“25 September–1 Oktober. Galatia: ‘Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2021)
“25 September–1 Oktober. Galatia,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023
25 September–1 Oktober
Galatia
“Biarlah Roh Tuhan Memimpin Hidup Kamu”
Apabila anda membaca dan merenungkan Galatia dengan doa, Tuhan akan mengajar anda apa yang anda perlukan untuk berkongsi dengan kelas anda. Mencatat tanggapan anda menunjukkan kesyukuran kepada Tuhan untuk bantuan-Nya.
Jemput Perkongsian
Kajian tulisan suci sering membawa kepada perbincangan injil yang bermakna dengan keluarga atau rakan-rakan. Adakah ini berlaku bagi ahli kelas anda minggu ini? Jemput mereka untuk berkongsi pengalaman mereka.
Mengajar Ajaran
Galatia 1:6–7; 3:1–5; 4:8–21; 5:1, 13–14
Injil Yesus Kristus menawarkan kebebasan.
-
Mempelajari mana-mana kitab suci adalah lebih mudah apabila kita tahu mengapa ia ditulis. Atas sebab ini, ia mungkin baik untuk memulakan perbincangan anda tentang orang Galatia dengan soalan seperti “Apakah pendapat anda tentang tujuan Paulus menulis surat ini?” atau “Apakah masalah yang Paulus cuba selesaikan?” Jemput ahli-ahli kelas untuk mencari petunjuk-petunjuk dalam Galatia 1:6–7; 3:1–5; 4:8–21. Bagaimanakah pesanan Paulus berkaitan dengan kita hari ini?
-
Sesetengah Orang Suci Galatia menyangka mereka perlu terus mematuhi hukum Musa. Bagi Paulus, ini seperti hidup “diperhamba” berbanding dengan “kebebasan” yang ditawarkan oleh Kristus kepada kita (Galatia 5:1). Untuk membantu ahli kelas anda menerokai ajaran Paulus mengenai kebebasan dan perhambaan, anda boleh meminta mereka menamakan sikap dan tindakan yang menghadkan perkembangan dan kemajuan rohani kita (seperti amalan kebudayaan, tabiat buruk, kepercayaan palsu, atau memberi tumpuan kepada tindakan luaran dan bukannya penukaran hati dalaman). Menurut Galatia 5:1, 13–14, bagaimana kita mencari kebebasan dari sikap dan tindakan ini? Bagaimanakah kita telah mengalami kebebasan yang didapati melalui Yesus Kristus? Bagaimanakah kita boleh bertindak balas kepada seseorang yang berasa bahawa menjalani injil menghadkan kebebasan peribadi?
Jika kita “biarlah Roh Tuhan memimpin hidup kamu”, kita akan menerima “hasil Roh Tuhan (buah Roh).”
-
Ramai orang bergelut untuk mengenali pengaruh Roh. Galatia 5 boleh membantu. Anda boleh meminta ahli-ahli kelas menyelidiki Galatia 5:22–25 untuk mencari perkataan yang Paulus gunakan untuk menggambarkan buah Roh. Mengapakah buah satu metafora yang baik untuk cara Roh mempengaruhi kita? Ahli-ahli kelas boleh berkongsi bagaimana buah ini telah terbukti dalam kehidupan mereka atau kehidupan orang yang mereka kenali. Beberapa sumber lain untuk diterokai termasuk Matius 7:16–18; Yohanes 14:26–27; Moroni 7:13–17; Ajaran dan Perjanjian 11:12–13; dan kata-kata Presiden Gordon B. Hinckley dalam “Sumber-sumber Tambahan.”
Apabila kita menyemai (menanam) “menurut pimpinan Roh Tuhan,” kita akan menuai berkat-berkat pada waktunya.
-
Mengkaji Galatia 6:7–10 boleh membantu ahli-ahli kelas berfikir lebih mendalam tentang kesan jangka panjang pilihan mereka. Untuk membantu mereka, anda boleh membawa pelbagai jenis biji benih, bersama dengan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, atau sayuran yang tumbuh dari setiap biji benih itu (atau anda boleh membawa gambar-gambar perkara ini). Ahli-ahli kelas boleh bekerjasama untuk menyesuaikan setiap benih dengan perkara yang dihasilkannya. Kemudian mereka boleh membaca ayat 7–10 dan bercakap tentang apakah maksudnya untuk menyemaikan kepada daging dan kepada Roh. (Pesanan daripada Elder Ulisses Soares dalam “Sumber-sumber Tambahan” mungkin membantu.) Apakah yang kita tuai apabila kita menanam menurut tabiat manusia? Apakah yang kita tuai apabila kita menanam menurut pimpinan Roh Tuhan? (lihat Galatia 5:22–23).
-
Sesetengah ahli-ahli kelas mungkin berasa “jemu melakukan perkara-perkara baik” (Galatia 6:9)—mungkin kerana mereka tidak pasti usaha mereka menghasilkan buah. Perbincangan tentang Galatia 6:7–10 mungkin boleh membantu. Untuk memperkenalkan ayat-ayat ini, anda boleh menjemput seseorang di dalam kelas untuk bercakap dengan ringkas tentang pengalaman memerlukan kesabaran ketika cuba membesarkan sesuatu. Apakah yang pengalaman orang ini, bersama dengan Galatia 6:7–10, boleh mengajar kita tentang usaha kita untuk “berjalan dalam Roh”? (Galatia 5:25).
Sumber-sumber Tambahan
Hasil Roh Tuhan [Buah Roh].
Presiden Gordon B. Hinckley mengajar: “Anda mengenali dorongan Roh melalui buah Roh—yang menerangi, yang membina, yang positif dan bersetuju dan mengangkat dan membawa kita kepada pemikiran yang lebih baik dan kata-kata yang lebih baik dan perbuatan yang lebih baik adalah Roh Tuhan.(Teachings of Presidents of the Church: Gordon B. Hinckley [2016], 121).
Menyemai dalam Roh.
Elder Ulisses Soares menjelaskan: “Untuk menyemai dalam Roh bererti bahawa semua fikiran kita, kata-kata, dan tingkah laku harus menaikkan kita kepada tahap sifat Ketuhanan Ibu-Bapa Syurgawi kita. Bagaimanapun, kitab suci merujuk kepada daging sebagai sifat jasmani atau badaniah manusia duniawi, yang mana membenarkan orang-orang untuk dipengaruhi oleh keghairahan, keinginan, selera dan motivasi daging di sebalik mencari inspirasi dari Roh Kudus”.(“Tinggal dalam Kawasan Tuhan!,” Liahona, Mei 2012, 39).