Ikutlah Aku
5–11 Ogos. Roma 1–6: ‘Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan’


“5–11 Ogos. Roma 1–6: ‘Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“5–11 Ogos. Roma 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2019

Paulus menulis surat

5–11 Ogos

Roma 1–6

“Kuasa Tuhan yang Menyelamatkan”

Baca dengan penuh doa Roma 1–6 dengan memikirkan ahli-ahli kelas anda. Ini akan membantu anda menjadi peka terhadap dorongan Roh semasa anda bersedia mengajar.

Mencatat Tanggapan Anda

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan memberi ahli kelas beberapa minit untuk membaca Roma 1–6 untuk ayat yang mereka suka. Kemudian mereka boleh berkongsi ayat yang mereka pilih dengan orang yang duduk berdekatan.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Roma 1:16–17

“Saya tidak malu dengan injil Kristus.”

  • Adakah ahli-ahli kelas anda pernah menghadapi cemuhan kerana kepercayaan mereka? Jemput mereka untuk membaca Roma 1:16–17 dan memikirkan contoh-contoh dari Kisah Rasul-Rasul di mana Paulus menunjukkan dia tidak malu dengan injil. Apakah beberapa perkara yang membuat kita tidak malu menjadi ahli Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir? Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pengalaman di mana mereka atau orang lain menunjukkan bahawa mereka tidak malu dengan injil Yesus Kristus.

Roma 1:16–17; 2:28–29; 6:1–11

Penganutan yang benar didapati dalam komitmen kita, bukan hanya dalam tindakan kita.

  • Bagaimanakah kita menilai penganutan kita sendiri? Nasihat Paulus kepada orang Roma dapat membantu kita untuk mengingati agar tidak memberi tumpuan kepada tugas dalam senarai tugas tetapi pada “hati [dan] jiwa” (Roma 2:29). Untuk membantu kelas anda memahami nasihat Paulus, anda boleh menulis teks dari Roma 2:28–29 di papan tulis. Gantikan perkataan Yahudi dengan Orang Suci Zaman Akhir dan perkataan sunat dengan perjanjian. Apakah yang ditambahkan oleh perubahan ini kepada pemahaman kita tentang ajaran Paulus? Anda juga boleh membincangkan contoh-contoh perkara yang kita lakukan sebagai ahli Gereja yang lebih bermakna dan berkuasa apabila dilakukan “dengan hati dan dalam roh” (Roma 2:29). Contohnya, lihat ucapan Elder Jeffrey R. Holland mengenai pengajaran kerluarga, “Wakil-wakil Gereja” (Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 61–67), atau ucapan Elder Neil L. Andersen mengenai pekerjaan penginjil, “Seorang Saksi Tuhan” (Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 35–38).

Roma 3–6

“Tetapi apabila dosa bertambah, rahmat Tuhan pun semakin bertambah.”

  • Mungkin ada orang di kelas anda yang memerlukan bantuan memahami ajaran Paulus dalam bab ini mengenai iman, kerja dan rahmat (lihat juga rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga dan Terjemahan Joseph Smith untuk bab-bab ini dalam nota kaki dan lampiran Alkitab). Bagaimanakah anda dapat membantu mereka belajar daripada satu sama lain? Pertimbangkan untuk membentangkan dua senario berikut untuk membantu ahli-ahli kelas memahami bahawa kita tidak seharusnya melihat kerja baik kita sebagai satu cara untuk membuktikan kelayakan kita, dan juga kita tidak harus melihat rahmat Kristus sebagai alasan untuk kesilapan dan dosa kita. Jemput ahli-ahli kelas untuk mencari kebenaran dalam Roma 3:20–31; 5:1–2; 6:1–2, 21–23 yang boleh membantu Gloria dan Justin. Apakah kebenaran ajaran lain dalam “Sumber-sumber Tambahan” yang akan membantu mereka memahami kepentingan kedua-dua melaksanakan perbuatan yang soleh dan percaya dalam rahmat Kristus? Anda boleh minta ahli-ahli kelas berkongsi apa yang mereka dapati atau lakon peranan satu perbualan.

Senario 1

Anda mempunyai seorang kawan bernama Gloria yang merasa beban dalam usahanya untuk menjadi seorang pengikut yang beriman. Dia bekerja keras untuk melakukan segala yang dia rasa perlu dilakukan, tetapi dia sering bimbang bahawa usahanya tidak mencukupi. “Adakah saya cukup baik?” Dia bertanya-tanya. “Adakah Tuhan akan menerima saya?”

Senario 2

Anda mempunyai kawan bernama Justin yang tidak terlalu bimbang tentang membuat pilihan yang soleh. Dia percaya kepada Yesus Kristus, dia menghadiri pertemuan gereja-Nya, dan dia adalah seorang bapa yang penuh kasih dan jiran yang baik. Tetapi, dia memilih untuk tidak mematuhi standard yang akan melayakkan dia untuk mendapatkan kad rekomen bait suci. Apabila keluarga dan kawan-kawan cuba menggalakkan dia untuk bersedia ke bait suci, dia menjawab, “Saya seorang yang baik. Saya mempunyai iman kepada Kristus. Dia sudah membayar harga untuk dosa-dosa saya, dan saya tidak fikir Dia akan menghalang saya ke Kerajaan Selestial hanya untuk masalah kecil seperti itu.”

ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Untuk menggalakkan ahli-ahli kelas membaca Roma 7–16, anda boleh memberitahu mereka bahawa Paulus menggambarkan perang di dalam dirinya—dan dalam diri kita semua. Dalam Roma 7–16 kita mengetahui apakah perang itu dan bagaimana untuk memenanginya.

ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Roma 1–6

Iman, rahmat, pekerjaan.

Walaupun kita harus berusaha untuk mengikuti perintah-perintah, kepatuhan kepada hukum Tuhan semata-mata tidak akan menyelamatkan kita (lihat Roma 3:27–31). Walaupun dengan usaha terbaik kita, kita “semua sudah berdosa dan jauh daripada Tuhan” (Roma 3:23). Untuk sebab itu, kita semua memerlukan Yesus Kristus, yang memberikan rahmat kepada kita untuk mengampuni dosa-dosa kita dan membolehkan kita terus melakukan kerja yang baik. Seperti yang diajar Paulus, “Apabila dosa bertambah, rahmat Tuhan pun semakin bertambah” (Roma 5:20).

Presiden David O. McKay berkongsi analogi tentang seorang budak lelaki yang mula lemas semasa berenang bersama rakan-rakannya: “Nasib baik, orang yang mempunyai akal fikiran dan tindakan cepat, menghulurkan tongkat panjang dari pagar willow dan memberi hujungnya ke arah pemuda yang sedang lemas, dia memegangnya dengan ketat dan telah diselamatkan.

“Semua budak lelaki itu mengisytiharkan bahawa budak yang lemas itu berhutang nyawa kepada lelaki yang memberikan cara menyelamatkannya.

“Fakta ini tidak diragui; dan walaupun dengan cara yang diberikan kepadanya, jika anak lelaki itu tidak mengambil kesempatan dari itu, jika dia tidak meletakkan segala usaha peribadi pada arahannya, dia akan lemas, walaupun perbuatan rakannya untuk selamatkannya” (David O. McKay, “The Gospel of Work,” Instructor, Jan. 1955, 1).

Menangani persoalan sama ada kita diselamatkan oleh iman atau kerja, penulis Kristian C. S. Lewis menuliskan: “Ia [seolah-olah] seperti bertanya mana pisau dalam sepasang gunting paling diperlukan” (Mere Christianity, 148).

Senario 1

“Keselamatan tidak boleh dibeli dengan mata wang kepatuhan; ia dibeli oleh darah Putera Tuhan [lihat Kisah Rasul-Rasul 20:28]. …

“Rahmat adalah kurniaan Tuhan, dan keinginan kita untuk mentaati setiap perintah-perintah Tuhan adalah capaian tangan fana untuk menerima kurnia kudus ini daripada Bapa Syurgawi kita.” (Dieter F. Uchtdorf, “Kurniaan Rahmat,” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 109–10).

Senario 2

“Jika rahmat adalah kurnia Tuhan, mengapa kepatuhan kepada perintah-perintah Tuhan sangat penting? Mengapa perlu ikut perintah-perintah Tuhan—atau bertaubat, dalam hal ini? …

“Ketaatan kita terhadap perintah-perintah Tuhan adalah hasil perkembangan kasih dan kesyukuran kekal kita untuk kebaikan Tuhan. Kasih dan kesyukuran tulen ini akan menggabungkan kerja kita bersama rahmat Tuhan dengan ajaib.” (Dieter F. Uchtdorf, “Kurniaan Rahmat,” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 109).

Keperluan berterusan kita untuk rahmat.

“Selain memerlukan rahmat untuk keselamatan muktamad, anda memerlukan kuasanya yang membolehkan setiap hari dalam hidup anda. Semasa anda mendekati Bapa Syurgawi anda dalam ketekunan, kerendahan hati, dan kelembutan hati, Dia akan mengangkat dan menguatkan anda melalui rahmat-Nya (lihat Amsal 3:34; 1 Petrus 5:5; Ajaran dan Perjanjian 88:78; 106:7–8). Pergantungan pada rahmat-Nya membolehkan anda untuk maju dan berkembang dalam kesolehan” (True to the Faith, 78).

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Panggilan anda diilhamkan. Sebagai pengajar, anda telah dipanggil oleh Tuhan untuk memberkati anak-anaknya. Tuhan ingin anda berjaya, jadi, jika anda hidup layak untuk pertolongan-Nya, Dia akan memberikan kepada anda wahyu yang anda cari. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 5.)