Ikutlah Aku
15–21 Jun. Alma 13–16: “Masuk ke dalam Peristirahatan Tuhan”


“15–21 Jun. Alma 13–16: ‘Masuk ke dalam Peristirahatan Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“15–21 Jun. Alma 13–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Alma dan Amulek berjalan keluar dari penjara

Ilustrasi Alma dan Amulek dibebaskan dari penjara, oleh Andrew Bosley

15–21 Jun

Alma 13–16

“Masuk ke dalam Peristirahatan Tuhan”

Penukaran hati yang berkekalan memerlukan lebih sekadar pengajaran Sekolah Minggu yang mengilhamkan sekali seminggu. Galakkan ahli-ahli kelas anda mencari pengalaman rohani peribadi sepanjang minggu ini.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Apa yang mungkin mendorong ahli-ahli kelas untuk saling berkongsi pengalaman mereka dengan pembelajaran dan menjalani injil? Anda mungkin boleh menjemput mereka untuk berkongsi pandangan yang mereka temui di Alma 13–16 yang mengejutkan mereka atau mereka tidak pernah terfikir sebelum ini. Semasa mereka berkongsi, tanyakan mereka bagaimana mereka rasakan pandangan baru ini membuat perbezaan dalam kehidupan mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Alma 13:1–19

Tatacara keimamatan membantu anak-anak Tuhan menerima penebusan melalui Yesus Kristus.

  • Beberapa ahli-ahli kelas anda mungkin menemui sesuatu yang mendalamkan penghargaan mereka bagi imamat semasa mereka mengkaji Alma 13. Jemputlah mereka untuk berkongsi apa yang mereka temui. Anda boleh membaca bersama ayat 2 dan 16 dan menanyakan soalan seperti ini “Bagaimanakah imamat dan tatacaranya membantu anda ‘menanti-nantikan Putera [Tuhan] untuk penebusan’?” Jika membantu, senarai tatacara boleh ditemui di Teguh pada Iman, 109–10.

    pemuda di meja sakramen

    Tatacara imamat membantu kita memandang kepada Yesus Kristus untuk penebusan.

  • Banyak orang di Amoniha merupakan pengikut Nehor, yang mengajarkan idea-idea salah tentang peranan imam. Untuk membantu ahli-ahli kelas mempelajari tentang kebenaran imamat, anda boleh meminta mereka untuk membandingkan pandangan Nehor tentang apa yang imam harus lakukan (lihat Alma 1:3–6) dengan apa yang Alma ajarkan (lihat Alma 13:1–12). Dalam cara apakah ajaran-ajaran Nehor serupa dengan pandangan dunia tentang kekuasaan dan kepimpinan? Bagaimanakah ajaran-ajaran Alma berbeza?

  • Membaca Alma 13:1–19 boleh membimbing kepada perbincangan tentang menjadi “dipersiapkan sejak pengasasan dunia” untuk tanggungjawab kita dalam pekerjaan Tuhan. Apakah yang Alma 13:3 cadangkan tentang cara kita harus memandang atau mencapai tanggungjawab ini? (lihat juga A&P 138:56).

Alma 13

Tuhan menjemput kita semua untuk masuk ke dalam peristirahatan-Nya.

  • Alma mengajarkan bahawa imamat membantu kita “masuk ke dalam peristirahatan Tuhan” (Alma 13:16). Untuk memulakan perbincangan tentang idea ini, anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk membaca Alma 13:6, 12–13, 16, dan 29 dan berkongsi apa yang ayat-ayat ini ajarkan tentang “peristirahatan dalam Tuhan.” Mereka juga boleh mengenal pasti ciri-ciri orang yang “memasuki ke dalam peristirahatan Tuhan.” Apakah yang kita dapat lakukan untuk mengalami peristirahatan dalam Tuhan semasa kehidupan fana kita?

Alma 14

Pada masa cubaan dan tragedi, kita harus percaya kepada Tuhan.

  • Alma 14 dapat menjadi kesempatan untuk membincangkan bagaimana kita boleh bertindak dengan penuh iman ketika kita atau orang yang kita kasihi menghadapi penganiayaan atau cubaan bahkan ketika kita cuba untuk menjadi soleh. Anda boleh memulakan dengan menjemput ahli-ahli kelas untuk membayangkan mereka adalah ahli jurnal yang melaporkan peristiwa di Alma 14. Apakah soalan yang akan mereka tanyakan kepada Alma atau Amulek tentang peristiwa tersebut? Contohnya, “Mengapakah Tuhan membenarkan anda dan orang-orang yang soleh menderita?” Atau “Nasihat apakah yang anda miliki untuk mereka yang mengalami cubaan yang sukar?” Berdasarkan apa yang kita ketahui dari Alma 14, bagaimanakah Alma atau Amulek menjawab soalan-soalan ini?

  • Kebanyakan kita dapat mengaitkan dengan apa yang Amulek rasakan ketika dia menyaksikan penderitaan orang-orang Amoniha yang beriman: kita “juga [merasa] sakit” (Alma 14:10), dan kita juga berharap kita boleh melakukan sesuatu tentang itu. Apakah yang kita pelajari dari apa yang Alma katakan dalam keadaan ini? (lihat Alma 14:8–13). Anda boleh berkongsi penyataan dari Presiden Spencer W. Kimball dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Ahli-ahli kelas boleh merumuskan pesanan utama penyataan Presiden Kimball dalam ayat mereka sendiri.

Alma 15:16, 18

Penganutan memerlukan pengorbanan.

  • Rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan senarai hal-hal yang Amulek lepaskan dan hal-hal yang dia peroleh ketika dia memeluk injil. Mungkin ahli-ahli kelas akan sukarela berkongsi senarai yang mereka telah buat, atau mereka boleh membuat senarai ini dalam kelas. Ayat-ayat ini boleh membantu: Alma 10:4–5; 15:16, 18; 16:13–15; dan 34:8. Mengapakah Amulek rela untuk melakukan pengorbanan sedemikian? Mengapakah kita rela untuk melakukan sedemikian? Bagaimanakah kita dapat mengikuti teladan Alma, yang “memperkuatkan [Amulek] dalam Tuhan”?

Alma 16:1–10

Perkataan para nabi akan digenapi.

  • Alma 16 memberi contoh-contoh orang yang mempercayai nabi dan orang yang tidak. Untuk membantu ahli-ahli kelas mempelajari dari contoh-contoh ini, anda boleh menulis di papan dua tajuk: Zoram dan Orang-orang Amoniha. Ahli-ahli kelas boleh membaca Alma 16:1–10 dan menulis di bawah setiap tajuk perkataan dan ayat yang menggambarkan sikap orang-orang ini terhadap perkataan nabi Alma. Apakah yang kita lakukan untuk menunjukkan Bapa Syurgawi bahawa kita memiliki iman terhadap perkataan nabi hidup?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Pertimbangkan untuk menanya ahli-ahli kelas jika mereka pernah berharap mereka boleh berkongsi injil dengan lebih baik. Membaca Alma 17–22 dapat mengilhami mereka dengan idea-idea untuk membantu mereka mencapai matlamat ini.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Tuhan tidak selalu menghalang tragedi.

Presiden Spencer W. Kimball pernah mengulas mengenai banyak tragedi yang tidak dapat dijelaskan yang berlaku di dunia:

“Bolehkah Tuhan menghalang tragedi ini? Jawapan adalah, Ya. Tuhan adalah maha berkuasa, dengan semua kekuasaan mengawal kehidupan kita, menyelamatkan kesakitan kita, menghalang segala kemalangan, … bahkan [melindungi kita] dari kematian, jika Dia inginkan. Tetapi Dia tidak melakukannya. …

“Jika semua orang yang sakit yang kita doakan sembuh, jika semua orang soleh dilindungi dan orang jahat dimusnahkan, keseluruhan rancangan Bapa akan dibatalkan dan asas Injil, hak pilihan, akan berakhir. Tidak seorang pun akan perlu hidup dengan iman. …

“… Sekiranya kita menutup pintu atas kesedihan dan kesusahan, kita mungkin tidak menghiraukan sahabat kita yang paling hebat. Penderitaan menjadikan mereka orang suci semasa mereka mempelajari kesabaran, kepanjangsabaran, dan penguasaan diri . …

“… Saya bersyukur bahawa bahkan melalui imamat saya tidak dapat menyembuhkan semua yang sakit . Saya boleh saja menyembuhkan sesiapa yang seharusnya meninggal. Saya boleh saja menyembuhkan orang sedang menderita yang seharusnya menderita. Saya khuatir saya akan mengacaukan tujuan-tujuan Tuhan.

“Seandainya saya memiliki kuasa yang tidak terbatas, namun penglihatan dan pemahaman yang terbatas, saya mungkin telah menyelamatkan Abinadi dari bara api ketika dia dibakar di tiang kayu itu, dan dengan melakukan itu saya dapat saya merosakkan ia tanpa perlu dibaiki. Dia mati syahid dan pergi menuju pahala yang menantikan seorang yang mati syahid—permuliaan.

“Saya ingin melindungi Paulus melawan derita-deritanya jika kuasa saya tidak ada batasnya. Saya tentunya akan menyembuhkan “duri di dalam daging”-Nya [2 Korintus 12:7.] Dan dengan melakukan ini saya mungkin telah menggagalkan rancangan Tuhan. …

“Saya takut bahawa seandainya saya yang berada di penjara Carthage pada 27 Jun, 1844, saya mungkin telah mengalihkan peluru-peluru yang menusuk badan Sang Nabi [Joseph Smith] dan Bapa bangsa [Hyrum Smith]. Saya mungkin akan menyelamatkan mereka dari penderitaan dan kesakitan, tetapi hilanglah bagi mereka kematian dan pahala seorang yang mati syahid. …

“Dengan kekuatan yang begitu tidak terkendalikan, saya pasti akan merasa perlu melindungi Kristus dari penderitaan Getsemani, ejekan-ejekan, mahkota berduri, ketidakwibawaan dalam pengadilan, luka-luka jasmani. Saya akan merawat luka-luka-Nya dan menyembuhkan-Nya, memberi-Nya air yang menyejukkan daripada cuka. Saya mungkin menyelamatkan-Nya dari penderitaan dan kematian, dan hilanglah bagi dunia Korban Tebusan-Nya. …

“Dalam menghadapi tragedi yang nyata kita harus menempatkan kepercayaan kita kepada Tuhan, mengetahui bahawa terlepas dari pandangan kita yang terbatas, tujuan-Nya tidak akan gagal” (Teachings of Presidents of the Church: Spencer W. Kimball [2006], 14–17, 20).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengundang pembelajaran yang tekun. “Ketika anda bersedia untuk mengajar, daripada memikirkan, ‘Apakah yang akan saya ajarkan?’ tanyakan diri anda, ‘Apakah yang akan ahli-ahli kelas saya lakukan untuk pelajari?’” (Teaching in the Savior’s Way, 29).