Ikutlah Aku
7–13 September. 3 Nefi 1–7: “Angkatlah Kepalamu dan Cerialah”


“7–13 September. 3 Nefi 1–7: ‘Angkatlah Kepalamu dan Cerialah,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“7–13 September. 3 Nefi 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Bangsa Nefi melihat hari tanpa malam

One Day, One Night, and One Day, oleh Jorge Cocco

7–13 September

3 Nefi 1–7

“Angkatlah Kepalamu dan Cerialah”

Roh Kudus mungkin akan membisikkan anda untuk tumpukan pada asas khusus dari 3 Nefi 1–7 dalam kelas. Itu mungkin adalah asas tepat yang akan memberkati seseorang yang dalam keperluan.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk membantu ahli-ahli kelas berkongsi apa yang mereka pelajari di rumah, mintalah mereka untuk menulis pada sekeping kertas beberapa kebenaran yang mereka temui dalam 3 Nefi 1–7 dan rujukan tulisan suci untuk kebenaran-kebenaran tersebut. Letakkan kepingan kertas ke dalam bekas, dan cabut beberapa untuk dibincangkan sebagai kelas. Semasa ahli-ahli kelas berkongsi, pertimbangkan jika ada idea berkaitan dalam garis panduan ini yang dapat memperdalamkan perbincangan dan melibatkan ahli-ahli kelas yang lain.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

3 Nefi 1–7

Penukaran hati adalah satu proses yang memerlukan usaha yang tekun.

  • 3 Nefi 1–7 menggambarkan orang-orang yang telah berpaling kepada Yesus Kristus dan injil–Nya dan orang lain yang tidak. Untuk membantu ahli-ahli kelas anda mengenal pasti apa yang membezakan di antara kumpulan-kumpulan ini, anda boleh membuat carta di papan tulis dengan tajuk berikut: Kepercayaan dan tindakan yang melemahkan penukaran hati dan Kepercayaan dan tindakan yang menguatkan penukaran hati. Bahagikan rujukan tulisan suci berikut di kalangan ahli-ahli kelas, dan jemputlah mereka untuk mengisi carta dengan apa yang mereka temukan (contoh disediakan untuk rujukan pertama).

    Bagaimanakah kita dapat memastikan penukaran hati kita kuat meskipun terdapat pertentangan?

  • Kelas anda mungkin berminat dalam meneroka bagaimana untuk menguatkan apa yang 3 Nefi 1:27–30 gelar sebagai “generasi yang sedang meningkat dewasa.” Anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk mencari sebab dalam ayat-ayat ini mengapa bangsa Nefi dan bangsa Laman yang muda tidak dapat menahan kejahatan di sekeliling mereka. Ini boleh membawa kepada perbincangan mengenai beberapa cabaran yang dihadapi generasi yang sedang meningkat dewasa hari ini dan cara terbaik untuk membantu mereka mengembangkan iman kepada Kristus. Beberapa cadangan terdapat dalam “Sumber-sumber Tambahan.”

3 Nefi 1:4–21; 5:1–3

Tuhan akan memenuhi segala firman–Nya.

  • Membaca laporan dalam 3 Nefi 1:4–21 dan 5:1–3 dapat menguatkan iman ahli-ahli kelas anda terhadap janji-janji Tuhan. Mungkin ahli-ahli kelas boleh membaca bersama 3 Nefi 1:4–7 dan senaraikan di papan tulis bagaimana mereka akan rasakan jika mereka adalah golongan yang percaya yang digambarkan dalam ayat-ayat ini. Mereka juga boleh memikirkan keadaan serupa yang mungkin kita hadapi hari ini. Apakah yang kita pelajari dari 3 Nefi 1:8–21 dan 5:1–3 tentang Tuhan dan janji-janji–Nya? Untuk meluaskan perbincangan, anda boleh menyemak lagu rohani tentang mempercayai Tuhan, seperti “Jika Iman Kuat” (Lagu Rohani, no. 45). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman apabila iman dan kepercayaan mereka kepada Tuhan diberikan ganjaran, walaupun terdapat pertentangan.

3 Nefi 1:4–15; 5:12–26; 6:10–15; 7:15–26

Kita adalah pengikut Yesus Kristus.

  • Mormon mengisytiharkan, “Lihatlah, Aku adalah pengikut Yesus Kristus” (3 Nefi 5:13). Untuk meneroka bersama kelas anda apakah makna menjadi seorang pengikut, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk menyelidiki 3 Nefi 1:4–15; 5:12–26; 6:10–15; dan 7:15–26, mencari kualiti, kepercayaan, dan tindakan pengikut Kristus. Pertimbangkan memberi ahli-ahli kelas beberapa minit untuk merenung dan menulis sesuatu yang boleh mereka lakukan untuk menjadi pengikut Yesus Kristus yang lebih baik.

3 Nefi 2:11–12; 3:12–26; 5:24–26

Apabila orang yang soleh berkumpul, Tuhan dapat menguatkan dan melindungi mereka.

  • Sebahagian sebab mengapa bangsa Nefi dapat mengalahkan perompak Gadianton adalah bahawa mereka bergabung dengan bangsa Laman yang telah bertaubat dan mengikuti arahan yang diilhamkan oleh Lakoneus untuk “berkumpul bersama” di Zarahemla (3 Nefi 3:22). Apakah pengajaran yang ini berikan kepada ahli-ahli kelas anda? Anda boleh meminta mereka untuk berkongsi pengalaman apabila mereka diperkuat oleh orang-orang soleh di sekeliling mereka. Anda kemudiannya boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk menyemak 3 Nefi 3:12–26, mencari sebab bangsa Nefi berkumpul dan berkat-berkat yang mereka alami. Bagaimanakah kita mengalami berkat-berkat yang sama apabila kita berkumpul dengan ahli keluarga atau cabang dan bahagian kita? Apakah lagi yang dapat kita pelajari tentang pengumpulan dari 3 Nefi 5:24–26?

  • Membaca 3 Nefi 3 boleh menjadi sebuah kesempatan untuk membantu ahli-ahli kelas untuk melihat betapa kuatnya kita ketika kita berkumpul bersama dalam kesolehan. Mungkin anda boleh memikirkan pelajaran berobjek yang menunjukkan bagaimana sesuatu yang lemah menjadi lebih kuat apabila bersatu dengan benda-benda lain. Jemputlah ahli-ahli kelas untuk bayangkan mereka diminta untuk meyakinkan bangsa Nefi tentang kebaikan berkumpul bersama, seperti yang digambarkan dalam ayat 12–26. Mereka boleh bekerja dalam berkumpulan untuk membincangkan bagaimana melakukan ini, berdasarkan apa yang mereka baca dalam ayat-ayat ini. Jemputlah mereka untuk berkongsi idea-idea mereka. Sebagai kelas, anda boleh membincangkan soalan seperti ini: Apakah cabaran yang kita hadapi yang mungkin disamakan dengan perompak Gadianton? Bagaimanakah kita dapat membuat rumah dan bahagian kita sebagai tempat perlindungan?

3 Nefi 3:1–13

Kita tidak perlu takut akan Setan.

  • Surat yang ditulis oleh Gidianhi, pemimpin perompak Gadianton, adalah usaha untuk menakutkan dan memperdaya bangsa Nefi. Ahli-ahli kelas boleh menyemak kata-katanya yang ditemui dalam 3 Nefi 3:2–10 dan bandingkannya dengan cara Setan cuba untuk memperdaya kita kini. Apa yang kita pelajari daripada reaksi Lakoneus, ketua hakim bangsa Nefi?

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk mengilhami ahli-ahli kelas anda untuk membaca 3 Nefi 8–11 untuk kelas minggu depan, beritahukan kepada mereka bahawa 3 Nefi 11 mengandungi “peristiwa kemuncak” Kitab Mormon—pelayanan peribadi Yesus Kristus di kalangan bangsa Nefi (lihat Pengenalan Kitab Mormon).

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Membantu membina iman dalam generasi yang mendatang.

Elder Valeri V. Cordón daripada Tujuh Puluh mencadangkan tiga cara untuk membantu generasi yang mendatang untuk kekal setia kepada injil:

  1. “Menjadi Lebih Tekun dan Lebih Prihatin di Rumah. … Pengajaran yang berkuasa sangat penting untuk mengekalkan Injil di dalam keluarga kita, dan ia memerlukan ketekunan dan usaha. Kita telah dijemput banyak kali untuk mengamalkan pengkajian harian tulisan suci keluarga dan peribadi. Banyak keluarga yang melakukan ini diberkati setiap hari dengan kesatuan yang lebih baik dan hubungan yang lebih dekat dengan Tuhan.”

  2. “Contoh yang Kuat di Rumah. … Ia tidak cukup untuk hanya bercakap sahaja kepada anak-anak kita tentang kepentingan perkahwinan bait suci, berpuasa, dan menguduskan hari Sabat. Mereka harus melihat kita meluangkan masa dalam jadual kita untuk menghadiri bait suci sekerap mungkin. Mereka perlu melihat tekad kita kepada berpuasa secara kerap dan menguduskan sepanjang hari Sabat.”

  3. “Tradisi-tradisi. … Sebagai keluarga, kita perlu mengelakkan apa-apa tradisi yang akan menghalang kita dari menguduskan hari Sabat atau mengadakan pengkajian tulisan suci dan doa harian di rumah. Kita perlu menutup pintu-pintu digital rumah kita kepada pornografi dan semua pengaruh jahat yang lain. Untuk menentang tradisi-tradisi duniawi zaman kita, kita perlu menggunakan tulisan suci dan suara nabi-nabi moden kita untuk mengajar anak-anak kita tentang identiti ilahi mereka, tujuan mereka dalam kehidupan, dan misi ilahi Yesus Kristus” (“Bahasa Injil,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 56–57; italik ditambah).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memasukkan mereka yang sedang bergelut. Kadangkala, ahli-ahli kelas yang sedang bergelut memerlukan orang memasukkan mereka untuk berasa dikasihi. Pertimbangkan untuk meminta mereka untuk memainkan peranan dalam pengajaran akan datang atau memastikan mereka mempunyai kenderaan ke gereja. Jangan berputus asa jika mereka tidak respon pada usaha anda pada mulanya. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 8–9.)