Perjanjian Baru 2023
23–29 Oktober. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon: “Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang Yang Percaya”


“23–29 Oktober. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon: “Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang Yang Percaya’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“23–29 Oktober. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Imej
tiga wanita berjalan di luar bait suci

23–29 Oktober

1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon

“Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang Yang Percaya”

Baca 1 dan 2 Timotius; Titus; dan Filemon dengan memikirkan ahli-ahli kelas anda. Fikiran dan tanggapan yang datang akan membantu anda mengarah ahli-ahli kelas ke ayat suci yang berpatutan dan membawa Roh ke dalam bilik kelas anda.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Ia mungkin dapat membantu bagi ahli-ahli kelas mendengar kejayaan dan cabaran satu sama lain ketika mengkaji tulisan suci, secara individu dan bersama keluarga. Pertimbangkan untuk memulakan kelas anda dengan menjemput ahli-ahli kelas berkongsi apa yang baik dalam pengkajian tulisan suci mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

1 dan 2 Timotius; Titus

Memahami ajaran yang benar akan membantu kita mengelakkan daripada tertipu.

  • Ahli-ahli kelas anda hidup dalam masa di mana ia boleh menjadi sukar untuk memutuskan apa yang benar dan apa yang salah. Timotius dan Titus juga hidup dalam zaman seperti ini, jadi mungkin nasihat Paulus kepada mereka boleh menjadi berharga hari ini. Berikut adalah beberapa ayat yang mengandungi nasihat Paulus: 1 Timotius 1:1–7; 4:1–2, 6; 6:3–5, 20–21; 2 Timotius 3:13–17; 4:2–4; Titus 1:7–9; 2:1, 7–8. Anda boleh menugaskan setiap ahli kelas untuk membaca salah satu ayat tersebut dan berkongsi apa yang dia belajar tentang kepentingan ajaran yang benar (lihat juga Alma 31:5). Bagaimanakah ajaran Juruselamat membantu kita mengelakkan penipuan? Ahli-ahli kelas juga boleh berkongsi pengalaman di mana kuasa ajaran yang benar memberkati mereka.

Imej
dua penginjil bercakap dengan seorang lelaki

“Janganlah biarkan sesiapa pun menghina engkau kerana engkau muda. Sebaliknya hendaklah engkau menjadi teladan bagi semua orang yang percaya” (1 Timotius 4:12).

1 Timotius 4:10–16

“Hendaklah engkau menjadi teladan bagi semua orang yang percaya.”

  • Ahli-ahli kelas anda mungkin tidak menyedari kuasa teladan baik yang mereka tunjukkan. Pertimbangkan untuk menjemput mereka berkongsi tentang orang yang mereka kenali, termasuk rakan ahli kelas, yang telah menjadi teladan pengikut Kristus. Ia mungkin membantu perbincangan itu jika anda senaraikan di papan tulis kata-kata dari ayat 12 yang menghuraikan bagaimana kita harus menjadi teladan—percakapan, kelakuan, kasih, iman, dan cara hidup yang suci. Ahli-ahli kelas boleh membincangkan bagaimana kita boleh menjadi teladan bagi semua orang yang percaya dalam setiap cara tersebut.

2 Timotius 1

“Roh yang diberikan oleh Tuhan kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Tuhan melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.”

  • Panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga mencadangkan kajian dalam 2 Timotius untuk nasihat yang Paulus berikan bagi menggalak Timotius dalam pelayanannya. Minta ahli-ahli kelas untuk berkongsi pandangan yang mereka peroleh. Atau anda boleh memberi mereka beberapa minit di kelas untuk mencari dan berkongsi beberapa nasihat Paulus (bab 1 mempunyai beberapa contoh yang baik). Mereka juga boleh berkongsi satu pengalaman di mana Tuhan telah membantu mereka mengatasi ketakutan dan memberi mereka “roh … kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri” (2 Timotius 1:7).

2 Timotius 3

Mengkaji tulisan suci boleh membantu kita menangani bahaya hari-hari terakhir.

  • Selepas memberi amaran kepada Timotius tentang “banyak kesusahan” (bahaya) yang akan datang, Paulus memberi saksi kuasa dan kepentingan tulisan-tulisan suci (lihat 2 Timotius 3:1, 14–17). Untuk memulakan satu perbincangan tentang bagaimana tulisan suci boleh menguatkan kita pada masa yang susah, anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk mengkaji semula huraian bahaya hari-hari terakhir Paulus yang didapati dalam 2 Timotius 3:1–7. Kemudian mereka boleh mencari atau berkongsi ayat suci yang telah membantu melindungi mereka daripada bahaya seperti ini (beberapa contoh telah disenaraikan dalam “Sumber-sumber Tambahan”). Bagaimanakah kajian tulisan suci melindungi kita daripada masalah dunia hari ini?

  • Mengkaji nasihat Paulus tentang kuasa tulisan suci boleh menjadi satu peluang bagi ahli-ahli kelas untuk menggalakkan satu sama lain dalam usaha mengkaji firman Tuhan. Ahli-ahli kelas boleh membaca 2 Timotius 3:14–17 dan mengenal pasti berkat-berkat dan perlindungan yang datang daripada pengkajian tulisan suci. Kemudian mereka boleh berkongsi pengalaman ketika mereka menerima berkat-berkat ini kerana pengkajian tulisan suci mereka. Anda juga boleh memberi ahli-ahli kelas sedikit masa untuk merenung apa yang mereka boleh lakukan untuk memperolehi pengalaman yang lebih bermakna bersama tulisan suci, secara individu dan juga secara keluarga.

Imej
ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Tulisan suci yang melindungi kita daripada bahaya hari-hari terakhir dihuraikan dalam 2 Timotius 3:2.

Bahaya Hari-hari Terakhir

Kebenaran Yang Melindungi Kita

Bahaya Hari-hari Terakhir

Pencinta diri sendiri

Kebenaran Yang Melindungi Kita

Yohanes 15:12–13

Bahaya Hari-hari Terakhir

Tamak

Kebenaran Yang Melindungi Kita

Ajaran dan Perjanjian 88:123

Bahaya Hari-hari Terakhir

Bercakap besar

Kebenaran Yang Melindungi Kita

Mosia 2:24–25

Bahaya Hari-hari Terakhir

Keangkuhan

Kebenaran Yang Melindungi Kita

Alma 5:27–28

Bahaya Hari-hari Terakhir

Mereka yang menghina Tuhan

Kebenaran Yang Melindungi Kita

Ajaran dan Perjanjian 63:64

Bahaya Hari-hari Terakhir

Tidak menghormati ibu bapa

Kebenaran Yang Melindungi Kita

Efesus 6:1–3

Bahaya Hari-hari Terakhir

Tidak bersyukur

Kebenaran Yang Melindungi Kita

Ajaran dan Perjanjian 78:19

Bahaya Hari-hari Terakhir

Tidak suci

Kebenaran Yang Melindungi Kita

Ulangan 7:6

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Perkembangan rohani berlaku di rumah. Anda hanya bersama ahli-ahli kelas buat masa yang singkat dua kali sebulan. Ramai di antara mereka mempunyai pengalaman rohani yang bermakna di luar kelas, dan pengalaman-pengalaman ini dapat menguatkan ahli-ahli kelas lain. Tanya soalan-soalan yang menggalakkan ahli-ahli kelas untuk berkongsi apa yang mereka pelajari semasa mereka mengkaji injil di rumah. (Lihat Teaching in the Savior’s Way18.)

Cetak