Ikutlah Aku
24–30 Ogos. Helaman 7–12: “Mengingati Tuhan Raja”


“24–30 Ogos: ‘Mengingati Tuhan Raja,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“24–30 Ogos. Helaman 7–12,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Nefi berdoa di atas sebuah menara di dalam taman

Ilustrasi Nefi di atas sebuah menara di dalam taman oleh Jerry Thompson

24–30 Ogos

Helaman 7–12

“Mengingati Tuhan Raja”

Nefi menggalakkan bangsanya untuk mengingati Tuhan. Anda boleh lakukan perkara yang sama kepada mereka yang anda ajari. Semasa anda membaca Helaman 7–12, catatkan tanggapan tentang bagaimana anda dapat membantu ahli-ahli kelas untuk mengingati Tuhan.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemputlah ahli-ahli kelas untuk menulis di papan tulis beberapa asas-asas injil yang mereka temui di Helaman 7–12, berserta rujukan di mana asas-asas ini ditemui. Kemudian anda boleh memutuskan sebagai satu kelas asas-asas dan ayat-ayat yang akan anda bincangkan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Helaman 7–11

Nabi mengungkapkan kehendak Tuhan kepada orang ramai.

  • Untuk membantu kelas anda belajar dari Helaman 7–11 tentang peranan dan tanggungjawab nabi, anda boleh mula dengan membaca bersama entri “Nabi” di dalam “Guide to the Scriptures” (scriptures.ChurchofJesusChrist.org). Ahli-ahli kelas boleh mengenal pasti peranan nabi-nabi yang disebut dan senaraikannya di papan tulis. Anda boleh meminta setiap ahli-ahli kelas untuk menyemak satu bab dari Helaman 7–11. Mintalah mereka untuk mencari bagaimana Nefi memenuhi peranan-peranan yang tersenarai di papan tulis. Bagaimanakah nabi dan para rasul hidup kita memenuhi peranan-peranan ini? Bagaimanakah kita dapat menyokong mereka dalam tanggungjawab mereka?

  • Mengapakah kadangkala nabi perlu berbicara dengan keberanian seperti dilakukan oleh Nefi? Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca Helaman 7:11–29, carilah amaran-amaran yang Nefi berikan dan sebab-sebab dia berani dalam mengucapkannya. Apakah amaran kenabian yang telah mengilhami kita untuk bertaubat dan datang kepada Tuhan? Dalam “Sumber-sumber Tambahan” anda akan menemukan metafora yang Elder Neil L. Andersen gunakan untuk membantu kita memahami bahaya akibat tidak mengindahkan amaran kenabian.

Helaman 9:1–20; 10:1, 11–15

Iman harus dibina lebih sekadar tanda-tanda dan mukjizat-mukjizat.

  • Satu cara untuk membincangkan ayat-ayat ini adalah untuk membahagikan kelas kepada dua kumpulan dan menjemput setiap kumpulan untuk membaca Helaman 9:1–20 dan membayangkan diri mereka berada di tempat lima orang lelaki atau tempat hakim utama. Apakah yang orang-orang ini telah rasakan? Apakah yang telah mempengaruhi setiap kumpulan untuk bertindak dengan berbeza terhadap nubuat sama yang menakjubkan ini? Bagaimanakah kita dapat memastikan bahawa mukjizat membina kesaksian kita tetapi tidak menjadi satu-satunya dasar baginya? Bagaimanakah kita dapat memutuskan sekiranya kata-kata nabi di zaman kita adalah benar?

Helaman 10:1–12

Tuhan memberi kuasa kepada mereka yang mencari kehendak–Nya dan mematuhi perintah-perintah–Nya.

  • Laporan tentang Tuhan memberkati Nefi dalam Helaman 10 dapat mengilhami ahli-ahli kelas anda untuk lebih tekun dalam mencari dan melakukan kehendak Tuhan. Ahli-ahli kelas boleh membaca ayat 1–12, selidikilah apa yang Nefi lakukan untuk memperoleh kepercayaan Tuhan dan bagaimana Tuhan memberkatinya. Mereka kemudiannya boleh berkongsi contoh-contoh lain tentang orang yang mencari dan melakukan kehendak Tuhan “tanpa mengenal penat lelah” (Helaman 10:4), sama ada dari tulisan suci atau kehidupan mereka sendiri. Bagaimanakah Tuhan memberkati orang-orang ini dengan kuasa untuk “meruntuhkan” (Helaman 10:9) gunung-gunung dalam kehidupan mereka? Berikan ahli-ahli kelas masa untuk merenungkan cara mereka dapat lebih mencari kehendak Tuhan dan mematuhi perintah-perintah–Nya.

Helaman 12

Tuhan ingin kita mengingati–Nya.

  • Banyak dari kelas anda telah membuat perjanjian untuk selalu mengingati Yesus Kristus. Mereka boleh berkongsi kepada sesama beberapa hal yang telah membantu mereka “selalu mengingati–Nya” (Moroni 4:3; A&P 20:77), ketika masa kemakmuran atau masa kesusahan. Kemudian ahli-ahli kelas boleh menyelidiki Helaman 12 untuk mencari sebab-sebab orang cenderung untuk melupakan Tuhan. Bagaimanakah kita dapat mengatasi kecenderungan yang digambarkan dalam bab ini? Bagaimanakah kesusahan telah membantu kita mengingati Tuhan? (lihat Helaman 11:4–7).

  • Untuk menunjukkan usaha yang diperlukan untuk mengingati sesuatu, anda boleh memberi ahli-ahli kelas beberapa minit untuk melihat Helaman 12. Anda boleh menanyakan mereka soalan-soalan tentang bab tersebut untuk melihat apa yang mereka ingat. Mungkin mereka boleh berkongsi apa yang mereka lakukan untuk mengingati maklumat untuk sebuah ujian. Bagaimanakah ini sama dengan usaha yang diperlukan untuk “mengingati Tuhan”? (Helaman 12:5). Bagaimanakah ia berbeza? Jemputlah kelas untuk mencari ayat atau petikan dari Helaman 12 yang mereka dapat paparkan di rumah mereka atau hafal supaya mengingatkan mereka untuk mengingati kebaikan dan kuasa Tuhan.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca Helaman 13–16, anda dapat menunjukkan bahawa nubuat Samuel si bangsa Laman tentang peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan kelahiran dan Penyaliban Juruselamat dapat dibandingkan dengan peristiwa-peristiwa di zaman kita yang akan mendahului Kedatangan Kedua Juruselamat.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Dengarlah kepada bimbingan nabi.

Elder Neil L. Andersen berkongsi pengalaman berikut:

“Mereka yang memilih untuk melayani Tuhan akan selalu mendengar dengan penuh perhatian dan khusus kepada Nabi. …

“… Izinkan saya untuk menggambarkan dengan sebuah pengalaman. Keluarga kami tinggal di negeri Florida untuk bertahun-tahun lamanya. Kerana Florida mempunyai kepadatan tinggi pasir, halaman rumah di situ ditanam dengan rumput luas yang kita panggil rumput Saint Augustine. Musuh halaman rumah di Florida yang menggerunkan adalah sejenis serangga kecil yang dikenali sebagai “mole cricket” (sesorok).

“Suatu petang ketika jiran saya dan saya berdiri di depan, dia terlihat seekor serangga kecil di kaki lima saya. ‘Anda lebih baik menyembur halaman anda,’ dia memberi amaran. ‘Ada lagi serangga sesorok ini’ Saya telah menyembur halaman dengan racun serangga beberapa minggu yang lalu, dan saya tidak merasa bahawa saya mempunyai masa atau wang untuk melakukannya sekali lagi dalam masa terdekat.

“Menjelang keesokan paginya, saya memeriksa halaman saya dengan teliti. Ia subur dan hijau indah. Saya melihat ke rumput untuk melihat jika saya dapat melihat mana-mana kumbang kecil. Saya tidak dapat melihat apa-apa. Saya ingat berfikir, ‘Eh, mungkin serangga sesorok itu hanya melalui halaman saya dalam perjalanan ke halaman jiran saya.’ …

“Namun, cerita itu berakhir dengan sedih. Saya keluar dari pintu depan pada suatu pagi, kira-kira 10 hari selepas perbualan dengan jiran saya. Yang mengejutkan, seolah-olah ia telah berlaku dalam semalaman, bintik-bintik perang menutupi halaman saya. Saya berlari ke kedai tanaman, membeli racun serangga, dan sembur dengan segera, tetapi sudah terlambat. Halaman itu telah hancur, dan mengembalikannya kepada keadaan asalnya memerlukan tanaman baru, waktu kerja yang panjang, dan perbelanjaan besar.

“Amaran jiran saya adalah penting bagi kebajikan halaman saya. Dia melihat sesuatu yang saya tidak dapat lihat. Dia mengetahui sesuatu yang saya tidak tahu. Dia tahu bahawa serangga sesorok hidup di bawah tanah dan hanya aktif pada waktu malam, membuat pemeriksaan pada siang hari tidak berkesan. Dia tahu bahawa serangga sesorok tidak memakan daun rumput tetapi sebaliknya mendapatkan makanan dari akarnya. Dia tahu bahawa makhluk-makhluk kecil ini boleh memakan banyak akar sebelum saya akan melihat kesannya di atas tanah. Saya telah membayar harga yang mahal untuk kesombongan dalam kebergantungan saya. …

“… Terdapat serangga sesorok rohani yang menggali dinding perlindungan kita dan menyerang akar kita yang halus. Banyak dari serangga jahat ini kelihatan kecil, terkadang hampir tidak kelihatan. …

“Janganlah kita mengikuti pola yang saya tunjukkan dalam mengatasi serangga sesorok Florida saya itu. Janganlah kita pernah mengabaikan amaran-amaran tersebut. Janganlah kita pernah sombong dalam kebergantungan kita. Marilah kita sentiasa mendengar dan mempelajari dengan kerendahan hati dan iman, bersungguh-sungguh untuk bertaubat sekiranya perlu” (“Prophets and Spiritual Mole Crickets,” Ensign, Nov. 1999, 16–18).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengungkapkan kasih. “Bergantung pada keadaan anda, nyatakan kasih kepada mereka yang anda ajari bermaksud memberikan mereka puji-pujian yang ikhlas, menunjukkan minat tentang kehidupan mereka, mendengar dengan cermat kepada mereka, melibatkan mereka dalam pengajaran, melaksanakan pelayanan kepada mereka, atau hanya menyapa mereka dengan mesra ketika anda melihat mereka” (Teaching in the Savior’s Way, 6).