“13–19 Januari. 1 Nefi 8–10: ‘Datang dan Makan Buah Itu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“13–19 Januari. 1 Nefi 8–10,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
13–19 Januari
1 Nefi 8–10
“Datang dan Makan Buah Itu”
Sebelum membaca idea-idea di rangka panduan, bacalah 1 Nefi 8–10 dan fikirkan cabaran dan kesempatan berhadapan dengan orang-orang yang anda ajari. Catatkan tanggapan anda tentang asas-asas dari bab-bab ini yang anda harus tumpukan di dalam kelas.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Penglihatan Lehi mempunyai banyak kegunaan pada masa kita. Pada permulaan kelas, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pandangan mereka semasa anda membaca tentang penglihatan ini. Galakkan mereka untuk berkongsi ayat khusus dan maknanya untuk kehidupan mereka.
Mengajar Ajaran
Ketika kita mengalami kasih Tuhan, kita berhasrat untuk membantu orang lain mengalaminya.
-
Ia adalah perkara semula jadi untuk berkongsi hal-hal yang kita kasihi dengan orang yang kita kasihi, tetapi kadangkala kita mendapat ia adalah sukar untuk berkongsi injil. Perbincangan tentang penglihatan Lehi boleh membantu ahli-ahli kelas mencari peluang untuk berkongsi injil. Anda boleh memberi seorang ahli kelas sebiji buah dan memintanya untuk memujuk yang selebihnya untuk memakan buah ini selalu. Bagaimanakah pengajaran berobjek ini serupa dengan pengalaman Lehi di 1 Nefi 8:10–16? Apakah yang kita pelajari dari pengalaman Lehi yang akan membantu kita semasa kita berkongsi injil?
-
Elder David A. Bednar mengajarkan, “Buah di atas pokok adalah lambang berkat-berkat Korban Tebusan” (“Lehi’s Dream: Holding Fast to the Rod,” Ensign atau Liahona, Okt. 2011, 34). Pertimbangkan untuk menghubungi beberapa ahli kelas terlebih dahulu dan meminta mereka untuk menyemak 1 Nefi 8:11–16 dan memikirkan soalan seperti ini: Bagaimanakah saya akan menggambarkan kemanisan yang Korban Tebusan Yesus Kristus telah bawakan ke dalam kehidupan saya? Bagaimanakah saya telah menjemput orang lain untuk merasa kemanisannya? (lihat ayat 15). Bagaimanakah orang lain telah menjemput saya untuk mencari berkat-berkat Korban Tebusan Juruselamat? Apakah yang saya terilhami untuk lakukan semasa saya membaca 1 Nefi 8:11–16? Jemput ahli-ahli kelas ini untuk berkongsi jawapan mereka semasa kelas, dan jemputlah semua ahli-ahli kelas untuk menawarkan pandangan mereka semasa perbincangan.
Firman Tuhan membimbing kita kepada Juruselamat dan membantu saya merasakan kasih-Nya.
-
Satu cara untuk memulakan perbincangan tentang penglihatan Lehi adalah untuk menjemput beberapa ahli-ahli kelas untuk melukis gambaran tentang penglihatan tersebut di papan tulis, menggunakan 1 Nefi 8:19–38 sebagai panduan. Atau anda boleh menunjukkan gambar penglihatan Lehi dari rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Anda kemudian boleh menjemput setiap ahli-ahli kelas untuk mencari ayat yang memberikan tafsiran kepada satu dari lambang-lambang di dalam lukisan atau gambar—tafsiran-tafsiran ini boleh ditemui di 1 Nefi 11:4–25, 35–36; 12:16–18; dan 15:21–33, 36. Semasa ahli-ahli kelas berkongsi apa yang mereka temui, jemputlah mereka untuk membincangkan apa lambang-lambang ini mengajar kita. Sebagai contoh, apakah yang bangunan besar dan lapang mengajarkan kita tentang keangkuhan? Apakah yang batang besi mengajarkan kita tentang firman Tuhan? Mereka juga boleh berbicara tentang bagaimana penglihatan Lehi telah membantu mereka datang kepada Kristus. Bagaimana kita melihat diri kita di dalam penglihatan tersebut?
-
Satu pesanan penting dalam penglihatan Lehi adalah kepentingan firman Tuhan, yang dilambangkan sebagai batang besi. Untuk menekankan pesanan ini, anda boleh membahagikan kelas kepada empat kumpulan dan menugaskan setiap satu untuk mempelajari tentang empat kumpulan orang yang Lehi lihat, sebagai yang digambarkan di dalam “Sumber-sumber Tambahan” dan di dalam 1 Nefi 8:21–23, 24–28, 30, dan 31–33. Kemudian izinkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi dengan sesama apa yang telah mereka pelajari. Anda boleh juga menyediakan beberapa minit untuk ahli-ahli kelas untuk merenungkan apa yang mereka rasa terilham untuk lakukan bagi memastikan mereka “memegang kuat kepada batang besi itu” (1 Nefi 8:30).
Tuhan akan mengungkapkan kebenaran kepada kita sekiranya kita mencarinya dengan cermat.
-
Kabut kegelapan yang mengaburi jalan kita dan suara-suara ejekan dari bangunan besar dan lapang dapat menjadikan ia sukar bagi kita untuk mencari kebenaran. Membaca bersama tentang teladan Nefi sebagai seorang pencari kebenaran dapat membantu. Anda boleh mulakan perbincangan dengan meminta ahli-ahli kelas untuk mengenal pasti beberapa pesanan dunia yang mengelirukan. Apakah amaran idea-idea duniawi yang para nabi dan rasul berikan kepada kita di persidangan umum yang terbaru? Pertimbangkan untuk membuat satu senarai di papan tulis bagi langkah-langkah yang Nefi ambil untuk memperoleh kesaksiannya sendiri tentang kebenaran penglihatan ayahnya (lihat 1 Nefi 10:17–19; 11:1). Bagaimana kita dapat mengikuti teladannya semasa kita mencari kebenaran?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk membaca 1 Nefi 11–15, jemputlah mereka untuk mencari apakah kaitan gambaran berikut dengan mimpi Lehi: bayi Yesus, salib, ibu para pelacur, orang ramai berkumpul bersama untuk berperang, dan kitab.
Sumber-sumber Tambahan
Video Kitab Mormon
Pertimbangkan untuk menunjuk video yang menggambarkan peristiwa dari bab-bab ini (lihat koleksi Book of Mormon Videos ChurchofJesusChrist.org atau aplikasi Gospel Library).
Empat kumpulan orang di dalam mimpi Lehi.
-
Kumpulan 1.“Di 1 Nefi 8:21–23 kita pelajari tentang orang-orang di kumpulan pertama yang maju ke hadapan dan bermula di jalan yang menuju kepada pokok kehidupan. Bagaimanapun, semasa orang-orang tersebut bertembung dengan kabut kegelapan, yang mewakili ‘godaan-godaan iblis’ (1 Nefi 12:17), mereka hilang arah mereka, berkeliaran, dan menjadi sesat. Perhatikan bahawa tidak disebut di ayat ini tentang batang besi. Mereka yang tidak menghiraukan atau mengambil remeh tentang firman Tuhan tidak mempunyai akses untuk arah ilahi yang menuju kepada Juruselamat.”
-
Kumpulan 2.“Di 1 Nefi 8:24–28 kita baca tentang kumpulan orang-orang kedua yang sampai kepada jalan yang lurus dan sempit yang menuju kepada pokok kehidupan. Kumpulan ini ‘menekan ke hadapan melalui kabut kegelapan, memegang kuat kepada batang besi itu, bahkan sehingga mereka dapat keluar dan makan buah dari pokok itu’ (ayat 24). Bagaimanapun, semasa orang-orang yang berpakaian mewah di bangunan besar dan lapang mengejek orang-orang kumpulan kedua ini, ‘mereka malu’ dan ‘jatuh ke dalam jalan-jalan terlarang dan menjadi sesat’ (ayat 28). … Bahkan dengan iman, komitmen, dan firman Tuhan, kumpulan ini telah tersesat—mungkin kerana mereka hanya berkala membaca atau mengkaji atau menyelidiki tulisan suci.”
-
Kumpulan 3.“Di ayat 30 kita baca tentang orang-orang kumpulan ketiga yang menekan ke hadapan ‘sentiasa memegang kuat kepada batang besi itu, sehingga mereka keluar dan jatuh dan memakan buah dari pokok itu.’ Kunci ayat ini adalah sentiasa memegang kuat kepada batang besi. Kumpulan ketiga juga menekan ke hadapan dengan iman dan kesungguhan; bagaimanapun, tidak ada tanda-tanda mereka berkeliaran, terjatuh ke jalan-jalan yang terlarang, atau menjadi sesat. Mungkin orang-orang ketiga ini secara berterusan membaca dan mengkaji dan menyelidiki tulisan suci. … Kumpulan inilah yang anda dan saya harus berusaha untuk ikut.”
-
Kumpulan 4.“Kumpulan keempat tidak mencari pokok tersebut, sebaliknya menghasratkan bangunan besar dan lapang tersebut sebagai destinasi utama mereka (lihat 1 Nefi 8:31–33).”
(David A. Bednar, “Lehi’s Dream: Holding Fast to the Rod,” Ensign atau Liahona, Okt. 2011, 34–36.)