Ikutlah Aku
4–10 Mei. Mosia 11–17: “Cahaya … Yang Tidak Akan Dapat Digelapkan”


“4–10 Mei. Mosia 11–17: ‘Cahaya … Yang Tidak Akan Dapat Digelapkan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“4–10 Mei. Mosia 11–17,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Abinadi bersaksi kepada Raja Nuh

Abinadi Before King Noah, oleh Andrew Bosley

4–10 Mei

Mosia 11–17

“Cahaya … Yang Tidak Akan Dapat Digelapkan”

Pertimbangkan teladan Abinadi tentang ajaran-ajaran injil. Apakah yang anda temui di dalam Mosia 11–17 yang dapat membantu anda menjadi seorang pengajar yang lebih baik?

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk mengizinkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi sesuatu yang mereka telah pelajari dalam pengkajian tulisan suci peribadi atau sekeluarga, anda boleh menjemput mereka untuk melengkapkan ayat berikut: Sekiranya saya akan pilih satu ayat dari Mosia 11–17 untuk dikongsi dengan seseorang yang disayang, ia adalah .

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Mosia 11–1317

Kita dapat berdiri di kebenaran, bahkan ketika kita berdiri bersendirian.

  • Walaupun tidak mungkin ahli-ahli kelas anda akan diugut dengan kematian bagi kesaksian mereka, mereka mungkin akan mengalami pertentangan bagi kepercayaan mereka. Mungkin mereka boleh mencari peristiwa atau ayat di Mosia 11–13 dan 17 yang memberi mereka keberanian tambahan untuk berdiri bagi kebenaran. Apakah yang memberi Abinadi dan Alma galakkan untuk menjadi berani? Bagaimanakah kita dapat lebih teguh dan tidak tergoyah dalam mempertahankan kebenaran? Petikan di “Sumber-sumber Tambahan” boleh menyediakan beberapa idea.

  • Untuk membantu kelas anda mempelajari dari teladan lain tentang keberanian mempertahankan kebenaran, anda boleh menulis Orang Yang Berdiri untuk Kebenaran di papan tulis. Anda boleh mulakan dengan membincangkan tentang Abinadi, menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi beberapa hal yang mengagumkan mereka tentang Abinadi semasa mereka membaca tentangnya pada minggu ini. Mereka boleh menamakan lelaki dan wanita lain—dari tulisan suci, keluarga mereka, atau pengalaman peribadi—yang mereka rasa merupakan teladan berdiri untuk kebenaran. Apakah yang kita terilham untuk lakukan kerana teladan-teladan ini?

Mosia 12:19–37

Ketika kita mengkaji firman Tuhan, kita perlu menggunakan hati kita untuk pemahaman.

  • Semasa mereka mengkaji tentang Mosia 12:19–37 minggu ini, ahli-ahli kelas boleh memiliki pandangan tentang maknanya menggunakan hati kita untuk memahami firman Tuhan. Pertimbangkan untuk meminta beberapa dari mereka untuk berkongsi fikiran mereka. Atau mungkin anda boleh gunakan beberapa masa di dalam kelas untuk mencari ayat-ayat ini bersama dan membincangkan cadangan mereka tentang bagaimana untuk menjadikan pengkajian injil lebih bermakna. Sebagai contoh, mengapakah ia adalah penting untuk memahami hukum Tuhan dan “mematuhinya”? (Mosia 12:29).

  • Apakah yang ahli-ahli kelas anda dapat pelajari melalui pertentangan sikap dan amalan para imam Raja Nuh dengan kaedah yang kita harus ambil bagi pengkajian injil kita? Jemputlah mereka untuk baca Mosia 12:19–37, carilah kritikan yang Abinadi berikan tentang para imam Nuh. Apakah Abinadi akan katakan tentang pengkajian injil kita masa kini? Mintalah ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka lakukan yang membantu mereka menggunakan hati mereka untuk pemahaman dan menambah makna besar kepada pembelajaran injil mereka.

    Ayah dan anak lelaki sedang membaca tulisan suci

    Pengkajian inji yang berkesan melibatkan penggunaan hati kita bagi pemahaman.

Mosia 13:28–15:11

Keselamatan datang melalui Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya.

  • Untuk meyakinkan pendengar yang ragu-ragu tentang kedatangan Mesias, Abinadi memetik sebuah nubuat dari Yesaya (lihat Mosia 14). Terdapat beberapa cara ahli-ahli kelas boleh menyemak bab ini. Mereka boleh membaca beberapa ayat dalam satu masa dan membincangkannya, atau anda boleh membahagikan kelas kepada kumpulan perbincangan kecil untuk berbincang tentang ayat-ayat yang bermakna, termasuk nota kaki, untuk mencari pandangan tambahan. Galakkan mereka untuk berkongsi apa yang mereka pelajari tentang Juruselamat dari bab ini.

  • Adakah ahli-ahli kelas anda memahami makna bahawa Yesus Kristus “memuaskan tuntutan keadilan”? (Mosia 15:9). Untuk membantu mereka memperoleh pemahaman lebih, anda boleh mulakan dengan membaca bersama “Keadilan” dan “Berbelas kasihan, belas kasihan” di Panduan Tulisan suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) atau “Keadilan” dan “Belas kasihan” di topics.ChurchofJesusChrist.org. Mungkin seseorang boleh secara sukarela untuk menulis satu definisi ringkas bagi setiap kata di papan tulis. Kemudian anda boleh membaca Mosia 15:1–9 bersama. Bagaimanakah Yesus Kristus memuaskan tuntutan keadilan? Bagaimanakah Dia menghulurkan belas kasihan-Nya kepada kita? Video-video yang dicadangkan di “Sumber-sumber Tambahan” menggunakan cerita dan analogi untuk menggambarkan belas kasihan Juruselamat; menonton salah satu video ini boleh membantu ahli-ahli kelas untuk memikirkan analogi lain yang menggambarkan bagaimana Yesus Kristus memuaskan tuntutan keadilan.

Mosia 11; 12:33–37; 13:11–26

Perintah-perintah harus tertulis di dalam hati kita.

  • Anda boleh membantu ahli-ahli kelas memahami kepentingan memiliki perintah-perintah “tertulis di hati [kita]” dengan menanyakan mereka makna ayat ini. Kemudian jemputlah mereka untuk bezakan perintah-perintah yang Abinadi ajarkan di Mosia 12:33–37 dan 13:11–26 dengan dosa-dosa Raja Nuh dan rakyatnya langgar (lihat Mosia 11:1–7, 14–15). Bagaimanakah perintah-perintah “tertulis di hati [kita] berbeza daripada sekadar mengenalinya? (Mosia 13:11). Bagaimanakah kita mengetahui jika perintah-perintah tersebut tertulis di dalam hati kita? Apakah contoh-contoh yang kita boleh kongsi?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Adakah ahli-ahli kelas pernah merasa seperti Abinadi rasakan—bahawa usaha mereka untuk berkongsi injil adalah sia-sia? Beritahu mereka bahawa di Mosia 18–26 mereka akan baca tentang hasil tidak terhingga dari usaha Abinadi.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Ajaran-ajaran Nabi tentang berdiri untuk kebenaran.

Presiden Russell M. Nelson mengajar: “Pengikut-pengikut sebenar Yesus Kristus sudi untuk menonjol, bersuara, dan menjadi berbeza dengan rakyat dunia. … Tidak apa-apa yang mudah atau automatik mengenai menjadi pengikut berkuasa seperti ini. Tumpuan kita seharusnya berdasarkan pada Juruselamat dan Injil-Nya. Ia sukar bagi minda untuk berusaha melihat kepada Dia dalam setiap fikiran. Tetapi apabila kita membuat demikian, keraguan dan kebimbangan kita lenyap” (“Menarik Kuasa Yesus Kristus ke dalam Hidup Kita,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 40–41).

Presiden Thomas S. Monson berkata: “Semoga kita berani dan sedia membela kepercayaan kita, dan kalau dalam proses ini kita berdiri bersendirian, semoga kita melakukan dengan berani, diperkuatkan oleh pengetahuan kenyataan bahawa kita tidak pernah bersendirian apabila berdiri bersama Bapa kita di Syurga” (“Dare to Stand Alone,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 67).

Presiden Gordon B. Hinckley mengajarkan: “Paulus menulis kepada Timotius: ‘Tuhan memberikan kepada kita bukan roh ketakutan, melainkan roh yang membangkitkan kuasa, kasih dan kekuatan untuk mengawal diri. Jadi janganlah malu bersaksi tentang Tuhan Kita’ (2 Timotius 1:7–8). Saya berharap setiap ahli gereja ini akan meletakkan ayat-ayat tersebut di tempat yang mereka boleh melihatnya setiap pagi semasa memulakan harinya. Ia akan memberi kita keberanian untuk berbicara, ia akan memberi kita iman untuk mencuba, ia akan menguatkan kepercayaan kita tentang Tuhan Yesus Kristus (Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Gordon B. Hinckley [2016], 338).

 

  •  

  •  

  •