Ikutlah Aku
3–9 Ogos. Alma 43–52: “Berdiri Teguh dalam Iman kepada Kristus”


“3–9 Ogos. Alma 43–52: ‘Berdiri Teguh dalam Iman kepada Kristus,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Kitab Mormon 2020 (2020)

“3–9 Ogos. Alma 43–52,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2020

Moroni dan Panji Kemerdekaan

For the Blessings of Liberty, oleh Scott M. Snow

3–9 Ogos

Alma 43–52

“Berdiri Teguh dalam Iman kepada Kristus”

Selain menyemak aktiviti-aktiviti yang dicadangkan di sini, carilah ilham anda sendiri semasa anda mengkaji dengan penuh doa Alma 43–52 dan fikirkan tentang bagaimana ahli-ahli kelas meneroka tentang ajaran yang diajarkan.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Untuk menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka pelajari dari Alma 43–52, anda boleh bertanya mereka bagaimana mereka akan membalas kepada seseorang yang berkata, “Saya langsung tidak nampak bagaimana perang yang digambarkan dalam Kitab Mormon mempunyai sebarang kaitan dalam kehidupan saya.”

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Alma 43–52

Pertempuran dalam Kitab Mormon mengajar kita tentang pertempuran kita terhadap kejahatan.

  • Dalam pengkajian individu dan sekeluarga mereka minggu ini, ahli-ahli kelas mungkin telah merenungkan atau mencatat pemikiran mereka tentang bagaimana bangsa Nefi berjaya mempertahankan diri mereka daripada bangsa Laman dan bagaimana bangsa Laman menyerang bangsa Nefi. Sekiranya ahli-ahli kelas melakukannya di rumah, jemputlah mereka untuk berkongsi apa yang mereka temui. Atau anda boleh memberi ahli-ahli kelas masa untuk mencari pandangan-pandangan ini ketika kelas menggunakan tulisan suci seperti yang ditemui dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Semasa ahli-ahli kelas berkongsi apa yang mereka temui, dorong mereka untuk membincangkan bagaimana kita dapat mengikuti contoh bangsa Nefi dalam mempertahankan diri terhadap kejahatan dan bagaimana kita dapat mengenali serangan rohani Setan terhadap kita.

Alma 46:11–22

Jika kita berani dalam mempertahankan iman kita, kita boleh memberi ilham kepada orang lain untuk menjadi setia.

  • Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas untuk mengikuti teladan Moroni yang dengan berani mempertahankan iman mereka dalam injil Yesus Kristus yang telah dipulihkan? Ahli-ahli kelas boleh membaca Alma 46:11–22 dan mengenal pasti apa yang Moroni lakukan dan apa dia ajarkan yang telah mengilhami bangsanya untuk menjadi lebih beriman. Anda boleh menulis hal-hal ini di papan tulis di bawah tajuk Teladan Moroni. Kemudian anda boleh meminta ahli-ahli kelas untuk merenungkan tindakan Moroni dan mencadangkan apa yang boleh kita lakukan kini untuk mempertahankan kepercayaan kita. Anda boleh menulis pandangan mereka di bawah tajuk Dengan Berani Mempertahankan Injil Pada Masa Kini. Apakah kebenaran dan nilai yang telah nabi kita ajarkan baru-baru ini yang kita harus ajarkan dan membela?

  • Bagaimanakah anda dapat membantu ahli-ahli kelas menerapkan apa yang Moroni lakukan dengan panji kemerdekaan bagi kehidupan mereka sendiri? Jemputlah mereka untuk membaca Alma 46:11–22 dan mengenal pasti kebenaran-kebenaran yang Moroni ajarkan dan meminta bangsanya untuk menyokong. Apakah kebenaran dan nilai yang ditekankan oleh pemimpin Gereja kita di zaman kita? (Anda boleh menyemak beberapa darinya dalam Untuk Kekuatan Remaja,Keluarga: Suatu Perisytiharan Kepada Dunia,” atau pesanan persidangan umum baru-baru ini.) Apakah cabaran yang kita ada dalam mempertahankan kepercayaan kita di dunia kini? Apakah yang kita boleh pelajari daripada contoh Moroni? Berikan ahli-ahli kelas kesempatan untuk membuat panji kemerdekaan mereka sendiri yang boleh mengingatkan mereka untuk dengan berani menjalankan dan mempertahankan kepercayaan mereka.

    bangsa Nefi melawan bangsa Laman

    Minerva K. Teichert (1888–1976), Defense of a Nephite City, 1935, oil on masonite, 36 x 48 inches. Muzium Kesenian Brigham Young University

Alma 47

Setan menggoda dan memperdaya kita sedikit demi sedikit.

  • Kelas anda mungkin akan bermanfaat dari mengkaji Alma 47, yang menunjukkan bagaimana pengkhianatan Amalikia menyerupai apa yang Setan lakukan untuk memperdaya kita. Anda boleh mulakan dengan meminta seseorang untuk merumuskan cerita yang terdapat dalam Alma 47. Untuk menambah minat, anda boleh menjemput dua ahli kelas untuk membayangkan bahawa mereka adalah Amalikia dan Lehonti serta ceritakan cerita tersebut. Apakah yang dilakukan oleh Amalikia yang mengingatkan kita tentang hal-hal yang dilakukan oleh Setan untuk menggoda dan memperdayakan kita? Galakkan ahli-ahli kelas untuk merujuk kepada ayat-ayat tertentu semasa mereka membincangkan soalan ini. Petikan dalam “Sumber-sumber Tambahan” mengandungi contoh lain yang baik tentang bagaimana Setan memperdayakan kita. Apakah nasihat yang boleh kita saling berikan untuk membantu kita peka tentang bagaimana Setan menggoda kita kini? Apakah yang kita boleh lakukan untuk melindungi diri sendiri?

Alma 48:7–17

Semasa kita berusaha untuk beriman seperti Moroni, kita akan menjadi lebih seperti Juruselamat.

  • Perbincangan mengenai sifat-sifat Moroni dapat memberi ilham kepada ahli-ahli kelas untuk berusaha mengikuti teladannya. Anda boleh mulakan dengan menunjukkan gambar Moroni, seperti yang ada dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga. Kemudian jemputlah ahli-ahli kelas untuk mengkaji Alma 44:3–4 dan 48:7–13 dan tuliskan di papan tulis perkataan dan ayat yang menggambarkan Moroni. Anda boleh membaca Alma 48:17 bersama dan bincangkan bagaimana sifat-sifat Moroni, seperti yang tersenarai di papan tulis, mengizinkan dia mengatasi pengaruh Setan dan menjadi seperti Yesus Kristus. Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti Moroni?

Alma 48: 7–9; 49:1–9; 50:1–6

Kita dapat memperteguhkan diri kita dan keluarga kita untuk melawan musuh.

  • Ahli-ahli kelas anda mungkin mendapat manfaat dari mendengar dari sesama tentang bagaimana mereka dapat melindungi diri mereka dan keluarga mereka daripada penipuan dan godaan Setan. Untuk mengilhami perbincangan sedemikian, anda boleh membaca bersama Alma 48:7–9; 49:1–9; dan 50:1–6. Semasa kita memikirkan keperluan kita untuk pertahanan rohani melawan dosa, apakah yang dapat kita pelajari dari usaha bangsa Nefi untuk mempertahankan diri mereka? Bagaimanakah kita dapat membina pertahanan rohani untuk melindungi diri kita dan keluarga kita daripada dosa dan pengaruh jahat? Galakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi idea-idea yang berkesan bagi mereka. Mengapakah ia penting untuk “tidak berhenti membuat persiapan”? (Alma 50:1).

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Satu cara untuk menggalakkan ahli-ahli kelas untuk membaca Alma 53–63 adalah dengan memberitahu mereka bahawa laporan dalam bab-bab ini mungkin mengilhami mereka dan keluarga mereka untuk menjadi lebih patuh dan membina iman yang lebih kuat.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Akibat-akibat menyerah kepada godaan-godaan kecil.

Untuk mengajar bahawa “dosa yang serius masuk ke dalam hidup kita ketika kita tunduk pertama kepada godaan kecil,” Presiden Spencer W. Kimball berkongsi cerita dongeng ini:

“[Seekor] unta dengan pemiliknya … sedang melakukan perjalanan menyeberangi padang pasir ketika badai angin bertiup. Si Pengembara itu segera membangunkan khemah dan masuk ke dalamnya, menutup penutup khemah untuk melindungi dirinya sendiri dari pasir yang mengerikan dan meremukkan itu. Unta tadi tentunya ditinggalkan di luar, dan sewaktu angin yang kuat itu melemparkan pasir ke arah tubuhnya dan ke dalam matanya serta lubang hidungnya, dia tidak lagi dapat bertahan dan akhirnya memohon untuk masuk ke dalam khemah.

“‘Hanya ada ruang untuk saya sendiri,’ kata Si Pengembara.

“Tetapi bolehkah saya memasukkan hidung saya sahaja ke dalam supaya saya boleh menghirup udara yang tidak dipenuhi dengan pasir?’ tanya Sang Unta itu.

“‘Ya, mungkin kamu boleh lakukan,’ jawab Si Pengembara, dan dia membuka penutup khemah sedikit saja dan hidung panjang Sang Unta pun masuk. Betapa selesanya unta itu sekarang! Tetapi tidak lama nanti, Sang Unta itu menjadi jemu dengan pasir yang menerpa mata dan telinganya … :

“‘Pasir yang dibawa angin ini bagaikan sebuah pengikir di atas kepala saya. Bolehkah saya memasukkan kepala saya sahaja ke dalam?’

“Sekali lagi, Si Pengembara merasionalisasikan bahawa untuk menyetujui tanpa membantah tidak akan merugikannya, kerana kepala unta itu dapat mengisi bahagian atas khemah yang dia sendiri tidak gunakan. Maka unta itu meletakkan kepalanya di dalam dan binatang itu pun berpuas hati lagi—tetapi hanya untuk waktu yang singkat.

“‘Hanya bahagian depan sahaja,’ mohonnya, dan sekali lagi Si Pengembara mengizinkan dan segera bahu serta kaki depan unta itu sudah berada dalam khemah. Akhirnya, dengan proses memohon dan memberi yang sama, dada unta, bahagian belakangnya dan seluruh tubuhnya berada di dalam khemah. Tetapi sekarang itu terlalu sesak bagi mereka berdua, dan Sang Unta itu pun menendang Si Pengembara keluar ke tengah hentaman angin dan badai” (Ajaran-ajaran Presiden Gereja: Spencer W. Kimball [2006], 106–7).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Panggilan anda diilhamkan. “Panggilan anda untuk mengajar datang dari Tuhan. … Anda telah ditetapkan di bawah arahan mereka yang memegang kunci-kunci imamat; oleh itu, anda memiliki hak untuk wahyu peribadi yang anda perlukan untuk berjaya. Berkat-berkat ini milik anda semasa anda mencarinya, kekal beriman, dan berusaha untuk menjadi layak (Teaching in the Savior’s Way, 5).