari Adam sehinggalah penghujung dunia, bersyaratkan pertaubatan dan ketaatan kepada hukum-hukum mulia” (“Di mana Keadilan, Kasih, dan Belas Kasihan Bertemu,” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 105–6)

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kongsi kesaksian anda dengan sering. Kesaksian anda yang ringkas, tulus dapat memiliki pengaruh berkuasa pada mereka yang anda ajari. Ia tidak perlu berbunga atau panjang. Pertimbangkan untuk berkongsi kesaksian peribadi anda tentang Juruselamat semasa anda membincangkan 2 Nefi 9.