Ikutlah Aku
29 Julai–4 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28: Seorang Pelayan Rohani Dan Seorang Saksi


“29 Julai–4 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28: Seorang Pelayan Rohani Dan Seorang Saksi” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“29 Julai–4 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Imej
Paulus di dalam penjara

29 Julai–4 Ogos

Kisah Rasul-Rasul 22–28

Seorang Pelayan Rohani Dan Seorang Saksi

Baca Kisah Rasul-Rasul 22–28 dengan satu doa agar Roh Kudus akan mengilhami anda untuk ketahui apa yang harus di fokuskan bagi membantu ahli-ahli kelas anda. Catatkan sebarang idea yang datang ke minda; ia mungkin menjadi permulaan rancangan pengajaran anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Minta ahli-ahli kelas untuk tuliskan satu rujukkan tulisan suci dari Kisah Rasul-Rasul 22–28 yang telah menarik perhatian mereka minggu ini. Kumpulkan jawapan-jawapan mereka dan baca beberapa ayat-ayat tersebut. Jemput beberapa ahli kelas untuk kongsikan mengapa ayat-ayat tersebut bermakna bagi mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kisah Rasul-Rasul 22:1–21; 26:1–29

Kesaksian merupakan satu deklarasi kebenaran yang berdasarkan pengetahuan atau kepercayaan peribadi.

  • Kesaksian Paulus kepada Festus dan Raja Agripa boleh menjadi satu peluang untuk membincangkan apa maksudnya memberi kesaksian. Anda mungkin bermula dengan menyuruh ahli-ahli kelas mengkaji semula Kisah Rasul-Rasul 22:1–21 dan 26:1–29. Apakah yang kita pelajari daripada teladan Paulus tentang pemberian kesaksian? Apakah asas tambahan berkenaan pemberian kesaksian yang kita pelajari daripada kenyataan Elder M. Russell Ballard dalam “Sumber-sumber Tambahan”? Menyanyi atau memainkan lagu rohani “Kesaksian” (Nyanyian Rohani, no. 54) mungkin dapat membantu membawa Roh ke dalam perbincangan anda.

  • Ahli-ahli kelas mungkin telah memperoleh pemahaman peribadi apabila mereka mengkaji kesaksian Paulus kepada Festus dan Raja Agripa. Jemput mereka untuk kongsikannya. Apakah amaran yang diperoleh daripada balasan Raja Agripa bagi kita hari ini? (lihat Kisah Rasul-Rasul 26:28). Ahli-ahli kelas juga mungkin dapat fikirkan tentang kesaksian-kesaksian lain daripada tulisan suci yang telah mengilhami mereka. (Contoh-contoh lain termasuklah Ayub 19:25–27; 2 Nefi 33:10–15; Alma 5:45–48; dan Ajaran dan Perjanjian 76:22–24.) Atau mungkin mereka boleh kongsikan pengalaman ketika mereka dipengaruhi oleh kesaksian orang lain.

  • Nabi Joseph Smith membandingkan pengalamannya bersaksikan Penglihatan Pertama dengan pengalaman Paulus ketika bersaksi kepada Raja Agripa (lihat Sejarah—Joseph Smith 1:24–25). Ahli-ahli kelas mungkin dapat bekerjasama secara berpasangan untuk menciptakan satu senarai persamaan di antara dua hamba Tuhan tersebut. Bagaimanakah aktiviti ini membantu kita memahami bagaimana untuk berkongsikan kesaksian kita walaupun ia susah?

  • Walaupun Paulus tidak mencari kesaksian rohani yang diterima dalam perjalanan ke Damsyik, sepanjang hidupnya dia berusaha untuk mengekalkan dan mempertahankan kesaksian dia (lihat Kisah Rasul-Rasul 22:10, 14–16; 26:19). Teladan Paulus mungkin dapat membantu kelas anda faham bahawa satu kesaksian memerlukan usaha dan pengorbanan. Untuk memulakan perbincangan berkenaan ini, mungkin seorang ahli kelas boleh menerangkan usahanya untuk menjadi seorang pemuzik, pelukis, atau olahraga yang mahir. Bagaimanakah pengembangan kemahiran sedemikian seumpama memperoleh dan memperkukuhkan satu kesaksian? Apakah usaha-usaha yang kita perlu lakukan untuk memperoleh dan memperkukuhkan satu kesaksian? (lihat juga Alma 5:46).

Kisah Rasul-Rasul 26:9–23

Kita mempunyai tanggungjawab untuk melayan orang lain.

  • Tuhan telah memanggil Paulus untuk menjadi “seorang pelayan rohani” (“… melantik engkau menjadi hamba-Ku”) (Kisah Rasul-Rasul 26:16), tetapi apakah maksud perkataan ini? Untuk membantu ahli-ahli kelas meneroka bagaimana mereka boleh melayan orang lain, anda boleh tuliskan di atas papan tulis satu soalan seperti Apakah maksudnya untuk melayan? Jemput ahli-ahli kelas untuk carikan jawapan-jawapan dari sumber-sumber berikut: Matius 20:25–28; Kisah Rasul-Rasul 26:16–18; 3 Nefi 18:29–32; Panduan Tulisan Suci, “Pelayan,” scriptures.lds.org. Ketika mereka kongsikan apa yang mereka dapati, galakkan mereka untuk membincangkan cara-cara kita boleh melayan orang, termasuklah dalam panggilan Gereja kita.

  • Brother David L. Beck telah berucap tentang tanggungjawab pemegang imamat untuk melayan orang, dan kebanyakan pandangan dia boleh diaplikasikan kepada semua yang sedang melayan di dalam Gereja (lihat “Tugas Suci Anda untuk Melayan,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 55–57). Contohnya, apakah ajaran daripada kisah Chy Johnson tentang melayan orang lain? Video “The Miracle of the Roof” (LDS.org) juga merupakan satu contoh melayan yang baik. Apakah contoh-contoh lain yang ahli-ahli kelas boleh kongsikan? Berikan ahli-ahli kelas anda masa untuk fikirkan siapa yang mereka boleh melayan minggu ini dan bagaimana mereka akan melakukannya.

Kisah Rasul-Rasul 27

Jika kita mematuhi nabi-nabi Tuhan, Dia akan membimbing dan melindungi kita daripada kejahatan.

  • Ahli-ahli kelas anda mungkin punyai pengalaman di mana mereka mengikut bimbingan nabi walaupun ia berbeza daripada nasihat duniawi atau pendapat orang di sekeliling mereka. Jemput beberapa ahli kelas datang ke kelas bersedia untuk kongsikan pengalaman-pengalaman itu. Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan bagaimana orang di atas kapal menjawab apabila Paulus bernubuat bahawa kapal itu akan mengalami “perjalanan yang sangat bahaya” (Kisah Rasul-Rasul 27:10). Bagaimanakah tindak balas orang terhadap nasihat nabi sama dengan hari ini?

  • Apakah yang kita belajar daripada Kisah Rasul-Rasul 27 berkenaan mengikut nabi Tuhan? Petikan daripada Elder Ronald A. Rasband dalam “Sumber-sumber Tambahan” mengandungi soalan-soalan untuk direnungkan dan senarai bahaya yang nabi-nabi moden telah berikan kepada kita sebagai amaran. Bagaimanakah anda telah diberkati dengan mengikut nasihat nabi-nabi hidup?

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk mengilhami ahli-ahli kelas mula membaca surat-surat Paulus, minta mereka bayangkan bahawa seorang ahli Kuorum Dua Belas menulis satu surat peribadi kepada cabang anda. Bagaimanakah perasaan kita terhadap surat itu? Apakah yang mungkin dia katakan kepada kita? Jemput ahli-ahli kelas untuk ingati fikiran-fikiran tersebut apabila mereka membaca surat-surat Paulus kepada Orang Suci Roma.

Imej
ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Kisah Rasul-Rasul 22–28

Memberi kesaksian.

Elder M. Russell Ballard telah bercakap tentang kesaksian Paulus kepada Raja Agripa dan mengajar apa maksudnya bagi kita untuk memberi kesaksian:

“Pertemuan kesaksian kita haruslah lebih berpusat kepada Juruselamat, ajaran-ajaran Injil, berkat Pemulihan, dan ajaran-ajaran tulisan suci. Kita perlu menggantikan cerita-cerita, kisah perjalanan, dan ceramah dengan kesaksian yang murni. Mereka yang diamanahkan untuk bercakap dan mengajar di pertemuan kita perlulah melakukannya dengan kuasa ajaran yang akan didengar dan dirasai, mengangkat roh dan memperbaiki orang kita. …

“… Walaupun ia baik untuk mengungkapkan kasih dan kesyukuran, ungkapan tersebut tidak membentuk kesaksian yang akan menyemarakkan api kepercayaan dalam kehidupan orang lain. Untuk memberi kesaksian adalah ‘memberikan kesaksian melalui kuasa Roh Kudus; membuat pernyataan khusyuk mengenai kebenaran berdasarkan pada pengetahuan atau kepercayaan peribadi. [Panduan Tulisan Suci, “Bersaksi,” scriptures.lds.org]. Pengisytiharan yang jelas memberi perbezaan dalam kehidupan orang. Itulah yang mengubah hati. Itulah yang Roh Kudus dapat tetapkan di dalam hati anak-anak Tuhan” (“Pure Testimony,” Ensign atau Liahona, Nov. 2004, 41).

Berdiri dengan Pemimpin Gereja.

Elder Ronald A. Rasband telah mengajar:

“[Pemimpin kita], melalui ilham ilahi, telah dipanggil untuk mengajar dan membimbing kita dan … memanggil kepada kita untuk berhati-hati terhadap bahaya yang kita hadapi setiap hari—daripada pengamatan hari Sabat bersahaja, kepada ancaman kepada keluarga, ancaman kebebasan agama, dan juga mempertikaikan wahyu zaman akhir. Saudara dan saudari, adakah kita mendengar nasihat mereka? …

“Sambil kita mara ke hadapan, memilih untuk mengikut arahan dan amaran pemimpin kita, kita pilih untuk mengikut Tuhan sementara dunia memilih untuk ke arah yang lain. Kita pilih untuk pegang teguh kepada batang besi, untuk menjadi Orang Suci Zaman Akhir, untuk berada di atas tugasan Tuhan, dan untuk dipenuhi dengan kebahagiaan yang tersangat besar’ [1 Nefi 8:12].

“Soalan yang berkembang pada hari ini amat jelas: adakah anda berdiri dengan pemimpin Gereja di dalam dunia yang semakin gelap supaya kamu mungkin boleh menyebarkan Cahaya Kristus?” (“Berdiri dengan Pemimpin Gereja,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 47–48).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Bersedia dengan awal. “Apabila anda renungkan bagaimana asas-asas Injil yang diajar akan memberkat ahli-ahli kelas anda, idea dan tanggapan akan datang dalam kehidupan sehari-hari anda—ketika anda pergi ke kerja, melaksanakan kerja rumah, atau berinteraksi dengan keluarga dan kawan-kawan. Jangan fikirkan persediaan rohani sesuatu yang anda luangkan masa untuk tetapi sesuatu yang anda lakukan sentiasa” (Teaching in the Savior’s Way, 12).

Cetak