Ikutlah Aku
31 Ogos–1 September. Helaman 13–16: “Khabar Gembira Tentang Kebahagiaan yang Besar”


31 Ogos–1 September. Helaman 13–16: ‘Khabar Gembira Tentang Kebahagiaan Besar,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

31 Ogos–1 September. Helaman 13–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Samuel si bangsa Laman mengajar di atas tembok

Samuel the Lamanite on the Wall, oleh Arnold Friberg

31 Ogos–6 September

Helaman 13–16

“Khabar Gembira Tentang Kebahagiaan Besar”

Manakah dari ajaran-ajaran dan nubuat-nubuat Samuel si bangsa Laman yang anda rasa akan lebih membantu bagi ahli-ahli kelas anda? Semasa anda mengkaji Helaman 13–16, renungkan bagaimana anda dapat membantu mereka menemui makna dalam bab-bab ini.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemputlah ahli-ahli kelas untuk berkongsi dengan seorang pasangan sesuatu yang mereka telah pelajari, sesuatu yang mereka telah lebih memahami, atau sesuatu yang mereka telah terapkan semasa mereka membaca laporan Samuel si bangsa Laman di dalam Helaman 13–16 minggu ini. Kemudian minta beberapa dari mereka berkongsi dengan seluruh kelas.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Helaman 13

Hamba Tuhan berbicara dan bertindak mengikut arahan Tuhan.

  • Tuhan meminta Samuel si bangsa Laman untuk melakukan sesuatu yang kelihatan agak sukar: untuk berkhutbah kepada orang-orang yang sebelum ini telah mengusirnya keluar dari kota mereka. Membaca Helaman 13:2–5 mungkin akan mengingatkan ahli-ahli kelas tentang hal-hal sukar yang Tuhan telah minta mereka untuk lakukan. Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman mereka. Bagaimanakah Tuhan membantu mereka? Sebagai contoh, mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman ketika Tuhan letakkan ke dalam hati mereka sesuatu yang Dia ingin mereka untuk katakan kepada seseorang (lihat ayat 4). Apakah berkat-berkat yang telah ahli-ahli kelas lihat ketika mereka mengikuti arahan Tuhan?

    Presiden Russell M. Nelson

    Nabi menuntut kita kepada Tuhan.

  • Walaupun amaran Samuel ditujukan kepada bangsa Nefi yang keras hati, Helaman 13 mempunyai beberapa ajaran untuk semua kita. Untuk membantu ahli-ahli kelas menemui makna peribadi dalam kata-katanya, anda boleh menjemput mereka untuk menyelidiki Helaman 13 bagi pesanan yang sesuai untuk zaman kita. (Jika mereka perlukan bantuan, anda boleh tuliskan ayat-ayat berikut di atas papan tulis: 8, 21–22, 26–29, 31, dan 38.) Kemudian mereka boleh berkongsi apa yang mereka temui secara berpasangan, dalam kumpulan kecil, atau kepada seluruh kelas. Apakah pesanan sama yang nabi-nabi telah beri kepada kita kini?

Helaman 14; 16:13–23

Tanda dan keajaiban dapat menguatkan iman mereka yang tidak mengeraskan hati mereka.

  • Rangka panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan untuk mencari tanda-tanda yang Tuhan telah berikan kepada kita “agar [kita] boleh percaya kepada nama–Nya” (Helaman 14:12). Mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa yang telah mereka temui semasa mereka merenungkan idea ini. Pastikan untuk menegaskan bahawa tanda-tanda dalam kehidupan kita mungkin akan kurang dramatik dan lebih peribadi daripada tanda-tanda yang Samuel ramalkan. Apakah tujuan lain tanda-tanda yang dicadangkan dalam Helaman 14:28–30? Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi hal-hal lain yang Tuhan telah lakukan untuk membantu mereka memupuk iman kepada–Nya.

  • Membaca tentang bagaimana nubuat-nubuat Samuel telah digenapi boleh membina iman ahli-ahli kelas terhadap Yesus Kristus dan misi–Nya. Mungkin ahli-ahli kelas dapat menggunakan Helaman 14 untuk membuat sebuah carta yang menyenaraikan nubuat-nubuat Samuel tentang kelahiran dan kematian Kristus di satu bahagian dan rujukan tulisan suci di mana nubuat-nubuat ini telah digenapi di bahagian yang lain. Beberapa dari rujukan ini boleh termasuk ayat-ayat dari 3 Nefi 1:15–21 dan 3 Nefi 8:5–25. Mengapa adalah penting bagi kita untuk mengetahui tentang nubuat-nubuat dan penggenapan ini?

  • Ahli-ahli kelas mungkin menyedari—di dalam Helaman 16 dan bahagian lain di dalam tulisan suci—bahawa melihat tanda dan keajaiban tidak semestinya membuat seseorang untuk percaya kepada Kristus. Jemputlah mereka untuk berkongsi beberapa contoh dari tulisan suci tentang individu yang telah melihat tanda-tanda dan masih tidak mempercayai. Mengikut Helaman 16:13–23, mengapakah banyak orang di zaman Samuel si bangsa Laman tidak mempercayai tanda-tanda dan nubuat-nubuat tersebut? Bagaimanakah Setan memujuk orang-orang untuk “bergantung kepada kekuatan mereka sendiri dan … kebijaksanaan mereka sendiri” pada masa kini? (Helaman 16:15). Apakah yang kita pelajari dari laporan ini yang dapat membantu kita mengelak dari kesilapan yang sama?

Helaman 15:3

Tuhan menegur orang yang Dia kasihi.

  • Kata-kata Samuel mengandungi banyak teguran keras, tetapi Helaman 15:3 memberi sebuah perspektif yang unik tentang teguran daripada Tuhan. Satu cara untuk membantu ahli-ahli kelas memahami perspektif ini adalah dengan membaca ayat ini bersama dan menjemput mereka untuk berkongsi bukti yang mereka lihat tentang kasih dan belas kasihan Tuhan di dalam nubuat-nubuat dan amaran-amaran Samuel. Bagaimanakah teguran daripada Tuhan menjadi tanda kasih-Nya?

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas lebih memahami pesanan di Helaman 15:3, anda boleh kongsi tiga tujuan teguran ilahi yang diajarkan oleh Elder D. Todd Christofferson (lihat “Sumber-sumber Tambahan”). Bahagikan kelas kepada tiga kumpulan, dan minta setiap kumpulan untuk membincangkan tujuan-tujuan ini (tulisan suci dan video yang dicadangkan di “Sumber-sumber Tambahan” dapat membantu). Kemudian setiap kumpulan boleh berkongsi dengan kelas sebarang pandangan dari perbincangan mereka yang membantu mereka lebih memahami bahawa Tuhan menegur orang yang Dia kasihi.

Helaman 16

Nabi menuntut kita kepada Tuhan.

  • Dalam Helaman 16, apakah yang kita pelajari daripada mereka yang menerima ajaran-ajaran Samuel? Apakah yang kita pelajari daripada mereka yang telah menolaknya? Ia akan mengilhamkan untuk mendengar ahli-ahli kelas berkongsi bagaimana mereka memperoleh kesaksian mereka tentang kepentingan mengikuti nabi yang hidup. Mereka juga mungkin berkongsi bagaimana mereka menggunakan Helaman 16 atau kata-kata Elder Anderson di “Sumber-sumber Tambahan” untuk menjelaskan kepada seseorang mengapa mereka memilih untuk mengikuti nabi.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas untuk membaca 3 Nefi 1–7 minggu depan, anda boleh memberitahu mereka bahawa banyak dari nubuat-nubuat yang mereka baca pada minggu ini akan digenapi dalam bab-bab ini.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Tujuan teguran ilahi.

Elder D. Todd Christofferson telah berkongsi tiga tujuan teguran ilahi (lihat “As Many as I Love, I Rebuke and Chasten,” Ensign atau Liahona, Mei 2011, 97–100):

  1. “Untuk meyakinkan kita untuk bertaubat.” Lihat Eter 2:14–15; Ajaran dan Perjanjian 1:27; 93:41–50; 105:6.

  2. “Untuk menyempurnakan dan menguduskan kita.” Lihat Mosia 23:21–22; Ajaran dan Perjanjian 101:1–5; 136:31.

  3. “Untuk mengarahkan kembali jalan kita dalam hidup menuju apa yang Tuhan ketahui adalah jalan yang lebih baik.” Lihat kisah Presiden Hugh B. Brown dan belukar kismis dalam ucapan Elder Christofferson (halaman 98–99).

Kita bersukacita kerana memiliki seorang nabi.

Elder Neil L. Andersen mengajar:

“Seorang nabi tidak berdiri di antara anda dan Juruselamat. Sebaliknya, dia berdiri di sebelah anda dan menunjukkan anda cara kepada Juruselamat. Tanggungjawab terbesar seorang nabi dan kurnia paling berharga kepada kita ialah kesaksian pastinya, pengetahuannya bahawa Yesus Kristus ialah Kristus. Seperti Petrus dari zaman purba, nabi kita mengisytiharkan, ‘[Dialah] Kristus, Putera Tuhan Yang Hidup’ [Matius 16:16; lihat juga Yohanes 6:69]

Pada satu hari di masa depan, apabila merenung balik kefanaan kita, kita akan bergembira bahawa kita hidup pada bumi dalam zaman di mana kita ada seorang nabi hidup. Pada hari itu, saya harap kita akan kata:

Kita mendengari dia. Kita percaya dia. Kita mengaji kata-katanya dengan kesabaran dan iman. Kita berdoa untuk dia. Kita berdiri bersama dia. Kita mengikut dia dengan rendah hati. Kita menyayangi dia” (“Nabi Tuhan,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 27).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Mengenali orang yang anda ajar. Tidak ada dua orang yang betul-betul sama. Setiap orang yang anda ajar mempunyai latar belakang, perspektif, dan bakat-bakat yang unik. Berdoa untuk mengetahui bagaimana anda boleh menggunakan perbezaan ini untuk membantu ahli-ahli kelas belajar. Apabila anda mengenali mereka yang anda ajar dengan lebih baik, anda boleh mencipta pengajaran yang bermakna. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 7.)