“6–12 November. Ibrani 7–13: ‘Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik, Yang Sudah Ada Di Sini’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2021)
“6–12 November. Ibrani 7–13,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
6–12 November
Ibrani 7–13
“Imam Agung Daripada Perkara-perkara Baik, Yang Sudah Ada Di Sini”
Ketika anda membaca Ibrani 7–13, renungkan pesanan Tuhan bagi Orang Suci Ibrani. Juga mencari pesanan-pesanan-Nya kepada anda dan kepada mereka yang anda ajar.
Jemput Perkongsian
Sebelum kelas, jemput beberapa ahli kelas datang bersedia untuk berkongsi ayat-ayat daripada Ibrani 7–13 yang telah membantu mereka “hampiri [kepada Tuhan] dengan hati yang tulus dan iman yang teguh” (Ibrani 10:22).
Mengajar Ajaran
Tatacara injil kuno dan moden merujuk kepada Yesus Kristus.
-
Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan untuk mencari Ibrani 7 untuk ayat-ayat yang mengajar tentang Imamat Melkisedek dan bersaksi tentang Yesus Kristus. Jemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka temui. Atau anda boleh memberi mereka masa di kelas untuk mengkaji semula bab 7 dan mencari ayat-ayat yang mengajar tentang imamat ini dan bersaksi tentang Juruselamat. Bagaimana Melkisedek seperti Yesus Kristus? (lihat tajuk Melkisedek dalam ayat 1–2). Bagaimanakah tatacara Imamat Melkisedek membantu kita datang kepada Kristus?
-
Walaupun kita tidak mempersembahkan pengorbanan haiwan, kita menurut serta dalam tatacara injil hari ini yang dalam cara yang serupa, mengarahkan jiwa kita ke Kristus dan menyediakan “cara-cara yang sah di mana berkat-berkat dan kuasa syurga boleh menjadi sebahagian kehidupan kita” “Selalu Mengekalkan Pengampunan Dosa-dosamu,” Liahona, Mei 2016, 60). Anda mungkin boleh meneroka bersama bagaimana tatacara-tatacara kuno yang digambarkan dalam Ibrani 8–10 melambangkan korban tebusan Juruselamat. Contohnya, apakah yang diwakili oleh darah lembu jantan dan kambing? (lihat Ibrani 9:13–14). Siapakah yang diwakili oleh imam agung itu? (lihat Ibrani 9:24–26). Bagaimanakah tatacara injil moden memberkati kita dan membantu mengarahkan kita ke Yesus Kristus? Apakah yang boleh kita lakukan untuk membuat tatacara-tatacara ini lebih bermakna dan lebih berpusat kepada Juruselamat?
Iman memerlukan kepercayaan dalam janji-janji Tuhan.
-
Untuk membantu ahli-ahli kelas faham ajaran Paulus tentang iman, anda boleh bermula dengan meminta mereka fikirkan bagaimana mereka menjelaskan iman dalam satu ayat. Kemudian, baca dan bincangkan bersama kelas definisi yang Paulus telah berikan dalam Ibrani 11:1. Anda kemudian boleh menugaskan setiap orang untuk memilih salah satu orang yang disebutkan dalam Ibrani 11 untuk dikaji. Ahli-ahli kelas boleh menggunakan nota kaki atau Panduan Tulisan Suci (scriptures.ChurchofJesusChrist.org) untuk mengkaji semula pengalaman orang itu dalam Perjanjian Lama, dan kemudiannya berkongsi dengan kelas apa yang mereka jumpai. Bagaimanakah orang tersebut menunjukkan mereka berasa suatu “kepastian akan hal-hal yang diharapkan”? (Terjemahan Joseph Smith, Ibrani 11:1 [dalam Panduan Tulisan Suci]). Ahli-ahli kelas mungkin boleh berkongsi contoh lain tentang orang yang beriman. Bilakah kita telah melatih keimanan terhadap janji-janji yang belum dipenuhi?
-
Nasihat kepada Orang suci Ibrani yang tergoda untuk “tidak percaya” dari kepercayaan mereka mungkin bernilai bagi ahli-ahli kelas yang sedang bergelut dengan kesaksian mereka. Ia juga boleh membantu mereka yang cuba membantu orang terkasih dalam krisis iman. Untuk meneroka nasihat ini, ahli-ahli kelas boleh membaca Ibrani 10:34–38 dan kenyataan Elder Jeffrey R. Holland dalam “Sumber-sumber Tambahan.” Mengapakah kita kadang-kadang tergoda untuk putus harapan (lihat Ibrani 10:35) terhadap Tuhan dan injil-Nya? Apakah yang kita boleh lakukan untuk membina dan mengekalkan keimanan dan keyakinan untuk “menerima apa yang dijanjikan-Nya [Tuhan]”? (Ibrani 10:36).
Sumber-sumber Tambahan
“Oleh itu, janganlah putus harapan.”
Merujuk kepada Ibrani 10:32–39, Elder Jeffrey R. Holland mengajar:
“Pastinya ia susah—sebelum anda menyertai Gereja, ketika anda cuba untuk menyertai, dan selepas anda turut serta. Itulah yang selalu berlaku, Paulus berkata, tetapi jangan tidak percaya. Jangan panik dan mengundur diri. Jangan kehilangan keberanian anda. Jangan lupa perasaan anda dahulu. Jangan mencurigai pengalaman yang anda pernah alami. …
“Dengan sebarang keputusan besar, terdapatnya amaran dan pertimbangan yang perlu dilakukan, tetapi apabila doa-doa telah dijawab, berhati-hati dengan godaan untuk mengundur daripada satu perkara yang baik. Jika ia betul ketika anda berdoa mengenainya dan mempercayainya dan menjalaninya, ia betul untuk sekarang. Jangan putus asa apabila tekanan meningkat. … Hadapi keraguan anda. Kuasai ketakutan anda. ‘Oleh itu, janganlah putus harapan.’ Kekal pada perjalanan dan lihat keindahan hidup terbuka kepada anda” (“Cast Not Away Therefore Your Confidence,” Ensign, Mac 2000, 8–9).