Ikutlah Aku
29 September–11 Oktober. 3 Nefi 17–19 “Lihatlah, Kebahagiaan-Ku Penuh”


“28 September–11 Oktober. 3 Nefi 17–19: ‘Lihatlah, Kebahagiaan-Ku Penuh,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“28 September–11 Oktober. 3 Nefi 17–19,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Yesus menampakkan diri kepada bangsa Nefi

The Light of His Countenance Did Shine upon Them, oleh Gary L. Kapp

28 September–11 Oktober

3 Nefi 17–19

“Lihatlah, Kebahagiaan-Ku Penuh”

Persediaan anda untuk mengajar harus bermula dengan pengkajian tulisan suci peribadi anda. Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dapat membantu pengkajian anda, dan rangka panduan ini juga boleh menyediakan anda dengan idea-idea untuk membantu anda bersedia.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Dalam 3 Nefi 17:1–3, Juruselamat menjemput orang-orang untuk kembali ke rumah mereka dan “sediakanlah minda-minda [mereka]” sebelum kembali untuk diajar semula. Anda boleh bertanya kepada pelajar anda bagaimana mereka bersedia untuk perbincangan hari ini dan apa yang mereka renungkan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

3 Nefi 17; 18:24–25, 28–32

Juruselamat ialah teladan pelayanan sempurna kita.

  • Kita semua memiliki kesempatan untuk melayani orang lain, dan kita semua boleh melakukannya dengan lebih baik. Satu cara untuk belajar dari teladan pelayanan Juruselamat adalah untuk membaca 3 Nefi 17 sebagai sebuah kelas dan jemputlah ahli-ahli untuk memberi pandangan ketika mereka menemui sesuatu yang mengajar mereka tentang pelayanan. Apakah yang kita pelajari mengenai perwatakan Juruselamat yang menjadikan Dia teladan yang baik dalam melayani? Apakah kebenaran yang kita pelajari tentang pelayanan daripada teladan Juruselamat? Anda juga boleh mencari pandangan tambahan dalam 3 Nefi 18:24–25 dan 28–32. Ahli-ahli kelas kemudiannya boleh membincangkan hal-hal tertentu yang mereka rasa terilham untuk lakukan untuk mengikuti teladan pelayanan Juruselamat.

    Yesus memberkati anak-anak bangsa Nefi

    Behold Your Little Ones, oleh Gary L. Kapp

3 Nefi 17:13–22; 18:15–25; 19:6–9, 15–36

Juruselamat mengajar kita bagaimana berdoa.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas pelajari dari banyak contoh dan ajaran-ajaran tentang doa dalam 3 Nefi 17–19, anda boleh menulis di papan tulis Siapakah? Bagaimana? Bilakah? dan Mengapakah? dan jemputlah kelas untuk mencari jawapan untuk soalan-soalan ini semasa mereka kaitkan dengan doa dalam ayat berikut: 3 Nefi 17:13–22; 18:15–25; dan 19:6–9, 15–36. Apakah pandangan lain yang diperoleh ahli-ahli kelas semasa mereka membaca ayat-ayat ini? Kenyataan oleh Elder Richard G. Scott dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin menambah kepada perbincangan. Anda juga boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka lakukan untuk menjadikan doa peribadi dan keluarga mereka lebih bermakna (lihat 3 Nefi 18:18–21).

  • Rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan soalan-soalan untuk direnungkan tentang doa ketika membaca ayat-ayat ini. Anda boleh meminta ahli-ahli kelas berkongsi pandangan mereka tentang soalan-soalan ini. Atau anda boleh menjemput beberapa ahli kelas untuk datang ke kelas dengan bersedia untuk membincangkan sesuatu yang mereka pelajari tentang doa dari 3 Nefi 17–19. Apakah yang mereka terilham untuk lakukan untuk menjadikan doa mereka lebih bermakna?

  • Yesus mengajarkan mengapa kita harus berdoa selalu (lihat 3 Nefi 18:15–18). Pelajaran berobjek boleh membantu kelas anda memahami apa yang Dia ajarkan. Contohnya, anda boleh mengisi bekas dengan air untuk mewakili pengaruh Setan. Masukkan tisu (yang mewakili kita) dengan memampatnya ke bahagian bawah cawan (yang mewakili berdoa selalu). Terbalikkan cawan tersebut, dan tolaknya terus ke dalam bekas air. Tisu seharusnya tetap kering di bahagian bawah cawan, walaupun dikelilingi oleh air. Apakah yang pelajaran berobjek ini dan 3 Nefi 18:15–18 ajarkan kita tentang doa? (lihat juga A&P 10:5). Apakah maksudnya “berdoa selalu”? Bagaimanakah doa boleh membantu kita menentang pengaruh Setan? Pertimbangkan untuk memberikan ahli-ahli kelas masa untuk menulis apa yang mereka rasa terilham untuk lakukan bagi memperbaiki doa mereka.

3 Nefi 18:1–12

Kita boleh kenyang secara rohani semasa kita mengambil bahagian dalam sakramen.

  • Untuk memulakan perbincangan tentang ajaran-ajaran Juruselamat tentang sakramen dalam 3 Nefi 18, anda boleh membahagikan kelas anda kepada kumpulan dan berikan setiap kumpulan satu dari tulisan suci berikut untuk dibaca dan dibincangkan: Matius 26:26–28; 3 Nefi 18:1–12; dan Ajaran dan Perjanjian 20:75–79; 27:1–4. Setelah membaca petikan yang diberikan, setiap kumpulan boleh memikirkan satu atau dua soalan tentang sakramen yang dijawab dalam ayat-ayat yang mereka baca dan menulis soalan mereka di papan tulis. Kemudian seluruh kelas boleh menyelidiki tulisan suci untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut. Ahli-ahli kelas juga boleh membincangkan bagaimana mereka boleh mempunyai pengalaman yang lebih bermakna dalam mengambil sakramen.

  • Apakah maknanya menjadi “kenyang” semasa kita mengambil sakramen? (lihat 3 Nefi 18:4–5, 9; 20:9). Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk membincangkan soalan ini secara berpasangan semasa mereka membaca 3 Nefi 18:1–12 bersama. Anda juga boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk merenungkan kali terakhir mereka merasa “kenyang” secara rohani semasa mengambil bahagian dalam sakramen. Mereka boleh membincangkan hal-hal yang mungkin menghalang atau mengalihkan perhatian kita daripada menjadi “kenyang” oleh sakramen dan berkongsi idea tentang bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan tersebut.

3 Nefi 19:9–15, 20–22

Para pengikut Yesus Kristus mencari kurnia Roh Kudus.

  • Pertimbangkan untuk meminta ahli-ahli kelas untuk memikirkan sesuatu yang mereka sangat inginkan. Apakah yang mereka sanggup lakukan untuk menerimanya? Ini boleh membimbing kepada perbincangan tentang apa yang dua belas pengikut “paling inginkan,” seperti yang digambarkan dalam 3 Nefi 19:9–15 dan 20–22. Mengapakah ini sungguh penting kepada mereka? Mengapakah ia penting kepada kita? Mengikut ayat-ayat ini, bagaimanakah kita boleh mencari penemanan Roh Kudus dengan sungguh-sungguh?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Tuhan berfirman, “Agunglah kata-kata Yesaya” (3 Nefi 23:1). Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas untuk membaca 3 Nefi 20–26, anda boleh memberitahu mereka bahawa dalam bab-bab ini, Yesus menjelaskan beberapa kata-kata “agung” Yesaya. Jemputlah ahli-ahli kelas untuk merenungkan mengapa kata-kata Yesaya ini agung. Galakkan mereka untuk bersiap sedia Ahad depan untuk berkongsi apa yang mereka pelajari.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Nilai doa.

Elder Richard G. Scott bersaksi tentang nilai doa:

“Kita berdoa kepada Bapa Syurgawi kita dalam nama kudus Putera Terkasih–Nya, Yesus Kristus. Doa lebih berkesan ketika kita cuba untuk menjadi bersih dan patuh, dengan motif yang layak, dan sanggup melakukan apa yang Dia minta. Doa yang rendah hati dan penuh kepercayaan membawa arahan dan kedamaian.

“Janganlah risau tentang kejanggalan anda dalam meluahkan perasaan. Berbicaralah kepada Bapa anda yang penuh rasa kasihan dan memahami. Anda ialah anak–Nya yang berharga yang Dia kasihi dengan sempurna dan ingin membantu. Semasa anda berdoa, ketahuilah bahawa Bapa Syurgawi berada dekat dan Dia sedang mendengar.

“Kunci untuk memperbaiki doa adalah untuk mempelajari untuk bertanya soalan yang betul. Pertimbangkan untuk mengubah dari meminta hal-hal yang anda inginkan kepada mencari kehendak–Nya untuk anda dengan jujur. Kemudian semasa anda tahu tentang kehendak–Nya, berdoalah agar anda akan dibimbing untuk memiliki kekuatan untuk memenuhinya.

“Jika anda merasa jauh daripada Bapa kita, ia boleh terjadi atas banyak sebab. Apa pun penyebabnya, semasa anda terus merayu untuk bantuan, Dia akan akan membimbing anda untuk melakukan apa yang akan memulihkan keyakinan anda bahawa Dia berada dekat. Berdoalah bahkan ketika anda tidak memiliki keinginan untuk berdoa. Kadangkala, seperti seorang kanak, anda mungkin tersalah laku dan merasakan anda tidak boleh menghampiri Bapa anda dengan masalah. Itulah ketika anda lebih perlu untuk berdoa. Janganlah pernah merasakan anda sungguh tidak layak untuk berdoa.

“Saya tertanya-tanya jika kita benar-benar boleh memahami kekuatan doa yang besar sehingga kita menghadapi masalah yang sangat susah, dan menyedari bahawa kita tidak berdaya untuk menyelesaikannya. Kemudian kita akan berpaling kepada Bapa kita dengan pengakuan yang rendah hati terhadap kebergantungan kita kepada-Nya. Ia membantu mencari tempat yang terpencil di mana perasaan kita boleh dinyatakan secara lisan dan seberapa lama diperlukan” (“Using the Supernal Gift of Prayer,” Ensign atau Liahona, Mei 2007, 8).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berusaha untuk kasih seperti Kristus. Jika terdapat ahli dalam kelas anda yang memerlukan teman, pertimbangkan bagaimana anda boleh membantunya merasa seperti sebahagian dari kelas. Sebagai contoh, anda boleh menjemput ahli kelas yang lain untuk duduk di sisi orang ini dan menjadi kawan kepadanya.