Ikutlah Aku
12–18 Oktober. 3 Nefi 20–26: “Kamulah Anak-anak Perjanjian”


“12–18 Oktober. 3 Nefi 20–26: ‘Kamulah Anak-anak Perjanjian,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon (2020)

“12–18 Oktober. 3 Nefi 20–26,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Kristus menampakkan diri kepada bangsa Nefi

Ilustrasi tentang penampakkan Kristus kepada bangsa Nefi oleh Andrew Bosley

12–18 Oktober

3 Nefi 20–26

“Kamulah Anak-anak Perjanjian”

Biarlah Roh membimbing pengkajian anda tentang 3 Nefi 20–26. Dia akan membantu anda mengenal pasti asas yang akan khususnya bermakna bagi orang-orang yang anda ajari.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Selepas membaca bersama firman Juruselamat dalam 3 Nefi 23:1, anda boleh menanyakan ahli-ahli kelas apa yang mereka selidiki semasa mereka membaca tulisan suci minggu ini. Apakah yang mereka temui?

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

3 Nefi 20:25–41; 21:9–11, 22–29

Pada zaman akhir, Tuhan akan melaksanakan pekerjaan yang menakjubkan dan agung.

  • Tuhan berbicara tentang “suatu pekerjaan yang menakjubkan dan agung” (3 Nefi 21:9) yang Bapa–Nya akan lakukan di zaman akhir. Mungkin ahli-ahli kelas dapat berkongsi apa yang mereka pelajari mengenai pekerjaan itu ketika mereka mempelajari bab ini di rumah. Soalan seperti ini boleh mengilhami sebuah perbincangan: Apakah yang Juruselamat firman akan berlaku di masa depan? (lihat terutamanya 3 Nefi 20:30–32, 39–41; 21:22–29). Mengapakah Dia mengelar hal-hal ini “menakjubkan” dan “agung”? Apakah bukti yang kita lihat bahawa pekerjaan ini sedang dipenuhi? Bagaimanakah kita mengambil bahagian dalamnya?

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat bagaimana Nabi Joseph Smith membantu memenuhi pekerjaan Tuhan yang menakjubkan dan agung, anda boleh mempamerkan sebuah gambar Nabi dan menjemput kelas untuk membaca 3 Nefi 21:9–11, carilah perkataan atau ayat yang mengingatkan mereka tentang kehidupan dan pelayanan Joseph Smith. Sebagai contoh, bagaimanakah Tuhan “memberikan kepadanya kuasa agar dia akan membawakannya kepada bangsa bukan Israel”? (ayat 11). Mengapakah penting untuk mengetahui bahawa pelayanan Joseph Smith telah dinubuatkan oleh Juruselamat? (lihat juga 2 Nefi 3).

  • Anda juga boleh membantu ahli-ahli kelas melihat diri mereka dalam pekerjaan menakjubkan yang dinubuatkan dalam bab-bab ini dengan membaca bersama 3 Nefi 20:25–27. Jika perlu, anda boleh menunjukkan bahawa ketika kita membuat perjanjian dengan Tuhan, kita menjadi keturunan Abraham. Bagaimanakah kita sebagai keturunan Abraham memberkati “semua kaum di bumi”? (ayat 25). Ahli-ahli kelas boleh merenungkan soalan ini semasa mereka membaca kenyataan Presiden Russell M. Nelson dalam “Sumber-sumber Tambahan” dan berkongsi fikiran mereka.

3 Nefi 23; 26:1–12

Tuhan ingin kita untuk menyelidiki tulisan suci.

  • Apakah interaksi Juruselamat dengan bangsa Nefi ungkapkan tentang bagaimana Dia rasakan tentang tulisan suci? Untuk membantu ahli-ahli kelas menemui, anda boleh meminta setengah dari mereka untuk membaca 3 Nefi 23 dan setengah yang lain membaca 3 Nefi 26:1–12; kemudian mereka boleh berkongsi dengan sesama apa yang mereka temui. Mereka juga boleh berkongsi idea-idea yang mereka ada tentang bagaimana untuk tunjukkan kepada Tuhan bahawa tulisan suci penting bagi kita. Sebagai contoh, apakah perbezaan antara menyelidiki tulisan suci dan sekadar membacanya? (lihat 3 Nefi 23:1).

3 Nefi 24:1–6

Tuhan bagaikan api si penyempurna.

  • Alat bantuan visual boleh memperkayakan perbincangan anda tentang 3 Nefi 24:1–6. Sebagai contoh, anda boleh menunjukkan syiling perak atau sabun ketika ahli-ahli kelas membaca ayat-ayat tersebut untuk mengetahui bagaimana barang-barang ini berkaitan dengan Juruselamat dan misi-Nya. Anda juga boleh berkongsi dengan kelas tenteng penjelasan tentang penyempurna perak dan sabun tukang cuci dalam “Sumber-sumber Tambahan.”   Bagaimanakah Tuhan “bagaikan api si penyempurna, dan bagaikan ‘sabun tukang cuci’”? (ayat 2). Bagaimanakah contoh-contoh ini mengajar kita tentang bagaimana Juruselamat menyucikan kita?

3 Nefi 24:7–18

Tuhan berbelas kasihan kepada mereka yang kembali kepada–Nya.

  • Anda boleh menunjukkan bahawa ajaran tentang persepuluhan dalam 3 Nefi 24:8–12 adalah sebagai balasan kepada soalan dalam ayat 7: “Dalam hal apakah yang kami harus kembali [kepada Tuhan]?” Apakah hubungan di antara “[kembali] kepada [Tuhan]” dan membayar persepuluhan? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka telah menerima berkat-berkat yang tersenarai dalam ayat 10–12 semasa mereka membayar persepuluhan. Bagaimanakah kebenaran ini dapat membantu seseorang yang bergelut untuk membayar persepuluhan?

  • Apakah sikap-sikap yang digambarkan dalam 3 Nefi 24:13–15 yang sering ditemui dalam zaman kini? Galakkan ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka akan katakan kepada seseorang yang merasakan bahawa kehidupan lebih mudah atau lebih baik bagi mereka yang tidak mematuhi perintah. Mengikut 3 Nefi 24, bagaimanakah Tuhan memberkati mereka yang melayani–Nya? Anda juga boleh menggalakkan mereka untuk mencari contoh-contoh dalam 3 Nefi 22. (Lihat juga Mosia 2:41; Alma 41:10.)

3 Nefi 25:5–6

Hati kita harus berpaling kepada leluhur kita.

  • Untuk menggambarkan konsep memalingkan hati kita kepada leluhur kita, anda boleh menjemput seorang ahli kelas untuk berpaling dari kelas dan menerangkan ahli-ahli kelas berdasarkan ingatan (di mana mereka duduk, apa yang mereka pakai, dan sebagainya). Kemudian dia boleh berpaling ke arah kelas dan cuba lagi. Apakah contoh ini dapat mengajar kita tentang memalingkan hati kita kepada leluhur kita melalui pekerjaan bait suci dan sejarah keluarga? Selepas membaca 3 Nefi 25:5–6, ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana hati mereka telah berpaling kepada leluhur mereka. Anda juga boleh menjemput konsultan bahagian untuk bait suci dan sejarah keluarga untuk memperkenalkan mereka kepada beberapa alat bantuan sejarah keluarga. Bagaimanakah pekerjaan ini berkaitan kepada pengumpulan Israel yang dijelaskan oleh Presiden Russell M. Nelson dalam “Sumber-sumber Tambahan”?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Dalam 3 Nefi 274 Nefi kita membaca tentang “orang [yang lebih bahagia] di kalangan semua orang yang telah diciptakan oleh tangan Tuhan” (4 Nefi 1:16). Cadangkan kepada kelas bahawa membaca bab ini dapat membantu kita belajar bagaimana mencari kebahagiaan untuk diri kita sendiri dan keluarga kita.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Anda boleh menjadi sebahagian kepada sesuatu yang hebat.

Presiden Russell M. Nelson mengisytiharkan:

“Ini sememangnya adalah zaman akhir, dan Tuhan sedang mempercepatkan pekerjaan-Nya untuk mengumpulkan Israel. Pengumpulan tersebut adalah hal paling penting yang berlangsung di dunia pada masa kini. Tidak ada yang lain sebanding dengan kebesarannya, tidak ada yang sebanding dengan kepentingannya, tidak ada yang sebanding dengan keagungannya. Dan jika anda memilih untuk, jika anda ingin, anda boleh menjadi bahagian besar darinya. Anda boleh menjadi bahagian besar bagi sesuatu yang besar, sesuatu yang hebat, sesuatu yang agung!

“Ketika kita berbicara tentang pengumpulan, kita hanya menyatakan kebenaran asas ini: setiap dari anak-anak Bapa Syurgawi kita, di kedua-dua belah tirai, berhak untuk mendengar pesanan injil pemulihan Yesus Kristus. …

“… Renungkanlah itu! Dari semua orang yang pernah hidup di bumi, kita adalah mereka yang dapat mengambil bahagian dalam peristiwa pengumpulan besar dan terakhir ini. Betapa mengujakan itu! …

“Pengumpulan ini harus bermaksud segalanya kepada anda. Ini adalah misi anda dihantar ke bumi” (“Harapan Israel” [pertemuan rohani sedunia untuk remaja, 3 Jun 2018], broadcasts.ChurchofJesusChrist.org).

Menyempurnakan dan menyucikan.

Perak didapati bercampur dengan mineral lain dalam deposit bijih. Pada masa dahulu, penyempurna perak akan mengeluarkan perak dengan meletakkan bijih dalam relau yang dipanaskan ke suhu yang melampau. Ini akan menyebabkan bahan buangan (kekotoran atau mineral yang tidak dikehendaki) muncul di permukaan bijih yang lebur. Penyempurna akan mengikis bahan buangan, meninggalkan perak tulen, yang boleh dikenalpasti dengan cahaya tersendiri.

Tukang cuci ialah seseorang yang membersihkan dan memutihkan kain. Kain itu akan direndam dalam air bercampur dengan “sabun tukang cuci”, yang direka untuk menghilangkan minyak dan kotoran. Sementara kain itu direndam, tukang cuci akan menyental atau menggosok untuk menghilangkan kekotoran. (Lihat “Refiner’s Fire and Fuller’s Soap,” New Era, Jun 2016, 6–7.)

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ajarlah orang, bukanlah pelajaran. “Cara anda melayani orang sama pentingnya seperti apa yang anda ajari mereka. Kadangkala keasyikan kami dalam menyampaikan pelajaran dapat menghalang kita untuk menyatakan kasih kita kepada orang yang kita ajari. Jika ini berlaku kepada anda, pertimbangkan bagaimana anda boleh tumpukan pada hal-hal yang pentingt” (Teaching in the Savior’s Way, 6).