“17–23 Ogos. Helaman 1–6: ‘Batu Penebus Kita,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)
“17–23 Ogos. Helaman 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020
17–23 Ogos
Helaman 1–6
“Batu Penebus Kita”
Adakah anda benar-benar mengenali kelas anda? Cubalah untuk mengenali seorang ahli kelas dengan lebih baik setiap minggu. Semasa anda lakukannya, anda dapat lebih mengingati keperluan mereka di minda ketika anda bersedia untuk mengajar.
Mencatat Tanggapan Anda
Jemput Perkongsian
Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk datang ke kelas dengan bersedia untuk berkongsi objek yang mungkin mereka gunakan untuk mengajar tentang prinsip yang mereka pelajari dalam bab-bab ini. Apakah cara-cara lain yang kita dapat ajarkan asas-asas ini kepada orang lain?
Mengajar Ajaran
Keangkuhan memisahkan kita daripada Roh dan kekuatan Tuhan.
-
Rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga menggambarkan “kitaran keangkuhan” yang melanda bangsa Nefi. Mungkin seseorang di dalam kelas boleh merangka kitaran ini di papan tulis. Ahli-ahli kelas boleh mencari ayat-ayat ini dalam Helaman 1–6 yang mereka rasakan menggambarkan bahagian-bahagian kitaran yang berlainan dan menulisnya di sebelah bahagian yang berkaitan pada rajah. (Jika ahli-ahli kelas memerlukan bantuan, anda boleh mencadangkan mereka untuk melihat dalam Helaman 3:24–36; 4:11–26.) Bagaimanakah kadangkala kita seperti bangsa Nefi? Bagaimanakah kita dapat mengelak kecenderungan mereka ke arah keangkuhan? Anda juga boleh berkongsi sebahagian dari “Bab 18: Berwaspadalah tentang Keangkuhan” (Teachings of Presidents of the Church: Ezra Taft Benson [2014], 229–40).
-
Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk membaca Helaman 4:13 dan 24–26 dan mencari lagu rohani yang mengajar tentang kebergantungan kita kepada Tuhan, seperti “’Ku Memerlukan-Mu Tiap Saat” (Lagu Rohani, no. 36). Mengapakah keangkuhan memisahkan kita dari Tuhan? Bagaimanakah kita dapat mengenali pasti kebergantungan kita terhadap Tuhan? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka telah dikuatkan oleh Roh dan kuasa Tuhan kerana mereka merendahkan hati.
-
Ahli-ahli gereja yang digambarkan dalam Helaman 3:33–34 sedang menganiayai ahli-ahli gereja. Kerana keangkuhan mereka, mereka menindas yang miskin dan melakukan segala jenis dosa (lihat Helaman 4:11–13). Pertimbangkan untuk membaca bersama Helaman 3:33–34 dan 4:11–13 serta meminta ahli-ahli kelas untuk membincangkan cara-cara kita boleh menunjukkan kebaikan dan rasa hormat yang lebih besar terhadap orang lain, termasuklah ahli-ahli Gereja yang mungkin berbeza dari kita. Anda juga boleh menjemput ahli kelas untuk memikirkan seseorang yang mereka tahu yang mungkin menderita kerana tindakan orang lain yang tidak baik dan merenungkan bagaimana mereka dapat membantu menguatkan dan menggalakkan orang itu.
Pengudusan datang dari penyerahan hati kita kepada Tuhan.
-
Helaman 3:33–35 boleh menjadi sangat menghiburkan kepada mereka di kelas anda yang mungkin mengalami “penganiayaan … [atau] banyak kesengsaraan” (ayat 34). Mungkin anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk mencari ayat-ayat ini untuk mencari nasihat yang mungkin diberikan kepada seseorang yang sedang dianiaya. Atau mungkin ahli-ahli kelas dapat berkongsi bagaimana mereka mendapati “kebahagiaan dan kesenangan hati” pada masa-masa penderitaan dengan melakukan hal-hal yang dijelaskan di dalam ayat 35.
-
Pertimbangkan untuk menjemput kelas untuk mengkaji Helaman 3:33–35 dan kenyataan dan rujukan tentang menjadi dikuduskan dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Apakah ayat dan pernyataan ini mengajar tentang pengudusan? Bagaimanakah berpuasa dan berdoa membawa berkat-berkat yang digambarkan dalam Helaman 3:35? Bagaimanakah kita boleh menyerahkan hati kita kepada Tuhan (lihat Helaman 3:35). Bagaimanakah ini membantu kita menjadi lebih suci? Anda juga boleh menyediakan dan mengagihkan slip kertas dengan salah satu kenyataan atau rujukan dari “Sumber-sumber Tambahan” yang dicetak padanya dan menjemput ahli-ahli kelas untuk memilih secara rawak untuk belajar. Kemudian mereka boleh berkongsi antara satu sama lain apa yang mereka pelajari tentang pengudusan.
Jika kita menjadikan Yesus Kristus sebagai landasan kita, kita tidak akan jatuh.
-
Setan menghantarkan “anginnya yang kuat” ke dalam kehidupan kita. Ramai orang di kelas anda telah mengalami ini, dan lebih banyak lagi badai di masa depan. Apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu ahli-ahli kelas anda bersedia menghadapi badai ini dengan menjalankan kehidupan mereka kepada Yesus Kristus?
Anda boleh memulakan perbincangan dengan menunjukkan gambar bait suci atau bangunan lain dan membandingkan kehidupan kita dengan sebuah bangunan. Apakah pilihan yang perlu dilakukan oleh tukang bina? Apakah pilihan yang kita buat yang akan menjejaskan bagaimana kehidupan kita dibina? Kemudian anda boleh membaca bersama Helaman 5:12 dan bincangkan makna untuk membina kehidupan kita pada Yesus Kristus. Bagaimanakah memiliki Dia sebagai landasan kita mempengaruhi pilihan lain yang kita buat ketika kita membina kehidupan kita?
Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana memiliki Juruselamat sebagai landasan mereka telah membantu mereka menahan badai kehidupan Berikan ahli-ahli kelas masa untuk merenungkan jenis kehidupan yang mereka bangunkan dan bagaimana mereka dapat memastikan bahawa mereka berlandaskan teguh kepada Kristus. Cerita tentang Bait Suci Salt Lake dalam “Sumber-sumber Tambahan” dapat membantu dalam perbincangan anda.
Iman kita dikuatkan oleh “hebatnya bukti-bukti yang [kita telah] terima.”
-
Salah satu berkat berkumpul di Sekolah Minggu adalah kesempatan untuk menguatkan iman satu sama lain—seperti yang dilakukan oleh bangsa Laman dalam Helaman 5:50. Anda boleh membaca Helaman 5:50 bersama dan mintalah kelas untuk mengenal pasti “hal-hal yang [bangsa Laman] telah melihat dan mendengar ayat 20–49. Ahli-ahli kelas kemudian dapat saling berkongsi pengalaman rohani yang telah meyakinkan mereka bahawa Injil adalah benar—walaupun mereka tidak melihat malaikat atau tiang api. Apakah bukti meyakinkan yang mereka telah lihat tentang injil Yesus Kristus yang telah dipulihkan?
Menggalakkan Pembelajaran di Rumah
Helaman 7–12 menerangkan bagaimana Nefi memperoleh kepercayaan Tuhan dan diberikan kuasa yang besar. Anda boleh mencadangkan kepada kelas anda bahawa dengan membaca bab ini, mereka dapat belajar bagaimana untuk menerima lebih banyak kepercayaan Tuhan dalam kehidupan mereka.
Sumber-sumber Tambahan
Menjadi kudus melalui Yesus Kristus.
-
Pengudusan adalah “proses menjadi bebas dari dosa, suci, bersih, dan kudus melalui Korban Tebusan Yesus Kristus” (Panduan Tulisan suci, “Pengudusan,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org).
-
“Setelah kita benar-benar bertaubat, Kristus akan menghapus beban kesalahan bagi dosa-dosa kita. Kita boleh tahu bagi diri kita sendiri bahawa kita telah diampuni dan dibersihkan. Roh Kudus akan mengesahkan ini kepada kita; Dia adalah Pengudus. Tiada kesaksian pengampunan lain boleh menjadi lebih besar” (Dieter F. Uchtdorf, “Point of Safe Return,” Ensign atau Liahona, Mei 2007, 101).
-
“Untuk dikuduskan melalui darah Kristus adalah untuk menjadi bersih, suci, dan kudus. Jika dimaklumkan soleh menghilangkan hukuman untuk dosa lalu, maka pengudusan menghapuskan noda atau kesan dosa” (D. Todd Christofferson, “Justification and Sanctification,” Ensign, Jun 2001, 22).
-
“Apabila kehendak, nafsu, dan perasaan seseorang dengan sempurna tunduk kepada Tuhan dan kehendaknya, orang itu dikuduskan” (Brigham Young, “Discourse,” Deseret News, 7 Sept. 1854, 1).
-
Kita disucikan oleh kuasa Roh Kudus kerana Korban Tebusan Yesus Kristus (lihat Ibrani 13:12; Alma 13:10–12; 3 Nefi 27:19–20; Moroni 10:32–33; A&P 76:40–42).
-
Bahkan selepas kita dikuduskan, tetap ada suatu kemungkinan untuk jatuh daripada rahmat (lihat A&P 20:30–34).
Suatu landasan yang kukuh.
Semasa pembinaan Bait Suci Salt Lake, retakan besar ditemui di batu-batu landasan. Walaupun ia telah mengambil hampir sembilan tahun untuk pergi sejauh ini dalam pembinaan, Presiden Brigham Young mengarahkan bahawa batu-batu landasan yang retak dikeluarkan dan diganti dengan batu-batu yang lebih berkualiti. Ia mengambil masa lima tahun lagi untuk mengeluarkan batu-batu landasan yang rosak dan membina semula sehingga paras tanah. “Saya mahu melihat bait suci itu dibina,” kata Presiden Young, “dengan cara yang ia akan bertahan sampai Zaman Seribu Tahun” (“Remarks,” Deseret News, 14 Oktober 1863, 97).