“19–25 Oktober. 3 Nefi 27–4 Nefi: ‘Tidak Terdapat Orang yang Lebih Bahagia,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“19–25 Oktober. 3 Nefi 27–4 Nefi,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
19–25 Oktober
3 Nefi 27–4 Nefi
“Tidak Terdapat Orang yang Lebih Bahagia”
Mengkaji secara peribadi 3 Nefi 27–4 Nefi adalah cara terbaik untuk bersedia untuk mengajar. Ajaran-ajaran dan idea-idea dalam rangka panduan ini mungkin membantu untuk bertindak kepada bisikan-bisikan rohani yang anda terima semasa anda mengkaji.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Salah satu cara untuk menggalakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi pandangan daripada pengkajian peribadi mereka adalah menjemput mereka untuk mencari sebuah lagu rohani yang berkaitan dengan kebenaran yang mereka pelajari dalam 3 Nefi 27–4 Nefi. Mereka kemudian boleh berkongsi lagu rohani yang mereka temui dan bagaimana lagu rohani ini berkaitan dengan kebenaran-kebenaran tulisan suci.
Mengajar Ajaran
Gereja Yesus Kristus dipanggil dengan nama–Nya dan didirikan di atas injil–Nya.
-
Membincangkan nama Gereja mungkin memperdalamkan penghargaan ahli-ahli kelas anda untuk keahlian mereka dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk menyenaraikan nama-nama pelbagai organisasi dan terangkan apa nama-nama organisasi tersebut cuba sampaikan kepada kita. Kemudian ahli-ahli kelas boleh membaca 3 Nefi 27:1–12, mencari apa yang Juruselamat ajarkan tentang nama Gereja–Nya. Mereka juga boleh berkongsi makna bagi mereka untuk menjadi ahli gereja Kristus. Apakah maknanya untuk mengambil nama–Nya ke atas diri kita?
-
Berikut adalah satu lagi cara untuk membincangkan kepentingan nama Gereja Juruselamat. Selepas perbincangan tentang kebenaran yang ditemui dalam 3 Nefi 27:1–22, anda boleh menulis nama penuh Gereja di papan tulis. Kemudian ahli-ahli kelas boleh memilih perkataan dalam nama tersebut dan mencadangkan bagaimana setiap perkataan membantu kita mengetahui siapa kita atau apa yang kita percayai. Kenyataan Presiden M. Russell Ballard dalam “Sumber-sumber Tambahan” dapat membantu. Mengapakah penting untuk menggunakan nama Gereja apabila kita berkongsi kepercayaan kita dengan orang lain?
-
Selepas menjelaskan bahawa Gereja-Nya harus “dibangunkan di atas Injil [–Nya] (3 Nefi 27:10), Juruselamat menerangkan tentang Injil–Nya. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi bagaimana mereka dapat menjelaskan kepada kawan tentang injil. Kemudian anda boleh menjemput mereka untuk menyelidiki 3 Nefi 27:13–22, carilah bagaimana Tuhan mendefinisikan injil–Nya. Bagaimanakah kita dapat merumuskan apa yang dikatakan oleh Juruselamat? Semasa kita mempelajari definisi injil Juruselamat, apakah pandangan yang kita peroleh tentang cara menjalani injil dalam kehidupan seharian kita?
Kitab Mormon adalah tanda bahawa pekerjaan zaman akhir Tuhan dipenuhi.
-
Mungkin anda boleh mulakan perbincangan tentang 3 Nefi 29–30 dengan berbicara tentang tanda-tanda. Sebagai contoh, ahli-ahli kelas boleh menamakan tanda-tanda yang memberitahu kami bahawa ribut angin akan datang atau musim berubah. Kemudian mereka boleh membaca 3 Nefi 29:1–3 untuk mengetahui apa yang ditandakan oleh kedatangan Kitab Mormon, yang disebut Mormon “hal-hal ini” (lihat juga 3 Nefi 21:1–7). Apakah pesanan yang Tuhan berikan dalam 3 Nefi 29:4–9 untuk mereka yang “mencemuh” atau “menyangkal” pekerjaan Tuhan pada zaman akhir? Bagaimanakah pembacaan harian Kitab Mormon menguatkan iman terhadap hal-hal yang orang lain “mencemuh” atau “menyangkal” di zaman kita? Anda mungkin ingin menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca jemputan Tuhan dalam 3 Nefi 30 dan berkongsi bagaimana Kitab Mormon telah membantu mereka menerima jemputan ini.
Penukaran hati kepada Yesus Kristus dan injil–Nya membimbing ke arah kesatuan dan kebahagiaan.
-
Laporan dalam 4 Nefi menggambarkan sukacita yang dapat masuk ke dalam kehidupan kita—sebagai individu, sebagai keluarga, dan sebagai bahagian atau pancang—ketika kita berusaha lebih untuk berpaling kepada Yesus Kristus. Pertimbangkan untuk meminta ahli-ahli kelas untuk menyelidiki 4 Nefi 1:1–18 dan tulis di papan tulis berkat-berkat yang datang kepada orang-orang ketika mereka semua berpaling kepada Tuhan. Bagaimanakah penukaran hati mereka mempengaruhi cara mereka saling memperlakukan sesama? Mungkin ahli-ahli kelas dapat berkongsi bagaimana injil membawa berkat yang sama kepada keluarga mereka atau bahagian mereka. Untuk membantu ahli-ahli kelas memahami bagaimana setiap kita dapat hidup lebih seperti orang-orang dalam 4 Nefi dan bagaimana kita dapat menggalakkan kesatuan dan sukacita yang lebih besar dalam kalangan orang di sekeliling kita, anda boleh membaca pernyataan oleh Elder D. Todd Christofferson dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Ahli-ahli kelas boleh menilai usaha peribadi mereka dalam tiga bidang yang diterangkan oleh Elder Christofferson.
-
Orang-orang Kitab Mormon telah membezakan diri mereka sebagai bangsa Nefi dan bangsa Laman—dan banyak lagi “bangsa” lain—selama berabad-abad, tetapi setelah pelayanan Juruselamat di kalangan mereka, perbezaan ini hilang. Selepas membaca 4 Nefi 1:17 bersama, mungkin ahli-ahli kelas boleh berkongsi pemikiran mereka tentang apa jenis “bangsa” atau kumpulan yang wujud dalam masyarakat kita hari ini. Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengatasi perpecahan tersebut dan menjadi benar-benar “kesatuan, anak-anak Kristus”? (ayat 17).
-
Apakah yang dapat dipelajari oleh ahli-ahli kelas dari kemerosotan masyarakat Zion yang diterangkan dalam 4 Nefi? Anda boleh menjemput mereka untuk menyelidiki 4 Nefi 1:19–34, mencari apa yang mengakhiri kebahagiaan dan kesatuan yang dialami oleh orang-orang tersebut hampir 200 tahun setelah kunjungan Juruselamat. Apakah kebenaran dalam ayat-ayat ini dapat membantu kita mengenal pasti sikap dan tingkah laku yang perlu diubah dalam kehidupan kita dan masyarakat kita?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Mormon 1–6 menggambarkan peristiwa tragik yang membimbing ke arah kemusnahan bangsa Nefi. Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca bab-bab ini, jemputlah mereka untuk mencari hal-hal yang mereka sedar tentang bangsa Nefi yang kita lihat berlaku di zaman kita.
Sumber-sumber Tambahan
Nama gereja Kristus.
Presiden M. Russell Ballard berkata:
“Saya telah berfikir banyak tentang mengapa Juruselamat memberikan nama sembilan kata pada Gereja-Nya yang dipulihkan. Itu mungkin kelihatan panjang, tetapi jika kita memikirkannya sebagai penerangan terperinci tentang apa Gereja itu adanya, itu tiba-tiba menjadi singkat, terang, dan terus terang dengan amat baiknya. Bagaimanakah suatu huraian menjadi lebih terarah dan jelas, namun diungkapkan dalam hanya beberapa kata seperti itu?
“Setiap kata menjelaskan dan sangat diperlukan. Kata Gereja menunjukkan posisi unik dari Gereja yang dipulihkan di antara agama-agama di dunia.
“Kata Gereja Yesus Kristus menyatakan bahawa ini adalah Gereja–Nya [lihat 3 Nefi 27:8]. …
“Zaman Akhir menjelaskan bahawa ini adalah Gereja yang sama seperti Gereja yang Yesus Kristus tegakkan selama pelayanan fana–Nya tetapi dipulihkan pada zaman akhir ini. Kita tahu telah adanya kejatuhan, atau kemurtadan, yang memerlukan pemulihan dari Gereja–Nya yang sejati dan lengkap pada zaman kita.
“Orang Suci bermaksud bahawa para ahlinya mengikuti Dia dan berusaha untuk melakukan kehendak–Nya, mentaati perintah-perintah–Nya, serta bersiap sekali lagi untuk hidup bersama–Nya dan Bapa Syurgawi kita di masa depan. Orang Suci secara sederhana merujuk kepada mereka yang berupaya untuk menjadikan kehidupan mereka kudus dengan membuat perjanjian untuk mengikuti Kristus” (“The Importance of a Name,” Ensign atau Liahona, Nov. 2011, 80).
Apakah yang diperlukan untuk membina Sion?
Elder D. Todd Christofferson mengajarkan: “Sion adalah Sion kerana perwatakan, sifat, dan kesetiaan warganya [lihat Musa 7:18]. … Jika kita akan menubuhkan Sion di rumah, cabang, bahagian dan pancang kita, kita mesti bangkit dengan standard ini. Ia adalah perlu (1) menjadi bersatu dalam satu hati dan satu fikiran; (2) untuk menjadi, secara individu dan secara kolektif, orang-orang yang kudus; dan (3) untuk menjaga golongan miskin dan yang memerlukan dengan keberkesanan sedemikian sehingga kita menghapuskan kemiskinan dalam kalangan kita. Kita tidak boleh menunggu sehingga Sion datang untuk hal-hal ini berlaku—Sion akan datang hanya apabila [hal-hal] ini telah berlaku” (“Come to Zion,” Ensign atau Liahona, Nov. 2008, 38).