Ikutlah Aku
6–12 Julai. Alma 30–31: “Kuasa Firman Tuhan”


“6–12 Julai. Alma 30–31: ‘Kuasa Firman Tuhan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“6–12 Julai. Alma 30–31,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Alma mengajar Korihor

All Things Denote There Is a God (Alma and Korihor), oleh Walter Rane

6–12 Julai

Alma 30–31

“Kuasa Firman Tuhan”

Selepas membaca Alma 30–31 dan mencari ilham untuk hidup anda sendiri, dengarkanlah kepada bisikan tentang pesanan yang akan memberkati ahli-ahli kelas anda.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jika anda merasakan bahawa ahli-ahli kelas teragak-agak untuk berkongsi, anda boleh memberi mereka beberapa minit untuk mengkaji Alma 30–31 atau apa-apa nota yang mereka buat dalam pengkajian mereka di rumah minggu ini. Kemudian mereka boleh berkongsi dengan seorang pasangan atau kelas, satu pesanan yang hebat mereka temui.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Alma 30:6–31

Musuh cuba untuk memperdaya kita dengan ajaran palsu.

  • Semasa mempertimbangkan keperluan kelas anda, adakah ia akan membantu mereka memahami perbezaan antara kebenaran Injil dan ajaran palsu setan jika anda menggunakan pelajaran berobjek? Jika ya, anda boleh menunjukkan kepada mereka beberapa barangan palsu, seperti wang mainan atau makanan mainan, bersama dengan wang sebenar atau makanan nyata. Bagaimanakah kita dapat membezakan barangan yang tidak asli? Kelas boleh mengenal pasti ajaran-ajaran palsu Korihor dalam Alma 30:6–31. Apa yang mungkin menarik tentang ajaran ini? Apakah kebenaran Injil yang tawarkan kepada kita yang ajaran palsu Syaitan tidak boleh ditawarkan? Jemputlah ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang telah membantu Alma membezakan ajaran yang benar dan ajaran yang palsu (lihat Alma 30:32–54). Apakah cara lain yang ahli-ahli kelas temui membantu?

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas mempelajari bagaimana untuk melindungi diri mereka dari pengaruh ajaran palsu, anda boleh menyemak huraian tentang anti-Kristus dalam rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Manakah ayat dalam Alma 30:6–31 yang menunjukkan bahawa Korihor padan dengan huraian ini? Manakah dari ajarannya yang serupa dengan ajaran palsu di zaman kita? (kita Alma 30:12–18, 23–28). Bagaimanakah kita dapat mengelak dari diperdaya oleh ajaran-ajaran ini?

Alma 30:39–46

Segala sesuatu bersaksi tentang Tuhan.

  • Kerana kita hidup di dunia yang serupa dengan Alma, di mana sesetengah orang mengajar bahawa tidak ada Tuhan, kesaksian Alma dalam Alma 30:39–44 boleh membantu ahli-ahli kelas anda. Anda boleh menjemput mereka untuk membaca ayat-ayat ini dan membuat senarai di papan tulis tentang kebenaran dan bukti yang diberikan Alma yang memberi keterangan bahawa adanya Tuhan. Apakah kesaksian lain yang kita miliki bahawa Tuhan hidup? Sebagai sebahagian dari perbincangan, pertimbangkan untuk berkongsi kenyataan oleh Presiden M. Russell Ballard dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Anda juga boleh menjemput seseorang untuk datang dengan bersedia bagi menyanyikan lagu rohani tentang kebaikan Tuhan, seperti “Betapa Agung Nama-Mu” (Nyanyian Rohani, no. 29), atau anda boleh menyanyi lagu rohani tersebut bersama.

  • Semasa Alma berbicara dengan Korihor, dia dapat melihat bahawa Korihor telah “menanggalkan Roh Tuhan sehingga Dia tidak boleh memiliki tempat dalam [dirinya]” (Alma 30:42). Pertimbangkan untuk meminta ahli-ahli kelas menyelidiki Alma 30:39–46, carilah rujukan yang lain tentang Roh Kudus. Apakah peranan Roh Kudus dalam bersaksi kepada kita tentang realiti Tuhan dan Yesus Kristus? Bagaimanakah kita dapat membantu mereka yang memiliki keraguan atau soalan untuk mencari kebenaran melalui Roh Kudus?

    Korihor berbicara dengan Alma

    Korihor Confronts Alma, oleh Robert T. Barrett

Alma 31

Firman Tuhan memiliki kuasa untuk membimbing orang kepada kesolehan.

  • Adakah mana-mana ahli kelas yang boleh berkongsi pengalaman ketika “kuasa firman Tuhan” (Alma 31:5) telah membantu mereka atau seseorang yang mereka kenali membuat perubahan dalam kehidupan mereka? Anda boleh menghubungi ahli-ahli kelas lebih awal agar mereka boleh bersedia untuk berkongsi pengalaman-pengalaman mereka. Galakkan mereka untuk berkongsi ayat-ayat dari Alma 31 yang sesuai dengan pengalaman mereka. Ahli-ahli kelas yang lain juga boleh berkongsi bagaimana firman Tuhan telah mempunyai “kesan yang lebih kuat pada fikiran [mereka]” (Alma 31:5). Ahli-ahli kelas mungkin mendapat manfaat dari membaca tulisan suci lain yang bersaksi tentang kuasa firman Tuhan (lihat “Sumber-sumber Tambahan” untuk beberapa contoh).

  • Semasa ahli-ahli kelas anda mengkaji Alma 31 minggu ini, mereka mungkin telah diilhami oleh teladan Alma berdoa bagi bangsa Zoram. Pertimbangkan untuk bertanya kepada mereka apa yang mereka pelajari daripada bab ini mengenai menjangkau kepada ahli keluarga atau rakan yang telah meninggalkan jalan Injil atau bergelut dengan iman mereka. Anda boleh meminta mereka menyelidiki Alma 31 bersama dan senaraikan di papan tulis hal-hal yang mereka sedar tentang Alma yang membantu dia menyelamatkan bangsa Zoram. Bagaimanakah kita dapat menggunakan firman Tuhan lebih banyak dalam usaha kita untuk menyelamatkan orang lain? (Untuk pandangan tambahan, anda boleh berkongsi petikan oleh Elder Jeffrey R. Holland dalam “Sumber-sumber Tambahan.”)

  • Apakah yang ahli-ahli kelas temui di Alma 31:30–38 yang dapat membantu mereka yang berdukacita kerana dosa-dosa orang lain seperti yang Alma lakukan?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Tanyakan ahli-ahli kelas apakah ajaran atau asas injil yang mereka akan ajarkan untuk membalas kepalsuan yang Alma temui di kalangan bangsa Zoram. Beritahulah kepada mereka semasa mereka membaca Alma 32–35 mereka akan menemui bahawa Alma menggunakan firman Tuhan untuk membantu bangsa Zoram melihat keperluan untuk berubah.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Tulisan suci berkaitan kuasa firman Tuhan.

Segala sesuatu menunjukkan ada seorang Tuhan.

Presiden M. Russell Ballard mengajar bahawa “bukti-bukti abadi” Alma berikan tentang kewujudan Tuhan “berterusan bersaksi kepada kita di zaman kini” (lihat Alma 30:44):

“Para angkasawan melihat bumi dari angkasa telah menyatakan betapa cantiknya itu dan bagaimana ia kelihatan hidup. Senator Amerika Syarikat Jake Garn menulis tentang pengalamannya di angkasa: ‘Tidak mungkin saya dapat menggambarkan keindahan bumi. Ia adalah satu pengalaman menakjubkan, mengagumkan, dan rohani untuk melihat bumi dari angkasa sambil bergerak pada dua puluh lima kali kelajuan bunyi. Saya juga dapat melihat kegelapan ruang kosong dan melihat berbilion-bilion bintang dan cakerawala sejauh berjuta-jutaan tahun cahaya. Alam semesta begitu luas sehingga mustahil untuk difahami. Tetapi saya menyedari tangan Tuhan dalam segala hal. Saya merasakan kehadiran–Nya sepanjang tujuh hari dalam ruang angkasa. Saya tahu bahawa Tuhan menciptakan bumi dan alam semesta ini. … Saya tahu bahawa Tuhan hidup dan Pencipta kita semua’ (surat kepada M. Russell Ballard, 3 Mac 1988)” (“God’s Love for His Children,” Ensign, Mei 1988, 58).

Membela orang lain dengan firman Tuhan.

Elder Jeffrey R. Holland mengajar:

“Adakah kita benar-benar memelihara remaja dan ahli baru kita dengan cara yang dapat menyokong mereka apabila tekanan kehidupan muncul? Atau adakah kami memberi mereka sejenis makan manis—kalori rohani yang kosong? … Semasa musim sejuk yang teruk beberapa tahun yang lalu, Presiden Boyd K. Packer menyatakan bahawa sejumlah rusa telah mati akibat kelaparan sementara perut mereka penuh dengan jerami. Dalam usaha yang jujur untuk membantu, agensi-agensi telah membekalkan bantuan luaran apabila bantuan yang besar adalah apa yang diperlukan. Malangnya mereka telah memberi makan kepada rusa tetapi mereka tidak memelihara mereka. …

“Setan tentunya tidak halus dalam ajarannya; mengapa kita harus melakukan yang sama? Sama ada kita mengarahkan anak-anak kita di rumah atau berdiri di hadapan jemaah gereja, marilah kita tidak menjadikan iman kita sukar untuk dikesan. … Berikan khutbah berasaskan tulisan suci. Ajarkan ajaran yang telah diungkapkan” (“A Teacher Come from God,” Ensign, Mei 1998, 26–27).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Membantu pelajar menemui kebenaran bagi diri mereka sendiri. Salah satu peranan anda sebagai seorang pengajar adalah untuk membimbing pelajar-pelajar anda untuk menemui kebenaran di dalam tulisan suci. Mereka akan lebih memahami dan menghargai asas-asas jika mereka menemui asas-asas ini bagi diri mereka sendiri daripada hanya mendengar pengajar berbicara tentangnya.