Ikutlah Aku
27 Julai–2 Ogos. Alma 39–42: “Rancangan Kebahagiaan yang Besar”


“27 Julai–2 Ogos. Alma 39–42: ‘Rancangan Kebahagiaan yang Besar,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“27 Julai–2 Ogos. Alma 39–42,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Yesus dan Maria

Woman, Why Weepest Thou? oleh Mark R. Pugh

27 Julai–2 Ogos

Alma 39–42

“Rancangan Kebahagiaan yang Besar”

Ajaran-ajaran Alma di Alma 39–42 penuh dengan ajaran dan penjelasan kebenaran yang penting. Semasa anda mengkaji bab-bab ini, renungkan kebenaran yang mungkin menjadi yang paling bermakna kepada kelas anda dan apa yang anda dapat lakukan untuk membantu mereka menemui kebenaran-kebenaran ini.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk memberikan ahli-ahli kelas kesempatan untuk berkongsi fikiran dan pandangan mereka tentang Alma 39–42, anda boleh menjemput mereka untuk secara ringkas menyemak bab-bab ini dan mencari sesuatu yang Alma telah katakan atau lakukan yang mengagumkan mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Alma 39

Dosa seksual adalah kekejian di pandangan Tuhan.

  • Apakah yang dapat kita pelajari daripada cerita Korianton tentang dosa dan pertaubatan? Mungkin anggota kelas boleh membaca Alma 39:1–14, sebahagian dari mereka mencari apa kesalahan yang dilakukan oleh Korianton, yang lain mencari apa yang mungkin menyebabkan dia berdosa, dan yang lain mencari nasihat yang diberikan Alma kepadanya. Semasa mereka berkongsi apa yang mereka temukan, mereka boleh membincangkan bagaimana kita boleh mengelakkan melakukan kesilapan yang sama.

  • Ketika orang-orang melakukan dosa seksual, mereka sering mengalami perasaan lemah atau putus asa dan dapat merasakan mereka tidak mempunyai banyak nilai. Apakah asas dalam Alma 39–42 yang mengilhami ahli-ahli kelas untuk merasakan harapan yang membawa kepada pertaubatan? Berkongsi kenyataan oleh Sister Joy D. Jones dalam “Sumber-sumber Tambahan” dapat membantu ahli-ahli kelas memahami perbezaan antara kelayakan dan nilai kita di pandangan Tuhan. (Lihat juga Lynn G. Robbins, “Sehingga Tujuh Puluh Kali Tujuh Kali,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 21–23.)

  • Sebagai sebahagian daripada perbincangan anda, mungkin bermanfaat bagi ahli-ahli kelas untuk membincangkan standard Tuhan mengenai kemurnian akhlak. Perbincangan anda mungkin lebih berguna jika ia berpusat pada asas dan bukan pada senarai lakukan dan tidak boleh dilakukan. Sebagai contoh, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk mengenal pasti asas-asas yang Alma telah ajarkan Korianton dalam Alma 39. Sebagai tambahan, mereka boleh menyemak “Kemurnian akhlak” dalam Untuk Kekuatan Remaja dengan soalan-soalan seperti ini: “Jika anda perlu meringkaskan semua nasihat ini dengan satu asas, apakah itu?” atau “Asas apakah yang anda dapati di sini yang membantu anda menjalani hukum kemurnian akhlak?” Ahli-ahli kelas juga boleh mengkaji bahagian ini dalam Untuk Kekuatan Remaja, mencari berkat-berkat menjalani hukum kemurnian ahklak dan akibat daripada tidak mematuhi hukum ini. Bagaimanakah asas-asas ini berbeza dari apa yang diajarkan oleh dunia? Bagaimanakah asas-asas ini mempengaruhi cara kita fikirkan tentang hukum kemurnian akhlak? Kelas anda mungkin mendapat manfaat dengan membaca kenyataan Sister Wendy Nelson dalam “Sumber-sumber Tambahan” kerana ia menjawab tentang soalan-soalan ini.

  • Kadang-kadang mudah untuk percaya bahawa pilihan kita tidak mempengaruhi orang lain—bahawa dosa-dosa kita adalah peribadi. Apakah yang Alma ajarkan Korianton dalam Alma 39:11–12 tentang kesan pilihan-pilihannya? Jemputlah ahli kelas untuk merenungkan siapa yang mungkin terkesan oleh pilihan yang mereka buat, yang baik dan buruk. Mereka juga boleh berkongsi bagaimana tindakan dan contoh orang lain telah membantu mereka memilih yang benar.

Alma 40–42

Korban Tebusan Yesus Kristus menjadikan rancangan penebusan mungkin.

  • Alma mengajar Korianton kebenaran yang kita semua perlu memahami, termasuklah kebenaran tentang tujuan kehidupan, dunia roh, kebangkitan, dan penghakiman. Pertimbangkan memilih salah satu ajaran Alma dan memberi ahli-ahli kelas dua minit untuk mencari dalam Alma 40–42 (secara individu atau berpasangan) dan menulis seberapa banyak kebenaran mengenai topik tersebut yang boleh mereka temui. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi dengan sesama atau dengan kelas apa yang mereka temui. Anda boleh mengulangi proses ini untuk topik yang lain jika masa mengizinkan. Mengapakah kebenaran khusus ini penting untuk putera Alma, Korianton untuk fahami?

  • Penerangan Alma mengenai keadaan jiwa setelah kehidupan ini dapat menarik perhatian pada fikiran ahli-ahli kelas tentang pentingnya untuk datang kepada Juruselamat dan bertaubat dari dosa-dosa kita dalam kehidupan ini. Anda boleh menulis Yang Soleh (Bertaubat) dan Yang Jahat (Tidak Bertaubat) di papan tulis dan jemputlah ahli-ahli kelas untuk menyelidiki Alma 40:11–26 dan menyenaraikan di papan tulis perkataan atau ayat yang digunakan oleh Alma untuk menggambarkan keadaan setiap kumpulan orang ini selepas mereka mati. Bagaimanakah ajaran-ajaran ini dapat mengilhami kita untuk bertaubat? Untuk mengetahui lebih banyak tentang apa yang berlaku di dunia roh, lihat 1 Petrus 3:18–20; 4:6 dan Ajaran dan Perjanjian 138:29–37.

  • Apakah yang datang ke minda ahli-ahli kelas anda apabila mereka mendengar perkataan “dipulihkan” atau “pemulihan”? Jemputlah mereka untuk menyelidiki Alma 41 untuk melihat bagaimana Alma menggunakan perkataan ini. Apakah yang dia maksudkan? Apakah yang akan dipulihkan kepada kita? Mengapakah ia boleh membantu untuk melihat rancangan Bapa Syurgawi sebagai “rancangan pemulihan”? (ayat 2).

  • Sesetengah ahli kelas anda mungkin berkongsi persoalan yang sama seperti fikiran Korianton—adakah adil atau saksama bahawa Tuhan penyayang akan menghukum anak-anak–Nya? (lihat Alma 42:1). Mungkin anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk membincangkan bagaimana mereka akan menjawab soalan ini dan mencari jawapan dalam Alma 42:7–26.

  • Jika anda merasa sesuai, ahli-ahli kelas anda mungkin mendapat manfaat daripada mencari ayat dalam Alma 42 yang mereka dapat menggambarkan dengan lukisan atau simbol yang mudah yang menjelaskan mengapa kita memerlukan Korban tebusan Juruselamat. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka lukis, dan seluruh kelas boleh cuba mencari ayat yang ia wakili. Kemudian mereka boleh membincangkan apa yang mereka pelajari tentang kepentingan korban tebusan Juruselamat.

    wanita sedang berdoa

    Kita boleh menerima kesaksian tentang Yesus Kristus sebagai Juruselamat kita.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Nilai jiwa kita adalah besar.

Sister Joy D. Jones mengajar:

“Kita mesti membezakan dua kata yang penting ini: nilai dan kelayakan. Mereka tidak sama. Nilai rohani bererti untuk menilaikan kita diri sendiri seperti Bapa Syurgawi menilaikan kita, bukan seperti dunia menilaikan kita. Nilai kita sudah ditentukan sebelum kita datang ke bumi. ‘Kasih sayang Tuhan adalah tak terbatas dan bertahan selamanya.’

“Sebaliknya, kelayakan dicapai melalui kepatuhan. Jika kita berdosa, kita lebih kurang layak, tetapi kita masih bernilai! Kita terus bertaubat dan berusaha untuk menjadi seperti Yesus dengan nilai kita tidak terjejas. Seperti yang diajar oleh Presiden Brigham Young: ‘Jiwa yang paling rendah pada bumi sekarang … bernilai besar.’ Walau apa pun, kita selalu bernilai dalam mata Bapa Syurgawi kita” (“Nilai yang Tidak Dapat Diukur,” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 14).

Pandangan dunia terhadap keintiman tidak konsisten dengan pandangan Tuhan.

Sister Wendy Nelson membezakan bagaimana dunia memandang hubungan seksual—”seks duniawi”—dengan apa yang dia sebut sebagai “keintiman perkahwinan yang ditahbiskan oleh Tuhan”:

“Dengan seks duniawi, segalanya boleh diterima. Dengan keintiman perkahwinan, penjagaan yang indah diambil untuk mengelakkan apa pun dan segalanya—dari bahasa ke muzik sehingga filem—yang menyinggung Roh, semangat anda, atau pasangan anda.

“Sementara seks duniawi berahi dan membunuh cinta, keintiman perkahwinan menghasilkan lebih banyak cinta.

“Seks duniawi menjejaskan lelaki dan wanita dan tubuh mereka, manakala keintiman perkahwinan menghormati lelaki dan wanita dan meraikan tubuh sebagai salah satu kurnia besar kehidupan fana.

“Dengan seks duniawi, individu dapat merasa dipergunakan, didera, dan akhirnya lebih kesepian. Dengan keintiman perkahwinan, pasangan berasa lebih bersatu dan disayangi, lebih banyak dipelihara dan difahami.

“Seks duniawi merosakkan dan akhirnya menghancurkan hubungan. Keintiman perkahwinan menguatkan perkahwinan. Ia menyokong, menyembuhkan, dan menyucikan kehidupan pasangan dan perkahwinan mereka. …

“Seks duniawi menjadi obsesi kerana ia tidak pernah memenuhi janji-janjinya. Keintiman perkahwinan yang ditahbiskan oleh Tuhan adalah mulia dan akan terus abadi untuk suami dan isteri yang menjaga perjanjian” (“Love and Marriage” [pertemuan rohani sedunia, 8 Januari 2017], broadcasts.ChurchofJesusChrist.org).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bersedia dengan awal. “Apabila anda renungkan bagaimana asas-asas Injil yang diajar akan memberkat ahli-ahli kelas anda, idea dan tanggapan akan datang dalam kehidupan sehari-hari anda—ketika anda pergi ke kerja, melaksanakan kerja rumah, atau berinteraksi dengan keluarga dan kawan-kawan. Jangan fikirkan persediaan rohani sebagai sesuatu yang anda mengatur masa untuk lakukan tetapi sesuatu yang anda lakukan sentiasa” (Teaching in the Savior’s Way,12).