Perjanjian Baru 2023
9–15 Oktober. Filipi; Kolose: “Dengan Kuasa yang Diberikan oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan”


“9–15 Oktober. Filipi; Kolose: ‘Dengan Kuasa yang Diberikan oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan,’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: Perjanjian Baru 2023 (2021)

“9–15 Oktober. Filipi; Kolose,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Minggu: 2023

Paulus mengimlakkan sepucuk surat dari penjara

9–15 Oktober

Filipi; Kolose

“Dengan Kuasa yang Diberikan oleh Kristus, Aku Berdaya Menghadapi Segala Macam Keadaan”

Bermula dengan membaca FIlipi dan Kolose, dan berdoa dan renungkan ajaran yang Tuhan ingin anda ajarkan. Biarlah Roh membimbing anda semasa mempertimbangkan soalan-soalan dan sumber-sumber yang anda boleh gunakan untuk mengajar ajaran ini.

ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Jemput ahli-ahli kelas untuk kongsikan satu perkataan atau frasa yang meringkaskan apa yang mereka pelajari dari Filipi dan Kolose dan kemudian jelaskan mengapa mereka memilih perkataan atau frasa itu. Galakkan mereka untuk berkongsi ayat suci sebagai sebahagian daripada penjelasan mereka.

ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Filipi 2:1–5, 14–18; 4:1–9; Kolose 3:1–17

Kita menjadi “baru” apabila kita menjalani injil Yesus Kristus.

  • Anda mungkin mahu membantu ahli kelas anda membayangkan apa ertinya “membuang hidup lama” dan “menjadi manusia baru” melalui Yesus Kristus (Kolose 3:9–10). Untuk melakukan ini, anda boleh memaparkan gambar sebelum dan selepas sesuatu yang lama berubah menjadi sesuatu yang baru (seperti perabot, rumah, atau basikal). Ahli-ahli kelas boleh membincangkan bagaimana kita menjadi “baru” melalui iman dalam Yesus Kristus dan kerelaan kita untuk menjalankan injil-Nya. Sebahagian dari perbincangan ini, anda boleh meminta setengah kelas membaca Filipi 2:1–5, 14–18; 4:1–9 dan setengah yang lain membaca Kolose 3:1–17, mengenal pasti ciri-ciri “manusia lama” dan “manusia baru.” Anda juga boleh menjemput beberapa ahli kelas untuk berkongsi bagaimana iman dalam Yesus Kristus dan menjalani injil-Nya telah membantu mereka menjadi orang baru.

Filipi 4:4–13

Kita boleh mencari kebahagiaan dalam Kristus, tidak kira apa pun keadaan kita.

  • Walaupun keadaan kita berbeza berbanding Paulus, kita semua boleh belajar dari kerelaannya untuk berpuas hati dan bersukacita dalam segala keadaan hidupnya. Untuk memulakan perbincangan mengenai topik ini, anda boleh meninjau semula beberapa dugaan yang Paulus alami (lihat, contohnya 2 Korintus 11:23–28). Kemudian anda boleh meminta ahli kelas untuk kaji semula Filipi 4:1–13 untuk mencari nasihat Paulus yang membantu kita bersukacita dalam masa percubaan.

  • Ahli-ahli kelas boleh berkongsi pengalaman apabila mereka merasa “kesejahteraan daripada Tuhan, yang tidak mungkin difahami oleh manusia” (Philippians 4:7) atau apabila mereka rasa diperkuatkan “oleh Kristus” (ayat 13) untuk melaksanakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan.

  • Jika anda ingin meneroka topik ini dengan lebih lanjut, anda boleh meminta seorang ahli kelas untuk berkongsi beberapa laporan atau penyataan berilham dari ucapan Presiden Russell M. Nelson “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani” (Liahona, Nov. 2016, 81–84). Bagaimanakah orang dalam ucapan Presiden Nelson mencari kebahagiaan dalam keadaan yang susah?

  • Oleh kerana kejahatan semakin meningkat di dunia sekarang, ahli-ahli kelas anda akan bermanfaat daripada nasihat Paulus untuk “menumpukan fikiran” pada hal-hal yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat (Filipi 4:8). Anda boleh menugaskan setiap ahli kelas (atau kumpulan kecil) salah satu ciri-ciri yang tersenarai dalam Filipi 4:8 atau Fasal-Fasal Kepercayaan 1:13. Mereka boleh menggunakan Panduan Tulisan Suci untuk mencari ayat suci tentang ciri yang ditugaskan dan kemudian berkongsi pencarian mereka dengan kelas. Mereka juga boleh berkongsi contoh-contoh ciri itu daripada kehidupan orang ramai. Bagaimanakah kita dapat “mencari hal-hal sebegini”?

Kolose 1:12–23; 2:2–8

Apabila kita “berakar umbi” dalam Yesus Kristus, kita diperkukuhkan terhadap pengaruh dunia.

  • Kesaksian Paulus tentang Juruselamat didapati di Kolose 1:12–23; 2:2–8 memberikan peluang yang baik bagi ahli-ahli kelas untuk merenung dan memperkuatkan iman mereka. Ahli-ahli kelas boleh mencari ayat-ayat ini untuk mencari hal-hal yang memperkuatkan iman mereka dalam Yesus Kristus. Apakah maksudnya untuk “berakar umbi dalam [Yesus Kristus ]”? (Kolose 2:7). Gambar sepohon pokok dari panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga boleh membantu ahli-ahli kelas membincangkan ayat ini. Apakah yang boleh menguatkan atau melemahkan akar sepohon pokok? Bagaimanakah “berakar umbi dalam [Yesus Kristus]” menguatkan kita terhadap pengaruh duniawi? (lihat Kolose 2:7–8; lihat juga Helaman 5:12; Eter 12:4).

    2:24
  • Anda boleh menjemput ahli-ahli kelas untuk menyenaraikan hal-hal yang Kolose 1:12–23; 2:2–8 ajarkan kita untuk mengelakkan “… yang tidak berguna dan menyesatkan” yang boleh menjejaskan iman kita kepada Kristus (Kolose 2:8). Bagaimanakah kita boleh menyokong satu sama lain dalam usaha kita untuk mengikut Juruselamat dan mengelakkan penipuan Setan?

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan muzik. Muzik yang kudus menjemput pengaruh Roh Kudus. Ia akan menciptakan suasana yang takzim dan mengilhamkan komitmen dan tindakan. Pertimbangkan bagaimana “saling mengajar dan menasihati …dengan mazmur dan lagu rohani” boleh menjadi sebahagian kelas anda. (Kolose 3:16; lihat juga Teaching in the Savior’s Way, 22).