“20–26 Januari. 1 Nefi 11–15: ‘Disenjatai dengan Kesolehan dan dengan Kuasa Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“20–26 Januari. 1 Nefi 11–15,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
20–26 Januari
1 Nefi 11–15
“Disenjatai dengan Kesolehan dan dengan Kuasa Tuhan”
Mulakan persediaan anda untuk mengajar dengan mengkaji 1 Nefi 11–15. Catatkan fikiran dan tanggapan anda tentang ayat-ayat dan asas-asas yang anda akan galakkan ahli-ahli kelas untuk membincangkan. Idea-idea di bawah dapat membantu.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Bab-bab ini mengandungi asas-asa yang ahli-ahli kelas mungkin ingin pertimbangkan semasa mereka berkongsi injil dengan orang lain. Pertimbangkan untuk menulis soalan-soalan seperti berikut di papan tulis dan menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi hal-hal yang mereka temui dalam pembacaan mereka minggu ini yang dapat membantu menjawab soalan-soalan ini:
-
Apakah Kemurtadan dan Pemulihan?
-
Mengapakah Kitab Mormon penting?
-
Bagaimanakah saya boleh mengetahui kebenaran-kebenaran Tuhan untuk diri sendiri?
Mengajar Ajaran
Tuhan mengutus Yesus Kristus sebagai penyataan kasih-Nya.
-
Seorang malaikat menunjukkan Nefi lambang dan peristiwa dari kehidupan Juruselamat yang menunjukkan kasih Tuhan. Anda mungkin mendapat ia berguna untuk mengkaji lambang dan peristiwa ini sebagai satu kelas dan bincangkan bagaimana mereka menunjukkan kasih Tuhan kepada kita. Adakah sebarang gambar, video, atau alat bantuan visual yang lain yang anda dapat tunjuk yang menggambarkan beberapa peristiwa dalam ayat-ayat ini? (lihat, contohnya, biblevideos.ChurchofJesusChrist.org). Bagaimanakah kehidupan dan Korban tebusan Juruselamat membantu anda memahami kasih Tuhan kepada anda?
Tuhan akan membantu kita menangkis pengaruh Setan.
-
Kadangkala ahli-ahli kelas anda mungkin merasa seperti orang-orang dalam penglihatan Nefi yang berkeliaran di kabut kegelapan atau dihina oleh mereka yang berada di bangunan yang besar dan lapang tersebut. Anda boleh menanyakan kelas mengapa kabut kegelapan adalah lambang yang baik untuk godaan (lihat 1 Nefi 12:17) dan mengapakah bangunan yang besar dan lapang adalah lambang yang baik untuk khayalan sombong dan keangkuhan anak-anak manusia (lihat 1 Nefi 12:18). Kemudian anda boleh membahagikan bab 12–15 di kalangan ahli-ahli kelas dan menjemput mereka untuk menyelidiki ayat-ayat yang mengajar tentang bagaimana Tuhan akan membantu kita mengatasi godaan, kesombongan, dan keangkuhan (lihat, 1 Nefi 13:34–40; 14:14).
-
Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas anda lebih memahami kuasa yang datang dari firman Tuhan? (lihat 1 Nefi 15:24). Anda boleh menjemput mereka untuk membincangkan soalan-soalan seperti berikut: Apakah yang Nefi pelajari tentang kuasa firman Tuhan? Bagaimanakah Setan cuba untuk meremehkan firman Tuhan? (lihat 1 Nefi 13:26–29). Apakah yang Tuhan dan para nabi-Nya lakukan untuk memelihara firman-Nya? Sebagai sebahagian dari perbincangan anda, anda boleh meminta beberapa ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana mereka mengkaji tulisan suci dan apa yang mereka lakukan untuk menjadikan firman Tuhan sebahagian dari kehidupan harian mereka.
Tuhan menyediakan jalan untuk pemulihan Gereja-Nya.
-
Mungkin garis masa boleh membantu ahli-ahli kelas memahami penglihatan Nefi tentang peristiwa Pemulihan. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membuat satu di papan tulis, dengan peristiwa-peristiwa yang mereka temui di 1 Nefi 13. Peristiwa-peristiwa manakah yang telah terjadi? Mana yang sedang terjadi sekarang? Pertimbangkan untuk berkongsi petikan di “Sumber-sumber Tambahan” oleh George Washington, presiden Amerika Syarikat yang pertama, yang menunjukkan dia menyedari pengaruh Tuhan dalam Revolusi Amerika, peristiwa yang menyediakan jalan untuk Pemulihan.
-
Bagaimanakah ahli-ahli kelas menggunakan 1 Nefi 13 untuk menjelaskan kepada seseorang yang berlainan agama tentang mengapa Pemulihan itu perlu? lihat 1 Nephi 13:26–29, 35–42). Apakah tulisan suci lain yang ahli-ahli kelas dapat gunakan untuk membantu orang lain memahami mengapa Pemulihan itu perlu? Ahli-ahli kelas mungkin mendapat manfaat dari memainkan peranan bagaimana mereka akan menjelaskan kepada seseorang tentang keperluan Pemulihan dan bagaimana ia memberkati mereka.
Kitab Mormon mengajarkan kebenaran-kebenaran yang jelas dan berharga.
-
Akan membantu untuk menggunakan 1 Nefi 13:20–41 untuk memulakan perbincangan tentang mengapa kita memerlukan Kitab Mormon. Ahli-ahli kelas boleh menyenaraikan beberapa “hal-hal yang jelas dan berharga” yang telah hilang dari Alkitab dan dipulihkan melalui Kitab Mormon (sebagai contoh, lihat ayat 26 dan 39 atau senarai di “Sumber-sumber Tambahan”). Anda juga boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana pemulihan “hal-hal yang jelas dan berharga” telah membantu mereka menjadi lebih dekat kepada Tuhan.
-
Pertimbangkan menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi tentang mengapa kita memerlukan Kitab Mormon. Atau anda boleh menjemput seorang ahli kelas untuk melukis di papan tulis ilustrasi yang digambarkan di petikan Elder Tad R. Callister dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Petikan Callister dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Ahli-ahli kelas kemudian boleh berkongsi bagaimana Kitab Mormon telah membantu mereka lebih memahami injil Yesus Kristus.
2:3
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas untuk membaca 1 Nefi 16–22 semasa minggu akan datang, anda boleh menyebut bahawa ia mengandungi cerita yang dapat mengilhami dan membantu mereka ketika mereka diminta untuk melakukan sesuatu yang kelihatan mustahil.
Sumber-sumber Tambahan
Video Kitab Mormon.
Carilah video-video yang menggambarkan peristiwa-peristiwa dari 1 Nefi 11–15 di dalam koleksi Book of Mormon Videos di ChurchofJesusChrist.org atau di aplikasi Gospel Library.
Tangan Tuhan dalam Revolusi Amerika.
George Washington berkata: “Seseorang itu mestilah tidak baik yang dapat melihat peristiwa-peristiwa Revolusi Amerika tanpa rasa berterima kasih yang hangat terhadap Pencipta Alam Semesta yang merupakan pengantara ilahi yang begitu terperinci bagi pihak kita” (Letter to Samuel Langdon, Sept. 28, 1789, founders.archives.gov/documents/Washington/05-04-02-0070).
Senarai Kitab Mormon Presiden Russell M. Nelson.
Dari “Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?” (Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 60-63).
Kitab Mormon menyangkal tanggapan bahawa:
-
Wahyu tamat dengan Alkitab.
-
Bayi perlu dibaptiskan.
-
Kegembiraan boleh didapati dari kejahatan.
-
Kebaikan individu cukup untuk mencapai permuliaan (tatacara dan perjanjian diperlukan).
-
Kejatuhan Adam mencemarkan manusia dengan “dosa asal.”
Kitab Mormon menjelaskan pemahaman tentang:
-
Kewujudan pra-fana kita.
-
Kematian. Adalah sebahagian yang wajib dalam rancangan kegembiraan Tuhan.
-
Kewujudan selepas kefanaan bermula di firdaus.
-
Kebangkitan badan, bersatu semula dengan roh, menjadi satu jiwa yang baqa.
-
Penghakiman kita oleh Tuhan akan menurut kerja-kerja dan keinginan hati kita.
-
Bagaimana tatacara-tatacara dilaksanakan dengan betul: sebagai contoh, pembaptisan, sakramen, anugerah Roh Kudus.
-
Korban Tebusan Yesus Kristus.
-
Kebangkitan.
-
Peranan penting malaikat.
-
Sifat abadi imamat.
-
Bagaimana tingkah laku manusia lebih dipengaruhi oleh kuasa kata daripada kuasa pedang.
Kita perlukan Kitab Mormon.
Elder Tad R. Callister mengajar:
“Alkitab adalah satu kesaksian tentang Yesus Kristus; Kitab Mormon adalah lagi satu. Mengapakah saksi kedua ini begitu penting? Ilustrasi berikut mungkin membantu: Berapa banyak garis lurus dapat anda lukis melalui satu titik tunggal pada sekeping kertas? Jawapannya adalah tidak terbatas. Untuk sesaat, anggaplah titik tunggal tersebut mewakili tafsiran-tafsiran berbeza dari Alkitab dan bahawa setiap tafsiran tersebut mewakili Gereja yang berbeza.
“Namun, apa yang terjadi, jika pada sekeping kertas itu terdapat titik kedua yang mewakili Kitab Mormon? Berapa banyak garis lurus yang dapat anda lukis di antara kedua titik rujukan tersebut: Alkitab dan Kitab Mormon? Hanya satu. Hanya satu tafsiran mengenai ajaran Kristus yang terhasil melalui kesaksian dari kedua-dua saksi tersebut” (“The Book of Mormon—a Book from God,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 75).