Ikutlah Aku
29 Jun–5 Julai. Alma 23–29: Mereka “Tidaklah Pernah Jatuh”


“29 Jun–5 Julai. Mosia 23-29: Mereka ‘Tidaklah Pernah Jatuh,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“29 Jun–5 Julai. Alma 23–29,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Orang Anti-Nefi-Lehi menanamkan senjata peperangan mereka

Anti-Nephi-Lehies Bury Their Weapons of War, oleh Jody Livingston

29 Jun–5 Julai

Alma 23–29

Mereka “Tidaklah Pernah Jatuh”

Semasa anda membaca Alma 23–29, ingatlah bahawa untuk membantu orang lain mempelajari kebenaran dalam bab-bab ini, anda sendiri perlu memiliki pengalaman yang bermakna tentang kebenaran tersebut.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas menulis di papan tulis apa yang menonjol kepada mereka semasa pengkajian peribadi atau sekeluarga mereka. Luangkan beberapa minit untuk menjemput orang-orang untuk berbincang satu kebenaran yang mereka telah pelajari dari ayat yang mereka tulis.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Alma 23–25; 27

Penukaran hati kita terhadap Yesus Kristus dan injil–Nya mengubah kehidupan kita.

  • Sebagai pengikut Yesus Kristus, kita semua cuba untuk memperdalamkan penukaran hati kita. Cerita orang Anti-Nefi-Lehi dapat menggalakkan mereka yang anda ajari dalam usaha mereka melakukan ini. Anda boleh mulakan dengan menulis di papan tulis soalan seperti berikut: Apakah ertinya bertukar hati? atau Apakah perubahan yang terjadi dalam kehidupan orang-orang ketika mereka bertukar hati? Ahli-ahli kelas boleh mencari jawapan dalam ayat-ayat ini: Alma 23:6–7, 17–18; 24:17–19; 25:15–16; dan 27:26–30. Mereka boleh berkongsi pandangan dari ayat lain yang telah mereka baca dalam Alma 23–25 dan 27. Ahli-ahli kelas juga boleh menemukan jawapan yang membantu kepada soalan-soalan ini dalam pesanan Elder David A. Bednar “Converted unto the Lord” (Ensign atau Liahona, Nov. 2012, 106–9; lihat juga “Sumber-sumber Tambahan”). Apakah perubahan yang dilakukan oleh orang Anti-Nefi-Lehi akibat penukaran hati mereka? Bagaimanakah contoh mereka memberi ilham kepada kita untuk memperdalamkan penukaran hati kita kepada Yesus Kristus dan injil–Nya?

  • Bagaimanakah anda dapat memberi ilham kepada ahli-ahli kelas untuk meninggalkan apa-apa tradisi palsu dan menguburkan senjata pemberontakan mereka, seperti yang dilakukan oleh orang Anti-Nefi-Lehi? Pertimbangkan menyemak Alma 23:5–7 bersama. Apakah beberapa tradisi yang baik bahawa Injil membantu kita berkembang? Apakah “senjata … pemberontakan” bangsa Laman mewakili di zaman kita? Bagaimanakah kita dapat “menguburkannya jauh di dalam bumi”? (Alma 24:17). Jemputlah ahli-ahli kelas untuk merenungkan apakah tradisi palsu atau senjata pemberontakan yang perlu mereka tinggalkan supaya mereka dapat menjalani injil dengan lebih lengkap.

Alma 24:7–16

Melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, kita dapat diampuni ketika kita bertaubat.

  • Jika anda terilham untuk mengadakan perbincangan kelas tentang pertaubatan, cerita Anti-Nefi-Lehi dalam Alma 24 adalah contoh mengilhamkan untuk digunakan. Anda boleh menugaskan setiap ahli-ahli kelas satu ayat untuk dibaca dari Alma 24:7–16 dan mintalah mereka untuk menulis di papan tulis sesuatu yang mereka pelajari dari ayat mereka itu tentang pertaubatan. Mereka boleh menyelidiki tulisan suci berikut untuk pandangan tambahan tentang pertaubatan: Yesaya 53:5–6; 2 Nefi 2:6–8; dan Mosia 5:2.

Alma 24:13–15; 2629

Injil membawa sukacita.

  • Dalam Alma 23–29, perkataan “sukacita” dan kebahagiaan muncul kerap kali, menjadikan bab-bab ini bagus untuk mempelajari cara menjalani injil—dan berkongsi—membawa sukacita dan kebahagiaan. Anda boleh membahagikan ahli-ahli kelas kepada kumpulan dan mintalah setiap kumpulan untuk menyemak beberapa ayat berikut, carilah sebab mengapa Amon, putera Mosia, dan Alma bersukacita: Alma 24:13–15; 26:12–22; dan 29:1–17. Ahli-ahli kelas boleh menyenaraikan di papan tulis apa yang mereka temui. Apakah yang kita pelajari dari ayat-ayat ini tentang bagaimana injil membawakan kita sukacita dan kebahagiaan?

  • Presiden Russell M. Nelson telah mengajar: “Apabila tumpuan hidup kita ialah di atas rancangan keselamatan Tuhan … dan Yesus Kristus dan injil-Nya, kita akan dapat merasa kebahagiaan tidak kira apa yang berlaku—atau tidak berlaku—dalam hidup kita. Kebahagiaan datang dari Dia dan wujud kerana Dia. Dia ialah punca segala kebahagiaan” (“Joy and Spiritual Survival,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 82). Mungkin ahli-ahli kelas dapat berkongsi pengalaman yang telah membantu mereka memahami kebenaran kata-kata Presiden Nelson.

  • Alma dan Amon menemui sukacita yang besar dalam berkongsi injil. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk mencari ayat ini dalam Alma 26 dan 29 yang boleh mengilhami orang muda untuk melayani misi—atau mengilhami sesiapa untuk berkongsi injil dengan orang lain. Pertimbangkan untuk menyediakan beberapa minit untuk ahli-ahli kelas untuk merancang sesuatu yang mereka dapat lakukan untuk berkongsi injil. Jemputlah mereka untuk bertindak atas rancangan mereka, dan di kelas akan datang anda dapat menggalakkan mereka untuk berbicara tentang usaha mereka.

  • Ketika Alma membantu orang lain bertaubat, dia diingatkan tentang kebaikan Tuhan (lihat Alma 29:10–13). Anda boleh memberi ahli-ahli kelas beberapa waktu untuk mengkaji ayat-ayat ini dan senaraikan apa yang Alma ingati. Apakah yang mengingatkan kita tentang kebaikan Tuhan? Bagaimanakah kita telah melihat kebaikan Tuhan dalam kehidupan kita?

Alma 26–27

Kita dapat menjadi alat di tangan Tuhan.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas menerokai makna untuk menjadi “alat dalam tangan Tuhan” (Alma 26:3), anda boleh mempamerkan pelbagai jenis peralatan. Anda juga boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membawa beberapa alat yang mereka gunakan. Bagaimanakah alat-alat ini berguna? Bagaimanakah kita seumpama alat dalam pekerjaan Tuhan? Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk mengenal pasti cara Amon dan para rakan penginjilnya menjadi alat dalam tangan Tuhan (lihat, sebagai contoh, Alma 26:1–5, 11–12). Apakah pandangan yang kita peroleh dari Ajaran dan Perjanjian 4 tentang menjadi alat dalam tangan–Nya? Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi pengalaman apabila mereka merasakan kegembiraan yang datang dari menjadi alat dalam tangan Tuhan.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Banyak dari idea-idea palsu yang sama yang menyebabkan kesesatan anak-anak Tuhan hari ini juga biasa di zaman Alma. Beritahulah kepada ahli-ahli kelas bahawa dalam Alma 30–31 mereka akan melihat bagaimana Alma dan yang lain bertindak balas terhadap ajaran-ajaran palsu ini.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Berpaling kepada Tuhan.

Elder David A. Bednar mengajar:

“Pastinya, intipati Injil Yesus Kristus melibatkan perubahan dasar dan tetap dalam alamiah kita yang terjadi melalui Korban tebusan Juruselamat. Penukaran hati yang sebenar membawa perubahan dalam kepercayaan, hati, dan kehidupan seseorang untuk menerima dan akur dengan kehendak Tuhan (lihat Kisah Rasul-Rasul 3:19; 3 Nefi 9:20) dan termasuklah komitmen yang nyata untuk menjadi pengikut Kristus.”

Selepas memetik Alma 23:6–8, Elder Bednar meneruskan untuk menjelaskan:

“Dua unsur utama dijelaskan dalam ayat-ayat ini: (1) pengetahuan tentang kebenaran, yang mungkin ditafsirkan sebagai kesaksian, dan (2) berpaling kepada Tuhan, yang saya fahami sebagai berpaling kepada Juruselamat dan injil–Nya. Kerana itu, gabungan penuh kekuatan dari kesaksian dan berpaling kepada Tuhan menghasilkan keteguhan dan ketabahan serta menyediakan perlindungan rohani.

“Mereka tidak pernah terjatuh dan menyerahkan ‘senjata pemberontakan mereka, bahawa mereka tidak berperang melawan Tuhan lagi.’ Untuk membuang “senjata pemberontakan” yang tadinya disenangi seperti pentingkan diri, keangkuhan, dan tidak patuh memerlukan lebih dari sekadar percaya dan tahu. Keyakinan, kerendahan hati, pertaubatan, dan berserah mendahului meninggalkan senjata pemberontakan kita. Adakah anda dan saya masih memiliki senjata pemberontakan yang menahan kita dari berpaling kepada Tuhan? Jika demikian, kita perlu bertaubat sekarang.

“Perhatikan bahawa bangsa Laman tidak berpaling kepada para penginjil yang mengajar mereka atau pada program-program unggul Gereja. Mereka tidak berpaling kepada keperibadian para pemimpin mereka atau kepada warisan budaya yang dipelihara atau adat resam nenek moyang. Mereka berpaling kepada Tuhan—kepada Dia sebagai Juruselamat serta pada keilahian dan ajaran–Nya—dan mereka tidak pernah terjatuh” (“Converted unto the Lord,” Ensign atau Liahona, Nov. 2012, 107–9).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Carilah bimbingan dari para pemimpin anda. “Pemimpin imamat dan badan sokongan ingin membantu anda berjaya. Minta nasihat mereka jika anda cuba memperbaiki diri sebagai guru dan apabila anda renungkan keperluan mereka yang diajar” (Teaching in the Savior’s Way,5).