Ikutlah Aku
14–20 September. 3 Nefi 8–11: “Bangunlah dan Datanglah kepada-Ku”


“14–20 September. 3 Nefi 8–11: ‘Bangunlah dan Datanglah kepada-Ku,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“14–20 September. 3 Nefi 8–11,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Yesus menampakkan diri kepada bangsa Nefi

I Am the Light of the World, oleh James Fullmer

14–20 September

3 Nefi 8–11

“Bangunlah dan Datanglah kepada-Ku”

Imbas kembali tanggapan-tanggapan yang anda telah catatkan semasa pengkajian peribadi anda tentang 3 Nefi 8–11 mungkin mendorong kepada idea-idea pengajaran. Cadangan berikut dapat memberi anda idea-idea selebihnya.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Kadangkala orang akan lebih terbuka untuk berkongsi jika anda menanyakan sesuatu yang khusus. Contohnya, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi sesuatu dari 3 Nefi 8–11 yang telah mengajar mereka tentang sifat-sifat Yesus Kristus. Anda boleh melanjutkan jemputan ini beberapa hari lebih awal agar mereka dapat datang dengan bersedia untuk berkongsi.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

3 Nefi 8–10

Jika kita bertaubat, Juruselamat akan mengumpul, melindungi, dan menyembuhkan kita.

  • Bab-bab ini mengandungi laporan tentang kemusnahan dan kehancuran, tetapi ia juga mengajar tentang pengajaran-pengajaran rohani yang dapat membantu kita datang lebih dekat kepada Yesus Kristus. Anda boleh membahagikan kelas kepada tiga kumpulan dan tugaskan setiap kumpulan untuk menyelidiki satu bab dari 3 Nefi 8–10, carilah perkataan atau ayat yang menjelaskan apa yang orang-orang tersebut telah pelajari atau alami. Seorang dari setiap kumpulan kemudian boleh kongsi kepada kelas apa yang kumpulan mereka telah temui. Galakkan ahli-ahli kelas untuk berbincang bagaimana pengajaran-pengajaran rohani ini dapat membantu kita datang lebih dekat kepada Juruselamat.

  • Pesanan berharga dalam bab-bab ini adalah Juruselamat menjangkau kepada kita dengan kasih dan belas kasihan bahkan saat cubaan kita yang sukar. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk memikirkan seseorang yang mereka kenali yang sedang melalui masa sukar dan kemudian selidiki firman Juruselamat di 3 Nefi 9:13–22 dan 10:1–10 untuk mencari ayat yang mungkin membantu orang tersebut. Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi pengalaman peribadi mereka ketika mereka telah merasakan Juruselamat menjangkau kepada mereka.

3 Nefi 9:19–22

Tuhan meminta “hati yang hancur dan roh yang menyesal.”

  • Sebelum kedatangan Juruselamat, yang beriman di negeri yang dijanjikan mematuhi hukum Musa, termasuklah korban haiwan. Untuk membantu ahli-ahli kelas lebih memahami hukum ini, anda boleh secara ringkas menyemak Musa 5:5–8. Mengapakah umat Tuhan yang kuno diperintahkan untuk mengorbankan haiwan? Apakah perintah baru yang Juruselamat berikan di 3 Nefi 9:20, dan bagaimanakah ini mengarahkan kita kepada–Nya dan pengorbanan–Nya? Petikan tentang hukum pengorbanan dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu.

  • Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas untuk memahami makna memiliki hati yang hancur dan roh yang menyesal? Anda boleh mulakan dengan menulis perkataan tersebut di papan tulis hancur, menyesal, dan mengorbankan. Kemudian anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk melukis gambar yang menunjukkan makna perkataan-perkataan ini kepada mereka atau menulis perkataan atau ayat yang mereka dapat kaitkan dengan istilah ini. Semasa ahli-ahli kelas berkongsi gambar, perkataan , atau ayat mereka, mereka boleh berbincang bagaimana ini berkaitan dengan apa yang Juruselamat minta daripada kita di 3 Nefi 9:19–22. Petikan oleh Elder D. Todd Christofferson di dalam “Sumber-sumber Tambahan” juga dapat membantu.

3 Nefi 11:1–17

Yesus Kristus adalah Cahaya Dunia.

  • Peristiwa-peristiwa yang digambarkan di 3 Nefi 11:1–17 adalah antara yang kudus dalam Kitab Mormon. Pertimbangkan untuk memberikan ahli-ahli kelas anda beberapa saat untuk membaca ayat-ayat ini secara senyap. Anda boleh menulis beberapa soalan di papan tulis untuk mereka renungkan semasa mereka membaca, seperti: Bagaimanakah perasaan anda sekiranya anda berada di kalangan orang-orang ini? Apakah tanggapan anda tentang Juruselamat dalam ayat-ayat ini? Apakah yang anda pelajari dari teladan Juruselamat? atau Apakah pengalaman yang memberi anda kesaksian tentang Yesus Kristus sebagai Juruselamat anda? Anda boleh mengizinkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi fikiran dan tanggapan mereka.

    Yesus menunjukkan bekas luka di tangan-Nya kepada bangsa Nefi

    One by One, oleh Walter Rane

3 Nefi 11:10–41

Yesus Kristus menubuhkan ajaran-Nya dan Gereja-Nya.

  • Ia mungkin memberi maklumat untuk mencatat perkara pertama Juruselamat pilih untuk katakan dan lakukan ketika Dia muncul di tanah Kelimpahan. Mungkin ahli-ahli kelas boleh menanda atau mencatat kebenaran yang mereka telah kenal pasti dari firman dan perbuatan Juruselamat di 3 Nefi 11:10–41. Jemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka temui. Apakah yang kita belajar mengenai Juruselamat dari ayat-ayat ini? Apakah yang kita pelajari tentang Gereja-Nya?

  • Untuk meleraikan ketidaksefahaman di kalangan orang-orang berkaitan dengan pembaptisan, Juruselamat mengungkapkan kebenaran tentang tatacara ini di 3 Nefi 11. Untuk membantu ahli-ahli kelas menemukan kebenaran-kebenaran ini, anda boleh menulis nombor ayat berikut di papan tulis: 21–25, 26–27, 33–34. Jemputlah setiap ahli kelas untuk memilih satu atau dua ayat dan kongsikan sebuah kebenaran yang ia ajarkan tentang pembaptisan.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Kelas anda mungkin berminat untuk mengetahui bahawa kunjungan Juruselamat kepada bangsa Nefi dan bangsa Laman telah memberi kesan yang sungguh besar kepada mereka sehingga orang-orang yang sebelumnya bertikai ini hidup dalam kedamaian untuk 200 tahun berikutnya (lihat 4 Nefi 1). Ini akan mengilhami ahli-ahli kelas mengkaji 3 Nefi 12–16 untuk mempelajari apa yang Juruselamat ajarkan kepada orang-orang tersebut yang telah membawa kepada perubahan yang begitu dramatik.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Hukum pengorbanan.

Presiden M. Russell Ballard menjelaskan satu cara kita menjalani hukum pengorbanan itu pada masa kini:

“Selepas pengorbanan paling besar Juruselamat, dua pelarasan telah dibuat dalam amalan [hukum pengorbanan]. Pertama, tatacara sakramen menggantikan tatacara pengorbanan; dan kedua, perubahan ini mengalih fokus dari pengorbanan haiwan seseorang kepada dirinya sendiri. Pengorbanan bertukar dari mengorbankan kepada menawarkan. …

“… Daripada Tuhan meminta haiwan atau tanaman kita, kini Dia ingin kita untuk melepaskan segala yang fasiq. …

“… Ketika kita mengatasi keinginan kita yang pentingkan diri dan meletakkan Tuhan dahulu dalam kehidupan kita dan berjanji untuk melayani–Nya tanpa mengira apa pun, kita sedang menjalani hukum pengorbanan itu” (“The Law of Sacrifice,” Ensign, Okt. 1998, 10).

Elder Neal A. Maxwell daripada Kuorum Dua Belas Rasul berkata: “Pengorbanan peribadi yang sebenar, bukanlah meletakkan haiwan di atas altar. Sebaliknya, ia adalah kerelaan untuk meletakkan “haiwan” yang ada dalam diri kita ke atas altar dan membiarkan ia dibakar!” (“Deny Yourselves of All Ungodliness,” Ensign, Mei 1995, 68).

Hati yang hancur dan roh yang menyesal.

Elder D. Todd Christofferson menjelaskan makna memiliki hati yang hancur dan roh yang menyesal:

“Anda dapat memberikan kepada Tuhan persembahan hati anda yang hancur, atau bertaubat, dan menyesal atau roh yang patuh. Sesungguhnya, itulah persembahan diri anda—siapa diri anda dan apa yang anda akan menjadi.

“Adakah sesuatu dalam diri anda atau kehidupan anda yang tidak murni atau tidak layak? Jika anda membuang hal-hal itu, itulah persembahan kepada Juruselamat. Adakah suatu kebiasaan atau sifat baik yang anda tidak miliki dalam kehidupan anda? Jika anda mengambilnya dan menjadikannya sebahagian dari sifat anda, anda sedang memberikan suatu persembahan kepada Tuhan” (“When Thou Art Converted,” Ensign atau Liahona, Mei 2004, 12).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bekerjasama dengan ahli-ahli keluarga. “Mereka yang punyai pengaruh yang kuat terhadap seorang individu—baik atau jahat—biasanya berada di rumah. Oleh kerana rumah pusat pembelajaran dan kehidupan Injil, usaha anda untuk memperkukuhkan ahli kelas biasanya paling berkesan apabila anda bekerjasama dengan … ahli-ahli keluarga” (Teaching in the Savior’s Way, 8).