“25–31 Mei Mosia 29–Alma 4: ‘Mereka Tabah dan Tak Tergoyah,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“25–31 Mei Mosia 29–Alma 4,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
25–31 Mei
Mosia 29–Alma 4
“Mereka Tabah dan Tak Tergoyah”
Pada masa Alma, seorang pengajar injil tidak dikira “lebih baik daripada pendengarnya; dan mereka semua adalah setara” (Alma 1:26). Semasa anda bersedia untuk mengajar, renungkan bagaimana asas ini berguna untuk anda dan kelas anda.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Ahli-ahli kelas mungkin menyedari persamaan di antara peristiwa-peristiwa yang digambarkan di Mosia 29–Alma 4 dan hal-hal yang berlaku di dunia kini atau dalam kehidupan mereka sendiri. Berikan mereka beberapa minit untuk menyemak bab-bab tersebut untuk mencari contoh. Jemputlah mereka untuk berkongsi apa yang mereka temui dengan seseorang yang duduk berdekatan.
Mengajar Ajaran
Kita boleh menjadi pengaruh yang positif di dalam komuniti kita.
-
Jika ahli-ahli kelas mendapat manfaat dari membincangkan bagaimana mempengaruhi masyarakat untuk kebaikan, anda boleh menjemput mereka untuk memikirkan beberapa isu yang dihadapi oleh komuniti anda dan menyenaraikan beberapa di papan tulis (elakkan perbincangan terperinci mengenai isu-isu ini). Ahli-ahli kelas boleh menyemak Alma 2:1–7 untuk mencari apakah isu yang bangsa Nefi hadapi dan apakah yang mereka lakukan tentangnya. Apakah yang mungkin akan berlaku jika “jemaah gereja” tidak menjadikan suara mereka didengari? Apakah lagi yang kita pelajari tentang menjadi rakyat yang baik dari laporan ini, dari Mosia 29:26–27, dan dari cerita di dalam “Sumber-sumber Tambahan”? Ahli-ahli kelas boleh memikirkan sesuatu yang mereka akan lakukan untuk mempengaruhi komuniti mereka untuk melakukan kebaikan dengan salah satu isu yang berkaitan di papan tulis:
Kita boleh mengenali dan menolak ajaran-ajaran yang salah.
-
Teladan Gideon menentang Nehor boleh mengilhami kelas anda. Mungkin anda boleh meminta seseorang terlebih dahulu untuk menyemak sejarah Gideon dan kongsi dengan kelas (lihat Mosia 19:1–8; 20:15–22; 22:1–9; dan Alma 1:2–9). Berdasarkan pandangan ini, ahli-ahli kelas boleh menyenaraikan beberapa ciri-ciri Gideon yang mengilhami. Sebagai contoh, ketika Gideon mendengar ajaran-ajaran sesat Nehor, Gideon menentang Nehor “dengan firman Tuhan” (ayat 9). Dalam pengkajian peribadi mereka, ahli-ahli kelas akan menemui tulisan suci yang membantah ajaran-ajaran Nehor ditemui di Alma 1:3–6. Jemputlah mereka untuk berkongsi tulisan suci yang mereka temui. Beberapa tulisan suci juga dicadangkan di “Sumber-sumber Tambahan.” Bagaimanakah kita boleh menjadi lebih seperti Gideon dalam pembelaan kita akan kebenaran?
-
Ajaran-ajaran sesat Nehor, digambarkan di Alma 1:3–6, dapat membantu kita mengenal pasti taktik Setan gunakan untuk memperdayakan kita. Sebagai contoh, dia sering menyembunyikan pembohongannya dengan kebenaran. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk menyelidiki Alma 1:3–4 dan mengenal pasti pembohongan yang Setan katakan dan kebenaran yang dia gunakan untuk menjadikan ia menarik. Apakah beberapa kebohongan bercampur kebenaran yang menipu orang hari ini? Bagaimanakah kita dapat membantu keluarga kita dan orang yang dikasihi membezakan di antara kebenaran dan kebohongan?
-
Ahli-ahli kelas boleh menyanyikan atau membaca lagu rohani tentang kerendahan hati, seperti “Hendaklah Kau Rendah Hati” (Nyanyian Rohani, no. 47), dan bincangkan bagaimana pesanannya berbeza dengan pesanan Nehor di Alma 1:2–9. Mereka juga dapat membezakan apa yang diajar Nehor tentang pengajar injil dengan apa yang diajar dan ditunjukkan oleh Alma dan pemimpin Gereja yang lain (lihat Alma 1:26; 4:15–20). Apakah motivasi Nehor? Bagaimanakah ia berbeza dari Alma? Galakkan ahli-ahli kelas untuk merenungkan motivasi mereka sendiri untuk melayani di dalam Gereja. Apakah yang Alma 1:26 cadangkan tentang tanggungjawab sebagai pelajar?
Keangkuhan boleh menyebabkan kita “gagal dalam kemajuan [kita].”
-
Membincangkan Alma 1 dan Alma 4 dapat membantu ahli-ahli kelas memahami bagaimana keangkuhan mempengaruhi individu dan Gereja. Anda boleh membahagikan kelas kepada dua kumpulan dan mintalah satu kumpulan untuk mempelajari tentang keadaan Gereja seperti digambarkan di dalam Alma 1:19–30, sementara kumpulan yang lain mempelajari tentang keadaan Gereja beberapa tahun kemudian, digambarkan di dalam Alma 4:6–15. Mintalah setiap kumpulan untuk berkongsi apa jua Gereja dan ahli-ahlinya kelihatan mengikut ayat-ayat yang mereka baca. Mereka boleh merancang bersama cara kreatif untuk melakukan ini—sebagai contoh, mereka boleh melukis sebuah lukisan atau bersedia untuk lakonan pendek. Selepas kumpulan-kumpulan berkongsi bersama sesama, mintalah mereka untuk membincangkan apa yang mereka telah pelajari tentang kesan keangkuhan terhadap Gereja dan ahli-ahlinya dan berkat-berkat kerendahan hati. Apakah pengajaran yang laporan-laporan ini miliki untuk kita pada masa kini?
“Firman Tuhan” dan “kesaksian murni” dapat mengubah hati.
-
Kebanyakan orang boleh mengaitkan apa yang Alma rasakan ketika dia “sangat bersukacita” (Alma 4:15) tentang kejahatan dan kesengsaraan orang-orangnya. Ahli-ahli kelas boleh berfikir tentang orang yang dikasihi yang mereka bimbang dan mengingati orang itu ketika mereka membaca Alma 4:12–20. Selepas ahli-ahli kelas membaca, anda boleh bertanya soalan seperti ini untuk memulakan perbincangan tentang ayat-ayat tersebut: Apakah yang membawa kegembiraan kepada orang yang berada dalam keadaan sukar mereka? Apakah makna ayat “Roh Tuhan tidak meninggalkannya” kepada anda? (Alma 4:15). Apakah pengorbanan yang Alma lakukan untuk membantu orang-orannya, dan apakah pengorbanan yang kadangkala kita diminta untuk melakukan? Apakah contoh yang kita lihat tentang kuasa “kesaksian murni”? (Alma 4:19). Bagaimanakah kita boleh berkongsi kesaksian kita tanpa berceramah atau bersikap menghakimi? Anda boleh memberi ahli-ahli kelas masa untuk menulis sebuah pesanan tentang kesaksian untuk orang yang mereka kasihi.
-
Mungkin ahli-ahli kelas akan mendapat manfaat dari membincangkan tentang apakah “kesaksian murni”. Bagaimanakah kesaksian-kesaksian ini, atau yang lain kita telah dengar, “mendorong [kita] dalam ingatan akan kewajipan [kita]”? (Alma 4:19). Bagaimanakah kesaksian-kesaksian ini membantu kita mengatasi keangkuhan dan perselisihan?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Anda boleh menjelaskan kepada ahli-ahli kelas bahawa di dalam Alma 5–7 mereka akan terbaca “kesaksian murni” Alma dan melihat kesannya kepada orang ramai (lihat Alma 4:19).
Sumber-sumber Tambahan
“Jadikan pengaruh anda dirasai.”
Sejurus setelah Sister Belle S. Spafford dipanggil sebagai Presiden Umum Lembaga Pertolongan pada tahun 1945, para pemimpin Lembaga Pertolongan telah dijemput untuk menghadiri sebuah pertemuan majlis kebangsaan wanita yang terkenal. Para pemimpin umum Lembaga Pertolongan telah menganggotai majlis ini untuk beberapa tahun, tetapi mereka merasakan mereka telah dilayan dengan kurang baik oleh majlis tersebut. Selepas perbincangan dengan para penasihatnya, Sister Spafford mencadangkan kepada Presiden George Albert Smith, Presiden Gereja, bahawa Lembaga Pertolongan harus menamatkan keahliannya di dalam majlis.
Selepas mereka membincangkan cadangan tersebut, Sister Spafford mengatakan, “Anda tahu, Presiden Smith, kami tidak mendapat apa-apa dari Majlis ini.”
Dia kemudian mengisahkan kembali.
“Presiden melihat saya dengan rasa hairan. Dia berkata, “Sister Spafford, anda sentiasa berfikir tentang apa yang anda dapat? Tidakkah anda berfikir adalah baik untuk kadangkala memikirkan apa yang anda ada untuk diberikan? Saya percaya,’ dia meneruskan, ‘bahawa wanita Mormon memiliki sesuatu untuk diberikan kepada wanita di dunia, dan bahawa mereka juga boleh mempelajari darinya. Daripada menamatkan keanggotaan anda, saya cadangkan anda mengambil beberapa ahli anda dan kembali ke pertemuan ini.
“Kemudian dia berkata dengan penekanan, ‘Jadikan pengaruh anda dirasai’” (Belle S. Spafford, A Woman’s Reach [1974], 96–97).
Sister Spafford mematuhi nasihat ini. Dia melayani untuk bertahun di dalam majlis dan kemudian dipilih sebagai salah seorang pemimpinnya.