“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“Sumber-sumber Tambahan,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
Sumber-sumber Tambahan
Sumber-sumber ini boleh didapati di aplikasi Gospel Library dan di ChurchofJesusChrist.org.
Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga
Anda boleh menyesuaikan sebarang aktiviti dari sumber ini untuk digunakan dalam kelas Sekolah Minggu anda. Jika ahli-ahli kelas menggunakan aktiviti-aktiviti ini dalam pengkajian tulisan suci peribadi dan sekeluarga, galakkan mereka untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka.
Majalah Gereja
Majalah New Era, Ensign, dan Liahona menyediakan artikel dan ciri-ciri yang boleh menjadi asas-asas tambahan yang anda ajar dari Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu.
Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak
Muzik kudus menjemput Roh dan mengajarkan ajaran dengan cara yang tidak dapat dilupakan. Selain versi cetak Nyanyian Rohani dan Buku Nyanyian Anak-Anak, anda boleh mencari rakaman banyak lagu rohani dan lagu kanak-kanak di music.ChurchofJesusChrist.org dan di aplikasi “LDS Music” dan “LDS Media Library”.
Perpustakaan Media
Karya seni, video, dan media lain dapat membantu orang-orang yang anda ajar membayangkan ajaran dan cerita yang terdapat dalam Kitab Mormon. Layari medialibrary.ChurchofJesusChrist.org untuk melihat koleksi sumber media Gereja, termasuk siri koleksi Book of Mormon Videos, yang menggambarkan peristiwa dalam Kitab Mormon. Sumber-sumber media ini boleh didapati di dalam aplikasi “LDS Media Library”.
Buku Seni Injil
Karya seni dapat membantu orang-orang yang anda ajar membayangkan ajaran dan cerita yang terdapat dalam Kitab Mormon. Banyak gambar yang anda boleh gunakan dalam kelas terdapat di Buku Seni Injil, dan di medialibrary.ChurchofJesusChrist.org, dan di dalam aplikasi “LDS Music” serta “LDS Media Library”.
Buku panduan Seminari dan Institut
Buku panduan seminari dan institut menyediakan latar belakang sejarah dan ulasan ajaran untuk asas-ajaran yang terdapat di dalam tulisan suci. Ia juga mengandungi idea ajaran-ajaran berilham untuk kelas Sekolah Minggu.
Tajuk Injil
Di topics.ChurchofJesusChrist.org anda boleh mencari maklumat asas mengenai pelbagai tajuk injil, bersama-sama dengan pautan ke sumber yang berguna, seperti berkaitan pesanan persidangan umum, artikel, tulisan suci dan video. Anda juga boleh carikan Gospel Topics Essays, yang berikan jawapan mendalam kepada soalan-soalan berasaskan injil dan sejarah.
True to the Faith (Teguh pada Iman)
Sumber ini memberikan penjelasan ringkas tentang tajuk injil, yang tersenarai dalam susunan abjad.
Mengkhotbahkan Injil-Ku
Panduan ini untuk para penginjil memberikan gambaran mengenai dasar asas injil.
Untuk Kekuatan Remaja
Sumber ini menunjukkan standard Gereja yang dapat membantu kita tetap layak mendapat berkat Tuhan. Pertimbangkan untuk merujuk kepada ia secara kerap, terutamanya jika anda mengajar remaja.
Teaching in the Savior’s Way
Sumber ini dapat membantu anda mempelajari dan menerapkan asas-asas pengajaran yang serupa dengan Kristus. Asas-asas ini dibincangkan dan diamalkan dalam mesyuarat majlis pengajar.