Ikutlah Aku
8–14 Jun. Alma 8–12: Yesus Kristus Akan Datang Untuk Menebuskan Umat-Nya


“8–14 Jun. Alma 8–12: Yesus Kristus Akan Datang untuk Menebus Umat-Nya,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“8–14 Jun. Alma 8–12,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Alma sedang berkhutbah

Teaching True Doctrine, oleh Michael T. Malm

8–14 Jun

Alma 8–12

Yesus Kristus Akan Datang Untuk Menebuskan Umat-Nya

Mulakan persediaan anda untuk mengajar dengan mengkaji Alma 8–12. Kemudian menyemak rangka panduan ini untuk idea-idea tambahan yang akan menggalakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka pelajari di dalam pengkajian mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Berikan ahli-ahli kelas beberapa minit untuk merenungkan pengkajian tulisan suci peribadi dan keluarga mereka pada minggu ini. Bagaimanakah pengkajian mereka mempengaruhi pilihan-pilihan yang mereka lakukan sepanjang minggu tersebut. Jemputlah beberapa ahli-ahli kelas untuk berkongsi fikiran mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Alma 8

Usaha kita untuk berkongsi injil memerlukan kesungguhan dan kesabaran.

  • Banyak orang mendapati ia sukar untuk berkongsi injil—terutamanya ketika mereka merasa ditolak, seperti Alma. Teladan Alma boleh membantu mereka mempercayai Tuhan dan mencari keberanian untuk meneruskan perkongsian kesaksian mereka dengan orang lain. Pertimbangkan perbincangan soalan ini: Apakah yang kita pelajari dari pesanan malaikat kepada Alma di Alma 8:15? Apakah tindakan Alma terhadap pesanan tersebut, ditemui di Alma 8:14–32, mengilhami kita untuk terus berkongsi injil ketika kita mengalami penolakan? Apakah nasihat yang akan kita berikan kepada seseorang yang telah cuba untuk berkongsi injil tetapi ditolak? Nasihat Elder Jeffrey R. Holland dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu perbualan ini.

  • Cerita Alma dan Amulek menunjukkan betapa pentingnya usaha ahli-ahli dalam pekerjaan penginjil. Apakah ahli-ahli kelas pelajari dari Alma 8:19–30 tentang hubungan di antara ahli-ahli tempatan dan penginjil sepenuh masa? (lihat juga Alma 10:1–12).

    pertemuan dua keluarga

    Berkongsi injil dengan mereka yang kita kasihi boleh menjadi pengalaman yang menggembirakan.

Alma 9:18–30

Tuhan menghakimi anak-anak-Nya menurut terang dan pengetahuan yang mereka miliki.

  • Ini adalah amaran serius dalam ayat-ayat ini kepada semua ahli-ahli Gereja—apabila kita menerima terang dan pengetahuan, kita dijangka untuk menghargainya, memeliharanya, menjalaninya, dan menggunakannya untuk memberkati orang lain. Untuk membantu ahli-ahli kelas menyemak harapan ini, anda boleh meminta mereka untuk membaca ajaran-ajaran Alma di dalam Alma 9:18–30 dan berkongsi pesanan yang mereka temui tentang tanggungjawab mereka miliki kerana apa yang mereka ketahui. Mengapakah terdapat penghukuman yang besar ketika kita berdosa terhadap terang yang besar? Sediakan masa untuk ahli-ahli kelas merenungkan apa yang mereka dapat lakukan untuk menjadi lebih benar terhadap terang dan pengetahuan yang mereka telah terima. Anda boleh mencadangkan mereka membaca Ajaran dan Perjanjian 50:24 sementara mereka merenung.

Alma 11–12

Rancangan Tuhan adalah rancangan penebusan.

  • Anda boleh memulakan perbincangan ajaran ini dengan menjemput seorang ahli kelas untuk melukis gambara rajah rancangan penebusan di papan tulis. Kemudian anda boleh membahagikan bahagian Alma 11–12 di antara ahli-ahli kelas dan menjemput mereka untuk mencari kebenaran yang akan mereka tambahkan kepada rajah tersebut. Sebagai contoh, rancangan Tuhan menebus kita dari apa? (lihat Alma 11:38–45). Bagaimanakah mengetahui kebenaran-kebenaran tentang rancangan penebusan ini memberkati kehidupan kita?

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas berkongsi apa yang Alma 11–12 ajarkan tentang rancangan penebusan, anda boleh menulis yang berikut di papan tulis: Kejatuhan, Penebusan, Pertaubatan, Kematian, Kebangkitan dan Penghakiman. Ahli-ahli kelas boleh memilih salah satu topik ini dan menyelidiki Alma 11–12 untuk kebenaran-kebenaran yang mereka pelajari. Jemputlah ahli-ahli kelas untuk menulis kebenaran-kebenaran yang mereka temui, serta rujukan tulisan suci, di bawah tajuk yang bersesuaian di papan tulis. Sebagai satu kelas, bincangkan bagaimana mengetahui kebenaran-kebenaran ini mempengaruhi kehidupan dan pilihan yang kita lakukan.

  • Ahli-ahli kelas anda mungkin mendapat manfaat dari perbincangan berpusat pada Alma 12:31–32,di mana Alma mengajarkan selepas Kejatuhan, Tuhan memberikan Adam dan Hawa perintah-perintah—tetapi hanya selepas mengajarkan mereka tentang rancangan-Nya. Bagaimanakah mengetahui rancangan ini mempengaruhi cara kita melihat atau rasakan tentang perintah-perintah tersebut? Mungkin anda boleh berbicara tentang beberapa perintah-perintah tertentu; sebagai contoh, bagaimanakah mengetahui tentang rancangan Tuhan membantu kita mematuhi Hari Sabat sebagai hari kudus atau mematuhi hukum kemurnian akhlak?

  • Beberapa ahli-ahli kelas mungkin mempunyai soalan tentang Alma 11:26–39, di mana Amulek berkata hanya terdapat satu Tuhan. Tulisan suci berikut menjelaskan bagaimana Tubuh Ketuhanan adalah “satu Tuhan” sementara masih makhluk yang terpisah: Yohanes 17:20–23; 2 Nefi 31:21; dan 3 Nefi 19:29. Penyataan daripada Elder Jeffrey R. Holland juga membantu: “Kita percaya Mereka adalah satu dalam setiap aspek penting dan abadi yang boleh dibayangkan kecuali mempercayai Mereka adalah tiga makhluk bergabung menjadi satu tubuh” (“The Only True God and Jesus Christ Whom Thou Hast Sent,” Ensign atau Liahona, Nov. 2007, 40).

Alma 12:9–14

Jika kita tidak mengeraskan hati kita, kita dapat menerima lebih banyak lagi firman Tuhan.

  • Salah satu pesanan Alma dan Alma ajarkan beberapa kali adalah bagaimana keadaan hati kita mempengaruhi seberapa banyak kebenaran yang kita dapat terima dari Tuhan. Untuk membantu ahli-ahli kelas menemui kebenaran asas ini, anda boleh menjemput mereka untuk membaca Alma 12:9–14 secara berpasangan atau kumpulan kecil dan membincangkan hasil dari mempunyai hati yang keras. (Anda boleh meminta mereka untuk membaca Alma 8:9–11; 9:5, 30–31; dan 10:6, 25.) Apakah maknanya memiliki hati yang lembut? (lihat Yeremia 24:7; Alma 16:16; Helaman 3:35). Bagaimanakah memiliki hati yang lembut membantu kita untuk lebih memahami firman Tuhan?

  • Alma mengajarkan bahawa ketika kita mengeraskan hati kita, kita menerima “bahagian yang lebih kecil” dari firman Tuhan (Alma 12:10). Mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman dari tulisan suci yang menggambarkan asas ini. Bagaimanakah Tuhan melembutkan hati kita agar kita dapat terus belajar lebih dari-Nya? Apakah pengalaman peribadi yang dapat kita akan kongsi?

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami apakah maknanya untuk memilikinya hati yang lembut, anda boleh berkongsi beberapa contoh yang tersenarai di “Sumber-sumber Tambahan.”

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk membaca Alma 13–16 minggu ini, anda boleh memberitahu mereka bahawa mereka akan menemui bagaimana kata-kata Alma dipenuhi di dalam kehidupan Zezrom dan bangsa Amoniha.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Mengambil keberanian untuk berdiri.

Nasihat Elder Jeffrey R. Holland memberikan galakan berikut kepada mereka yang dikasari kerana berkongsi atau mempertahankan injil:

“Jika anda belum berpeluang mempertahankan kepercayaan-mu atau tahan penderaan peribadi, masanya akan datang, hanya disebabkan anda ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Saat-saat macam ini akan memerlukan keberanian dan kesopanan dari pihak anda.

“… Mungkin anda tertanya jika berbaloi mempertahankan moral anda di sekolah atau melayani misi hanya untuk mendapati kepercayaan yang paling anda hargai dicaci maki atau untuk berusaha melawan masyarakat yang terkadang mentertawakan kehidupan beragama yang taat. Tetapi hasilnya sangatlah berharga. …

“Kawan-kawan, terutama yang muda, perhatikan. Kasih sayang seperti Yesus yang murni, yang mengalir dari kesolehan benar boleh mengubah dunia ini. …

“Jadilah kuat. Hidup injil dengan iman walaupun orang lain di sekeliling kamu tidak berbuat demikian. Pertahankan kepercayaan anda dengan sopan dan dengan kerendahan, tetapi pertahankanlah itu” (“Harga—dan Berkat—dari Pemuridan,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 6–9).

Hati mereka dilembutkan.

Pesanan persidangan umum berikut memberikan contoh-contoh orang-orang yang hatinya dilembutkan oleh Tuhan:

  • Cerita tentang keluarga Hatfield dalam pesanan Presiden Russell M. Nelson “Harga Kuasa Imamat,” (Ensign atau Liahona, Mei 2016, 66–67).

  • Cerita tentang Harold Gallacher dalam pesanan Presiden Thomas S. Monson “The Sacred Call of Service,” (Ensign atau Liahona, Mei 2005, 55).

  • Cerita Tentang David dalam pesanan Presiden Dieter F. Uchtdorf “Belajarlah dari Alma dan Amulek,” (Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 73–74).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Melihat melalui mata Tuhan. Berusaha untuk melihat ahli-ahli kelas sepertimana Tuhan melihat mereka, dan Roh akan menunjukkan kepada anda kelayakan dan kebolehan ilahi mereka. Apabila anda lakukannya, anda akan dibimbing dalam usaha untuk membantu mereka (lihat Teaching in the Savior’s Way, 6).