“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
Menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu
Bersedia untuk Mengajar di Sekolah Minggu
Pengkajian peribadi dan sekeluarga di rumah harus menjadi pusat pembelajaran injil. Ini adalah benar untuk anda dan bagi orang yang anda ajar. Semasa anda bersedia untuk mengajar, mulakan dengan pengalaman anda sendiri dalam tulisan suci. Persediaan anda yang paling penting akan berlaku apabila anda menyelidiki tulisan suci dan mencari ilham Roh Kudus.
Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga adalah bahagian penting dalam pengkajian peribadi anda dan persediaan anda untuk mengajar. Ini akan membantu anda memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai asas-ajaran ajaran yang terdapat di dalam tulisan suci. Ia juga membolehkan anda untuk mengilhami dan menjemput ahli-ahli kelas untuk menggunakan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk meningkatkan pengkajian tulisan suci peribadi dan sekeluarga mereka (untuk bantuan melakukan ini, lihat “Idea-idea untuk Menggalakkan Pengkajian Secara Peribadi dan Sekeluarga” dalam sumber ini). Apabila anda lakukan ini, ingat untuk menjadi sensitif kepada ahli-ahli kelas yang mempunyai keadaan keluarga yang mungkin tidak menyokong kajian tulisan suci sekeluarga dan malam keluarga secara tetap.
Semasa persediaan anda, fikiran dan tanggapan akan datang kepada anda tentang orang yang anda ajar, bagaimana asas dalam tulisan suci akan memberkati kehidupan mereka, dan bagaimana anda dapat mengilhami mereka untuk mengetahui asas tersebut ketika mereka mengkaji tulisan suci untuk diri mereka sendiri.
Idea-idea Pengajaran
Apabila anda bersedia untuk mengajar, anda mungkin peroleh ilham tambahan melalui penerokaan rangka panduan pengajaran dalam sumber ini. Jangan fikirkan idea-idea ini sebagai arahan langkah demi langkah tetapi sebaliknya cadangan untuk mencetuskan ilham anda sendiri. Anda mengenali ahli-ahli kelas anda, dan anda akan lebih mengenali mereka semasa anda belajar bersama di dalam kelas. Tuhan juga mengenali mereka, dan Dia akan mengilhami anda dengan cara terbaik untuk membantu ahli-ahli kelas membina pembelajaran injil yang mereka lakukan di rumah mereka.
Banyak sumber lain yang tersedia untuk anda gunakan semasa anda bersedia, termasuk idea dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan majalah-majalah Gereja. Untuk maklumat lanjut tentang ini dan sumber lain, lihat bahagian bertajuk “Sumber-sumber Tambahan” di dalam sumber ini.
Beberapa Perkara untuk Diingati
-
Rumah adalah suasana terbaik untuk pembelajaran injil. Sebagai seorang pengajar, anda mempunyai tanggungjawab penting untuk menyokong, menggalakkan, dan membina pembelajaran injil ahli-ahli kelas di rumah.
-
Penukaran hati ahli-ahli kelas kepada injil Yesus Kristus akan semakin mendalam ketika mereka memahami dan menerapkan ajaran yang benar. Galakkan mereka untuk mencatat dan bertindak berdasarkan tanggapan yang mereka terima daripada Roh Kudus.
-
Pengajaran adalah lebih dari syarahan, tetapi ia juga lebih dari sekadar memimpin perbincangan. Sebahagian dari peranan anda adalah untuk menggalakkan penyertaan yang membina dan berdasarkan tulisan suci. Anda harus juga berkongsi pandangan berilham yang anda terima semasa anda mengkaji tulisan suci.
-
Bapa Syurgawi mahu anda berjaya sebagai seorang pengajar. Dia telah menyediakan banyak sumber untuk membantu anda, termasuk mesyuarat majlis pengajar. Dalam mesyuarat ini, anda boleh berunding dengan pengajar lain mengenai cabaran-cabaran yang anda hadapi. Anda juga boleh membincangkan dan mengamalkan asas-asas pengajaran seperti Kristus.
-
Orang belajar dengan lebih baik apabila mereka mempunyai peluang untuk mengajar. Sekali-sekala, pertimbangkan untuk membenarkan ahli-ahli kelas, termasuk remaja, untuk mengajar sebahagian dari pelajaran. Buat keputusan ini berdasarkan keperluan dan kebolehan ahli-ahli kelas. Jika anda menjemput ahli kelas mengajar, luangkan masa untuk membantunya bersedia terlebih dahulu dengan menggunakan idea-idea yang terdapat dalam sumber ini dan dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Ingat bahawa sebagai pengajar yang dipanggil, anda sememangnya bertanggungjawab untuk apa yang diajar di dalam kelas.
-
Sumber ini merangkumi rangka panduan pengajaran untuk setiap minggu sepanjang tahun kecuali dua hari Ahad semasa persidangan umum diadakan. Pada hari Ahad apabila Sekolah Minggu tidak diadakan kerana persidangan pancang atau sebab lain, keluarga boleh terus membaca Kitab Mormon di rumah mengikut jadual yang digariskan di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Untuk memastikan kelas Sekolah Minggu anda mengikut jadual, anda boleh memilih untuk melangkau pelajaran atau menggabungkan dua pelajaran. Untuk mengelakkan kekeliruan, presiden Sekolah Minggu mungkin ingin menasihati pengajar-pengajar Sekolah Minggu mengenai pelarasan ini lebih awal dari masa ke masa.