“13–19 Julai. Alma 32–35: ‘Menanamkan Firman Ini dalam Hatimu,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“13–19 Julai. Alma 32–35,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
13–19 Julai
Alma 32–35
“Menanamkan Firman Ini dalam Hatimu”
Tidak kira berapa kali anda telah membaca Alma 32–35, membacanya semula semasa anda bersedia untuk mengajar. Bersedia untuk menerima pandangan baru dari Roh.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Untuk membantu ahli-ahli kelas berkongsi apa yang mereka pelajari dari Alma 32–35 di rumah, anda boleh memberikan mereka beberapa minit untuk menyemak bab-bab ini dan tuliskan di papan tulis sebarang tema atau topik yang mereka tahu. Sebagai satu kelas, bincangkan mengapa tema-tema atau topik-topik ini bermakna.
Mengajar Ajaran
Kita boleh pilih untuk rendah hati.
-
Untuk membimbing perbincangan tentang kerendahan hati seperti yang diajarkan dalam Alma 32:1–16, anda boleh mulakan dengan menjemput ahli-ahli kelas untuk menceritakan pengalaman yang mungkin merendahkan hati seseorang (Alma 32:2–5 memberikan satu contoh). Beberapa ahli-ahli kelas mungkin sukarela untuk berkongsi pengalaman mereka sendiri terhadap mempelajari kerendahan hati. Bagaimanakah “dibawa pada kerendahan hati” (Alma 32:12) menjadi sebuah berkat? Penyataan tentang kerendahan hati dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu memupuk perbincangan. Anda juga boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 112:10 atau menyanyikan lagu rohani tentang kerendahan hati, seperti “Hendaklah Kau Rendah Hati” (Nyanyian Rohani, no. 47), sebagai sebuah kelas.
Kita beriman kepada Yesus Kristus dengan menanam dan memelihara firman–Nya dalam hati kita.
-
Kita kadangkala beranggapan bahawa penyembahan hanya hal-hal yang kita lakukan dalam suasana formal seperti bangunan gereja (lihat Alma 32:5, 9, 11), tetapi definisi penyembahan Alma adalah lebih luas lagi. Sebagai contoh, dia mengajar bahawa membangun dan menjalankan iman kepada Yesus Kristus adalah satu bentuk penyembahan yang penting yang boleh berlaku di luar suasana formal. Untuk membantu kelas anda memahami asas ini, anda boleh melukis gambar sebiji benih dan sebatang pokok di papan tulis dan bincangkan soalan seperti berikut: Apakah yang benih tersebut melambangkan? (lihat Alma 32:28; 33:22–23). Bagaimanakah kita dapat menanam benih tersebut—atau kesaksian tentang Yesus Kristus dan Korban Tebusan–Nya—dalam hati kita dan memeliharanya? (lihat Alma 32:36–43; 33). Apakah pengalaman yang boleh kita kongsi di mana usaha kita untuk mengikuti Juruselamat membawa kepada buah yang berharga? Bagaimanakah ajaran Alma mempengaruhi cara kita menyembah Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?
-
“Percubaan” yang diterangkan oleh Alma untuk membantu bangsa Zoram untuk mengembangkan iman kepada Yesus Kristus juga dapat membantu kita mempelajari apakah asas injil lain itu benar. Untuk membantu kelas memahami percubaan Alma, anda boleh membincangkan tentang apakah percubaan itu. Mungkin terdapat seseorang di kelas yang telah melakukan percubaan sebelum ini dan boleh membantu penjelasan ini. Apakah tujuan sebuah percubaan? Bagaimanakah percubaan serupa dengan apa yang Alma jemput orang-orang tersebut untuk lakukan dalam Alma 32:26–36? Malah ahli-ahli kelas boleh berkongsi pelbagai cara yang mereka telah “mencuba” firman Tuhan. Bagaimanakah mereka boleh mengetahui bahawa “firman [Tuhan] itu baik”? (Alma 32:28).
-
Apakah yang boleh dikatakan oleh Alma kepada seseorang yang ingin memperoleh atau menguatkan kesaksian Yesus Kristus? Untuk meneroka soalan ini, anda boleh membahagikan kelas kepada dua kumpulan. Satu kumpulan boleh membaca Alma 32:26–36 untuk memutuskan apa yang Alma akan katakan kepada seseorang yang cuba memperoleh kesaksian, dan kumpulan lain boleh membaca Alma 32:36–43 untuk memutuskan apa yang dia akan katakan kepada seseorang yang lemah kesaksiannya. Kemudian satu orang dari setiap kumpulan boleh bergilir-gilir mewakili Alma dan memainkan peranan bagaimana membantu seseorang memperoleh atau menguatkan kesaksian.
Alma 31:13–23; 33:2–11; 34:17–29
Kita boleh menyembah Tuhan dalam doa, bila-bila masa dan di mana jua.
-
Anda mungkin boleh membantu kelas membezakan ajaran-ajaran Alma dan Amulek tentang doa dan penyembahan dengan idea-idea palsu bangsa Zoram. Ahli-ahli kelas boleh menyemak Alma 31:13–23 dan senarai di papan tulis apa yang bangsa Zoram percaya tentang doa dan penyembahan. Kemudian mereka boleh mencari kebenaran ini dalam Alma 33:2–11 dan 34:17–29 yang berbeza dengan kepercayaan ini. Apakah yang ayat-ayat ini mengajar kita tentang bagaimana kita dapat memperbaiki doa dan penyembahan kita?
-
Anda boleh menggalakkan perbincangan tentang doa dengan menulis perkataan seperti Siapa? Apa? Bila? Di mana? Mengapa? dan Bagaimana? di papan tulis. Ahli-ahli kelas boleh menyelidiki Alma 33:2–11 dan 34:17–29 untuk mencari jawapan-jawapan untuk soalan-soalan ini berkaitan doa. Sebagai contoh, mereka boleh menjawab soalan-soalan seperti ini: Di manakah kita boleh berdoa? Apakah yang boleh kita doakan? Mereka boleh menemui jawapan dalam perkataan lagu rohani tentang rohani, seperti “Seb’lum Kau Tinggalkan Rumah” atau “Indahlah Saat Berdoa” (Nyanyian Rohani, no. 55, 57). Bagaimanakah kita dapat memperbaiki doa kita?
Korban tebusan Juruselamat adalah “tidak terhingga dan abadi.”
-
Amulek menggunakan perkataan “tidak terhingga” dan “abadi” beberapa kali untuk menggambarkan korban tebusan Yesus Kristus lakukan untuk menebus dosa kita. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk menyelidiki perkataan ini dalam Alma 34:9–14 dan juga dalam kamus. Dalam cara apakah korban tebusan Juruselamat tidak terhingga dan abadi? (lihat Ibrani 10:10; 2 Nefi 9:21; Mosia 3:13). Mengikut Alma 34:15–17, apakah yang harus kita lakukan untuk menerima berkat-berkat pengorbanan Juruselamat? Apakah maknanya untuk “menjalankan imanmu menuju pertaubatan”? (Alma 34:17).
“Jangan menangguhkan hari pertaubatan anda.”
-
Analogi seperti berikut boleh membantu ahli-ahli kelas merenungkan bahaya menangguhkan pertaubatan: jemputlah mereka untuk membayangkan bahawa mereka telah menerima jemputan untuk mengambil bahagian dalam suatu acara yang memerlukan latihan dan persiapan bertahun-tahun, seperti pertandingan Olimpik atau persembahan muzik (pilih sesuatu yang bermakna kepada kelas anda), tetapi acara ini akan diadakan esok. Bincangkan dengan kelas mengapa mereka mungkin tidak akan berjaya dalam acara itu walaupun mereka menghabiskan sisa hari ini untuk bersedia. Bagaimanakah contoh ini berkaitan dengan amaran Amulek dalam Alma 34:32–35? Mengapakah ia mungkin berbahaya untuk menangguhkan usaha kita untuk bertaubat dan berubah? Jemputlah ahli-ahli kelas untuk merenungkan apa yang mereka boleh lakukan untuk “bersiap bagi keabadian” (ayat 33) dan buatlah rancangan untuk melakukannya tanpa menangguh.
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk membaca Alma 36–38 minggu akan datang, anda boleh menunjukkan bahawa Alma “berasa pilu kerana kederhakaan bangsanya,” oleh itu dia mengumpulkan anak-anak lelakinya dan mengajar mereka “berkenaan apa yang berkaitan dengan kebenaran” (Alma 35:15–16). Beberapa bab seterusnya Alma memberi laporan apa yang Alma terilham untuk mengajar anak-anak lelakinya.
Sumber-sumber Tambahan
Apakah maksudnya untuk menjadi rendah hati?
“Menjadi merendah diri adalah untuk mengakui dengan penuh kesyukuran kebergantungan anda kepada Tuhan—untuk memahami bahawa anda mempunyai keperluan yang berterusan untuk sokongan–Nya. … Ia bukan tanda kelemahan, ragu-ragu, atau ketakutan; ia adalah petunjuk bahawa anda tahu di mana kekuatan sebenar anda terletak” (Teguh pada Iman [2004], 86).
Elder Quentin L. Cook menjelaskan: “Apabila kita merenung tentang Tuhan Bapa dan Putera Kristus, tentang identiti Mereka, dan tentang apa yang sudah Mereka capai bagi pihak kita, kita akan dengan penuh ketakziman, kekaguman, kesyukuran, dan kerendahan hati. … Kerendahan hati juga termasuk bersyukur kepada berkat-berkat kita dan bantuan ilahi. Kerendahan hati bukan pencapaian yang tidak dapat dikenal pasti atau mengatasi cabaran besar. Ia satu tanda kekuatan rohani. Ia adalah mempunyai keyakinan hari ke hari, jam ke jam, kita boleh bergantung pada Tuhan, melayani Dia, dan mencapai tujuan-Nya” (“Pekara Harian Biasa yang Abadi,” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 52, 54).