Ikutlah Aku
22–28 Jun. Alma 17–22: “Aku Akan Menjadikanmu Alat”


“22–28 Jun. Alma 17–22: ‘Aku Akan Menjadikanmu Alat,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“22–28 Jun. Alma 17–22,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Amon berbicara kepada Raja Lamoni

Ammon and King Lamoni, oleh Scott M. Snow

22–28 Jun

Alma 17–22

“Aku Akan Menjadikanmu Alat”

Sebelum anda membantu orang lain menemui kebenaran-kebenaran di dalam tulisan suci, anda perlu menemui kebenaran bagi diri anda sendiri. Bacalah Alma 17–22 dengan ahli-ahli kelas anda di minda.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk memberikan ahli-ahli kelas kesempatan untuk berkongsi sesuatu yang mereka pelajari di dalam pengkajian individu dan sekeluarga mereka, anda boleh menjemput mereka untuk memilih seorang yang digambarkan di Alma 17–22 dan melengkapkan ayat seperti berikut: “Abis mengajar saya ” atau “Lamoni mengajar saya .”

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Alma 17:1–4

Iman kita dikuatkan semasa kita mencari kebenaran dengan tekun.

  • Ahli-ahli kelas mungkin telah banyak kali mendengar tentang kepentingan tabiat injil yang mudah. Alma 17:1–4 dapat membantu mereka melihat kesan berkuasa tabiat ini miliki dalam kehidupan kita. Anda boleh meminta separuh dari kelas untuk menyelidiki ayat-ayat ini dan apa yang para putera Mosia lakukan dan separuh yang lain menyelidiki hasil dari apa yang mereka lakukan. Apakah hasil dari melakukan hal-hal ini dalam kehidupan kita?

  • Untuk perbincangan mendalam tentang beberapa tabiat yang menguatkan para putera Mosia, anda boleh menulis di papan tulis Menyelidiki Tulisan suci, Berdoa dan Berpuasa. Kemudian ahli-ahli kelas boleh mencari tulisan suci yang mengajarkan tentang berkat-berkat yang datang melalui pengkajian tulisan suci, berdoa, dan berpuasa (Panduan Tulisan Suci mungkin membantu). Mereka kemudian boleh menulis di papan tulis apa yang mereka temui dan berkongsi dengan sesama idea-idea tentang bagaimana untuk memperbaiki pengkajian tulisan suci, doa, dan berpuasa mereka dalam cara yang lebih mendekatkan mereka kepada Tuhan.

Alma 17–18

Kasih kita dapat membantu orang lain bersedia untuk menerima injil.

  • Terdapat banyak cara-cara untuk berkongsi injil, dan semuanya adalah lebih berkesan ketika kasih adalah motivasinya. Ahli-ahli kelas boleh mengenal pasti di dalam Alma 17–18 yang menunjukkan bagaimana Amon dimotivasikan oleh kasih untuk berkongsi injil. Apakah kebenaran lain tentang berkongsi injil yang kita pelajari dari teladannya? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman di mana kasih yang ikhlas melembutkan hati seseorang dan membolehkannya untuk menjadi lebih terbuka untuk pesanan injil. Penyataan oleh Presiden Dallin H. Oaks dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu ahli-ahli memahami kepentingan untuk memastikan usaha kita adalah berlandaskan kasih.

Amon menyelamatkan domba-domba raja

Ammon Saves the King’s Flocks, oleh Minerva K. Teichert

Alma 18–22

Pengajaran dan pembelajaran kebenaran injil berkesan membimbing kepada perubahan hati.

  • Apabila Amon dan Harun telah memperoleh kepercayaan dari Raja Lamoni dan ayahnya, mereka dapat membantu mereka untuk memahami kebenaran injil penting. Akan membantu sekiranya ahli-ahli kelas membuat senarai kebenaran-kebenaran yang Amon ajarkan kepada Lamoni (lihat Alma 18:24–39) dan bandingkan senarai kebenaran-kebenaran yang Harun ajarkan kepada ayah Lamoni (lihat Alma 22:1–16). Separuh daripada kelas boleh membuat di satu senarai manakala separuh lagi membuat di senarai lain. Mengapa mungkin memahami kebenaran ini telah menyebabkan Lamoni dan ayahnya beriman dan percaya kepada Bapa Syurgawi dan Putera-Nya, Yesus Kristus?

  • Laporan Harun dan Amon yang mengajar Raja Lamoni dan ayahnya memberi kesempatan yang besar untuk membincangkan pengajaran dan pembelajaran injil yang berkesan. Apakah asas-asas yang ahli kelas dapat lihat tentang pengajaran? (lihat, sebagai contoh, Alma 18:24–28 dan Alma 22:7–13). Apakah asas-asas pembelajaran yang mereka temui dalam teladan Raja Lamoni dan ayahnya? (lihat, contohnya, Alma 18:25–31; 22:17–18).

  • Untuk mengajar tentang bagaimana injil dapat mempengaruhi kehidupan kita, ahli-ahli kelas boleh menyelidiki Alma 18:40–41; 20:1–15; dan Alma 22:15–18, 25–27 untuk mengetahui bagaimana Raja Lamoni dan ayahnya rasakan dan bertindak selepas mereka memahami kebenaran-kebenaran injil dan telah bertukar hati. Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini membantu kita datang kepada Kristus? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membantu diri sendiri dan orang yang dikasihi memahami anda menjalani kebenaran-kebenaran ini?

Alma 19–22

Kesaksian kita boleh mempunyai pengaruh yang kuat atas orang lain.

  • Semasa pengkajian peribadi mereka tentang Alma 19–22, ahli-ahli kelas mungkin telah merenungkan kesan yang meluas kesaksian seseorang terhadap orang lain. Galakkan mereka untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari. Apakah yang laporan-laporan dalam Alma 19–22 cadangkan tentang usaha peribadi kita untuk berkongsi injil? Presiden Gordon B. Hinckley dalam “Sumber-sumber Tambahan” dapat membantu menekankan isi penting ini.

  • Apakah beberapa analogi bagus yang anda boleh kongsi untuk menggambarkan apa yang boleh berlaku ketika kita berkongsi kesaksian kita dengan orang lain? Contoh-contoh yang mungkin adalah batu kerikil yang menghasilkan riak dalam tasik atau ragi yang membantu menaikkan tepung. Selepas menyemak beberapa contoh orang-orang berkongsi kesaksian mereka di Alma 19–22, ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka telah dipengaruhi oleh kesaksian orang lain.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Anda boleh menanyakan kepada ahli-ahli kelas jika mereka tertanya-tanya bagaimana untuk menjadikan penukaran hati mereka stabil dan bertahan. Dalam Alma 23–29, mereka akan terbaca tentang sekumpulan orang yang menerima injil dan “tidaklah pernah jatuh” (Alma 23:6).

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Berkongsi injil dari kasih sayang.

Presiden Dallin H. Oaks berkongsi sebuah pengajaran yang bernilai dia pelajari dari pengalaman semasa dia seorang pemuda:

“Saya ditugaskan untuk melawat seorang ahli kurang aktif, profesional yang berjaya bertahun-tahun lebih tua daripada saya. Saya menyedari bahawa saya kurang mempedulikan terhadap lelaki yang saya kunjungi selepas memikir kembali tindakan saya. Saya bertugas, dengan keinginan untuk melaporkan 100 peratus untuk pengajaran ke rumah saya. Suatu petang, hampir hujung bulan, saya menelefon untuk bertanya sama ada rakan saya dan saya boleh datang dan mengunjunginya. Jawapan balasnya mengajar saya pelajaran yang tidak akan dilupai.

“Tidak, saya tidak rasa saya mahu anda datang malam ini,” katanya. ‘Saya penat. Saya telah bersiap untuk tidur. Saya membaca, dan saya tidak mahu diganggu supaya anda boleh melaporkan 100 peratus untuk pengajaran ke rumah anda bulan ini.’ Jawapan itu masih menyengat saya kerana saya tahu dia merasakan motivasi saya yang mementingkan diri sendiri.

“Saya berharap tidak ada orang yang kita jumpai dengan jemputan untuk mendengar pesanan dari injil yang dipulihkan itu merasa bahawa kita bertindak atas apa pun alasannya selain kasih yang tulus untuk mereka dan keinginan yang tidak mementingkan diri untuk berkongsi sesuatu yang kita tahu adalah berharga (“Sharing the Gospel,” Ensign, Nov. 2001, 8).

Pengaruhi kita sering tidak diketahui.

Presiden Gordon B. Hinckley mengaitkan sebuah cerita yang dilaporkan oleh seorang penginjil kepada presiden misinya pada akhir pelayanannya. Penginjil itu berkata:

“Saya tidak mempunyai hasil dari pekerjaan saya. Saya telah membuang masa saya dan wang ayah saya. Ia adalah membuang masa. … Saya hanya membaptis satu orang selama dua tahun yang saya berada di sini. Itulah budak lelaki berusia dua belas tahun di Tennessee.”

Presiden misi memutuskan untuk mengesan budak lelaki yang penginjil ini baptiskan. Dia membesar, berkahwin, dan berpindah ke Idaho. Anak-anaknya pergi ke misi, dan anak-anak mereka pergi ke misi. Presiden misi tersebut berkunjung ke Idaho dan bertanya ahli keluarga tersebut tentang misi mereka. Dia kemudian berkata, “Saya mendapati bahawa, sebagai hasil dari pembaptisan satu budak lelaki di Tennessee oleh seorang penginjil yang menyangka dia telah gagal, lebih dari 1,100 orang telah masuk ke dalam Gereja” (Teachings of Gordon B. Hinckley [1997], 360–61).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memberikan masa untuk pelajar berkongsi “Ketika pelajar membahagikan apa yang mereka pelajari, mereka bukan sahaja merasakan Roh dan menguatkan kesaksian mereka sendiri, tetapi mereka juga menggalakkan ahli-ahli kelas yang lain untuk menemukan kebenaran-kebenaran untuk diri mereka sendiri. Berikan masa untuk pelajar berkongsi dalam setiap pelajaran—dalam beberapa kes, anda anda temui bahawa perbincangan-perbincangan ini adalah pelajarannya” (Teaching in the Savior’s Way, 30).