Ikutlah Aku
1–7 Jun. Alma 5–7: “Adakah Kamu Telah Mengalami Perubahan Hebat Ini dalam Hatimu?”


“1–7 Jun. Alma 5–7: ‘Adakah Kamu Telah Mengalami Perubahan Hebat Ini dalam Hatimu?’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“1–7 Jun. Alma 5–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Yesus memegang anak domba

Ye Are Not Forgotten, oleh Jon McNaughton

1–7 Jun

Alma 5–7

“Adakah Kamu Telah Mengalami Perubahan Hebat Ini dalam Hatimu?”

Semasa anda membaca Alma 5–7, fikirkan tentang ahli-ahli kelas anda yang mencontohkan ajaran-ajaran dalam bab-bab ini. Pertimbangkan cara-cara anda boleh membantu melibatkan mereka dalam perbincangan di Hari Minggu.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Sediakan beberapa minit untuk ahli-ahli kelas untuk mengingati apa yang telah mereka baca dalam Alma 5–7 dan carilah satu kebenaran yang mereka ingin kongsi dalam kelas. Kemudian mintalah mereka untuk berkongsi dengan seseorang yang duduk berdekatan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Alma 5:14–33

Kita harus mengalami—dan terus merasakan—perubahan hati yang hebat.

  • Ahli-ahli kelas dijemput untuk merenung soalan-soalan dalam Alma 5:14–33 di rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Anda boleh memulakan perbincangan ayat-ayat ini dengan meminta ahli-ahli kelas untuk berkongsi soalan dari ayat-ayat ini yang bermakna bagi mereka. Anda kemudian boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk bekerja dalam kumpulan untuk menyemak Alma 5:14–33 dan mencari makna untuk mengalami perubahan hati melalui Juruselamat dan Korban tebusan-Nya. Mereka juga boleh mencari berkat-berkat yang datang dari perubahan hati. Apakah metafora lain yang telah digunakan untuk menggambarkan perubahan yang Alma gambarkan? (Contohnya, lihat Yohanes 3:1–7; 2 Korintus 5:17; Dale G. Renlund, “Preserving the Heart’s Mighty Change,” Ensign atau Liahona, Nov. 2009, 97–99). Bagaimanakah kita mengekalkan perubahan hati sepanjang kehidupan kita? (lihat Alma 5:26).

    seorang budak perempuan berdoa di tepi katil

    Semasa kita berpaling kepada Tuhan, kita boleh mengalami “perubahan hati.”

Alma 5:44–51

Kita dapat memperoleh kesaksian kita sendiri tentang Juruselamat dan injil-Nya melalui Roh Kudus.

  • Seperti Alma, ahli-ahli kelas anda telah memperoleh kesaksian mereka sendiri tentang Juruselamat dan injil-Nya. Untuk membantu mereka mempelajari apa yang Alma lakukan untuk menerima kesaksiannya melalui Roh, anda boleh mengedarkan sekeping kertas dengan perkataan Kesaksian tertulis di atasnya. Ahli-ahli kelas boleh bekerja secara berpasangan untuk menyemak Alma 5:44–51 dan menggunakan apa yang mereka pelajari dalam ayat-ayat ini untuk menulis “resipi” bagi kesaksian. Sebagai contoh, “bahan-bahan” resipi tersebut mungkin adalah kebenaran yang membentuk kesaksian anda. “Arahan” untuk resipi tersebut mungkin adalah hal-hal yang kita perlu lakukan untuk memperoleh kesaksian. (Lihat pesanan daripada Elder Dieter F. Uchtdorf di “Sumber-sumber Tambahan” untuk idea-idea.) Apakah “bahan-bahan” dan “arahan” yang dapat mereka tambah ke dalam resipi mereka dari pengalaman mereka sendiri atau pengalaman lain dalam tulisan suci? Jemputlah pasangan tersebut untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dan apa yang mereka lakukan untuk menjemput Roh Kudus untuk bersaksi tentang kebenaran kepada mereka.

Alma 6

Kita berkumpul sebagai Orang Suci untuk mendengar firman Tuhan dan melakukan pekerjaan-Nya.

  • Ingatkan ahli-ahli kelas tentang kepentingan untuk berkumpul bersama sebagai Orang suci, anda boleh menjemput mereka untuk membayangkan seseorang yang mereka kenali merasakan bahawa menjadi miliki gereja adalah tidak perlu. Apakah yang mereka dapat kongsi dari Alma 6 untuk mengajar orang ini tentang beberapa berkat menjadi milik Gereja? Bagaimanakah kita dapat lebih mencapai tujuan pengumpulan yang Alma gambarkan?

Alma 7:7–16

Juruselamat mengambil ke atas dirinya dosa, kesakitan, dan kesengsaraan.

  • Mungkin terdapat orang di kelas anda yang perlu segera mengetahui apa yang Alma 7:7–16 ajarkan—bahawa Juruselamat mengambil ke atas diri-Nya bukan hanya dosa-dosa kita tetapi juga kesakitan, kesengsaraan, penyakit, dan kelemahan kita. Bagaimanakah anda akan membantu mereka menemui ini? Anda boleh membuat sebuah carta di papan tulis dengan tajuk Apakah yang dideritai Juruselamat dan Mengapakah Dia menderita. Kelas boleh melengkapkan carta tersebut selepas membaca Alma 7:7–16. Juga akan membantu untuk mempertimbangkan hal-hal lain yang Juruselamat deritai ketika kehidupan-Nya (lihat contoh di “Sumber-sumber Tambahan”).

  • Selepas membincangkan apa yang Alma ajarkan di Alma 7:7–16, mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman ketika Juruselamat membantu mereka, yang bermakna Dia telah membantu mereka (lihat “Sumber-sumber Tambahan” untuk contoh cara-cara Yesus membantu kita). Anda juga boleh kongsikan petikan berikut daripada Presiden Dallin H. Oaks: “Juruselamat kita telah mengungkapkan bahawa Dia “turun di bawah segala hal” (A&P 88:6). … Kita mungkin sebut bahawa, dengan menurun di bawah kesemuanya, Dia berada dalam kedudukan sempurna untuk mengangkat kita dan memberi kita kekuatan yang perlu untuk menahan kesengsaraan kita. Kita hanya perlu minta” (“Dikuatkan oleh Korban Tebusan Yesus Kristus,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 64).

  • Alma mengisytiharkan bahawa kedatangan Penebus “adalah lebih penting dari” segalanya. Mungkin ahli-ahli kelas dapat membayangkan bahawa mereka berada dalam kelas sejarah membincangkan peristiwa-peristiwa yang paling penting dalam sejarah. Apakah ayat-ayat dari Alma 7 yang akan mereka gunakan untuk menyokong tuntutan Alma di ayat 7? Apakah nasihat yang Alma berikan kepada orang-orangnya yang dapat membantu kita bersedia untuk kedatangan Juruselamat?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca Alma 8–12, anda boleh berkongsi dengan mereka bahawa bab-bab ini menceritakan tentang cerita dua lelaki. Salah satunya bersikap tidak peduli terhadap Gereja dan salah satu adalah penganiaya yang bersemangat, tetapi keduanya menjadi pembela iman yang berani.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Memperoleh kesaksian kita sendiri.

Elder Dieter F. Uchtdorf memberikan corak rohani berikut untuk “menerima sebuah kesaksian yang berakar pada kesaksian Roh Kudus”.

Pertama: Keinginan untuk percaya. Kitab Mormon menggalakkan kita: ‘Jika [kamu] mahu membangkitkan dan menggugah kecekapanmu, bahkan untuk suatu percubaan terhadap kata-kataku… bahkan jika [kamu] tidak dapat membuat lebih daripada berhasrat untuk percaya’ (Alma 32:27). … Tuhan menjanjikan kita bantuan ilahi bahkan jika hanya memiliki hasrat untuk percaya, namun itu benar adanya dan bukannya keinginan yang dibuat-buat.

Kedua: Menyelidiki tulisan suci. Bertanyalah; pelajarilah; selidikilah dalam tulisan suci untuk mencari jawapannya. Sekali lagi, Kitab Mormon memiliki nasihat yang baik bagi kita: ‘Jika [kamu] memberi tempat, sehingga benih itu dapat ditanam di dalam hatimu’ melalui pembelajaran yang tekun akan firman Tuhan, benih yang baik ‘akan mula mengembung di dalam dadamu’ jika anda tidak berkeras dengan ketidakpercayaan. Benih yang baik ini akan ‘mula memperbesar jiwa [kamu]’ dan ‘menerangi pengertian [kamu]’ (Alma 32:28).

Ketiga: Melakukan kehendak Tuhan; mematuhi perintah. … Kita perlu datang kepada Kristus dan mengikuti ajaran-ajaran-Nya. Juruselamat mengajarkan: ‘Ajaran-Ku tidak berasal dari diri-Ku sendiri, tetapi dari Dia yang menghantar-Ku. Barang siapa mahu melakukan kehendaknya, dia akan tahu tentang ajaran’ [Yohanes 7:16–17; penekanan ditambah]. …

Keempat: Merenungkan, berpuasa, dan berdoa. Untuk menerima pengetahuan dari Roh Kudus, kita harus bertanya kepada Bapa Syurgawi [lihat Alma 5:45–46; Moroni 10:3–4]” (“The Power of a Personal Testimony,” Ensign atau Liahona, Nov. 2006, 38–39).

Apakah yang Yesus Kristus deritai?

Apakah kesengsaraan lain yang Juruselamat alami?

Bagaimanakah Yesus Kristus membantu kita?

Apakah cara lain yang telah Yesus bantu kita?

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Meningkatkan diri sebagai guru seperti Kristus. Sebagai guru, adalah penting untuk merenungkan cara-cara anda boleh membantu pelajar membangun iman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Pertimbangkan menggunakan soalan penilaian diri di halaman 37 dalam Teaching in the Savior’s Way untuk mengilhami anda.