Ikutlah Aku
27 April–3 Mei . Mosia 7–10: “Dalam Kekuatan Tuhan”


“27 April–3 Mei . Mosia 7–10: ‘Dalam Kekuatan Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“27 April–3 Mei . Mosia 7–10,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Amon mengajar Raja Limhi

Minerva Teichert (1888-1976), Ammon before King Limhi, 1949-1951, oil on masonite, 35 15/16 x 48 inches. Muzium Kesenian Brigham Young University, 1969.

27 April–3 Mei 

Mosia 7–10

“Dalam Kekuatan Tuhan”

Rangka panduan ini boleh menjadi sumber berharga, tetapi ia harus melengkapi, bukan menggantikan, ilham yang anda terima semasa mengkaji Mosia 7–10.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Secara berkala, ia mungkin berguna untuk membincangkan sebagai kelas berkat yang diterima oleh ahli-ahli kelas ketika mereka berusaha untuk menjadikan rumah mereka sebagai pusat pembelajaran injil mereka. Apakah ayat-ayat dari Mosia 7–10 yang ahli-ahli kelas renungkan atau bincangkan di rumah mereka sepanjang minggu? Bagaimanakah ini mempengaruhi kehidupan mereka?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Mosia 7:14–33

Sekiranya kita berpaling kepada Tuhan, mempercayai-Nya, dan melayani-Nya, Dia akan membebaskan kita.

  • Semasa ahli-ahli kelas mengkaji Mosia 7:14–33, pengalaman rakyat Limhi mengilhami mereka untuk bertaubat dan berpaling kepada Tuhan untuk pembebasan. Untuk mengilhami perbincangan, anda boleh menjemput seorang ahli kelas untuk datang kelas dengan bersedia untuk merumuskan bagaimana rakyat Limhi terjatuh ke dalam perhambaan. Beberapa yang lain boleh berkongsi apa yang mereka pelajari dari Limhi tentang memiliki iman dan harapan terhadap Juruselamat. Apakah yang kita boleh pelajari dari peringatan Limhi tentang bagaimana Tuhan telah membebaskan umat-Nya? (lihat ayat 19–20). Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk berkongsi laporan tulisan suci atau pengalaman peribadi yang mengilhami mereka untuk mempercayai Tuhan.

  • Ahli-ahli kelas anda mempunyai kesempatan untuk mengilhami orang lain untuk berpaling kepada Tuhan ketika mereka berada di dalam perhambaan dosa atau penderitaan dari kesengsaraan yang lain. Mungkin akan membantu bagi mereka untuk mengkaji bagaimana Limhi mengilhami rakyatnya. Mereka boleh membaca gambaran di Mosia 7:20–25 terlebih dahulu tentang perhambaan rakyat Limhi dan fikirkan tentang seseorang yang mereka ketahui sedang menghadapi perhambaan dosa. Kemudian mereka boleh mengenal pasti kebenaran-kebenaran yang Limhi ajarkan di Mosia 7:18–20, 33 untuk membantu rakyatnya. Bagaimanakah kita dapat mengikuti teladan Limhi semasa kita memberikan galakkan kepada orang-orang yang kita kasihi untuk mempercayai Tuhan?

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas lebih memahami bantuan Tuhan berikan kepada kita dalam pencubaan, anda boleh menyanyikan bersama dan membincangkan lagu rohani “Penebus Israel” (Nyanyian Rohani, no. 5) atau lagu lain yang menggambarkan bagaimana Juruselamat membebaskan kita. Apakah Mosia 7:17–20; Eter 12:27; dan 2 Korintus 12:7–10 menambah kepada pemahaman kita? Mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman di mana mereka telah dibebaskan oleh Tuhan, bahkan dalam cara yang kecil, kerana mereka menunjukkan iman kepada-Nya.

Mosia 7:26–27

Manusia dicipta menurut rupa Tuhan.

  • Dalam ayat-ayat ini, Limhi menjelaskan beberapa kebenaran yang diajarkan oleh Abinadi yang sukar untuk diterima oleh orang ramai. Apakah kebenaran-kebenaran yang ahli-ahli kelas dapat mengenal pasti di dalam ayat-ayat ini? Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini mempengaruhi cara kita melihat Tuhan dan diri kita sendiri?

Mosia 8:12–19

Tuhan menyediakan para nabi, pelihat, dan pewahyu untuk manfaat manusia.

  • Amon mempunyai kesempatan untuk menjelaskan kepada Limhi peranan seorang pelihat dan bersaksi tentang kepentingan para nabi, pelihat, dan pewahyu. Anda boleh menjelaskan bahawa di masa kita, Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul adalah disokong sebagai para nabi, pelihat, dan pewahyu. Bagaimanakah kita boleh seperti Amon, berbicara dengan berani tentang keperluan bagi para nabi, pelihat, dan pewahyu? (see Mosia 8:13–18). Mungkin ahli-ahli kelas boleh merancang memuat naik di media sosial yang akan membantu orang lain memahami peranan seorang nabi, pelihat, dan pewahyu di zaman kita. Apa yang kita dengar dalam persidangan umum terbaru yang boleh kita kongsi dengan rakan-rakan, ahli keluarga, dan jiran kita untuk mengajar mereka tentang keperluan para nabi?

  • Sebagai hasil membaca Mosia 8:12–19, anda atau ahli-ahli kelas mungkin ingin menyatakan kesaksian anda tentang para nabi, seperti Amon lakukan, atau kesyukuran anda untuk wahyu melalui nabi, seperti Limhi lakukan (lihat Mosia 8:19).

  • Nabi Joseph Smith adalah pelihat yang berdiri sebagai kepala zaman keagamaan ini (lihat A&P 21:1). Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dari gambaran Amon tentang seorang pelihat (lihat Mosia 8:13–18). Kemudian mereka boleh membincangkan ciri-ciri yang menunjukkan Joseph Smith seorang pelihat. (D&C 135:3 and Moses 6:36 boleh membantu dalam perbincangan ini.)

Mosia 9:14–19; 10:6–10

Kita dapat menghadapi cabaran-cabaran kita “dalam kekuatan Tuhan.”

  • Ayat “dalam kekuatan Tuhan” muncul sebanyak dua kali dalam catatan Zenif tentang orang-orangnya dan pertempuran mereka dengan bangsa Laman—dalam Mosia 9:14–19 dan 10:6–10. Ahli-ahli kelas boleh menyelidiki ayat-ayat ini dan berkongsi apakah makna ayat ini. Bagaimanakah kita mendapatkan “kekuatan Tuhan”? Galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi pengalaman di mana mereka telah berjaya menghadapi cabaran-cabaran dalam kekuatan Tuhan.

Mosia 10:11–17

Pilihan-pilihan kita boleh mempengaruhi generasi.

  • Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca dengan senyap Mosia 10:11–17 dan mencari cara-cara bangsa Laman dipengaruhi oleh pilihan-pilihan dan kepercayaan moyang mereka. Bagaimanakah ini mencadangkan tentang kesan pilihan-pilihan kita terhadap orang lain? Bagaimanakah kita ingin diri kita dan keluarga kita digambarkan dalam satu atau dua generasi? Ahli-ahli kelas boleh menulis beberapa hal yang mereka ingin termasuk dalam gambaran tersebut.

  • Pelajaran berobjek mudah—seperti garis domino—mungkin membantu menggambarkan kesan-kesan pilihan orang-orang terhadap generasi mereka. Kemudian anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca Mosia 10:11–17 dan membincangkan bagaimana kepercayaan dan sikap-sikap bangsa Laman telah banyak dipengaruhi oleh pilihan-pilihan yang nenek moyang mereka buat berabad-abad sebelum ini. Cerita Elder Donald L. Hallstrom, ditemui di “Sumber-sumber Tambahan,” adalah contoh lain anda boleh kongsi. Ahli-ahli kelas boleh memikirkan cerita-cerita dari kehidupan mereka atau sejarah keluarga mereka tentang seorang yang soleh yang telah mempengaruhi banyak generasi untuk kebaikan.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Minggu ini ahli-ahli kelas akan mempelajari tentang kesan negatif dari pilihan-pilihan bangsa Laman terhadap anak-anak mereka. Beritahukan kepada ahli-ahli kelas bahawa di Mosia 11–17 mereka akan membaca tentang individu yang soleh mengubah banyak kehidupan.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Pilihan-pilihan kita boleh mempengaruhi generasi.

Cerita Elder Donald L. Hallstrom berkongsi bagaimana datuk neneknya yang beriman telah memberkati generasi masa depan:

“Kedua datuk nenek saya mempunyai dua orang anak, seorang anak lelaki (ayah saya) dan seorang anak perempuan. … [Anak perempuan mereka] berkahwin pada tahun 1946 dan empat tahun kemudian mengandungkan anak. Terdapat sesuatu yang sangat istimewa untuk ibu bapa untuk menantikan anak perempuan (ini satu-satunya anak perempuan) melahirkan buat kali pertama. Tidak seorang pun yang tahu bahawa dia mengandungkan kembar. Sedihnya, dia dan kembar tersebut mati ketika melahirkan anak.

“Hati datuk nenek saya hancur. Mereka bersedih, bagaimanapun, mereka segera berpaling kepada Tuhan dan Korban tebusan-Nya. Tanpa mengira mengapa ini boleh berlaku dan siapa yang boleh dipersalahkan, mereka memberi tumpuan kepada menjalani kehidupan yang soleh. Datuk nenek saya tidak pernah mempunyai kekayaan; mereka tidak pernah menjadi golongan elit sosial; mereka tidak pernah memegang jawatan tinggi di dalam Gereja—mereka hanyalah Orang Suci Zaman Akhir yang setia. …

“Kesetiaan Datuk Art dan Nenek Lou, terutamanya ketika menghadapi kesukaran, kini telah mempengaruhi empat generasi yang mengikuti. Secara langsung dan mendalam, ia mempengaruhi anak lelaki mereka (bapa saya) dan ibu saya apabila anak perempuan ibu bapa saya, anak bongsunya, mati akibat komplikasi yang disebabkan oleh melahirkan anak. Pada usia 34 , dia meninggal dunia 10 hari selepas melahirkan anak, meninggalkan 4 anak-anak, 10 hari hingga 8 tahun. Dengan contoh yang mereka lihat pada generasi terdahulu, ibu bapa saya—tanpa ragu-ragu—berpaling kepada Tuhan untuk ketenangan” (“Turn to the Lord,” Ensign atau Liahona, Mei 2010, 78–79).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Dengar. “Mendengar adalah satu tindakan kasih. … Minta Bapa Syurgawi membantu anda untuk memahami apa yang ahli-ahli kelas anda katakan. Apabila anda memberi perhatian kepada pesanan diucapkan dan tidak diucapkan, anda akan memahami keperluan, kebimbangan, dan keinginan mereka dengan lebih baik” (Teaching in the Savior’s Way, 34).