Perjanjian Baru 2023
2–8 Oktober. Efesus: Untuk Menyempurnakan Orang Suci


“2–8 Oktober. Efesus: ‘Untuk Menyempurnakan Orang Suci’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“2–8 Oktober. “Efesus,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Imej
keluarga melihat foto

2–8 Oktober

Efesus

Untuk Menyempurnakan Orang Suci

Fikiran dan tanggapan berkenaan apa dan bagaimana untuk mengajar akan datang ketika anda berdoa dan mengkaji Efesus, pesanan persidangan umum terbaru, panduan ini, dan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga.

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Pertimbangkan untuk menjemput ahli-ahli kelas menulis di papan tulis satu ringkasan ayat tentang sesuatu yang mereka pelajari dalam pengkajian mereka minggu ini. Pilih beberapa ringkasan secara rawak, dan jemput ahli-ahli kelas yang menulisnya untuk berkongsi fikiran mereka.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Efesus 2:19–22; 4:4–8, 11–16

Nabi-nabi dan rasul-rasul—dan kita semua—memperkukuh dan menyatukan Gereja.

  • Bolehkah anda dan kelas anda bina sesuatu bersama untuk menggambarkan bagaimana Gereja “dibina di atas asas yang diletakkan oleh para rasul dan nabi” dan bagaimana Juruselamat adalah “batu asasnya”? (Efesus 2:20). Ahli-ahli kelas boleh melabelkan blok-blok atau cawan kertas dan menyusunkannya untuk membentuk satu menara atau piramid, di mana Yesus Kristus dan rasul-rasul dan nabi-nabi membentuk dasar struktur itu. Kemudian anda boleh menunjukkan apa yang akan berlaku jika Kristus atau nabi dan rasul dikeluarkan. Mengapakah batu asas satu metafora yang baik untuk Yesus Kristus dan peranan-Nya di dalam Gereja? (Untuk deskripsi tentang batu asas, lihat “Sumber-sumber Tambahan.”) Ahli-ahli kelas boleh mencari Efesus 2:19–22; 4:11–16 untuk berkat-berkat yang kita terima kerana rasul, nabi dan pemimpin Gereja yang lain. Apakah yang boleh kita lakukan untuk membina kehidupan kita berdasarkan ajaran-ajaran mereka?

Imej
batu asas bangunan

Yesus Kristus adalah batu asas Gereja.

  • Jika ahli-ahli kelas anda telah mendengar persidangan umum sejak kali terakhir anda bertemu dengan mereka, jemput mereka untuk berkongsi bagaimana ajaran persidangan umum telah membantu menyempurnakan tujuan yang dinyatakan dalam Efesus 4:11–16.

  • Anda boleh memberi ahli-ahli kelas satu masa untuk menyenaraikan beberapa pekerjaan atau tanggungjawab yang kita sebagai ahli gereja telah dipanggil untuk laksanakan di Gereja (lihat Efesus 4:1)—contohnya, seorang pelayan saudara atau saudari, seorang ibu atau bapa, seorang pengikut Kristus, dan seterusnya. Kemudian mereka boleh bertukar senarai dengan ahli kelas yang lain, membaca Efesus 4:4–8, 11–16, dan berkongsi bagaimana memenuhi tanggungjawab dalam senarai mereka membantu meneguhkan tubuh Kristus. Bagaimanakah kita boleh bekerjasama untuk bersatu di bawah “satu Tuhan, satu iman, satu baptisan”?

Efesus 5:256:4

Mengikut teladan Juruselamat boleh memperkukuhkan hubungan keluarga kita.

  • Untuk membantu ahli-ahli kelas menggunakan nasihat Paulus tentang hubungan keluarga, anda boleh menulis soalan-soalan seperti berikut di papan tulis: Bagaimanakah kita mengikuti teladan Juruselamat dalam cara kita melayan ahli keluarga kita? (lihat Efesus 5:25). Apakah maksudnya bagi anda untuk “hormatilah ibu bapamu”? (Efesus 6:1–3). Bagaimanakah kita membesarkan anak-anak dalam “ajaran dan nasihat Tuhan”? (Efesus 6:4). Ahli-ahli kelas boleh membincangkan soalan-soalan tersebut, dalam kumpulan atau sebagai satu kelas, semasa mereka membaca tulisan suci yang berkaitan. Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk berkongsi contoh-contoh yang mereka telah lihat tentang orang-orang yang hidup dalam cara yang Paulus gambarkan.

Efesus 6:10–18

Perlengkapan senjata Tuhan akan membantu melindungi kita daripada kejahatan.

  • Apakah yang akan membantu mengilhami ahli-ahli kelas untuk berusaha memakai perlengkapan senjata Tuhan setiap hari? Anda boleh menyediakan satu aktiviti di mana ahli-ahli kelas memadankan bahagian-bahagian perlengkapan senjata dengan asas dan hemah yang diwakili, seperti digambarkan dalam Efesus 6:14–17. Bagaimanakah setiap keping perlengkapan senjata membantu melindungi kita daripada kejahatan? (Untuk bantuan, lihat “Sumber-sumber Tambahan.”) Bagaimanakah kita memakai perlengkapan senjata ini? Apakah yang boleh kita lakukan untuk mengenal pasti dan memperkuatkan sebarang kelemahan dalam perlengkapan senjata kita?

Imej
ikon sumber

Sumber-sumber Tambahan

Apakah itu batu asas?

Batu asas merupakan batu pertama yang diletakkan dalam satu landasan. Ia membentuk satu titik rujukkan untuk mengukur dan meletak batu-batu lain, yang harus sejajar dengan batu asas. Oleh kerana ia memikul beban seluruh bangunan, batu asas haruslah kukuh, stabil, dan boleh dipercayai (lihat “The Cornerstone,” Ensign, Jan. 2016, 74–75).

Perlengkapan senjata Tuhan.

Tali pinggang dengan ajaran benar Tuhan:Bahagian perlengkapan senjata ini bagaikan satu tali pinggang yang diikat di pinggang.

Perisai dada ketulusan:Perisai dada melindungi jantung dan organ-organ badan lain yang penting.

Kasut bersedia untuk mengisytiharkan Berita Baik yang membawa kesejahteraan:Ini merujuk kepada sarung yang melindungi kaki seorang askar.

Perisai iman:Perisai boleh melindungi hampir semua bahagian badan daripada pelbagai serangan.

Topi besi penyelamatan:Topi keledar melindungi kepala.

Pedang Roh Tuhan:Pedang membenarkan kita bertindak terhadap musuh.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berusaha untuk kasih seperti Kristus. Interaksi bersama mereka yang diajar haruslah di motivasi oleh kasih. Anda dan pelajar-pelajar anda akan diberkati apabila anda berdoa untuk mengembangkan kasih seperti Kristus dan mencari cara-cara untuk menunjukkannya (lihat Teaching in the Savior’s Way6; Moroni 7:48).

Cetak