“30 Oktober–5 November. Ibrani 1–6: ‘Yesus Kristus, “Sumber Penyelamatan yang Kekal”’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2021)
“30 Oktober–5 November. Ibrani 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
30 Oktober–5 November
Ibrani 1–6
Yesus Kristus, “Sumber Penyelamatan yang Kekal”
Pertimbangkan untuk berkongsi dengan ahli-ahli kelas anda beberapa tanggapan yang anda terima daripada Roh Kudus tentang Ibrani 1–6. Melakukannya boleh mengilhami mereka untuk mencari tanggapan mereka sendiri ketika mereka mengkaji tulisan suci.
Jemput Perkongsian
Sesetengah ahli kelas yang tidak sering berkongsi di kelas mungkin hanya memerlukan jemputan khusus dan sedikit masa untuk bersedia. Anda boleh menghubungi beberapa daripada mereka satu atau dua hari sebelum kelas dan minta mereka datang bersedia untuk berkongsi satu ayat dari Ibrani 1–6 yang bermakna bagi mereka.
Mengajar Ajaran
Yesus Kristus ialah “sumber penyelamatan yang kekal.”
-
Bagaimanakah anda boleh menggalakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi tulisan suci yang bermakna tentang Yesus Kristus yang mereka dapati dalam kajian peribadi dan keluarga mereka minggu ini? Pertimbangkan untuk mencipta lima lajur di papan tulis untuk mewakili lima bab pertama dalam Ibrani. Jemput ahli-ahli kelas untuk menulis dalam lajur, frasa-frasa sesuai dari bab-bab yang mengajar mereka tentang Yesus Kristus dan nombor ayat di mana ia dijumpai. Bagaimanakah mengetahui perkara-perkara ini tentang Juruselamat mempengaruhi iman kita kepada-Nya dan kesediaan untuk mengikuti-Nya?
Yesus Kristus menderita semua perkara supaya Dia dapat memahami dan menolong kita apabila kita menderita.
-
Ibrani 2:9–18; 4:12–16; 5:7–8 boleh membantu orang-orang yang memerhati penderitaan di dunia dan tertanya-tanya jika Tuhan melihat atau peduli. Ahli-ahli kelas boleh mengkaji ayat-ayat ini untuk mencari kebenaran yang akan membantu dengan soalan-soalan tersebut. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang bagaimana Juruselamat bertindak terhadap penderitaan manusia? Ia juga mungkin membantu untuk menjemput ahli-ahli kelas kongsikan contoh-contoh dari tulisan suci di mana Yesus Kristus menyokong dan menghiburkan orang ramai dalam penderitaan mereka (lihat “Sumber-sumber Tambahan”) Ahli-ahli kelas boleh membincangkan apa yang mereka pelajari tentang bagaimana Juruselamat boleh membantu kita ketika kita menghadapi cabaran yang sukar.
Berkat Tuhan tersedia bagi mereka yang “[tidak] berkeras kepala [hati mereka].”
-
Ibrani 3 dan4 mengandungi rayuan kepada Orang Suci agar tidak berkeras kepala [hati mereka] dan dengan itu menolak berkat-berkat yang Tuhan ingin berikan kepada mereka. Semasa anda dan kelas anda membaca Ibrani 3:7–4:2, bincangkan bagaimana pengalaman-pengalaman orang Israel kuno dapat diterapkan kepada kita hari ini, sepertimana ia diterapkan kepada orang Ibrani di Gereja awal (lihat bahan kajian tentang ayat-ayat ini dalam panduan minggu ini di Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga). Apakah yang boleh kita lakukan untuk memastikan hati kita lembut dan responsif terhadap kehendak Tuhan? (lihat Amsal 3:5–6; Alma 5:14–15; Eter 4:15). Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka atau orang lain yang mereka kenali telah diberkati kerana mereka mempunyai hati yang lembut dan menyesal.
Mereka yang melayani dalam kerajaan Tuhan mesti dipanggil oleh Tuhan.
-
Pesanan dalam Ibrani 5 tentang pemegang imamat yang dipanggil oleh Tuhan boleh digunakan bagi semua yang ditetapkan oleh wewenang imamat untuk melayan dalam panggilan Gereja. Untuk membantu kelas anda belajar apakah maksudnya “dipanggil oleh Tuhan seperti Harun telah dipanggil,” pertimbangkan untuk menjemput mereka kaji semula laporan Harun menerima panggilannya dalam Keluaran 4:10–16, 27–31; 28:1. Apakah pandangan dari laporan ini yang membantu kita memahami Ibrani 5:1–5? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana mereka telah menerima pengesahan bahawa seseorang dipanggil oleh Tuhan untuk memenuhi panggilan tertentu—termasuk, mungkin, diri mereka sendiri. Bagaimanakah pengesahan itu membantu mereka menyokong orang itu dengan lebih baik dalam panggilannya?
Sumber-sumber Tambahan
Contoh-contoh tulisan suci tentang orang-orang yang dihiburkan oleh Yesus Kristus.
-
Yohanes 8:1–11: Tuhan menghiburkan wanita yang ditangkap ketika berzina.
-
Yohanes 11:1–46: Tuhan menghiburkan Maria dan Marta setelah kematian saudara mereka, Lazarus.
-
Enos 1:4–6: Tuhan mengampuni dosa Enos dan menghapuskan kesalahannya.
-
Mosia 21:5–15: Tuhan melembutkan hati bangsa Laman sehingga mereka mengurangkan beban orang Limhi.
-
Mosia 24:14–15: Tuhan menguatkan umat Alma supaya mereka dapat menanggung beban mereka.
-
Eter 12:23–29: Kata-kata Tuhan menghiburkan Moroni.
-
3 Nefi 17:6–7: Juruselamat menyembuhkan bangsa Nefi dari kelemahan mereka.
-
Ajaran dan Perjanjian 121:7–10: Tuhan menghiburkan Joseph Smith (lihat juga Ajaran dan Perjanjian 123:17).