30 Disember– 5 Januari. Pengenalan halaman Kitab Mormon: ‘Satu Lagi Kesaksian Tentang Yesus Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
30 Disember– 5 Januari. Pengenalan halaman Kitab Mormon,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
30 Disember– 5 Januari
Pengenalan halaman Kitab Mormon
“Satu Lagi Kesaksian tentang Yesus Kristus”
Kajilah halaman judul dan pengenalanKitab Mormon; kesaksian Kesaksian Tiga Saksi, Kesaksian Lapan Saksi, Kesaksian Nabi Joseph Smith; dan “Penjelasan Singkat tentang Kitab Mormon.” Semasa anda melakukannya, carilah tanggapan dari Roh Kudus tentang bagaimana anda dapat mengilhami kelas anda untuk memulakan pengkajian Kitab Mormon yang bermakna.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk memulakan, anda boleh menjemput beberapa orang untuk berkongsi sesuatu yang mereka telah pelajari dari pengenalan halaman Kitab Mormon yang meningkatkan kesaksian mereka tentang kitab kudus ini.
Mengajar Ajaran
Kitab Mormon dapat menguatkan iman kita terhadap Yesus Kristus.
-
Membaca halaman judul Kitab Mormon, yang ditulis oleh Moroni, dapat menyediakan ahli-ahli kelas anda untuk mengkaji Kitab Mormon pada tahun ini. Bagaimanakah pesanan-pesanan di halaman judul memperkayakan pengkajian mereka? Anda boleh menulis satu atau lebih soalan di papan tulis—seperti Mengapakah kita mempunyai Kitab Mormon? atau Bagaimanakah Kitab Mormon berlainan dengan kitab-kitab lainnya?—dan jemputlah ahli-ahli kelas untuk mencari jawapan semasa mereka menyemak halaman judul secara individu atau berpasangan. Mereka kemudian dapat berkongsi tanggapan yang datang kepada mereka. Anda juga boleh menggalakkan ahli-ahli kelas untuk membincangkan rancangan mereka untuk mengkaji Kitab Mormon pada tahun ini. Sebagai contoh, apa yang akan mereka cari? Bagaimanakah mereka akan pelajari dari Roh Kudus semasa mereka mengkaji?
-
Salah satu tujuan penting Kitab Mormon dinyatakan di halaman judulnya: untuk meyakinkan “bangsa Yahudi dan bangsa bukan Israel bahawa Yesus ialah Kristus.” Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi ayat-ayat dari Kitab Mormon yang telah menguatkan iman mereka terhadap Yesus Kristus (mereka juga boleh membaca beberapa ayat yang tersenarai di “Sumber-sumber Tambahan”). Ahli-ahli kelas boleh membaca ayat-ayat ini dengan seseorang yang duduk berdekatan dan berkongsi bagaimana Kitab Mormon telah mempengaruhi kesaksian mereka tentang Juruselamat.
Pengenalan kepada Kitab Mormon
Kitab Mormon dapat membantu kita “lebih mendekati Tuhan.”
-
Pengenalan kepada Kitab Mormon menyediakan maklumat yang penting untuk pembaca fahami. Ahli-ahli kelas anda akan bermanfaat dari membaca pengenalan dan mengenal pasti tiga hingga lima isi yang akan berguna untuk dikongsi dengan seseorang yang membaca Kitab Mormon untuk kali pertama. Ahli kelas boleh kemudian boleh berkongsi apa yang mereka temui. Mereka boleh membuat lakon peranan memperkenalkan Kitab Mormon kepada seseorang. Video yang dicadangkan di “Sumber-sumber Tambahan” boleh juga membantu.
-
Beberapa ahli kelas anda mungkin telah memiliki pengalaman yang mengesahkan kebenaran tentang kata-kata Joseph Smith: “Seseorang akan menjadi lebih dekat kepada Tuhan dengan menuruti ajaran-ajaran [Kitab Mormon], lebih daripada kitab lain apa pun.” Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana menjalani kebenaran-kebenaran yang mereka telah pelajari di dalam Kitab Mormon telah membantu mereka datang dekat kepada Tuhan. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi jawapan kepada tiga soalan yang dicadangkan oleh Presiden Russell M. Nelson: “Pertama, apa akan terjadi kepada hidup anda tanpa Kitab Mormon? Kedua, apakah akan anda tidak tahu? Dan ketiga, apakah akan anda kurang? (“Kitab Mormon: Apa Akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?” (Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 61).
-
Adakah sesiapa di dalam kelas anda yang terbaca ayat-ayat Kitab Mormon yang mengandungi nama berlainan bagi rancangan keselamatan, seperti dicadangkan di dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga? Jika demikian, jemputlah mereka untuk berkongsi apa yang telah mereka pelajari.
“Kesaksian Tiga Saksi”; “Kesaksian Lapan Saksi”
Kita semua adalah para saksi Kitab Mormon.
-
Mengkaji kesaksian Tiga dan Lapan Saksi dapat menguatkan kesaksian ahli-ahli kelas anda dan membantu mereka merenungkan bagaimana mereka boleh berkongsi kesaksian mereka sendiri. Anda boleh meminta separuh dari kelas untuk membaca “Kesaksian Tiga Saksi” dan separuh yang lain membaca “Kesaksian Lapan Saksi” dan berkongsi tanggapan atau perincian yang menonjol bagi mereka. Bagaimanakah dua kesaksian ini berbeza? Bagaimanakah ia serupa? Apakah yang kita pelajari dari para saksi ini tentang berkongsi kesaksian kita? Untuk memulakan perbincangan tentang mengapa Kesaksian Tiga Saksi adalah penting, anda boleh kongsi penyataan Presiden Dallin H. Oaks atau kesaksian John Whitmer’s di “Sumber-sumber Tambahan.”
Joseph Smith adalah alat di tangan Tuhan untuk membawa Kitab Mormon.
-
Ahli-ahli kelas mungkin telah mengenali peristiwa yang digambarkan di dalam “Kesaksian Nabi Joseph Smith,” tetapi mungkin anda boleh membantu mereka mencari pandangan yang baru. Sebagai contoh, anda boleh menjemput mereka untuk menyenaraikan peristiwa-peristiwa di dalam laporan Joseph Smith. Apakah yang dapat kita rumuskan dari pengalamannya tentang kepentingan yang Tuhan letakkan pada Kitab Mormon?
-
Lagu rohani “Malaikat Syurgawi” (Nyanyian Rohani, no. 7) menceritakan kemunculan Kitab Mormon. Selepas menyanyikan atau mendengar kepada lagu rohani ini, ahli-ahli kelas boleh mencari penyataan di dalam “Kesaksian Nabi Joseph Smith” yang padan atau menekankan ayat ini di dalam lagu.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk membaca 1 Nefi 1–7, jemputlah mereka untuk mencari idea atau kebenaran yang membantu mereka dengan keadaan kehidupan mereka sekarang—sebagai contoh, cabaran keluarga atau panggilan Gereja.
Sumber-sumber Tambahan
Ayat-ayat Kitab Mormon bersaksi tentang Yesus Kristus.
Kepentingan Tiga Saksi.
Presiden Dallin H. Oaks menjelaskan mengapa kesaksian Tiga Saksi adalah begitu penting:
“Kesaksian Tiga Saksi kepada Kitab Mormon berdiri maju dalam kekuatan yang besar. Setiap tiga saksi ini memiliki alasan dan kesempatan mencukupi untuk menolak kesaksiannya sekiranya terdapat kepalsuan, atau untuk berdalih tentang kandungan sekiranya tidak tepat. Sebagai ia dikenali, kerana pertentangan pendapat atau iri hati yang melibatkan pemimpin Gereja yang lain, setiap satu dari tiga saksi ini disingkirkan dari Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir kira-kira lapan tahun selepas memberitakan kesaksian mereka. Ketiga-tiganya mengambil hala tuju berasingan, dengan tidak memiliki minat sama untuk menyokong sebarang pakatan sulit. Namun sehingga ke akhir kehidupan mereka—jangka masa dari 12 hingga 50 tahun setelah penyingkiran mereka—tidak seorang pun saksi-saksi ini menarik dari kesaksiannya yang telah diberitakan atau mengatakan sebarang yang menutupi kebenarannya” (“The Witness: Martin Harris,” Ensign, Mei 1999, 36).
Kesaksian John Whitmer.
John Whitmer, salah satu dari Lapan Saksi Kitab Mormon, menyatakan: “Saya tidak pernah mendengar salah satu dari tiga atau lapan saksi yang pernah menyangkal kesaksian yang telah mereka berikan. … Nama kami telah tersebar kepada semua negara, bahasa dan bangsa sebagai sebuah wahyu ilahi dari Tuhan. Dan terjadilah rancangan Tuhan mengikut penyataan yang terkandung dalamnya” (dalam Noel B. Reynolds, ed., Book of Mormon Authorship Revisited: The Evidence for Ancient Origins [1997], 55–56).