Ikutlah Aku
11–17 Mei. Mosia 18–24: “Kita Telah Masuk ke dalam sebuah Perjanjian dengan-Nya”


“11–17 Mei. Mosia 18-24: ‘Kita Telah Masuk ke dalam sebuah Perjanjian dengan-Nya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“11–17 Mei. Mosia 18–24,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Rakyat Limhi melarikan diri

Minerva K. Teichert (1888-1976), Escape of King Limhi and His People, 1949-1951, oil on masonite, 35 7/8 x 48 inches. Muzium Kesenian Brigham Young University, 1969.

11–17 Mei

Mosia 18–24

Kita Telah Masuk ke dalam sebuah Perjanjian dengan-Nya

Semasa anda membaca Mosia 18–24, fikirkan tentang orang-orang yang anda ajari. Apakah yang anda tahu tentang mereka? Roh Kudus akan mengilhami fikiran anda dan membantu anda untuk mengenal pasti kebenaran injil yang relevan kepada mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemputlah ahli-ahli kelas untuk mencadangkan beberapa asas, atau kebenaran, yang mereka temui semasa pembelajaran mereka di Mosia 18–24. (Beberapa asas disenaraikan di rangka panduan minggu ini di dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.) Galakkan mereka untuk berkongsi ayat-ayat dari Mosia 18–24 yang mengajarkan asas-asas ini. Apakah pengalaman yang mereka miliki tentang kebenaran-kebenaran ini?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Mosia 18:1–16

Pembaptisan termasuk perjanjian untuk melayani Tuhan dan berdiri sebagai saksi-Nya.

  • Semasa anda membaca Mosia 18 dan bersedia untuk mengajar, anda mungkin terilham untuk membantu ahli-ahli kelas anda untuk menyemak dan merenung perjanjian pembaptisan mereka. Sini adalah satu cara yang anda boleh lakukan: Jemputlah ahli-ahli kelas untuk bekerja bersama untuk menyenaraikan di papan tulis seberapa banyak ayat yang mereka ingin berkaitan dengan penjelasan Alma tentang perjanjian pembaptisan. Ketika mereka telah selesai, ahli-ahli kelas boleh membaca Mosia 18:8–10 dan menambah kepada senarai yang mungkin hilang. (Mereka juga boleh menambah ayat-ayat dari A&P 20:37, 77, dan 79.) Lebih membantu sekiranya menanyakan mereka makna setiap ayat dan apa yang mereka dapat lakukan untuk mematuhi itu dalam perjanjian pembaptisan. Bagaimanakah Tuhan memberkati kita semasa kita cuba untuk melakukan bahagian kita bagi perjanjian?

  • Semasa para pengikut Alma bersedia untuk dibaptiskan, Alma mengajar mereka tentang datang “ke dalam kawanan Tuhan” memerlukan sebuah perjanjian untuk mengikuti Tuhan dan menjaga anak-anak-Nya (lihat Mosia 18:8–9). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman-pengalaman ketika mereka atau seseorang yang mereka kenali telah diperkuatkan oleh seseorang yang memenuhi perjanjian pembaptisan yang digambarkan di Mosia 18:8–10. Sebagai contoh, bilakah seseorang telah menghibur mereka atau membantu mereka menanggung beban mereka? Bagaimanakah pengalaman-pengalaman ini mengilhami kita untuk mematuhi perjanjian kita? Anda juga boleh mengingatkan ahli-ahli kelas tentang bagaimana Abinadi berdiri “sebagai [seorang saksi] Tuhan setiap saat dan dalam segala hal, dan di segala tempat” (ayat 9). Apakah yang kita dapat pelajari dari teladannya semasa kita cuba untuk memenuhi bahagian ini dalam perjanjian pembaptisan kita?

pembaptisan di laut

Ketika kita dibaptiskan, kita berjanji untuk melayani Tuhan dan orang lain.

Mosia 18:17–31

Umat Tuhan bersatu.

  • Mosia 18:17–31 menggambarkan perintah-perintah yang Alma berikan kepada orangnya untuk membantu mereka menjadi bersatu sebagai ahli-ahli Gereja Kristus. Untuk membantu ahli-ahli kelas memikirkan tentang bagaimana perintah-perintah ini berguna bagi mereka, anda boleh meminta mereka untuk mencari ayat-ayat ini di dalam kumpulan kecil dan membuat sebuah senarai tentang perintah-perintah yang mereka temui. Bagaimanakah mengikuti perintah-perintah ini dapat membantu ahli-ahli bahagian merasa lebih bersatu? Adakah sebarang matlamat yang ahli-ahli kelas anda boleh lakukan secara individu atau sebagai kumpulan untuk mengikuti teladan orang-orang Alma?

  • Sesetengah orang tertanya, mengapakah kita memerlukan sebuah gereja? Untuk membantu ahli-ahli kelas bertindak terhadap soalan ini, anda boleh melukis sebuah rangka bangunan Gereja di papan tulis dan menulis soalan ini di bawahnya. Ahli-ahli kelas kemudian boleh melihat Mosia 18:17–31 dan menulis di papan tulis jawapan-jawapan yang mungkin mereka temui di ayat-ayat ini. Mereka juga boleh mencari jawapan di dalam petikan pesanan dari Elder Christofferson di “Sumber-sumber Tambahan.” Mungkin anda boleh mengizinkan beberapa ahli-ahli kelas untuk memainkan peranan bagaimana mereka akan bertindak terhadap seorang kawan yang tidak mempercayai bahawa penubuhan gereja adalah wajib. Mengapakah kita bersyukur untuk menjadi kepunyaan Gereja?

  • Sementara kita suka berfikiran bahawa semua orang merasa dialu-alukan di Gereja, malangnya, tidak semua merasa sedemikian. Apakah yang kita pelajari dari orang-orang Alma di Mosia 18:17–31 yang dapat membantu kita mencipta sebuah tempat di mana semua orang merasakan mereka dialu-alukan.

Mosia 21–24

Tuhan dapat menjadikan beban kita ringan.

  • Beban yang ahli-ahli kelas anda pikul adalah berbeza dari yang dipikul oleh rakyat Limhi atau orang-orang Alma ketika dalam penawanan. Tetapi pesanan cerita-cerita ini berguna untuk semua orang yang merasa terbeban oleh pertentangan atau keadaan yang sulit. Jemputlah ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dari Mosia 21–24 tentang bagaimana Tuhan dapat membantu kita di tengah percubaan kita. Untuk membaca ringkasan cerita-cerita ini, lihat L. Tom Perry, “Kuasa Pembebasan,” Ensign atau Liahona, Mei 2012, 94–97.) Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi masa ketika mereka, seperti orang-orang Alma, mengalami pengenapan janji Tuhan yang Dia akan meringankan beban mereka dan mengunjungi mereka dalam kesengsaraan mereka (lihat Mosia 24:14).

  • Akan bermakna untuk ahli-ahli kelas untuk menghabiskan beberapa minit untuk mencatat cabaran-cabaran peribadi yang mereka hadapi dan renungkan cara-cara Tuhan membantu mereka mengangkat beban mereka. Adakah ayat-ayat dari Mosia 21–24 yang mengilhami mereka untuk berpaling kepada Tuhan semasa pertentangan? Bagaimanakah janji Tuhan kepada orang-orang Alma di Mosia 24:14 berkait dengan perjanjian yang kita lakukan dengan Tuhan semasa pembaptisan? (lihat Mosia 18:8–10).

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk membaca Mosia 25–28, mintalah mereka untuk memikirkan tentang seseorang yang mereka kenali yang telah menyimpang dari injil. Beritahukan kepada mereka bahawa semasa mereka membaca bab-bab ini, mereka boleh menemui idea bagaimana untuk membantu orang tersebut kembali.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Mengapakah kita memerlukan Gereja?

Elder D. Todd Christofferson berkata: “Saya sedar bahawa ada yang menganggapkan diri beragama atau berohani tetapi menolak penyertaan dalam gereja dan menolak keperluan untuk ia. Bagi mereka, agama merupakan satu perkara peribadi. Tetapi Gereja dicipta oleh Yesus Kristus, di mana kerohanian kita bergantung. Kita mesti merenung mengapa Dia pilih satu gereja, Gereja-Nya, Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, untuk melaksanakan kerja-Nya dan kerja Bapa-Nya.”

Elder Christofferson kemudian telah berkongsi alasan Tuhan telah menubuhkan sebuah Gereja (lihat “Apakah Tujuan Gereja,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 108–11):

  • “Untuk mengkhutbahkan berita baik Injil Yesus Kristus dan mengendalikan tatacara-tatacara penyelamatan—dalam kata lain, untuk membawa orang ke Kristus.”

  • “Untuk mencipta satu komuniti Orang Suci yang boleh menyokong satu sama lain di ‘lorong sempit dan kecil’ [2 Nefi 31:18]. … Bersatu dalam iman, kita mengajar dan meningkatkan satu sama lain dan berusaha untuk mencapai standard penganutan yang tertinggi.”

  • Untuk “menawarkan satu perhimpunan mingguan untuk berehat dan pembaharuan, satu waktu dan tempat untuk menjauhkan diri daripada perihal duniawi—hari Sabat.”

  • “Untuk mencapai matlamat yang tidak boleh dicapai oleh individu atau kumpulan kecil [termasuk] berkaitan dengan kemiskinan, … [menyebarkan] injil ke seluruh dunia … [membina dan mengendalikan] bait suci, rumah Tuhan, di mana tatacara-tatacara dan perjanjian penting boleh diuruskan.”

  • Untuk menjadikan kunci-kunci imamat tersedia, dengan “para pegawai imamat Gereja menjaga kemurnian ajaran Juruselamat dan integriti tatacara-tatacara-Nya, … membantu menyediakan orang yang ingin menerima tatacara, menghakimi kelayakan orang yang memohon, dan melaksanakannya … [dan] mengidentifikasikan kebenaran dan kepalsuan.”