Perjanjian Baru 2023
13–19 November. Yakobus: “Lakukanlah Apa yang Difirmankan-Nya, Bukan Hanya Mendengar Firman-Nya”


“13–19 November. Yakobus: ‘Lakukanlah Apa yang Difirmankan-Nya, Bukan Hanya Mendengar Firman-Nya’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2023)

“13–19 November. Yakobus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Imej
remaja membersihkan dinding

13–19 November

Yakobus

“Lakukanlah Apa yang Difirmankan-Nya, Bukan Hanya Mendengar Firman-Nya”

Sebelum membaca panduan ini, baca Surat Yakobus dan beri perhatian kepada dorongan yang anda terima. Apakah asas-asas yang anda dapati akan memberkati dan meneguhkan ahli-ahli kelas anda?

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi ayat-ayat dari Yakobus yang mengilhami mereka untuk “lakukan apa yang difirmankan” (Yakobus 1:22). Sekiranya ia tidak terlalu peribadi, mereka juga boleh kongsikan apa yang mereka rasa mereka perlu lakukan secara individu atau sebagai keluarga.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Yakobus 1:5–6

Apabila kita meminta dengan iman, Tuhan memberikan dengan murah hati.

  • Asas-asas yang diajarkan dalam Yakobus 1:5–6 membawa Joseph Smith ke pengalaman rohani yang mengubah hidup, dan mereka boleh memberkati setiap daripada kita dalam beberapa cara. Anda boleh menulis soalan-soalan seperti berikut di papan tulis dan minta ahli-ahli kelas untuk merenungkannya dengan senyap: Apakah pengaruh Yakobus 1:5–6 dalam hidup anda? Apakah pengalaman Joseph Smith dengan ayat-ayat tersebut yang mengajarkan anda tentang mencari kebijaksanaan tentang soalan-soalan anda sendiri? (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:10–17). Apakah pengalaman-pengalaman yang telah mengajar anda bahawa “kesaksian Yakobus [adalah] benar”? (Joseph Smith—Sejarah 1:26). Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pendapat mereka setelah merenungkan soalan-soalan tersebut.

  • Ahli-ahli kelas boleh menyatakan Yakobus 1:5–6 dengan kata-kata mereka sendiri. Bagaimanakah ini membantu mereka memahami ayat-ayat ini dengan lebih baik? Anda mungkin ingin membincangkan bersama maksud beberapa perkataan dari ayat-ayat ini.

Yakobus 1:2–4; 5:7–11

Jika kita bertahan dengan kesabaran, Tuhan akan membimbing kita ke kesempurnaan.

  • Untuk memulakan perbincangan berkenaan ajaran Yakobus mengenai kesabaran dalam ayat-ayat ini, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi pengalaman ketika mereka harus bersabar dan apa yang mereka pelajari dari pengalaman itu. Kemudian mereka boleh mencari Yakobus 1:2–4; 5:7–11 untuk asas-asas yang mereka boleh gunakan untuk pengalaman mereka. Ahli-ahli kelas boleh berkongsi apa yang mereka telah pelajari tentang kesabaran semasa mereka mengenali Bapa Syurgawi dan Juruselamat. Apakah yang telah membantu kita mengembangkan kesabaran?

Yakobus 1:3–8, 21–25; 2:14–26

“Iman tanpa perbuatan adalah iman yang sia-sia.”

  • Salah satu cara untuk membincangkan ajaran Yakobus mengenai iman dan perbuatan adalah dengan membahagikan kelas anda kepada dua kumpulan—satu kumpulan meneroka mengapa iman memerlukan tindakan dan kumpulan lain meneroka mengapa tindakan kita memerlukan iman. Untuk melakukan ini, mereka boleh membaca Matius 7:21–23; Yakobus 1:6–8, 21–25; 2:14–26; dan Joseph Smith—Sejarah 1:19. Kemudian setiap kumpulan boleh berkongsi apa yang mereka dapati dan membincangkan mengapa kedua-dua iman dan perbuatan diperlukan.

    Imej
    Abraham berdoa di luar khemahnya

    “Abraham percaya kepada Tuhan, dan kerana imannya Tuhan menerima dia sebagai orang yang melakukan kehendak Tuhan” (Yakobus 2:23). Abraham on the Plains of Mamre [Abraham di Dataran Mamre], oleh Grant Romney Clawson

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas memikirkan lebih mendalam frasa terkenal “Iman tanpa perbuatan adalah iman yang sia-sia” (Yakobus 2:26), anda boleh menulis ayat berikut di papan tulis: Iman tanpa perbuatan adalah seperti tanpa . Jemput ahli-ahli kelas untuk berfikir tentang cara-cara kreatif untuk menyelesaikan ayat tersebut, dan biarkan mereka menulis idea mereka di papan tulis. Apakah yang boleh kita lakukan untuk sentiasa bertindak atas iman kita kepada Yesus Kristus?

Yakobus 2:1–9

Sebagai pengikut Yesus Kristus, kita mengasihi semua orang, tanpa mengira keadaan mereka.

  • Untuk membantu mengilhami ahli-ahli kelas menunjukkan kasih Kristus kepada semua orang tanpa mengira keadaan atau penampilan luaran, anda boleh meminta ahli-ahli kelas membaca secara bergilir ayat-ayat dari Yakobus 1:9–11; 2:1-9; 5:1–6. Bincangkan soalan-soalan seperti yang berikut: Apakah maksudnya “memperlakukan orang berdasarkan hal-hal yang lahir”? (Yakobus 2:9). Mengapakah kita kadang-kadang memperlakukan orang yang mempunyai wang, kemasyhuran, atau kuasa berbeza daripada mereka yang tidak mempunyainya? Bagaimanakah kita boleh mengelak dari memperlakukan orang lain secara berbeza berdasarkan keadaan mereka? Dalam cara apakah pengikut-pengikut beriman Juruselamat benar-benar yang terkaya? (lihat Yakobus 2:5).

Yakobus 3

Kata-kata yang kita gunakan mempunyai kuasa untuk menyakiti atau memberkati orang lain.

  • Gambaran berkuasa yang Yakobus gunakan dapat memberikan peringatan dan motivasi untuk menggunakan kata-kata—yang diucapkan dan ditulis—untuk mengangkat orang lain. Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas imbas Yakobus 3, mencari gambaran yang menggambarkan bagaimana kata-kata boleh menyakiti atau memberkati orang lain; sesetengah ahli kelas mungkin suka melukiskan gambar-gambar ini. Bagaimanakah perbandingan ini menggambarkan arahan Yakobus dalam bab ini? Contohnya, bagaimanakah kata-kata kita seperti api? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman yang menunjukkan kuasa bahasa. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk merenungkan bagaimana mereka boleh menggunakan nasihat Yakobus.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Galakkan persekitaran yang penuh hormat. “Bantu ahli-ahli kelas anda memahami bahawa setiap daripada mereka mempengaruhi semangat kelas. Galakkan mereka untuk membantu anda mewujudkan persekitaran terbuka, penuh kasih, dan penuh hormat agar semua orang berasa selamat untuk berkongsi pengalaman, soalan, dan kesaksian mereka” (Teaching in the Savior’s Way15).

Cetak