Ikutlah Aku
12–18 Ogos. Roma 7–16: ‘Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan’


“12–18 Ogos. Roma 7–16: ‘Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“12–18 Ogos. Roma 7–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Roma

12–18 Ogos

Roma 7–16

“Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan”

Baca Roma 7–16, dan catatkan tanggapan yang anda terima tentang cara untuk membantu ahli kelas anda belajar dari tulisan suci. Pada mulanya tanggapan anda mungkin kelihatan seperti idea-idea yang mudah, tetapi ketika anda merenungkannya, mereka dapat menjadi aktiviti pembelajaran bermakna.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ahli-ahli kelas harus berasa bebas untuk berkongsi apa saja yang mengilhami mereka dalam kajian peribadi atau keluarga mereka, tetapi kadangkala ia membantu untuk meminta pandangan tentang sesuatu yang spesifik. Sebagai contoh, anda boleh membaca Roma 10:17 dan 15:4 dan minta mereka berkongsi tulisan suci yang membina kepercayaan mereka atau memberi mereka harapan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Roma 8:14–18

Melalui Yesus Kristus, kita boleh mewarisi semua yang Bapa Syurgawi miliki.

  • Sebagai Orang Suci Zaman Akhir, kita percaya frasa seperti “pewaris Tuhan” dan “pewaris bersama dengan Kristus” bermaksud bahawa dengan bantuan Yesus Kristus, kita dapat menjadi seperti Bapa Syurgawi dan menerima semua yang Dia miliki (Roma 8:17; lihat juga A&P 132:19–20). Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat bagaimana ajaran ini diajarkan sepanjang tulisan suci, anda boleh menjemput setengah kelas untuk mempelajari beberapa ayat Alkitab yang disenaraikan dalam “Sumber-sumber Tambahan” dan setengah yang lain untuk mempelajari ayat-ayat dari kitab suci zaman akhir, juga dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Kemudian ahli-ahli kelas boleh mengajar antara satu sama lain tentang apa yang telah mereka pelajari. Beri mereka masa untuk membincangkan mengapa ajaran ini begitu penting. Contohnya, apakah perbezaannya dalam kehidupan kita untuk mengetahui bahawa kita boleh menjadi “pewaris Tuhan, dan pewaris bersama dengan Kristus”? (Roma 8:17).

  • Mengingati bahawa berkat abadi yang menunggu para orang yang beriman dapat menolong kita ketika kita menghadapi godaan atau percubaan (lihat Roma 8:18). Cara mudah untuk menggambarkan asas ini adalah untuk melukis imbangan di papan tulis; minta ahli-ahli kelas untuk menyenaraikan pada sisi beberapa percubaan yang mungkin dihadapi orang. Kemudian mereka dapat mencari beberapa tulisan suci dalam “Sumber-sumber Tambahan” dan menyenaraikan di sisi lain penjelasan berkat abadi yang datang kepada mereka yang menghadapi percubaan mereka dengan beriman. Bagaimanakah percubaan dibandingkan dengan berkat yang dijanjikan? Apakah yang akan kita katakan kepada seseorang yang bertanya kepada kita apakah berbaloi untuk beriman kepada perintah Tuhan?

  • Analogi yang diberikan oleh Elder Dallin H. Oaks dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu ahli-ahli kelas membincangkan bagaimana kita boleh bersedia untuk menjadi “pewaris Tuhan” (Roma 8:17). Apakah beberapa “hukum dan asas” yang disebut oleh Elder Oaks?

Roma 8:18, 28, 31–39

“Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita?”

  • Bincangkan Roma 8 bersama-sama dapat memberi peluang untuk membantu ahli-ahli kelas merasakan kasih Juruselamat. Pertimbangkan untuk memaparkan imej halaman penuh dalam rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga atau gambar Yesus Kristus yang semasa anda membaca Roma 8:18, 28, 31–39 sebagai satu kelas. Apakah fikiran atau perasaan yang ahli-ahli kelas ada setelah membaca ayat-ayat ini? Anda boleh menjemput beberapa ahli kelas untuk berkongsi bagaimana mereka mendapat kesaksian mengenai kebenaran yang mereka temukan dalam ayat-ayat ini. Anda juga boleh menyanyikan lagu rohani sebagai satu kelas (atau minta seseorang untuk melakukan persembahan muzik) mengenai kasih Tuhan dan Yesus Kristus, seperti “Tuhan Mengutus PuteraNya” atau “‘Ku Berdiri Kagum” (Nyanyian Rohani, no. 78, 82). Apakah perkataan atau frasa dari lagu-lagu ini membantu ahli-ahli kelas merasakan kasih Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus?

Roma 13:8–10

Semua perintah Tuhan dipenuhi dalam perintah untuk mengasihi.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas melihat bagaimana semua perintah itu “sudah disimpulkan menjadi satu” hukum kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri (Roma 13:9), jemput mereka untuk membuat senarai di papan tulis semua perintah yang mereka boleh fikirkan. Baca bersama Roma 13:8–10 dan Matius 22:36–40, dan bincang sebagai kelas hubungan antara Tuhan yang pengasih dan jiran kita dan mematuhi setiap perintah yang disenaraikan di papan tulis. Bagaimanakah kebenaran ini mengubah cara kita berfikir tentang perintah dan kepatuhan?

Roma 14

Kita harus menjauhkan diri dari menilai pilihan orang lain dan menjadi batu sandungan rohani.

  • Untuk memberikan beberapa konteks kepada Roma 14, anda boleh menunjukkan bahawa sesetengah Orang Suci Roma bertikai antara satu sama lain tentang tabiat pemakanan yang berbeza, pemeliharaan hari rehat, dan amalan kebudayaan yang lain. Apakah situasi yang sama yang kita hadapi hari ini? Mungkin ahli-ahli kelas boleh mengimbas Roma 14 dan memberi ringkasan ayat tentang nasihat Paulus. Apakah nasihat yang kita boleh saling berkongsi mengenai bagaimana untuk mengelakkan dari menghakimi? Kenyataan oleh Presiden Dieter F. Uchtdorf dalam “Sumber-sumber Tambahan” boleh membantu.

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk mengilhami ahli-ahli kelas untuk membaca 1 Korintus 1–7, anda boleh memberitahu mereka bahawa ia mengandungi nasihat Paulus kepada ahli-ahli yang tinggal tempat yang dikenali sebagai salah satu bandar purba dunia yang paling tidak berakhlak dan pemuja berhala.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Roma 7–16

Menerima “segala yang Bapa miliki” (A&P 84:38).

Dari Alkitab

Dari kitab suci zaman akhir

Elder Dallin H. Oaks mengaitkan perumpamaan yang berikut:

“Seorang bapa yang kaya tahu bahawa jika dia memberikan kekayaannya kepada seorang anak yang belum membina kebijaksanaan dan perawakan yang diperlukan, warisannya mungkin akan sia-sia. Bapa itu berkata kepada anaknya:

“‘Segala yang saya ada saya ingin memberikan kepada kamu—bukan sahaja kekayaan saya, tetapi juga jawatan dan kedudukan saya di kalangan manusia. Apa yang saya ada saya boleh memberikan kepada kamu dengan senang tetapi untuk menjadi seperti saya kamu perlu mendapatkannya sendiri. Kamu akan memenuhi syarat untuk warisan kamu dengan mempelajari apa yang saya pelajari dan hidup seperti yang saya telah jalani. Saya akan memberikan kepada kamu hukum dan asas yang telah membantu saya memperolehi kebijaksanaan dan perawakan. Ikuti teladan saya, menguasai seperti yang saya telah menguasai, dan kamu akan menjadi seperti saya, dan semua yang saya ada akan menjadi milik kamu’” (“The Challenge to Become,” Ensign, Nov. 2000, 32).

Pewaris bersama dengan Kristus.

“Orang Suci Zaman Akhir melihat semua orang sebagai anak-anak Tuhan dalam pengertian yang penuh dan lengkap; mereka menganggap setiap orang mempunyai berasal dari ketuhanan asli, dan berpotensi. … Sama seperti seorang kanak-kanak dapat mengembangkan sifat-sifat ibu bapanya dari masa ke masa, sifat ketuhanan yang diwarisi oleh manusia dapat dikembangkan untuk menjadi seperti Bapa Syurgawi mereka. … Lelaki dan wanita mempunyai potensi untuk pemuliaan kepada keadaan ketuhanan” (“Becoming Like God,” Gospel Topics, topics.lds.org).

Menghakimi orang lain.

Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajar:

“Tajuk ini tentang menghakimi orang lain boleh diajarkan dalam khutbah satu kata sahaja. Apabila seorang mahu membenci, bergosip, tak mempedulikan, mengejek, berpegang dendam, atau mahu meluka hati orang lain, tolong menerapkan yang berikutnya::

“Berhentilah!

“Semudah itu. Kita perlu berhenti menghakimi orang lain sahaja dan menggantikan fikiran dan perasaan yang berhakim dengan kasih sayang atas Tuhan dan anak-anak-Nya. Tuhan ialah Bapa kita. Kita anak-anak-Nya. Kita semua saudara-saudari. … Baru-baru ini saya terlihat satu pelekat kereta … Pelekat itu dilekatkan pada belakang kereta yang pemandunya kelihatan sedikit kasar, tetapi perkataan atas pelekat itu mengajarkan saya sebuah pelajaran yang memberi saya wawasan. Ia berkata, ‘Jangan menghakimi saya sebab saya berdosa dengan cara lain daripada kamu’” (“Yang Berbelas Kasihan Dapatkan Belas Kasihan,” Ensign atau Liahona, Mei 2012, 75).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Cari sumber untuk menyokong asas-asas. Tambahan kepada idea mengajar dalam rangka panduan ini, anda boleh mengubahsuai aktiviti dari rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga untuk digunakan dalam kelas anda. (Lihat juga Teaching in the Savior’s Way, 17–18.)