Ikutlah Aku
18–24 Mei. Mosia 25–28: “Dan Mereka Dipanggil Umat Tuhan”


“18–24 Mei. Mosia 25–28: ‘Dan Mereka Dipanggil Umat Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“18–24 Mei. Mosia 25–28,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

malaikat menampakkan diri kepada Alma dan para putera Mosia

Conversion of Alma the Younger, oleh Gary L. Kapp

18–24 Mei

Mosia 25–28

“Dan Mereka Dipanggil Umat Tuhan”

Cara terbaik untuk bersedia untuk mengajar tentang Mosia 25–28 adalah untuk membaca bab-bab ini dan menjalani asas-asas yang ia ajarkan. Semasa anda melakukannya, Roh dapat mengilhami anda untuk mengajar apa yang akan menjadi paling penting untuk ahli-ahli kelas anda.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Beberapa ahli-ahli kelas mungkin sukar untuk mempunyai pengkajian tulisan suci peribadi dan keluarga yang konsisten. Bolehkah pengalaman ahli-ahli kelas yang lain membantu? Anda boleh mulakan kelas anda dengan menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi sesuatu yang mereka lakukan dalam pengkajian peribadi atau keluarga mereka yang berkesan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Mosia 26:15–31; 27:23–37

Tuhan dengan rela mengampuni mereka yang bertaubat.

  • Pertaubatan dan pengampunan adalah tema dalam bab-bab ini. Anda boleh menyelidiki tema-tema ini dengan menulis Pertaubatan dan Pengampunan di papan tulis dan meminta ahli-ahli kelas untuk menyenaraikan di bawah tajuk tersebut apa yang datang ke minda ketika mereka memikirkan perkataan ini. Kemudian mereka boleh menyelidiki Mosia 26:22–24, 29–31; dan 27:23–37 bagi perkataan atau ayat-ayat yang mengajar mereka tentang pertaubatan dan pengampunan. Ahli-ahli kelas boleh menambah perkataan dan ayat ke dalam senarai di papan tulis. Apakah yang Tuhan rasakan tentang mereka yang bertaubat dan mencari pengampunan?

  • Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya apakah pertaubatan mereka telah mencukupi untuk Tuhan memaafkan mereka. Untuk membantu sesiapa di kelas anda yang mungkin merasa seperti itu, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas membayangkan bahawa mereka adalah Alma yang Tua dan bahawa seorang ahli Gereja di Zarahemla telah menanyakan mereka bagaimana untuk mendapatkan pengampunan dosa-dosanya (mungkin anda boleh melakonkan senario ini). Apakah yang Alma pelajari dari Tuhan di Mosia 26:15–31 yang dapat membantu ahli-ahli Gereja ini? (lihat juga Moroni 6:8; A&P 58:42–43). Penyataan ini dari Presiden Henry B. Eyring juga dapat membantu: “Jika anda telah merasakan pengaruh Roh Kudus hari ini, anda boleh mengambilnya sebagai bukti Korban Tebusan bekerja dalam kehidupan anda” (“Gifts of the Spirit for Hard Times,” Ensign, Jun 2007, 23).

Mosia 27:8–24

Tuhan mendengar doa-doa kita dan akan menjawabnya mengikut kehendak-Nya.

  • Banyak di antara kita yang boleh mengaitkan perasaan Alma yang Tua, anaknya yang “memberontak melawan Tuhan” (Mosia 27:11). Mungkin ahli-ahli kelas boleh membincangkan bagaimana mereka boleh menggunakan laporan dalam Mosia 27:8–24 untuk memberi harapan kepada seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang degil. Memahami bahawa kita tidak boleh mengkehendaki sebuah mukjizat atau mengetepikan hak pilihan seseorang, apakah yang boleh kita sewajarnya berdoa apabila seseorang yang disayangi tersesat? (lihat juga Alma 6:6).

Mosia 27:8–28:4

Semua lelaki dan wanita harus dilahirkan semula.

  • Di sini adalah beberapa soalan yang boleh membantu ahli-ahli kelas mempelajari tentang dilahirkan semula: Apakah maknanya untuk dilahirkan semula secara rohani? (lihat Panduan Tulisan Suci, “Penukaran hati”). Bagaimanakah kita harus bertindak terhadap orang lain ketika kita telah dilahirkan semula secara rohani? Untuk membantu ahli-ahli kelas menjawab soalan-soalan ini, anda boleh menjemput mereka untuk menyelidiki Mosia 27:22–28:4 untuk tanda-tanda Alma dan para putera Mosia telah dilahirkan semula secara rohani.

  • Setiap orang mempunyai cerita penukaran hati, Alma berkata, “seluruh umat manusia … mesti dilahirkan semula” (Mosia 27:25; italik ditambah). Mungkin beberapa ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka menjadi penganut Injil Yesus Kristus—sama ada melalui peristiwa rohani yang kuat dalam kehidupan mereka atau melalui proses yang beransur-ansur, kadang-kadang tidak dapat dilihat yang mungkin hanya diiktiraf di belakang. Anda juga boleh memberikan ahli-ahli kelas masa di dalam kelas untuk mencatatkan pengalaman-pengalaman mereka. (Sekiranya masa tidak mencukupi untuk melakukan ini di kelas, anda boleh mencadangkan mereka untuk melakukannya di rumah.) Untuk menekankan penukaran hati kita harus berterusan, anda boleh mencadangkan bahawa ahli-ahli kelas berkala menyemak apa yang mereka telah tulis dan menambah pengalaman-pengalaman baru.

  • Alma dan yang lain di sepanjang kitab suci telah menggunakan metafora dilahirkan semula untuk menggambarkan perubahan yang injil Yesus Kristus bawa ke dalam kehidupan kita. Elder David A. Bednar membandingkan perubahan ini dengan timun yang dijadikan jeruk (lihat “Sumber-sumber Tambahan”). Untuk membantu ahli-ahli kelas merenungkan apa yang perbandingan ini ajarkan tentang penukaran hati, anda boleh membawa timun dan jeruk ke kelas. Atau anda boleh menjemput seseorang untuk membawa bayi dan membincangkan mengapa kelahiran adalah analogi yang baik untuk apa yang terjadi kepada Alma dan para putera Mosia. (Lihat Mosia 27:23–28:7.)

Alma yang Muda diangkat ke rumah ayahnya

His Father Rejoiced, oleh Walter Rane

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk membaca Mosia 29–Alma 4 minggu depan, anda boleh menyatakan kepada mereka bahawa dalam bab-bab ini, bangsa Nefi diberi suara dalam kerajaan mereka. Apakah yang kita dapat pelajari dari pengalaman-pengalaman mereka semasa kita cuba untuk mempengaruhi komuniti kita untuk kebaikan?

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Proses seumur hidup.

Elder D. Todd Christofferson mengajarkan: “Dilahirkan semula, tidak seperti kelahiran fizikal kita, ia lebih kepada satu proses daripada acara. Dan melibatkan diri dalam proses ini adalah tujuan utama kefanaan” (“Born Again,” Ensign atau Liahona, Mei 2008, 78).

Penukaran hati dan jeruk.

Elder David A. Bednar berkongsi analogi berikut dengan membandingkan dilahirkan semua secara rohani dengan jeruk timun:

“Jeruk adalah timun-timun yang telah diubah menurut resipi tertentu dan melalui beberapa langkah. Langkah pertama dalam proses mengubah timun-timun menjadi jeruk adalah menyediakan dan membersihkan. …

“Langkah berikutnya dalam proses perubahan ini adalah mencelupkan dan melarutkan timun-timun dalam air garam selama jangka masa tertentu. … Timun-timun hanya dapat menjadi jeruk jika hal itu benar-benar dan secara menyeluruh dicelup dalam air garam selama jangka masa yang dicadangkan. Proses pengawetan secara bertahap mengubah komposisi timun-timun tersebut dan menghasilkan timun yang jernih dan rasa jeruk yang khas. Pembubuhan atau pencelupan sekali sewaktu dalam air garam tidak dapat menghasilkan perubahan yang diperlukan. Melainkan, pencelupan yang tetap, terus-menerus, dan menyeluruh diperlukan agar perubahan yang diinginkan terjadi.

“Langkah terakhir dalam proses itu memerlukan penutupan jeruk yang telah disterilkan dan dimurnikan. Jeruk itu dikemas dalam balang pengetinan, ditutupi dengan air garam mendidih, dan diproses dalam balang besar yang berisi air mendidih. Semua kekotoran harus dihilangkan baik dari timun-timun atau pun botol agar hasil akhir dapat terlindung dan awet. …

“Sama seperti timun-timun harus disediakan dan dibersihkan sebelum itu dapat diubah menjadi jeruk, demikian juga anda dan saya boleh bersedia dengan ‘soal-soal pokok iman dan dalam ajaran yang sihat’ (1 Timotius 4:6) dan sesungguhnya dibersihkan melalui tatacara dan perjanjian yang dilaksanakan dengan wewenang Imamat Harun. …

“Sama seperti timun-timun diubah menjadi jeruk sewaktu ia dicelupkan dalam dan dilarutkan dalam air garam, demikian juga anda dan saya dilahirkan semula ketika kita diserap oleh dan dalam Injil Yesus Kristus. … Tahap dari proses perubahan ini memerlukan waktu, ketekunan, dan kesabaran. …

“… Prosedur memproses dalam balang berisikan air mendidih memungkinkan jeruk untuk dilindungi dan diawetkan untuk jangka waktu yang lama. Dengan cara yang sama, kita secara terus-menerus dimurnikan dan dipersucikan sewaktu anda dan saya dibasuh dalam darah Anak Domba, dilahirkan semula, dan menerima tatacara serta menghormati perjanjian-perjanjian yang dilaksanakan melalui wewenang Imamat Melkisedek” (“Ye Must Be Born Again,” Ensign atau Liahona, Mei 2007, 19–21).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mempersiapkan dengan mempertimbangkan orang. “Ketika anda melakukan persediaan, biarlah pemahaman anda tentang orang-orang yang anda ajar membimbing rancangan anda. … Guru yang memiliki sifat seperti Kristus tidak terikat hanya dengan satu gaya atau kaedah tertentu saja; mereka berkomitmen untuk membantu orang membangun iman kepada Yesus Kristus dan menjadi lebih seperti Dia” (Teaching in the Savior’s Way, 7).