“Suatu Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“Suatu Pola untuk Mengajar,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
Suatu Pola untuk Mengajar
Dalam sumber ini, anda akan mendapati tiga pola berikut diulangi dalam setiap rangka panduan: jemput perkongsian, mengajar ajaran, dan menggalakkan pembelajaran di rumah. Semasa anda mengajar, elemen-elemen pola ini mungkin bertindih atau berlaku dalam susunan yang berbeza. Contohnya, pertimbangkan bahawa perkongsian adalah satu peluang untuk mengajar ajaran-ajaran, dan mengajar ajaran-ajaran harus melibatkan jemputan untuk berkongsi. Begitu juga, menggalakkan pembelajaran di rumah boleh berlaku sepanjang perbincangan kelas. Benarkan penyesuaian dalam pola ini berlaku secara semula jadi, mengikuti dorongan Roh untuk memenuhi keperluan orang yang anda ajar.
Jemput Perkongsian
Sebagai sebahagian dari setiap kelas, jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka minggu lalu ketika mereka mempelajari tulisan suci sebagai individu dan sekeluarga dan menggunakan apa yang mereka pelajari. Bantu ahli-ahli kelas melihat bahawa pembelajaran peribadi mereka di luar kelas adalah penting. Penukaran hati individu mereka akan datang bukan sahaja melalui pembelajaran Ahad tetapi juga melalui pengalaman harian mereka. Apabila ahli-ahli kelas mendengar pengalaman masing-masing, mereka lebih cenderung untuk mencari pengalaman yang serupa dalam diri mereka.
Tidak semua orang akan membaca bab-bab untuk setiap pelajaran, dan bahkan seseorang yang telah membaca mungkin merasa tidak selesa untuk berkongsi. Pastikan semua ahli kelas berasa seperti bahagian yang bernilai dalam kelas, sama ada mereka mempunyai sesuatu untuk dikongsi atau tidak.
Mengajar Ajaran
Anda dan ahli-ahli kelas anda perlu memberi tumpuan kepada ajaran—kebenaran abadi Injil—yang terdapat dalam petikan tulisan suci yang diberikan. Semasa anda membincangkan ajaran dari tulisan suci, apakah ayat, petikan, pengalaman, soalan, dan sumber tambahan yang boleh anda kongsi? Bagaimanakah anda boleh menggunakan sumber-sumber ini untuk membantu ahli-ahli kelas mengetahui dan memahami asas injil? Bagaimanakah anda boleh menggalakkan ahli kelas mencatat dan bertindak atas pandangan dan tanggapan yang mereka terima?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Pada akhir pelajaran, luangkan masa untuk melihat perbincangan minggu depan. Pertimbangkan bagaimana untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk terus belajar dari Kitab Mormon di rumah, secara individu dan dengan keluarga mereka.