Ikutlah Aku
21–27 September. 3 Nefi 12–16: “Aku Adalah Hukum, dan Cahaya”


“21–27 September. 3 Nefi 12–16: ‘Aku Adalah Hukum, dan Cahaya,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“21–27 September. 3 Nefi 12–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Yesus menasihati Dua Belas Rasul

Third Nephi: These Twelve Whom I Have Chosen, oleh Gary L. Kapp

21–27 September

3 Nefi 12–16

“Aku Adalah Hukum, dan Cahaya”

Setiap orang di dalam kelas anda mungkin dapat mencari sesuatu yang sangat bermakna kepada mereka di antara ajaran-ajaran Juruselamat yang berkuasa dalam 3 Nefi 12–16. Mintalah ahli-ahli kelas berkongsi asas-asas yang menonjol kepada mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk memberi setiap orang peluang kesempatan untuk berkongsi apa yang mereka kaji dalam 3 Nefi 12–16, anda boleh menulis nombor 12 sehingga 16 di atas papan tulis. Ahli-ahli kelas boleh menyelidiki ayat di dalam bab ini yang mereka rasakan bermakna dan kemudian tuliskan nombor ayat tersebut di bawah nombor bab yang berkenan di papan tulis. Pilihlah beberapa ayat untuk dibaca bersama, dan bincangkan mengapa ia bermakna.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

3 Nefi 12–14

Ajaran-ajaran Juruselamat mengajar kita bagaimana untuk menjadi pengikut sejati.

  • Rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan untuk merumuskan ayat-ayat dalam 3 Nefi 12–14 untuk melengkapkan ayat “Pengikut sejati Yesus Kristus …” Anda boleh meminta jika mana-mana ahli kelas yang melakukan aktiviti ini sukarela untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajari. Atau anda boleh menulis ayat yang tidak lengkap di papan tulis, berserta rujukan seperti ini: 3 Nefi 12:3–16, 38–44; 13:1–8, 19–24; dan 14:21–27 (atau ayat lain yang anda temui dalam pengkajian peribadi anda). Ahli-ahli kelas boleh memilih satu ayat untuk dibaca, secara peribadi atau dalam kumpulan, dan cadangkan satu cara untuk melengkapkan ayat di atas papan tulis berdasarkan apa yang ayat-ayat tersebut ajarkan. Galakkan ahli-ahli kelas untuk merenungkan dan mencatat apa yang akan mereka lakukan untuk mengikuti Yesus Kristus dengan lebih beriman kerana apa yang telah mereka pelajari dari ayat-ayat ini.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami firman Juruselamat dalam 3 Nefi 12:48, anda boleh menjemput satu ahli atau lebih untuk mengkaji pesanan Elder Jeffrey R. Holland “Jadilah Sempurna—Pada Akhirnya” (Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 40–42) sebelum kelas dan berkongsi pandangan yang membantu mereka memahami ayat ini.

3 Nefi 12:21–30

Fikiran membawa kepada tindakan.

  • Perbincangan tentang 3 Nefi 12:21–30 dapat membantu ahli-ahli kelas melihat bagaimana dengan mengawal fikiran kita dapat membantu mengawal tindakan kita. Untuk memulakan perbincangan, anda boleh membuat daftar di papan tulis dengan tajuk seperti Tindakan yang Kita ingin Elakkan dan Fikiran atau Emosi yang Mengarah kepadanya. Kemudian anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk menyelidiki 3 Nefi 12:21–22 dan 27–30 dan mula untuk mengisi daftar tersebut. Apakah tindakan dan fikiran lain yang ahli-ahli kelas boleh tambah ke dalam senarai tersebut? Bagaimanakah kita boleh “Jangan membiarkan satu pun hal-hal ini masuk ke dalam” hati kita? (3 Nefi 12:29). Bagaimanakah kita boleh mengusirnya ketika ia memasuki? Selepas membaca nasihat Presiden Ezra Taft Benson dalam “Sumber-sumber Tambahan,” anda boleh membuat daftar baru dengan tajuk Tindakan Seperti Kristus yang Kita Ingin Bentuk dan Fikiran yang Mengarah kepada Tindakan Seperti Kristus dan isikan sebagai sebuah kelas.

3 Nefi 13:1–8, 16–18

Pelayanan dan penyembahan kita harus dilakukan untuk tujuan yang benar.

  • Mengkaji 3 Nefi 13 memberikan satu kesempatan untuk ahli-ahli kelas untuk memeriksa mengapa mereka melakukan hal-hal yang baik. Untuk memulakan perbincangan, anda boleh membaca bersama ayat 1–2 dan 16 dan berkongsi definisi munafik: “Penipu; perkataan Yunani [digunakan dalam Perjanjian Baru] bermaksud ‘seorang pelakon,’ atau ‘seseorang yang … membesar-besarkan sesuatu.” Mungkin satu atau dua ahli kelas boleh berpura-pura atau berlakon seolah-olah mereka memberikan kepada golongan miskin atau sedang berpuasa. Mengapa berpura-pura atau berlakon adalah metafora yang baik untuk kemunafikan? Bagaimanakah kita dapat memastikan pelayanan, doa, dan puasa kita ikhlas dan bebas daripada kemunafikan?

  • Selepas mengenal pasti perbuatan baik yang disebut dalam 3 Nefi 13:1–8 dan 16–18, ahli-ahli kelas boleh membincangkan apakah motif yang mengarah seseorang untuk melakukan hal-hal ini atau hal-hal lain yang Tuhan minta kita untuk lakukan. Apakah yang akan kita katakan kepada seseorang yang bertanya mengapa kita melakukan hal-hal yang baik? Galakkan ahli-ahli kelas untuk merenungkan motivasi peribadi mereka untuk melakukan hal-hal yang baik seperti ini. Bagaimanakah kita dapat menyucikan motif kita?

3 Nefi 14:7–11

Jika kita mencari “hal-hal yang baik” dari Bapa Syurgawi, kita akan menerimanya.

  • Untuk memahami jemputan Tuhan untuk meminta, mencari, dan mengetuk, ia akan lebih membantu untuk meneroka makna perkataan-perkataan ini. Apalah makna setiap perkataan tentang apa yang Tuhan jemput kita untuk lakukan? Bagaimanakah kita meminta, mencari, dan mengetuk? Bagaimanakah janji dalam 3 Nefi 14:7–8 ini telah dipenuhi dalam kehidupan kita? Ahli-ahli kelas juga boleh menyemak nasihat Presiden Russell M. Nelson dalam “Sumber-sumber Tambahan,” untuk mencari soalan-soalan yang dia tanyakan dan jemputan-jemputan yang dia berikan. Berikan ahli-ahli kelas masa untuk merenungkan dan menulis jawapan mereka terhadap soalan dan rancangan mereka untuk bertindak atas jemputannya.

  • Sesetengah ahli kelas mungkin tidak pasti tentang apa yang Tuhan maksudkan ketika Dia berfirman, “Kerana setiap orang yang meminta, menerima” (3 Nefi 14:8). Mengapa sesetengah doa seolah-olah tidak terjawab, dan mengapa kadang-kadang kita mendapat jawapan yang kita tidak inginkan? Semaklah beberapa dari tulisan suci berikut sebagai satu kelas dapat membantu menjawab soalan-soalan ini: Yesaya 55:8–9; Helaman 10:4–5; 3 Nefi 18:20; dan Ajaran dan Perjanjian 9:7–9; 88:64. Galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka temui. Bagaimanakah pandangan-pandangan ini mempengaruhi cara kita berdoa?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk mengilhami ahli-ahli kelas membaca 3 Nefi 17–19 di rumah, anda boleh menjemput mereka untuk membayangkan bagaimana rasanya jika terdengar Juruselamat berdoa bagi mereka dan keluarga mereka. Dalam bab-bab ini, mereka akan membaca tentang orang-orang yang memiliki pengalaman kudus ini.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Kita boleh mengawal fikiran kita.

Presiden Ezra Taft Benson mengajar:

“Minda telah disamakan dengan pentas yang hanya dapat laksanakan satu adegan pada satu masa. Tuhan berada di sebelah pentas, yang mengasihi anda, sedang berusaha untuk meletakkan di atas pentas minda anda yang akan memberkati anda. Manakala iblis berada di sebelah pentas yang lain, yang membenci anda, sedang berusaha untuk meletakkan di atas pentas minda anda yang akan mengutuk anda.

“Anda ialah pengurus pentas—anda yang menentukan pemikiran yang akan menduduki pentas tersebut. … Anda akan menjadi apa yang anda fikirkan—apa yang anda secara konsisten izinkan untuk menduduki pentas minda anda. …

“Jika pemikiran yang menjadikan kita , dan kita perlu menjadi seperti Kristus, kita harus berfikiran seperti Kristus” (“Think on Christ,” Ensign, Apr. 1984, 10–11).

Dia ingin berbicara kepada anda.

Presiden Russell M. Nelson berkata:

“Apakah yang akan pencarian anda bukakan untuk anda? Apakah kebijaksanaan yang anda kurang? Apakah yang anda rasa penting untuk diketahui atau difahami? Ikuti teladan Nabi Joseph. Carilah sebuah tempat sunyi di mana anda dapat pergi secara kerap. Rendahkan diri anda di hadapan Tuhan. Luahkan isi hati anda kepada Bapa Syurgawi anda. Berpaling kepada Dia untuk jawapan dan untuk ketenangan.

“Berdoa dalam nama Yesus Kristus tentang kerisauan anda, ketakutan anda, kelemahan-kelemahan anda—ya, hasrat benar-benar anda. Dan kemudian dengar! Tuliskan fikiran yang datang ke minda anda. Catatkan perasaan anda dan diikuti dengan tindakan-tindakan yang anda terilham untuk lakukan. …

“Adakah Tuhan benar-benar ingin berbicara kepada anda? Ya! … Saya menggesa anda untuk memperluaskan keupayaan anda sekarang untuk menerima wahyu peribadi. …

“Ya, terdapat lebih banyak yang Bapa Syurgawi ingin anda ketahui.” (“Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Ensign atau Liahona, Mei 2018, 95).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bantu pelajar mengangkat satu sama lain. “Setiap individu dalam kelas anda adalah sumber kesaksian, pandangan, dan pengalaman yang kaya dengan hidup dalam injil. Jemputlah mereka untuk berkongsi dan mengangkat satu sama lain” (Teaching in the Savior’s Way,5).