“6–12 Januari. 1 Nefi 1–7: ‘Aku Akan Pergi dan Melaksanakan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“6–12 Januari. 1 Nefi 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
6–12 Januari
1 Nefi 1–7
“Aku Akan Pergi dan Melaksanakan”
Persediaan anda sebagai seorang pengajar Sekolah Minggu bermula dengan pembelajaran peribadi anda bagi tulisan suci. Beri tumpuan dan catatkan tanggapan-tanggapan rohani yang anda terima. CIkutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan melengkapi pembelajaran anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Banyak di antara ahli-ahli kelas anda mungkin biasa dengan 1 Nefi 1–7, tetapi setiap kali kita membaca tulisan suci, kita dapat mempelajari kebenaran yang dapat digunakan kepada keadaan semasa kita. Untuk memulakan perbincangan anda, anda boleh menanyakan ahli-ahli kelas apa yang telah mereka pelajari atau ingat semasa mereka mengkaji di minggu ini.
Mengajar Ajaran
Tulisan suci sangat bernilai.
-
Satu pesanan penting di dalam Kitab Mormon adalah nilai firman Tuhan yang besar. Ini dapat menjadi pesanan yang baik untuk dikongsi semasa kelas anda mula mengkaji Kitab Mormon. Anda boleh mula dengan meminta setiap ahli-ahli kelas untuk memilih sebuah bab dari 1 Nefi 1; 3–6 dan bacanya, carilah cara firman Tuhan telah memberkati keluarga Lehi secara langsung atau tidak langsung. (Ahli-ahli kelas boleh mendapat manfaat dari melakukan aktiviti ini dalam kumpulan-kumpulan yang kecil.) Kemudian jemputlah individu untuk berkongsi apa yang mereka temui. Bagaimanakah laporan-laporan ini mengajar kita tentang kepentingan tulisan suci?
-
Salah satu matlamat anda sebagai seorang pengajar adalah untuk menggalakkan individu dan keluarga untuk mengkaji injil di luar kelas. Mungkin anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk meneliti bagaimana Lehi mengkaji kepingan-kepingan loyang (lihat 1 Nefi 5:10–19), dan kemudian anda boleh menanyakan soalan-soalan seperti berikut: Apakah sikap Lehi terhadap tulisan suci? Apakah yang dia temui berharga di dalamnya? Ahli-ahli kelas juga boleh mengkaji pesanan Elder Richard G. Scott’s “The Power of Scripture” (Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 6–8) atau membaca dari petikan dari pesanan di dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Bagaimanakah kita boleh menggunakan ajaran-ajaran Elder Scott semasa kita mengkaji Kitab Mormon pada tahun ini?
-
Sebagai kelas, anda boleh menyanyikan sebuah lagu rohani tentang tulisan suci, seperti “S’dangku Baca Kitab Suci” (Nyanyian Rohani, no. 117). Anda boleh kemudian menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana pembacaan tulisan suci peribadi mereka telah memberkati kehidupan mereka. Mereka juga boleh berkongsi bagaimana tulisan suci telah mengilhami mereka untuk “datang kepada … Tuhan … dan diselamatkan” (1 Nefi 6:4).
Kita dapat memperoleh kesaksian peribadi kita semasa kita melembutkan hati kita.
-
Nefi terkenal untuk iman kuatnya di dalam Tuhan, tetapi mungkin akan membantu bagi ahli-ahli kelas untuk menyedari bahawa dia perlu bekerja untuk memperoleh kesaksiannya—seperti yang kita semua lakukan. Ahli-ahli kelas boleh mengenal pasti di dalam 1 Nefi 2:16–19 apakah yang memungkinkan Nefi untuk memperoleh kesaksiannya. Mereka juga boleh menyemak ayat 11–14 untuk memperhatikan mengapa Laman dan Lemuel tidak memperoleh kesaksian. Ini mungkin masa yang baik untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana mereka memperoleh kesaksian mereka.
-
Kadangkala kita mungkin menginginkan sebuah pengalaman yang menakjubkan untuk memperoleh atau menguatkan kesaksian kita. Tetapi Laman dan Lemuel bertemu dengan malaikat, namun iman mereka kelihatan terkesan sedikit. Apakah yang ahli-ahli kelas boleh pelajari dari pengalaman ini, digambarkan di 1 Nefi 3:28–31, tentang apa yang menguatkan kesaksian kita sendiri? (lihat juga 1 Nefi 2:16). Pertimbangkan berkongsi petikan oleh Presiden Harold B. Lee dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Apakah yang dapat kita lakukan untuk memastikan kesaksian kita kuat?
Tuhan akan mempersiapkan cara untuk kita laksanakan kehendak-Nya.
-
Pengalaman anak-anak lelaki Lehi di 1 Nefi 3–4 mungkin kelihatan terkecuali, tetapi banyak di antara kita telah memiliki pengalaman di mana kita mengikuti kehendak Tuhan bahkan ia kelihatan sukar. Semasa ahli-ahli kelas membaca 1 Nefi 3–4 minggu ini, apakah kebenaran-kebenaran yang mereka temui yang mengingatkan mereka tentang pengalaman peribadi? Mungkin anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk berkongsi ayat-ayat yang mengajar tentang kebenaran-kebenaran ini, dan menjemput mereka untuk berkongsi pengalaman mereka. Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini membantu kita ketika kita diminta oleh Tuhan untuk melaksanakan sesuatu yang kelihatan sukar?
-
Anda boleh membahagikan kelas kepada tiga kumpulan dan tugaskan setiap kumpulan untuk membaca satu dari cubaan-cubaan untuk mendapatkan kepingan-kepingan loyang dari Laban (lihat 1 Nefi 3:9–21; 1 Nefi 3:22–31; 4:1–4; dan 1 Nefi 4:5–38). Kemudian anda boleh menjemput setiap kumpulan untuk berkongsi apa yang setiap cubaan mengajarkan kita tentang melaksanakan kehendak Tuhan. Bagaimanakah contoh-contoh ini dikaitkan dengan usaha kita untuk melaksanakan kehendak Tuhan?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk mengilham ahli-ahli kelas membaca 1 Nefi 8-10, anda boleh berkongsi kenyataan ini daripada Presiden Dieter F. Uchtdorf: “Dengan begitu banyak tarikan yang berusaha menarik kita, bagaimana kita mengekalkan penglihatan kita pada kebahagiaan indah yang dijanjikan kepada yang beriman? Saya percaya jawapannya dapat dijumpai dalam mimpi seorang nabi ribuan tahun lalu. Nama nabi itu ialah Lehi, dan mimpinya dicatatkan dalam Kitab Mormon yang berharga dan menakjubkan” (“Tiga Saudari,” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 18–19).
Sumber-sumber Tambahan
Video Kitab Mormon.
Carilah video-video yang menceritakan laporan-laporan dari 1 Nefi 1–7 di dalam koleksi Book of Mormon Videos di ChurchofJesusChrist.org atau aplikasi Gospel Library.
Tulisan suci memiliki kekuatan yang besar,.
Elder Richard G Scott bersaksi untuk nilai tulisan suci:
“Tulisan suci bagaikan bungkusan cahaya yang menerangi minda kita serta menyediakan tempat bagi bimbingan dan ilham dari tempat yang tinggi. Itu dapat menjadi kunci untuk membuka saluran komunikasi dengan Bapa Syurgawi dan Putera Terkasih-Nya, Yesus Kristus.
“Tulisan suci … dapat menjadi teman perkasa yang tidak dibatasi oleh geografi atau kalendar. Itu selalu tersedia ketika diperlukan. Penggunaannya menyediakan landasan kebenaran yang dapat dibangkitkan melalui Roh Kudus. Mempelajari, merenungkan, menyelidiki, dan menghafal tulisan suci adalah bagaikan mengisi kabinet dengan teman, nilai, dan kebenaran yang dapat dipanggil bila-bila pun, di mana pun di dunia. …
“Merenungkan suatu petikan tulisan suci dapat menjadi kunci untuk membukakan wahyu dan bimbingan serta ilham dari Roh Kudus. Tulisan suci dapat menenangkan jiwa yang bergelora, memberikan kedamaian, harapan, dan suatu pemulihan kepercayaan pada kemampuan seseorang untuk mengatasi cabaran-cabaran kehidupan. Itu memiliki kekuatan kuat untuk menyembuhkan cabaran-cabaran emosi ketika adanya iman kepada Juruselamat. Itu dapat mempercepatkan penyembuhan jasmani” (“The Power of Scripture,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 6).
Kesaksian kita haruslah diperbaharui setiap hari.
Presiden Harold B. Lee mengajarkan, “Apa yang anda miliki hari ini dalam kesaksian tidak akan menjadi milik anda esok melainkan anda melakukan sesuatu tentangnya” (Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Harold B. Lee [2000], 43).