“27 Januari–2 Februari . 1 Nefi 16–22: Aku Akan Menyediakan Jalan Di Hadapanmu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“27 Januari–2 Februari . 1 Nefi 16–22,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
27 Januari–2 Februari
1 Nefi 16–22
“Aku Akan Menyediakan Jalan Di Hadapanmu”
Semasa anda membaca 1 Nefi 16–22, fikirkan tentang bagaimana teladan Nefi menghadapi cabaran-cabaran boleh membantu orang-orang yang anda ajari di kelas anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Nefi melihat nilai menyamakan tulisan suci dengan dirinya dan orang-orangnya (lihat 1 Nefi 19:23). Pertimbangkan menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi asas-asas yang mereka pelajari dari laporan perjalanan Nefi ke negeri yang dijanjikan yang berkait dengan kehidupan mereka sendiri.
Mengajar Ajaran
1 Nefi 16:10–16, 23–31; 18:10–13, 20–22
Tuhan menggunakan hal-hal kecil untuk melaksanakan hal-hal besar.
-
Bolehkah anda, atau seseorang di dalam kelas anda, fikirkan sesuatu yang kecil yang dapat digunakan untuk membawa sesuatu yang besar? (lihat 1 Nefi 16:29). Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membincangkan apa yang mereka pelajari tentang asas ini selepas membaca tulisan suci secara individu atau dalam kumpulan: 1 Nefi 16:25–31; Alma 37:3–8; dan Ajaran dan Perjanjian 64:33; 123:12–17. Bagaimanakah Tuhan menggunakan hal-hal yang kecil untuk melaksanakan hal-hal yang besar di dalam kehidupan kita?
-
Kelas anda mungkin mendapat manfaat dari membincangkan bagaimana Bapa Syurgawi mengarahkan jalan kita. Untuk mulakan, anda boleh meminta kelas untuk membincangkan asas-asas yang menjadikan Liahona berfungsi (lihat 1 Nefi 16:10–16, 23–31; 18:10–13, 20–22; lihat juga Alma 37:38–47). Bagaimanakah asas-asas ini dianggap “hal-hal kecil”? Ahli-ahli kelas boleh menyenaraikan di papan tulis hal-hal yang Tuhan telah sediakan untuk membimbing kita (lihat “Sumber-sumber Tambahan” untuk idea). Apakah perbuatan kecil yang kita boleh lakukan untuk menerima bimbingan Tuhan?
1 Nefi 16:18–32; 17:7–16; 18:1–4
Ketika kita mematuhi perintah-perintah, Tuhan akan membantu kita menghadapi cabaran-cabaran.
-
Ahli-ahli kelas mungkin akan menghadapi tugasan atau cabaran yang kelihatan mustahil. Bagaimanakah anda menggunakan pengalaman Nefi dengan tugasannya yang kelihatan mustahil—memberi makan keluarganya di padang belantara dan membina sebuah kapal—untuk membantu mereka? Mungkin ahli-ahli kelas boleh membaca 1 Nefi 16:18–32; 17:7–16; dan 18:1–4, mencari asas-asas yang dapat membantu mereka ketika mereka menghadapi kesukaran yang mencabar (sebagai contoh 1 Nefi 16:24–26 mengajar bahawa doa dan kerendahan hati membenarkan kita untuk menerima ilham dan arahan dari Tuhan). Anda boleh mulakan dengan memberi mereka satu contoh asas yang anda temui di dalam ayat-ayat ini. Semasa mereka berkongsi apa yang mereka temui, mereka boleh juga berkongsi berkaitan pengalaman-pengalaman peribadi.
Iman membawa kepada perbuatan.
-
Pengalaman Lehi dan keluarganya di padang belantara menggambarkan bahawa kuasa iman dan akibat-akibat ketidakpercayaan. Untuk membantu ahli-ahli kelas menemui kebenaran-kebenaran ini, anda boleh menulis soalan-soalan ini di papan tulis: Bagaimanakah Nefi bertindak atas imannya? Bagaimanakah dia diberkati sebagai hasilnya? Apakah kesan-kesan daripada ketidakpercayaan Laman dan Lemuel? Jemputlah ahli-ahli kelas sebagai satu kumpulan mencari jawapan-jawapan kepada soalan-soalan ini di 1 Nefi 16:18–32 atau 17:7–22 dan berkongsi apa yang mereka temui.
Kita boleh menyamakan tulisan suci dengan diri sendiri.
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas mempelajari bagaimana untuk menyamakan tulisan suci dengan diri sendiri, mereka boleh membaca contoh bagaimana Nefi melakukannya. Di 1 Nefi 4:1–3 dan 17:23–32, 41–45, apakah asas-asas yang Nefi ajarkan dengan menyamakan tulisan suci dengan keadaan keluarganya? Laporan oleh Elder Robert D. Hales di “Sumber-sumber Tambahan” menggambarkan bagaimana menyamakan tulisan suci dengan diri sendiri dapat memberkati kita. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang mereka atau keluarga mereka hadapi dan kemudian mencari laporan tulisan suci yang memberi mereka pandangan dan membantu untuk situasi-situasi tersebut. Mengikut 1 Nefi 19:22–24, bagaimanakah menyamakan tulisan suci dengan diri sendiri boleh memberkati kita?
-
Membincangkan 1 Nefi 19:22–24 boleh menjadi kesempatan yang besar bagi ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana mereka “menyamakan tulisan suci” dengan diri sendiri dan keluarga mereka, serta berkat-berkat yang mereka terima dengan melakukan demikian. Pertimbangkan untuk menyenaraikan di papan tulis idea-idea ahli-ahli kelas tentang bagaimana untuk menyamakan tulisan suci dengan diri mereka sendiri (untuk beberapa cadangan, lihat senarai di “Sumber-sumber Tambahan”). Di kelas yang akan datang, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pengalaman ketika mereka menggunakan idea-idea di dalam senarai tersebut.
Tuhan akan mengumpulkan bani Israel pada hari-hari terakhir.
-
Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi ajaran-ajaran bermakna yang mereka temui di 1 Nefi 20–21, pertimbangkan untuk menulis tajuk seperti ini di papan tulis: Anak-anak Israel, Keluarga Lehi dan Orang-orang . Berikan mereka masa untuk menyemak 1 Nefi 20–21 dan senaraikan di bawah setiap tajuk bagaimana nubuat Yesaya bagi kumpulan-kumpulan ini.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk membaca 2 Nefi 1–5, jemputlah mereka untuk memikirkan tentang apa yang mereka akan katakan kepada keluarga mereka sekiranya masa mereka berada di bumi singkat. Tunjukkan bahawa beberapa bab awal di 2 Nefi mengandungi pesanan akhir Lehi berikan kepada keluarganya.
Sumber-sumber Tambahan
Video Kitab Mormon
Carilah video-video peristiwa dari 1 Nefi 16–22 di dalam koleksi Book of Mormon Videos di ChurchofJesusChrist.org atau aplikasi Gospel Library.
“Liahona” kita.
Elder David A. Bednar mengajarkan: “Roh Kudus bekerja dalam kehidupan kita hari ini sebagaimana Liahona yang bekerja bagi Lehi dan keluarganya, menurut iman dan ketekunan dan perhatian kita” (“That We May Always Have His Spirit to Be with Us,” Ensign atau Liahona, Mei 2006, 31).
Pada persidangan umum Oktober 2015, Elder Lowell M. Snow dari Tujuh Puluh berkata: “Persidangan umum ini merupakan Liahona moden, masa dan tempat untuk menerima bimbingan dan arahan yang diilhami yang memakmurkan kita” (“Compass of the Lord,” Ensign atau Liahona, Nov. 2005, 97).
Presiden Thomas S. Monson mengajarkan: “Tuhan sama yang menyediakan Liahona untuk Lehi menyediakan untuk anda dan saya kini sebuah hadiah yang jarang dan berharga untuk memberi panduan kepada hidup kita. … Hadiah yang saya maksudkan dikenali sebagai berkat bapa bangsa anda” (Thomas S. Monson, “Your Patriarchal Blessing: A Liahona of Light,” Ensign, Nov. 1986, 65).
Menyamakan tulisan suci dengan diri sendiri.
Elder Robert D. Hales mengajarkan
“Beberapa tahun yang lalu saya sedang mengajar anak lelaki saya mengenai kehidupan serta pengalaman saudara lelaki Yared. Meskipun kisah itu sangat menarik, dia tidak tertarik. Lalu saya menanyakan apa makna kisah itu baginya secara peribadi. Ketika kami menanyakan kepada anak-anak kami, ‘Apakah maknanya bagimu?’ Dia menjawab, ‘Itu tidak ada bezanya dengan yang dilakukan oleh Joseph Smith di hutan kudus ketika dia berdoa dan memperoleh sebuah jawapan.’
“Saya mengatakan, ‘Anda seusia dengan Joseph. Menurut anda apakah doa seperti doanya akan bermanfaat bagimu?’ Tiba-tiba, kita tidak membincangkan tentang kisah bertahun-tahun lalu yang terjadi di negeri jauh. Kami berbicara tentang anak lelaki kami—tentang kehidupannya, keperluannya, dan cara doa dapat membantunya.
“Sebagai ibu bapa, kita memiliki tanggungjawab untuk membantu anak-anak kita untuk ‘menyamakan semua tulisan suci [juga, setiap bahagian dari injil Yesus Kristus] dengan kita [dan anak-anak kita], … untuk manfaat dan pembelajaran [keluarga kita]’” (“With All the Feeling of a Tender Parent: A Message of Hope to Families,” Ensign atau Liahona, Mei 2004, 90).
Cadangan-cadangan untuk menyamakan dengan tulisan suci.
-
Fikirkan tentang peristiwa atau keadaan di masa kita yang serupa dengan tulisan suci yang anda baca.
-
Ketahuilah apa yang orang-orang ketahui, pelajari, atau lakukan di dalam tulisan suci yang boleh membantu anda dengan masalah atau soalan peribadi anda yang semasa.
-
Mengenal pasti asas dari kisah yang dapat membantu anda di dalam keadaan anda sendiri.