Ikutlah Aku
3–9 Februari. 2 Nefi 1–5: “Kami Hidup Menurut Cara Kegembiraan”


“3–9 Februari. 2 Nefi 1–5: ‘Kami Hidup Menurut Cara Kegembiraan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“3–9 Februari. 2 Nefi 1–5,” Ikutlah Aku–Untuk Sekolah Minggu: 2020

Adam dan Hawa meninggalkan Taman Eden

Adam and Eve, oleh Douglas Fryer

3–9 Februari

2 Nefi 1–5

“Kita Hidup Menurut Cara Kegembiraan”

Mulakan persediaan rohani anda dengan membaca 2 Nefi 1–5 dan mencatat tanggapan anda. Terdapat banyak asas-asas di dalam bab-bab ini daripada masa yang anda miliki untuk bincangkan dalam satu kelas, jadi ikuti Roh dalam persediaan anda dan beri perhatian terhadap pandangan yang dikongsi oleh ahli-ahli kelas untuk membantu anda memutuskan asas-asas untuk ditumpukan dan bagaimana untuk membimbing perbincangan.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ahli-ahli kelas anda mungkin telah menanda atau membuat nota tentang sekurang-kurangnya satu ayat di dalam 2 Nefi 1–5. Untuk memulakan kelas, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi ayat-ayat yang bermakna bagi mereka. Jemputlah kelas untuk merumuskan asas ajaran yang mereka pelajari dari ayat-ayat yang dikongsi.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

2 Nefi 2:11–30

Kita bebas untuk bertindak bagi diri kita sendiri.

  • Terlalu sering, orang ramai menggunakan hak pilihan mereka untuk menyebabkan banyak penderitaan kepada orang lain. Jadi mengapa hak pilihan sungguh penting kepada Bapa Syurgawi? Mungkin anda boleh menulis soalan ini di papan tulis, dan ahli-ahli kelas boleh mencari jawapan di 2 Nefi 2:11–30 dan menulis jawapan mereka di papan tulis. Bagaimanakah musuh cuba untuk menjejaskan hak pilihan kita? Bagaimanakah Juruselamat membantu kita “memilih kemerdekaan dan kehidupan abadi”? (2 Nefi 2:27). Pertimbangkan untuk menyanyikan bersama lagu rohani tentang hak pilihan, dan jemputlah ahli-ahli kelas untuk menambah ke senarai mereka pandangan lain yang mereka peroleh dari lagu rohani tersebut.

  • Rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga menunjukkan empat keadaan penting yang menjadikan hak pilihan mungkin. Di sini terdapat satu cara anda boleh membina atas apa yang ahli-ahli kelas telah pelajari di rumah: Tuliskan empat keadaan di papan tulis. Kemudian jemputlah ahli-ahli kelas untuk berkongsi penyataan dari 2 Nefi 2 yang mengajar tentang mengapa keadaan ini penting untuk mencapai potensi ilahi kita.

2 Nefi 2:15–29

Kejatuhan dan Korban Tebusan Yesus Kristus adalah bahagian penting dalam rancangan Bapa Syurgawi.

  • Banyak penganut Kristian mempercayai bahawa Kejatuhan adalah suatu tragedi dan Hawa telah melakukan kesilapan besar. Ayat-ayat ini di 2 Nefi 2 menjelaskan kebenaran tentang Kejatuhan Adam dan Hawa, dan bersaksi bahawa Yesus Kristus menebus kita dari Kejatuhan. Satu cara untuk membincangkan tentang idea-idea ini adalah untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk menyelidiki 2 Nefi 2:15–25 dan membuat satu senarai kebenaran-kebenaran yang mereka pelajari tentang apa yang berlaku di Taman Eden. Apakah pandangan lain yang mereka temui dari petikan Presiden Dallin H. Oaks di “Sumber-sumber Tambahan”? Bagaimanakah Yesus Kristus menebus kita dari Kejatuhan? (lihat 2 Nefi 2:6–8, 26–29).

  • Selepas melakukan aktiviti seperti yang sebelumnya, anda boleh mempamerkan beberapa soalan seperti berikut dan menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pandangan mereka:

    • Bagaimanakah ajaran-ajaran di dalam ayat-ayat ini membetulkan sesetengah salah faham yang umum tentang Kejatuhan?

    • Dalam cara apakah Kejatuhan merupakan satu berkat?

    • Bagaimanakah benar-benar memahami Kejatuhan membantu kita lebih memahami keperluan kita akan Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya.

    • Apakah satu sebab anda bersyukur terhadap pilihan Adam dan Hawa di Taman Eden??

    • Bagaimanakah pilihan anda untuk datang ke bumi serupa dengan pilihan Adam dan Hawa untuk memakan buah dari pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat?

    • Apakah tujuan kehidupan? Mengapakah Kejatuhan penting untuk mencapai tujuan ini?

2 Nefi 4:15–35

Kita boleh berpaling kepada Tuhan dalam kelemahan kita.

  • Penulisan Nefi di 2 Nefi 4:15–35 boleh membawa kita harapan dan penghiburan ketika kita merasa diatasi oleh kesukaran dan kelemahan kita. Ahli-ahli kelas boleh menyemak ayat-ayat ini secara berpasangan dan mencari ayat-ayat yang mereka boleh gunakan untuk menghibur seseorang yang merasa terbeban oleh kesengsaraannya. Kemudian setiap pasang boleh berkongsi ayat-ayat ini dengan kelas. Mungkin seseorang di dalam kelas boleh berkongsi satu pengalaman yang dia temui penghiburan dengan berpaling kepada Tuhan, seperti Nefi lakukan.

  • Cara lain untuk menyemak 2 Nefi 4 adalah menjemput beberapa ahli-ahli kelas terlebih dahulu untuk datang dengan bersedia untuk berkongsi ayat-ayat dari bab ini yang bermakna untuk mereka. Mintalah mereka untuk berkongsi apa yang mereka lakukan ketika mereka merasa diatasi oleh kelemahan mereka. Nyanyian Rohani tentang penghiburan dan harapan, seperti “Di Mana Kiranya Damai Sejaht’ra” (Nyanyian Rohani, no. 46), boleh ditambah ke perbincangan ini. Sebagai contoh, ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana lagu rohani menekankan teladan Nefi bergantung kepada Tuhan di masa-masa kekecewaan.

2 Nefi 5

Kebahagiaan ditemui dengan menjalani injil.

  • Tanpa mengira cabaran-cabaran yang Nefi dan orang-orangya hadapi, mereka mampu membina sebuah masyarakat berasaskan asas yang memimpin ke arah kegembiraan. Apakah asas-asas yang ahli-ahli kelas temui dalam pembelajaran mereka tentang 2 Nefi 5 yang menyumbang kepada kegembiraan yang bangsa Nefi alami? Anda boleh menyediakan sekeping kertas untuk ahli-ahli kelas dan menjemput mereka untuk menyelidiki 2 Nefii 5 untuk asas-asas yang membimbing ke arah kegembiraan dan mencatatkannya. Bagaimanakah cara-cara dunia mencari kegembiraan berbeza dari yang kita temui di dalam 2 Nefi 5? Apakah matlamat yang ahli-ahli kelas boleh tetapkan untuk menggunakan salah satu asas-asas ini?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Beritahukan kepada ahli-ahli kelas bahawa 2 Nefi 6–10 mempunyai satu dari khutbah yang terbaik tentang Korban Tebusan Yesus Kristus di dalam semua tulisan suci. Anda juga boleh berkongsi satu ayat yang anda temui di bab-bab ini yang membuat anda teruja untuk membacanya.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Kejatuhan adalah sebahagian dari rancangan Tuhan.

Presiden Dallin H. Oaks mengajarkan:

“Ketika Adam dan Hawa menerima perintah pertama, mereka berada di peringkat perubahan, tidak lagi di dunia roh tetapi dengan tubuh badan yang jasmani yang belum boleh mati dan belum lagi berkemampuan untuk mencipta. Mereka tidak boleh memenuhi perintah pertama Bapa tanpa melanggar sempadan di antara Taman Eden dan cubaan yang mengerikan dan kesempatan indah kehidupan fana. …

“… Nabi Lehi menjelaskan ‘jika Adam tidak melanggar perintah, dia tidak akan jatuh’ (2 Nefi 2:22), tetapi dia akan tetap tinggal dalam keadaan sama seperti dia diciptakan.

“… Kejatuhan telah dirancang, Lehi merumuskan, kerana ‘segala hal telah dibuat dalam kebijaksanaan Dia yang mengetahui segala hal’ (2 Nefi 2:24).

“Hawa adalah orang pertama yang melanggar had Taman Eden bagi memulakan keadaan fana. Tindakannya, apa pun sifatnya, dahulu adalah pelanggaran tetapi keagungan abadi yang wajib untuk membuka pintu menuju kehidupan abadi. Adam menunjukkan kebijaksanaannya dengan melakukan yang sama. Maka Hawa dan ‘Adam jatuh agar manusia boleh wujud’ (2 Nefi 2:25).

“Sesetengah penganut Kristian mengutuk tindakan Hawa, merumuskan bahawa dia dan anak-anak perempuannya bercela akibatnya. Bukan Orang Suci Zaman Akhir! Dinyatakan oleh wahyu, kita meraikan tindakan Hawa dan menghormati kebijaksanaan dan keberaniannya di dalam bab besar yang digelar Kejatuhan. …

“Wahyu moden menunjukkan bahawa orang tua pertama kita memahami kepentingan Kejatuhan. Adam menyatakan,‘Terpujilah nama Tuhan, kerana pelanggaranku mataku terbuka, dan dalam kehidupan ini aku akan mengalami kebahagiaan, dan akan akan melihat Tuhan lagi dalam keadaan berdaging’ (Musa 5:10)” (“The Great Plan of Happiness,” Ensign, Nov. 1993, 72–73).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Menjangkau kepada mereka yang tidak menghadiri. Mengajar adalah lebih sekadar mengetuai perbincangan pada hari Ahad; ia melibatkan pelayanan dengan kasih dan memberkati orang lain dengan injil. Mungkin anda boleh memikirkan seseorang yang tidak hadir dan berikannya jemputan yang khusus untuk mengambil bahagian di pengajaran yang akan datang. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 8–9.)