“20–26 Julai. Alma 36–38: ‘Memandang kepada Tuhan dan Hidup,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“20–26 Julai. Alma 36–38,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
20–26 Julai
Alma 36–38
“Memandang kepada Tuhan dan Hidup”
Semasa anda bersedia untuk mengajar, ingatlah bahawa ahli-ahli kelas mungkin memiliki pengalaman bermakna dengan Alma 36–38. Apakah yang boleh anda lakukan untuk membina pengalaman tersebut?
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Satu cara untuk menggalakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka sedang belajar dalam tulisan suci adalah membahagikan kelas itu kepada tiga kumpulan dan menugaskan setiap kumpulan satu bab dari Alma 36–38. Jemputlah setiap kumpulan untuk mencari dan berkongsi ayat berilham dari bab mereka.
Mengajar Ajaran
Kita boleh dilahirkan dari Tuhan semasa kita merendahkan hati dan bertaubat.
-
Sesetengah ahli-ahli kelas anda mungkin tertanya-tanya mengapa mereka tidak pernah mengalami pengalaman penukaran hati yang dramatik seperti Alma. Ini mungkin dapat membantu mereka jika anda berkongsi apa yang dikatakan oleh Elder David A. Bednar: “Bagi kebanyakan daripada kita, penukaran hati adalah proses berterusan dan bukan satu peristiwa sekali sahaja hasil dari pengalaman yang kuat atau dramatik” (“Converted unto the Lord,” Ensign atau Liahona, Nov. 2012, 107–8). Walaupun beberapa hal tentang pengalaman penukaran hati Alma tidaklah biasa, pengalamannya mengajarkan asas yang kita semua perlu terapkan pada penukaran hati kita yang sedang berlangsung. Anda juga boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk menyelidiki Alma 36 untuk mencari asas-asas ini dan senaraikannya di papan tulis. Apakah lagi yang membantu kita menjadi lebih bertukar hati kepada injil Yesus Kristus?
-
Alma menggunakan ungkapan “lahir dari Tuhan” untuk menerangkan penukaran hatinya. Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami konsep ini, anda boleh menjemput mereka untuk membaca ayat-ayat berikut secara individu atau berpasangan, mencari apa yang dimaksudkan untuk dilahirkan dari Tuhan: 1 Yohanes 4:7; Mosia 5:7; 27:25–26; dan Alma 5:14; 22:15. Mintalah ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari. Kemudian mereka boleh menyelidiki Alma 36, untuk mencari jawapan kepada soalan ini: Bagaimanakah orang-orang rasakan dan bertindak ketika mereka dilahirkan dari Tuhan? Untuk membantu ahli-ahli kelas memikirkan bagaimana mereka dilahirkan dari Tuhan, anda boleh berkongsi kenyataan oleh Presiden Ezra Taft Benson yang terdapat dalam “Sumber-sumber Tambahan.”
Tulisan suci telah dipelihara “untuk suatu tujuan yang bijak.”
-
Mempelajari kata-kata Alma semasa dia memberikan catatan kudus kepada anaknya, Helaman dapat membantu ahli-ahli kelas berkongsi bagaimana mereka telah merasakan kuasa tulisan suci dalam kehidupan mereka. Galakkan mereka untuk menyemak Alma 37 untuk menemukan pesanan yang Alma berikan kepada Helaman tentang tulisan suci (lihat terutamanya ayat 1–19 dan 43–47). Bagaimanakah kita menunjukkan bahawa tulisan suci adalah kudus bagi kita? Bagaimana kita, seperti Alma, boleh mengajar orang yang kita kasihi untuk “jagalah agar semua benda ini suci”? (Alma 37:2). Bagaimanakah tulisan suci “memperlihatkan kuasa [Tuhan]” kepada kita? (Alma 37:14).
-
Salah satu cara untuk belajar tentang berkat-berkat memiliki tulisan suci ialah mengkaji apa yang dikatakan Alma dalam Alma 37 mengenai catatan suci dan benda lain yang dipercayakannya kepada Helaman. Anda boleh membuat sebuah senarai di papan tulis tentang benda suci tersebut: kepingan-kepingan Nefi dan kepingan-kepingan loyang (Alma 37:2–20), dua puluh empat kepingan-kepingan Eter dan alat-alat tafsir (Alma 37:21–37), serta Liahona (Alma 37:38–47). Ahli-ahli kelas boleh membaca ayat-ayat ini untuk mempelajari apa yang Alma ajarkan tentang setiap benda ini. Dalam cara apakah tulisan suci dapat memperkembangkan ingatan kita? (lihat Alma 37:8). Apakah yang dapat kita pelajari dari kata-kata Alma tentang berkat memiliki tulisan suci dalam kehidupan kita sekarang?
“Melalui hal-hal yang kecil dan sederhana hal-hal besar didatangkan.”
-
Untuk mengajar tentang kepentingan “hal-hal yang kecil dan sederhana” dalam pekerjaan Tuhan, Alma memberikan dua contoh: tulisan suci dan Liahona (lihat Alma 37:6–7, 41–42; lihat juga 1 Nefi 17:41). Setelah menyemak contoh-contoh ini, mungkin ahli-ahli kelas dapat berkongsi contoh dari kehidupan mereka sendiri tentang hal-hal yang kecil dan sederhana dalam pekerjaan Tuhan. Anda mungkin boleh menghubungi satu atau dua ahli kelas terlebih dahulu dan mintalah mereka membawa objek yang kecil ke kelas dan ia telah membawa hal-hal besar dalam kehidupan mereka. Anda juga boleh berkongsi penyataan oleh Presiden Dallin H. Oaks dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Untuk membantu ahli-ahli kelas memperibadikan asas ini, anda boleh menanyakan soalan seperti berikut: Mengapakah kadangkala kita gagal untuk melakukan hal-hal yang kecil dan mudah? Bagaimanakah kita dapat mengilhami diri kita dan keluarga kita untuk mengatasi kecenderungan ini?
Firman Kristus dapat membimbing kita hari demi hari.
-
Membandingkan firman Tuhan dengan Liahona dapat mengilhami ahli-ahli kelas untuk menjadi lebih tekun dan konsisten tentang pembacaan tulisan suci. Untuk membimbing perbincangan tentang ini, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca Alma 37:38–47 secara berpasangan, carilah persamaan di antara Liahona dan firman Tuhan. Anda boleh mencabar mereka untuk mencari satu persamaan dalam setiap ayat. Kemudian anda boleh menulis nombor setiap ayat di papan tulis dan meminta ahli-ahli kelas untuk menulis persamaan yang mereka temui di tepi nombor-nombor tersebut. Apakah perbandingan ini mencadangkan bagaimana kita harus memperlakukan pengkajian tulisan suci kita?
Berkongsi kesaksian kita tentang Yesus Kristus dapat menguatkan mereka yang kita kasihi.
-
Kata-kata Alma kepada anaknya Siblon memberikan contoh yang baik tentang bagaimana untuk memperkuat dan menggalakkan orang yang kita kasihi dalam menjalani injil. Mungkin ahli-ahli kelas dapat membaca bab ini dan mengenal pasti bagaimana Alma memperkuatkan Siblon. Bab Alma 38 pendek—anda boleh membacanya sebagai satu kelas. Kemudian ahli-ahli kelas boleh berkongsi petikan yang mereka dapati bermakna atau memberi mereka idea untuk menguatkan ahli keluarga dan sahabat mereka sendiri.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Adakah ahli-ahli kelas pernah tertanya-tanya bagaimana untuk menasihati orang yang dikasihi yang telah membuat kesilapan serius? Jelaskan bahawa mereka akan menemui pandangan berguna dalam Alma 39–42.
Sumber-sumber Tambahan
Penukaran hati seumpama kelahiran baru.
Presiden Ezra Taft Benson mengajar: “Apabila kita telah menjalani perubahan besar ini, yang hanya datang melalui iman terhadap Yesus Kristus dan melalui Roh bekerja terhadap kita, seolah-olah kita telah menjadi orang baru. Oleh itu, perubahan itu disamakan dengan kelahiran baru. Ribuan dari anda telah mengalami perubahan ini. Anda telah meninggalkan kehidupan berdosa, kadangkala dosa yang besar dan menyakitkan, dan melalui penerapan darah Kristus dalam kehidupan anda, telah menjadi bersih. Anda tidak mempunyai lagi kecenderungan untuk kembali kepada kehidupan lama anda. Anda dalam realiti adalah insan yang baru. Inilah apa yang dimaksudkan sebagai perubahan hati” (“A Mighty Change of Heart,” Ensign, Okt. 1989, 4).
Hal-hal yang kecil dan mudah.
Presiden Dallin H. Oaks mengajar:
“Saya diingatkan tentang kuasa hal-hal yang kecil dan sederhana dalam jangka waktu yang panjang apabila saya melihat sesuatu semasa berjalan pagi. … Konkrit lorong pejalan kaki yang tebal dan kuat sedang retak. Adalah ia kerana sesuatu yang besar dan kuat? Tidak, keretakan ini disebabkan oleh pertumbuhan kecil dan perlahan salah satu akar yang menjangkau dari pokok bersebelahan. …
“Begitu juga dengan kesan berkuasa hal-hal yang kecil dan sederhana dalam tempoh masa panjang yang diajar dalam tulisan suci dan oleh para nabi hidup. Pertimbangkan kajian kitab suci yang kita diajar untuk memasukkan dalam hidup harian kita. Atau pertimbangkan doa-doa peribadi dan doa keluarga berlutut yang kerap diamalkan oleh Orang Suci Zaman Akhir yang beriman. … Walaupun setiap tindakan ini mungkin kelihatan kecil dan sederhana, dalam jangka masa panjang mereka menghasilkan pertumbuhan dan peningkatan rohani yang berkuasa. Ini berlaku kerana setiap hal-hal yang kecil dan sederhana ini menjemput penemanan Roh Kudus, Saksi yang menerangi kita dan mendorong kita kepada kebenaran” (“Hal-hal yang Kecil dan Sederhana,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 90).